Anda di halaman 1dari 9

DESTINASI CINTA

Liana melangkah malas menuju ke kampus. Langkahannya perlahan. Tubuhnya juga


longlai. Dia mengheret kasutnya yang ringan tetapi dirasakan berat. Terasa seperti tidak
bersemangat langsung.
Kenapa dia tak respon pada Ustazah Hanisah? Adakah dia tidak suka pada aku?
Mindanya dihurung persoalan yang mencengkam fikirannya. Apakah aku ini tidak
menepati wanita pilihan dia? Atau adakah sudah ada permaisuri yang bertakhta di hatinya?
Ligat fikirannya berfikir.
Syauqah, betulkah kamu sudah tekad dengan keputusan kamu?
Ustazah Hanisah menyoal. Mukanya serius tertancap pada wajahku.
Ya Ustazah. Saya yakin dengan keputusan saya. Ujarku sambil memandang wajah Ustazah
Hanisah. Orang perantaraanku untuk berurusan dengan Muslimin.
Tapi, kenapa kamu tiba-tiba berubah fikiran?
Ustazah di sisiku hairan dengan tingkahku yang tiba-tiba bertukar angin.
Adakah kamu sudah ada pilihan lain? Kamu sudah tiada perasaan kepada dia?
Syauqah menundukkan pandangannya. Terasa berat mahu menuturkan kenyataan kepada
Ustazah. Yang dinamakan kejujuran itu bukan bermakna kita perlu berterus terang pada
seseorang. Kadangkala kita tidak perlu jujur dalam kata-kata demi mencari kejujuran hati. Yang

pasti, niat suci harus dinaungi. Biarlah awan hitam itu dianggap membawa hujan biarpun
terkadang bertentangan dengan tafsiran jauh di lubuk hati.
Emm..lebih kuranglah ustazah. Perasaan kita mudah berbolak balik. Hati kita ni tidak
tetap. Perasaan boleh berubah. Mungkin dia bukan jodoh saya. Lagipun, istikharah yang saya
lakukan, saya tidak berasa sedap hati.
Huhh..hatinya berkeluh sendirian. Pedih juga rasanya apabila berbohong dengan diri
sendiri. Malah ia jauh lebih perit berbanding menipu orang lain.
Ustazah, lagipun ada seorang sahabat saya yang sudah berkenan pada dia.
Aku menerangkan.
Ustazah tahu kan siapa dia?
Ustazah mengangguk. Lantas menjawab.
Tapi Zakwan tidak bagi jawapan apa-apa tentang Liana pada Ustazah. Dia sedang
menunggu kamu, Syauqah.
Saya tidak sampai hati melihat Liana sedih. Saya melihat dia begitu menaruh harapan
pada Zakwan. Lagipun Liana sahabat baik saya. Saya tidak sampai hati mengkhianatinya.
Siapa kata kamu mengkhianatinya? Zakwan yang bertanya tentang kamu dahulu pada
Ustazah sebelum Liana merujuk tentang Zakwan pada Ustazah.
Aku menundukkan wajahku ke lantai. Hebatnya ujian dariMu kali ini.

Bagaimana? Kamu janganlah tergesa-gesa. Dia tidak minta disegerakan pun. Kamu
fikirlah masak-masak dulu ya. Lazimi solat sunat istikharah dan solat sunat yang lain. Moga
diberi petunjuk.
Emm..Ustazah, saya tak nak menyakiti perasaan sahabat baik saya. Saya undur diri.
Syauqah, Mengutamakan Orang Lain dalam Ibadah Adalah Makruh. Selain Ibadah
Adalah Disunatkan. Kamu lupa pada kaedah Fiqh itu? Dalam urusan ibadah, seseorang itu tidak
boleh mendahulukan atau mengutamakan orang lain sedangkan dirinya diakhirkan dan
diketepikan. Pernikahan itu adalah ibadah. Kamu perlu dahulukan diri kamu sendiri. Ustazah
yakin kamu masih tidak punyai pilihan lain selain Zakwan kan?
Bicara Syauqah terhenti disitu.
Ya, Benar. Di dalam hatiku hanya ada cinta daripada seorang lelaki bernama Zakwan.
Tetapi, aku tidak mungkin dapat bersama dengannya!
Qalbuku menjerit perih. Hanya hatiku sahaja bisa mengerti mengapakah aku mengambil
keputusan ini. Kelopak mataku digenangi air. Lantas berjujuhan menuruni dataran pipi.
MONOLOG CINTA SYAUQAH
Aku juga,
Seperti orang lain ingin rasa cinta mencintai..
Duhai hati..
Hadirlah perasaan kasih..hadirlah perasaan sayang..
Benar..
Jiwaku kini terasa ingin disentuh dengan satu kuasa..
Kuasa yang mampu mengubah keegoaanku daripada rasa tandus dialiri rasa cinta..
Aku sedar, jiwaku kini sunyi daripada cinta..
Aku sedar..

