Panduan Ibu Hamil
Panduan Ibu Hamil
www.setbersalin.com
www.setbersalin.com
www.setbersalin.com
Diet &
Pemakanan
Sewaktu Hamil
www.setbersalin.com
Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada
tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri
anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang
tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan
mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.
www.setbersalin.com
Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbezabeza. Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia
tertentu.
Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan
pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh
anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga
mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin
akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.
Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein,
kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.
Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega3 (misalnya, dari salmon dan tuna).
Katakan TIDAK pada makanan ini
Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah
dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan
sewaktu tempoh kehamilan:
Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodium
Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan
otaknya.
Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, kornet, salami, bacon (daging anjing),
ham (daging babi), daging asap, ikan asap, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung,
sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat
menyebabkan timbulnya barah dan mengganggu perkembangan janin. Lalu, zat pewarna dalam
sosej dan kornet, iaitu sendawa, juga berbahaya pada tubuh.
Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya.
Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek,
dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya
sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.
Makanan yang tidak boleh diolah dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman.
Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang
diolah setengah matang, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal. Atau, ayam
dan telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteri Salmonella, secara
tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, disamping
menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. Nutrisi yang Vital meningkatnya hormon
kehamilan secara tidak langsung akan membuat tubuh anda melakukan pelbagai penyesuaian.
Ya, ini tidak lain untuk perkembangan janin, persiapan persalinan dan menyusui si kecil kelak. Tidak
hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi,
sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh
tubuh anda.. Apakah dia?
www.setbersalin.com
Kalori (tenaga)
Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan
protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat,
protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak
menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.
Karbohidrat
Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan bahan bakar atau tenaga untuk melakukan aktiviti
sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula,
dan sebagainya.
Protein
Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan
perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati
dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari
haiwan dan tumbuh - tumbuhan.
Lemak
Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya,
sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K),
pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia
boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain.
Vitamin
Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran
proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?
1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang,
menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah buahan dan sayuran berwarna
hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.
2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin),
B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme
karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah,
pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju,
kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokadoo, beras merah, dan
lain - lain lagi.
3. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang,
meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi,
vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya.
4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan
fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.
5. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah
terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,
6. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,
gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.
Mineral
www.setbersalin.com
Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral
yang diperlukan?
1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme
fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya.
2. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur
pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.
3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan
metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju,
aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.
4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot,
dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.
5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah
anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan
yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.
6. Zat besi (Fe)
Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa
diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang
www.setbersalin.com
Saat-saat
Melahirkan
Anak
www.setbersalin.com
Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Selepas 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah
pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan menggembirakan anda. Lebih mendebarkan apabila anda
membayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar
dan gemuruh tersebut?
Perkara pertama yang perlu anda lakukan, ialah bertenang terlebih dahulu. Alihkan fikiran anda dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan, seperti mandi air hangat, baca buku, bersembang, main
games, menonton filem kesukaan, dan sebagainya. Apa yang lebih penting, dapatkan info-info yang
berkaitan dengan proses kelahiran sebanyak mungkin. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih tenang
kerana anda sudah tahu mengenainya. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya. Apa
yang lebih penting, tabahkan hati anda di dalam melahirkan lambang cinta antara anda dan suami anda.
Mengenali tanda-tanda kelahiran
Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu,
anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui,
sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang benar..
Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:
Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim dibahagian atas, lalu merebak ke bagian atas tulang
kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat.
Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang
pecah.
Dari vagina, keluar lendir bercampur darah.
www.setbersalin.com
Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk
meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan menekan
dibahagian bawah perut anda. Setelah plasenta dikeluarkan, doktor akan melakukan penjahitan perineum.
Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau atau ada robekan
di perineum yang berlaku secara spontan.
Aku sudah menjadi ibu
Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan
mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan zuriat anda. Ia juga bererti, satu
tanggungjawab baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastyinya. Ianya
sesuatu yang membahagiakan...
www.setbersalin.com
Selepas
Kelahiran
www.setbersalin.com
Sakit-sakit Badan
Pada minggu pertama setelah melahirkan anak, tubuh anda akan memulakan proses pemulihan diri. Oleh
itu, anda akan dapat merasakan beberapa perubahan kecil berlaku pada tubuh anda. Antara perubahanperubahan yang akan anda alami..
