Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal

: Ke 3

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 29 Februari 4 Mac 2016

Tajuk Jurnal

: Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai

1. Masalah / Peristiwa
Sepanjang minggu ini, perkara yang menjadi masalah utama saya adalah menentukan
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk sesuatu tajuk yang akan
diajar.Kesannnya, ada sebahagian pengajaran yang kurang mencapai objektif kerana kaedah
dan teknik yang di gunakan kurang sesuai dengan tajuk yang diajar seperti pengajaran
menepuk detik bagi kelas 2 Jaya. Selepas kelas itu, saya sedari bahawa pemilihan lagu juga
memainkan peranan setelah saya melaksanakan kelas tersebut. Saya tidak mahu murid berasa
keliru dengan apa yang saya hendak sampaikan dan saya perlu memikirkan cara yang lebih
inovatif untuk memberi mereka gambar yang lebih jelas mengenai konsep tersebut.
2. Analisis
Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah
di atas, saya telah melakukan analisis bagi punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut
berlaku. Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati keadaan ini berlaku apabila kaedah dan
teknik pengajaran yang saya gunakan kurang sesuai untuk sesuatu bidang tertentu. Sebagai
contoh, semasa ingin mengajar konsep detik, saya meminta murai tahun 2 menepuk detik
mengikut lagu. Saya menggunakan kedah dan teknik inkuiri iaitu murid akan merasai sendiri
setelah saya mendemonstrasi tepukan detik lagu. Namun mereka tidak dapat mengaplikasi
tepukan detik semasa lagu dimainkan. Beberapa andaian adalah seperti berikut:
1. Murid kurang menganbill perhatian semasa penerangan guru
2. Murid kurang peka dan tidak menggunakan pendengaran aktif semasa mendengar lagu

3. Murid lebih dan terlalu teruja untuk menyanyi sahaja dan bukan mengenali konsep yang
ingin disampaikan guru.
3. Cadangan / Tindakan susulan
Penyelesaian kepada murid- murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri
mengambil beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan
oleh murid seperti yang dinyatakan di atas.
Cadangan-cadangan yang akan mungkin berkesan termasuklah:
1. Guru menjadi lebih kreatif dalam merancang PdP
2. Semasa proses merancang guru harus cuba meletakkan diri di dalam pemikiran murid
yang berumur 7 hingga 12 tahun dan berfikir seperti mereka untuk melihat sekiranya
kaedah dan teknik yang diguna akan memudahkan pemahaman murid ataupun tidak
3. Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih berfungsi dan membantu dalam
menerangkan kepada murid konsep yang dipelajari
4. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang
baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana
sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
5. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat
pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar
atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemas kini
segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal
ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan. Penggunaakn kaedah dan teknik yang sesuai dan tepat amat
memberi impak kepada tahap penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai