Anda di halaman 1dari 3

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR

AWAM (EKSA)

Oleh: Salbiah bt Musa


Ketua Pasukan EKSA
AKMAL Melaka

EKSA merupakan akronim bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah diperkenalkan oleh
pihak MAMPU bertujuan penambahbaikan dan penjenamaan semula Amalan 5S. Kewujudan EKSA
adalah selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di
kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang
menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. - MAMPU
Tak Kenal Maka Tak Cinta. Simpan Amalan 5S di kotak memori silam dan buka minda untuk
menerima perubahan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti Sektor Awam. Untuk mengenali dan
menghayati EKSA dengan berkesan memerlukan kefahaman secara total supaya semangat EKSA itu
dapat dirasai dan dihayati oleh orang yang melaksanakannya. Salah satu tip penting untuk bercinta
dengan EKSA, adalah dengan mengetahui perbezaan asas di antara EKSA dan Amalan 5S supaya
tidak tersalah langkah dan tersasar semasa pelaksanaan EKSA. Secara ringkasnya perbezaan tersebut
dapat dilihat dengan ketara di dalam tiga elemen iaitu Komponen Penilaian Auditan, Pensijilan dan
Markah Pensijilan.

Komponen Penilaian Auditan


Penilaian ke atas agensi yang memohon Pensijilan 5S atau EKSA akan dilakukan berdasarkan
krtiteria yang terdapat di dalam komponen yang ditetapkan. Amalan 5S mempunyai tiga komponen
penting yang dijadikan sebagai asas untuk pelaksanaan iaitu Komponen A : Perancangan dan
Penubuhan Jawatankuasa; Komponen B: Ruang Tempat kerja dan Peralatan; dan Komponen C:
Persekitaran Tempat Kerja dan Kemudahan (tidak dikategorikan secara khusus).
Tidak seperti Amalan 5S yang mengandungi tiga
komponen, EKSA mengandungi enam komponen yang lebih
menyeluruh dan memenuhi keperluan semasa iaitu boleh
diguna pakai oleh semua jabatan/agensi. Enam komponen
tersebut adalah seperti di Jadual 1.
Saya menyeru agar seluruh warga AKMAL

mempunyai

passion untuk berkerja bersama-sama sebagai satu quantum


team, melakukan lebih dari yang dijangkakan (extraordinary)
bagi memastikan konsep EKSA dapat dihayati dan dijadikan
sebahagian

daripada

amalan

budaya

kerja

organisasi

berprestasi tinggi dan berinovasi.


Program Menimba Ilmu EKSA di
MAMPU Caw Sabah.

Puan Azimah Bt Abd Hamid


Tidak seperti Amalan 5S yang mengandungi
tiga
Pengarah AKMAL
komponen, EKSA mengandungi enam komponen yang lebih
menyeluruh dan memenuhi keperluan semasa iaitu boleh diguna
pakai oleh semua jabatan/agensi. Enam komponen tersebut
adalah:

Komponen A

Keperluan utama Pelaksanaan:

Penilaian Kendiri dimana Audit Dalam dilakukan sekurang-kurangnya dua kali


setahun. Laporan Audit dikemukakan kepada MAMPU beserta surat permohonan
sijil EKSA.
Pengiktirafan ke atas Zon Terbaik, Bilik Terbaik, Anugerah Go Green Terbaik,
Tandas Terbaik dan lain-lain.
Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi melibatkan kreativiti guna barang terpakai
untuk hiasan dan sebagainya.
Tindakan Penjimatan/Go Green men-gandungi Notis Penjimatan Utiliti, Notis
Penjimatan Kertas, Menyediakan analisis penjimatan, Program Kitar Semula.

Komponen B

Ruang tempat Kerja/Pejabat

Komponen C

Tempat Umum mengandungi kriteria lebih terperinci dan khusus dan


tambahan seperti berikut untuk disesuaikan dengan pelbagai agensi seperti
Asrama, Dewan/Auditorium, Dewan Makan/Tempat Makan/ Kafetaria/
Kantin, Garaj dan Bilik Hadhanah/Taska.

Komponen D

Komponen E

Keselamatan Persekitaran Pejabat yang mengandungi kriteria untuk Pelan


Tindakan Kecemasan, Pendawaian/ Kabel, Peralatan Pencegahan
Kebakaran, Laluan/Tangga Kecemasan dan Kunci.
Kawasan Persekitaran Pejabat

Komponen F

Tempat Khusus iaitu Tempat Meletak Kenderaan, Kawasan Persekitaran,


Pondok Pengawal, Pusat Latihan, Masjid, Balai Polis, PBT, Hospital/klinik,
Mahkamah, Imigresen dan lain-lain.

Jadual 1: Enam Komponen EKSA

Pensijilan

Permohonan Pensijilan EKSA boleh dilakukan


dengan dua kaedah:
1. Pensijilan Baharu:
1.1 Permohonan oleh agensi:
- Agensi mengemukakan surat permohonan
kepada MAMPU beserta Laporan Audit
Dalam sekurang-kurangnya sebulan
sebelum tarikh pengauditan MAMPU;

Program Menimba Ilmu EKSA di PPD Ranau,


Sabah.

- MAMPU akan melakukan auditan dan laporan akan disediakan satu hari selepas auditan;
- Sijil EKSA akan dikeluarkan 3 hari selepas pengauditan MAMPU.

1.2 Agensi dikenalpasti oleh MAMPU:


- MAMPU keluarkan surat jemputan dan mendapatkan Laporan Audit Dalam;
- Auditor MAMPU akan melakukan pengauditan dan laporan audit akan disediakan 1 hari
selepas pengauditan;
- Sijil EKSA akan dikeluarkan 3 hari selepas pengauditan MAMPU.
2. Pensijilan Semula:
- MAMPU mengeluarkan surat peringatan 3 bulan sebelum tamat tempoh pensijilan;
- Agensi kemukakan Laporan Audit Dalam;
- Auditor MAMPU akan melakukan pengauditan dan laporan audit akan disediakan 1 hari
selepas pengauditan;
- Sijil EKSA akan dikeluarkan 3 hari selepas pengauditan MAMPU.
Nota: Sekiranya tidak layak untuk disijilkan, mohon semula pengauditan dan kemukakan Laporan
Audit Dalam beserta gambar penambahbaikan. Sijil dikeluarkan 2 kali sebulan iaitu pada 1 atau 15hb
setiap bulan.

Permarkahan

Jika markah Audit untuk mendapatkan Pensijilan Amalan 5S adalah 80%, permarkahan audit untuk
layak Pensijilan EKSA adalah terdiri daripada tiga kategori iaitu kurang Memuaskan, Baik dan
Cemerlang.

0-79.9%
Kurang
Memuaskan
(Belum Layak
dipersijilkan)

80-89.9%

Baik

90-100%

(Layak dipersijilkan Cemerlang


selepas
(Layak
penambahbaikan) dipersijilkan)

Pelaksanaan EKSA secara


continuity adalah satu asbab
merubah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan
yang lebih berkualiti kerana
adanya elemen kreativiti dan
innovasi di dalam pekerjaan
serta kewujudan persekitaran
kerja
yang
kondusif
dan
selamat.
Tuan Saidi Bin Ismail
Timbalan Pengarah AKMAL

Kesimpulan

Mengenali, memahami dan menjiwai konsep EKSA adalah penting bagi pelaksanaan EKSA secara
berkesan dan memastikan agensi mendapat faedah EKSA secara optimum.
Mencintai EKSA = Keberkesanan Pelaksanaan EKSA.