Payudara terus membengkak
Hal ini akan terjadi sehingga 2-3 hari setelah kelahiran anak, ini adalah untuk mempersiapsediakan
pengeluaran air susu dari tubuh anda. Pembengkakan payudara ini akan mula menyusut sebaik sahaja
anda mulai menyusukan bayi anda. Proses penyusuan pul aperlulah dilakukan secara teratur, jika tidak,
payudara anda mungkin akan terus membengkak.
Rahim mulai mengecut
Proses pengecutan rahim memang agak menyakitkan. Untuk kembali ke ukuran semula, rahim akan
mengecut sekitar 1 cm setiap hari. Proses pengecutan ini akan mencegah terjadinya pendarahan selepas
bersalin (tumpah darah) . Salah satu cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan
minum air, jesturu itu, ia juga akan membuatkan anda kerap kali membuang air kecil dan ini sedikit sebanyak
membantu kelancaran proses pengecutan tersebut.
Mengalami sembelit
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron telah membuatkan otot-otot saluran pencernaan
berkontraksi lebih lambat. Dan, hormon ini masih lagi kekal tinggi pada minggu pertama hingga minggu
kedua setelah anda melahirkan bayi. Oleh itu, perbanyakan makanan berserat tinggi, banyak minum,
berjalan-jalan (akan membantu pergerakan usus), serta lakukan senam Kegel (melatih otot-otot vagina
dengan cara seolah-olah ingin membuang air kecil selama beberapa detik, lalu mengendurkannya lagi).
Setelah 2 minggu, keadaan sembelit ini biasanya akan beransur baik.
Kesakitan Pada Perineum
Ini terjadi kerana bekas jahitan pembedahan atau trauma ketika melahirkan bayi. Kalau anda terasa sakit,
anda mungkin boleh menekap perineum anda dengan ketulan ais yang dibungkus kain. Anda juga boleh
berbaring secara mengiring dan duduk di atas bantal (agar otot-otot di sekitarnya berasa amat selesa), atau
kerapkan melakukan senaman Kegel. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, bilas atau
rendam perineum dengan cairan antiseptik (seperti anjuran doktor) selama 5 minit.
Pengeluaran darah tanpa henti
Lokia adalah keluarnya cairan dari vagina selama 3-6 minggu. Sampai hari ke-4, cairan yang keluar
umumnya berwarna merah tua dan lokia akan berubah warna secara berperingkat-peringkat, dari merah
muda, kecoklatan, hinggalah kepada kekuning-kuningang. Pembalut wanita, bukan tampon, biasa digunakan
untuk menyerap cairan yang keluar. Jadi, haid yang sebenarnya paling cepat terjadi selepasr 6 minggu
setelah persalinan (bila anda tidak menyusui), serta kira-kira beberapa bulan sesudahnya (bila anda
menyusui).
Sakit lepas buang air kecil
Jika anda menjalani pembedahan caesar, pundi kencing anda akan menjadi sensitif selama beberapa
minggu. Ini kerana, pundi kencing terpaksa dipisahkan dari rahim anda untuk memudahkan proses kelahiran
bayi. Ini mengakibatkan, dinding pundi kencing anda akan menjadi bengkak. Kalau persalinan anda normal,
gangguan hanya terjadi sekitar 1-2 minggu saja. Pundi kencing menjadi bengkak kerana tertekan ketika
kelahiran bayi. Untuk menghilagkan rasa kait ini, anda perlu berjalan-jalan sedikit atau menekapkan
perineum anda dengan ais supaya timbul keinginan untuk membuang air kecil.
Bagaimana depresi boleh terjadi? Disebabkan and abaru sahaja melahirkanbayi, hormon-horman di
dalam badan anda sudah pastinya belum dapat berfungsi dengan seimbang. Ini serba sedikit akan
menyebabkan perasaan depresi (tertekan) kepada diri anda. Sebenarnya, ada beberapa jenis depresi .
Namun begitu, depresi yang sering melanda para ibu setelah melahirkan bayi adalah depresi jenis baby
blues dan postpartum depression. Apakah perbezaannya?
Baby blues adalah bentuk depresi yang paling ringan. Biasanya, ia timbul antara 2 hari hingga 2 minggu
setelah melahirkan bayi. Lamanya depresi juga tidak terlalu berlarut-larut, hanya sekitar 2 minggu saja. Apa
yang pasti, 80% ibu yang baru melahirkan andak akan mengalami baby blues ini.
