Anda di halaman 1dari 2

Pihak sekolah harus memainkan peranan dalam mengetahui gejala buli yang berlaku

di sekolah dan mengambil tindakan untuk membendung gejala buli dengan mengetatkan
pengawasan di kawasan persekitaran sekolah serta menggiatkan aktiviti meronda di kawasan
persekitaran sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada pelajar yang mempunyai
keinginan untuk membuli mangsanya. Ini adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin di
sekolah dapat berperanan dengan baik. Selain itu, hukuman yang lebih keras harus dikenakan
terhadap pembuli agar gejala ini dapat dibendung.
Disamping itu, pihak sekolah perlu mewujudkan satu jawatankuasa penyelaras
antibuli peringkat sekolah. Ahlinya yang terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru
disiplin, PIBG dan pengawas sekolah. Mereka berperanan dalam menguruskan program
antibuli dan juga menilai keberkesannya. Contohnya, pihak sekolah mengendalikan Kelab
Pencegah Jenayah. Melalui program yang dijalankan, para pelajar akan memperoleh lebih
banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
mangsa buli itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan maklumat yang diperoleh itu
kepada kawan-kawan yang lain agar semua pelajar tahu mengenai kes salah laku ini. Pada
masa yang sama, gejala buli sudah pasti dapat dibanteras jika pihak sekolah dapat memainkan
peranan dengan lebih proaktif.
Selain itu, pihak sekolah boleh menjenamakan semula kempen antibuli yang
berteraskan ceramah dan pameran secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa
bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Kempen antibuli akan
memberi kesedaran berterusan kerana perbuatan buli melambangkan masyarakat tidak
bertamadun. Para pelajar akan terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung atau secara
tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Oleh kerana itu, para pelajar akan mengambil
jalan inisiatif untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya mengelak menjadi pembuli.
Justeru, pihak sekolah dan unit disiplin sekolah boleh meminta kerjasama pihak Jabatan
Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan ini, dapat menakutkan bakal pembuli yang
berada di sekolah. Seterusnya, pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan
dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi
juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu
bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua
mudah untuk menangani gejala buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan

talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan kejadian buli. Mereka yang boleh
membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.
Tambahan pula, di dalam kelas perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan
tentang buli. Dimana setiap guru kelas mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang
disifatkan sebagai tingkah laku buli samada secara fizikal mahupun psikologi serta hukuman
yang akan diterima jika ditangkap atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pelajar-pelajar
yang terlibat dalam amalan buli hendaklah diberi sesi kaunseling dan pihak sekolah harus
memanggil ibu bapa pelajar berkenaaan. Pihak sekolah perlu bertindak wajar agar tidak
sembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan Jabatan Pendidikan agar
dapat diambil tindakan.
Sekiranya kempen antibuli berjaya meresapi nurani pelajar maka pastinya sekolah
menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar. Pihak sekolah harus

sentiasa

bersedia melaksanakan penambahbaikan ke arah melahirkan insan cemerlang dan berdisiplin.