Seusia ku sekarang..
Aku sedang mencari seseorang sebagai teman hidupku..
Seperti mana jiwa Adam yang sunyi dan mengharapkan Hawa..
Aku juga mengimpikan cinta,
Seperti cinta Yusuf dan Zulaikha..
Ibrahim dan Hajar..
Sulaiman dan Balqis..
Juga cinta seperti insan teragung..
Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah..
Juga cinta Rasulullah bersama isteri-isteri baginda yang lain..
Aku takjub dek kerana..
Adilnya baginda memberi hak zahir dan batin kesemuanya..
Wahai yang Memberi cinta,
Aku kini tidak mahu terjebak dalam kancah cinta yang semu..
Bimbinglah aku Ya Alim, Pandulah aku Ya Fattah, Sedarkanlah aku Ya Hasib..
Kerna aku hanya mahu menikmati cinta yang halal..
Aku khuatir Ya Mujib, langkah ku tersasar, hatiku buta
Dalam mencari dan mengenal erti cinta yang sebenar
Ya Majid, Aku tidak lagi mahu lagi sesat..
Dalam mencari erti kasih dan makna cinta yang hakiki..
Kini ku sedar,
Ku kuatkan tekadku..
Cintaku hanya untukMu..
Ku buang cinta yang melalaikan..
Ku usir cinta yang tidak pasti..
Impian ku kini pasti..
Aku ingin merebut cintaMu sahaja..
Hanya cintaMu, yang aku damba..

Duhai hati..
Lembutkan hatiku untuk bercinta..
Lunakkan hati merintih cinta yang abadi..
Dalam meneguk manisnya rasa bercinta kerana Allah..
Kerna aku hanya perlu bersandar padaNya sahaja!
Shauqah. Ini, ada seseorang yang mengirimkan bungkusan pada kamu. Dia minta
Ustazah beri pada kamu.
Aku menyambut bungkusan itu.
Siapa yang bagi ustazah?
Dia. Ujar ustazah sambil tersenyum. Aku tersentak.
Saya tidak mahu menerimanya. Ustazah pulangkan kepada dia kembali. Aku lalu
menghulurkan bungkusan itu.
Syauqah, ambilah. Dia ikhlas memberi. Bukalah, pasti ada sesuatu yang dia mahu perkatakan.
Aku mengamati bungkusan itu. Ku buka balutan bungkusan itu. Tersedia, satu naskah Al Quran
yang sangat cantik berwarna pink.
Zakwan bagi pada kamu sempena ulang tahun kelahiran kamu.
Ujar Ustazah sambil tersenyum.
Ada satu nota kecil terselit diatas kad ucapan kelahiran itu .
Seindah namamu menjadi penawar buat hati yang duka. Tatkala cinta berbisik, suaranya
memuji Tuhan. Apabila rindu terusik, RasulNya menjadi pilihan. Sampai masa cinta menjadi
taruhan, sang ratu menjadi impian. Sebagai manusia daku sayang padamu.

Ustazah, saya sudah bulat dengan tekad saya. Saya tidak boleh memilih Zakwan. Mungkin kami
bukan ditakdirkan untuk dijodohkan bersama. Liana juga gadis yang baik. Saya doakan jodoh
mereka bersama. Lagi satu, saya pinta pada Ustazah. Jangan beritahu Liana tentang Zakwan
terlebih dahulu pernah merisik saya. Saya tidak mahu dia cemburu dan berkecil hati.
Zakwan, Tatkala aku melepaskan kau pada seorang teman baikku. Aku berasa sangat
bahagia apabila dapat melihat sahabat baikku gembira. Tetapi, disaat itu juga hatiku bermelodi
syahdu sayu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana rasa rindunya aku pada kau.
Angin, bolehkah kau sampaikan sesuatu daripada aku kepada dia? Katakan padanya, aku sangat
menyayanginya jauh di sudut hatiku. Maafkan aku. Bukan aku tidak mahu berterus terang pada
kau tentang perasaanku padamu. Tetapi aku tidak mahu engkau sedih dengan realiti yang bisa
membuat engkau kecewa di kemudian hari. Jadi, aku nak kau bahagia. Aku juga tidak sanggup
mahu mengkhianati perasaan teman rapatku sendiri. Aku harap kau bahagia disamping dia. Aku
akan selalu mendoakan kau.
Jiwaku perit berbicara dan menerima takdir. Allahuakbar.
Syauqah, kenapa awak tolak lamaran dia? Liana disisiku menyoal
Lamaran dia? Siapa? Aku kehairanan. Tidak mungkin dia tahu tentang aku dan Zakwan.
Zakwan. Kenapa awak tolak lamaran dia? Dia betul-betul ikhlas dengan awak.
Aku terduduk lantas beristighfar panjang.
Mana awak tahu semua ni? Siapa yang beritahu awak?
Ku lihat wajah Liana agak kelat. Aku terkedu.