Terdapat beberapa tanda anda mengalami depresi baby blues. Antaranya, anda selalu berasa sedih, sering
www.setbersalin.com
menangis, dan sensitif. Biasanya, gejala depresi ini tidak akan memburuk, sehingga anda terpaksa
menjalani terapi khusus. Sokongan dari ahli keluarga sam ada dari suami serta keluarga biasanya sudah
cukup untuk membantu anda melalui waktu-waktu yang sukar ini.
Postpartum depression (PPD) pula adalah bentuk depresi yang lebih serius. Bezanya dengan baby blues
adalah pada frekuensi, intensiti, dan tempoh ia berlaku. Masalah tidur adalah satu cara untuk membezakan
keduanya. Jika anda sentiasa berasa gelisah sehingga tidak boleh tidur, kemungkin besar anda mengalami
PPD. PPD mungkin wujud selepas 2 minggu hingga setahun setelah anda melahirkan anak. Gejalanya?
Anda merasa tidak bermaya, gelisah, bimbang akan menyakiti si kecil, sukar menumpukan perhatian, tiada
nafsu makan, berat badan menurun, berasa bersalah, dan sebagainya.
Seringkali, PPD juga terjadi kerana stress, iaitu anda merasa seperti tidak sanggup untuk menjalani peranan
baru sebagai seorang ibu dan ditambah pula dengan persekitaran keluarga yang tidak membantu. Jadi, ia
bukanlah hanya disebabkan oleh hormon semata-mata.
Perlu diketahui, keberangkalian depresi ini berulang bagi setiap 1 dari 10 ibu adalah sehingga 50% . Oleh
itu, jangan sekali-kali menundakan rawatan terapi anda. Selalunya, rawatan ini akan dijalankan oleh pakar
psikitari dan kadangkala memerlukan anda mengambil ubat-ubatan. Usah bimbang, ubat yang digunakan
adalah sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi.
www.setbersalin.com
Menyusukan
Bayi
www.setbersalin.com
www.setbersalin.com
sebagainya.
Pada saat ini, ASI eksklusif dianjurkan diberikan sehingga si kecil berusia 6 bulan. Kenapa begitu?
Sebenarnya, pencernaan bayi belum berfungsi dengan sempurna sebelum usia 6 bulan. Jadi, ASI adalah
salah satu makanan yang paling sesuai dicerna oleh si kecil. Tambahan lagi, penghasilan ASI anda cukup
baik sebagai satu-satunya makanan untuk pertumbuhan si kecil hingga umur 6 bulan. Tentu saja, cara untuk
pengaturannya juga mesti tepat.
Cuma, pemberian ASI eksklusif perlu dihadkan sehingga 6 bulan saja. Setelah 6 bulan, bayi perlu makanan
sampingan, berupa makanan lunak. Pada waktu ini, ASI hanya memenuhi 60-70% dari keperluan si kecil.
Posisi menggendong
Baringkan si kecil dalam posisi mengiring. Dengan begitu, sebagian muka, perut dan lututnya
menempel pada dada dan perut anda. Selipkan tangan bayi lainnya di bawah lengan anda agar ia
biar bebas bergerak-gerak. Ini posisi menyusukan bayi paling disukai sepanjang zaman.
www.setbersalin.com
sekali bila si kecil kembar, puting susu anda datar, dan anda baru sahaja selesai pembedahan
caesar.
Jadual tidak perlu ketat
Pada prinsipnya, biarkan bayi baru anda menyusu sepuas-puasnya pada minggu-minggu pertama
kehidupannya. Jangan sekali-kali mencipta jadual minum susunya. Sebab, menyusukan bayi setiap saat
adalah bererti memenuhi seluruh keperluan tubuh bayi anda.
Pada kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu disusui sekitar 8-12 kali dalam 24 jam. Masalahnya, bayi
anda ini akan lebih banyak tidur di siang hari (lebih dari 2-3 jam). Makanya, anda harus rajin-rajin
membangunkannya agar ia tidak kehilangan kesempatan emas, iaitu ASI. Bukankah setiap 2-3 jam ia harus
menghisap ASI?
Bagaimana dengan malam hari?
Justeru, bayi yang baru lahir akan lebih sering menyusu pada waktu malam. Entah mengapa, ia senang
sekali mengajak anda bermain dengannya. Padahal, ia harus tidur lebih lama, iaitu 3-4 jam. Kebiasaannya,
penghasilan ASI anda juga sudah cukup dengan keperluannya. Lama-kelamaan, si kecil akan semakin
kurang tidur. Bertambahnya usia akan membuatnya semakin pintar untuk membezakan malam dan siang.
