Anda di halaman 1dari 9

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

ASYAIEMAA BINTI AHMAD HISHAM (SKBB2)


KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6

Bangunan - bangunan Bersejarah Di Malaysia


Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat
berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini
adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan,
menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara
yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown,
Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen
seperti Kota Cornwallis (1808), Masjid Kling (1801), Gereja St. George (1817),
Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana
membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di
semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.

(Gambar Bangunan Abdul Samad,Selangor)


Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka
bentu oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan
di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57
meter.Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan
pegawai pegawai mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam
setinggi 40 meter.
Pengubahsuaian
pada
tahun
1978
mengambil
masa
enam
tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.Di sini tempat di mana
bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah
Persekutuan dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era
dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah
ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896.

( Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, Melaka)

Bangunan Stadhuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi
Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya
senibina Belanda ketika itu.

Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.


Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu
kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran
pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400
tahun
yang
lalu.
Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan
terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan
peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.
Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh,
Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada
tahun 1902, Batu Bersurat ini dijumpai pula oleh Husin Bin Ghulam Al-Bukhari,
seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh. Batu
Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surat dan
patah sebahagian di sebelah atas.

( Gambar Btu Bersurat ,Terengganu)


Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada
batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam
mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan
hukuman
mengikut
taraf
seseorang.
Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai
pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat
tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles
Singapura.
Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada
Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat
untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun
1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan
kepada
Kerajaan
Terengganu.
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu
Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan
Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan
Persekutuan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan
Negeri Terengganu diwakili YAB. Dato Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan
Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai
agama
rasmi
dan
Undang-undang
Islam.

Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan


supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah
negara .

Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan


tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa

dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik


menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.

LEMBAH BUJANG

Merupakan binaan manusia


direkodkan di Asia Tenggara.

tertua

yang

pernah

Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi,


Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan
maritim di antara beberapa buah negara luar seperti
China.
Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di
sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu
pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara,

runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang


tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu
boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi


kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri
Sembilan sejak 1900-an lagi
Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat
Minangkabau
Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina
dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang
tiang termasuk 4 batang tiang seri.

Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang


jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku
yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai
pasak digunakan.
Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi
Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang
bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda


pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan
daripada sebarang serangan luar
Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan
daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada
masa dahulu

Sebuah
taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirik
an di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan p
emandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

Terletak di Kuala Selangor, Selangor


Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala
sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra,
Indonesia
Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat
menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
untuk para pengunjung

Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api,


beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja,
batu pancung dll.

KOTA A FAMOSA

Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan


Melaka pada tahun 1511
A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan
replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia
merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal
di Asia.

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota,


dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak
sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di
bandar Melaka