Dia sendiri yang bagitahu saya.


Kenapa awak? Apa reason awak untuk semua ni? Soal Liana. Dia tidak mengerti apakah
sebab aku menolak risikan Zakwan.
Liana, saya dah ada destinasi cinta saya sendiri.
Maksud awak, orang lain? siapa?
Aku melirik senyum.
Jangan risau. Sampai satu masa, awak akan tahu siapakah destinasi cinta saya.
Awak teruskan dengan Zakwan ya. Kami dah tiada apa-apa. Mungkin diantara kami tiada
jodoh.
Liana menundukkan pandangannya ke lantai. Dia diserbu sayu.
Beberapa bulan berlalu, Liana telah selamat diijabkabulkan dengan Zakwan. Majlis yang
serba sederhana itu didatangi oleh semua rakan kenalan mereka. Semuanya mengucapkan
tahniah dan mendoakan kebahagian mereka. Cuma seseorang sahaja yang sudah lama menyepi
tanpa khabar berita dan tidak juga kunjung tiba untuk mendatangi mereka pada hari bahgia
mereka. Liana bingung, kemanakah haluan Syauqah setelah berjaya menghabiskan pengajian di
kampus dua bulan lepas? Liana tidak dapat menghubungi Syauqah. Barangkali Syauqah menukar
nombor sehingga lupa mahu memberitahunya. Dia bersangka baik.
Assalammualaikum. Liana dan Zakwan. Tahniah ya. Ustazah doa moga kamu berdua
bahagia hingga ke akhir hayat. Dapat zuriat soleh solehah.
Ustazah Hanisah bersama empat orang cahaya matanya hadir di majlis perkahwinan mereka.

Terima kasih Ustazah. Ujar mereka sambil memahat senyum manis berbahagia.
Liana, Zakwan. Kamu berdua ada dengar cerita tentang Syauqah?
Itulah insan yang kami cuba hubungi dan cari dari dulu hingga ke hari ini. Tapi kami tak dapat
reach dia. Ustazah tahu dia dimana? Liana menyoal.
Ustazah Hanisah menyuakan sekeping sampul surat berwarna biru kepada Liana.
Ini daripada Syauqah. Dia sempat berjumpa Ustazah dah meminta Ustazah memberi pada kamu
berdua.
Mereka berdua membuka surat itu.
Ke hadapan sahabatku yang aku sayang. Liana Khadijah Binti Abdul Syakur dan
suaminya, Zakwan Hakimi Bin Mohd Hamid. Tahniah sahabatku kerana akhirnya layar cinta
kamu berdua membawa kepada destinasi ikatan yang mulia dan berbahagia. Selamat pengantin
baru saya ucapkan. Maafkan saya kerana disaat kamu menyambut hari bahgia, saya tidak mampu
ada disisiku kamu berdua untuk berkongsi kegembiraan. Kerna disaat ini saya juga mempunyai
destinasi saya yang tersendiri. Inilah destinasi cinta yang saya tunggu-tunggu. Destinasi menuju
Allah, Tuhan yang mencipta cinta dan manusia. Doakan saya ya. Moga destinasi ini mampu
meraih keredhaan daripadaNya. Saya khuatir andai cinta saya ini tidak dipandang apatah lagi
diterima oleh Dia. Inilah destinasi cinta yang kekal abadi. Cuma mungkin setiap manusia
mempunyai laluan yang berbeza-beza. Doakah saya dipermudahkan laluannya. Saya amat
menghargainya. Terima kasih sahabatku. Ikhlas, Syauqah Imani Binti Adam Luthfi.
Liana dan Zakwan saling berpandangan. Apakah yang terjadi pada Syauqah? Mereka
kurang mengerti.

Syauqah telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya bulan lepas. Rupa-rupanya dia
telah lama menghidap penyakit kanser otak tahap kritikal. Ustazah juga baru mengetahui tentang
penyakitnya beberapa hari setelah dia ditahan di hospital. Ketika menunggu hari-hari yang masih
berbaki, dia menulis surat itu dan minta Ustazah berikan pada kamu dan merahsiakan
penyakitnya. Itulah sebab hatinya berubah suatu ketika dahulu. Tetapi, dia lebih menyayangi
sahabat baiknya iaitu kamu, Liana. Dia bertemu dan menghadap Ilahi. Itulah destinasi cinta yang
dia maksudkan. Doakanlah yang baik untuk insan setabah Syauqah. Al Fatihah.
Liana terkesima.
SubhanAllah! Besarnya pengorbananmu sahabatku. Kuatnya dirimu!
Tanpa disedari, ada manik-manik jerrnih mengalir di pipinya. Setia mencurah di birai pipi
tanpa henti.

Anda mungkin juga menyukai