Apakah kelebihan menyusukan bayi tanpa jadual yang ketat? Apa yang pasti, penghasilan ASI anda akan
meningkat. Selain itu, penyumbatan kelenjar susu juga dapat dicegah. Sekaligus akan menghindarkan anda
dari kemungkinan mengalami payudara bengkak atau meradang.
Tambahan pula, tempoh bayi menyusu untuk satu payudara sekitar 10-15 minit. Kalaupun masih haus,
teruskan pemberian ASI. Jangan dihentikan begitu saja. Ada juga bayi yang boleh menyusu hingga lebih dari
15 minit.
Memerah dan menyimpan ASI
Mengeluarkan atau memerah ASI dilakukan apabila anda ingin meninggalkan si kecil di rumah. Pada
kebiasaannya, memerah ASI dilakukan dengan 2 cara, iaitu dengan tangan (memijat payudara) atau dengan
dengan alat bantuan (berupa pengepam ASI, baik pengepam manual/menggunakan tangan maupun
pengepam elektrik/menggunakan tenaga elektrik). Yang manakah yang lebih sesuai?
Ia terpulang kepada anda. Untuk kepastian, kebanyakkan ibu masa kini memilih memerah ASI dengan alat
bantu, yang boleh didapati di dalam pelbagai rupa bentuk di pasaran. Sebaiknya, pilih pengepam yang juga
dilengkapi dengan botol supaya ia lebih memudahkan. Adalah lebih baik jika pengepam tersebut boleh
mengeluarkan ASI dari kedua payudara dalam masa 15 minit.
Selesai memerah, ASI perlu disimpan. Untuk memastikan kualiti ASI tetap baik, ada beberapa aturan yang
perlu dipatuhi. Contohnya, pilih medium penyimpanan ASI yang diperbuat dari plastik (tidak cepat pecah)
dan tertutup rapat (tidak tumpah), jangan simpan ASI di suhu bilik hingga lebih dari 3 jam (jadi sasaran
serangan mikroorganisme), ASI akan menjadi beku apabila disimpan dalam peti ais sampai 72 jam, jangan
hangatkan ASI dengan microwave (panas berlebih akan merosak zat di dalamnya), dan masih banyak lagi.
Mensendawakan Bayi
Ketika menyusu, bayi juga akan menelan udara. Dan ini boleh menyebabkannya kembung. Oleh itu, untuk
mengeluarkan udara yang ditelan sewaktu menyusu itu, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :Telungkupkan bayi. Letakkan perutnya di atas pangkuan anda dan sangga dadanya.
Pastikan kepalanya lebih tinggi dari tubuhnya. Secara perlahan, tepuk-tepuk punggungnya.
Dukung dan pastikan bahagian depan tubuhnya menghadap anda. Salah satu tangan anda
menahan tengkuk dan membokong si kecil, sementara tangan lain mengelus-elus punggungnya.
Biarkan kepalanya tetap bersandar pada bahu anda. Pastikan hidungnya tidak tertutup oleh tubuh
anda.
Telentangkan si kecil di atas pangkuan. Sangga tengkuk dan bokongnya. Kepalanya mesti lebih
tinggi dari tubuh. Tepuk-tepuk punggungnya ya.
www.setbersalin.com
www.setbersalin.com
tidak dilakukan secara optimun dan kemungkinan juga disebabkab anda stres. Jadi, perbaiki dulu proses
menyusui anda, seperti cari cara dan posisi menyusui yang paling selesa, selalu menyusui, dan sebagainya.
Tekanan biasa diatasi dengan mengubah gaya hidup, seperti cukup istirehat, rajin bersukan, memakan
makanan bergizi seimbang, dan sebagainya.
ASI terlalu deras
Kerana payudara anda penuh susu, aliran ASI jadi tidak terkawal. Ini sering terjadi pada minggu-minggu
pertama masa menyusui. Payudara anda sedang menyesuaikan produksi ASInya dengan keperluan si kecil.
Untuk mengatasinya anda boleh memakai breast pads, mengeluarkan sebahagian ASI sebelum menyusui,
selalu menyusui, dan sebagainya.
www.setbersalin.com
Gangguan
Kesihatan
Bayi
www.setbersalin.com
www.setbersalin.com
Tanda-tandanya kulit menjadi kemerahan dan meradangnya kulit di daerah yang tertutup lampin. Umumnya,
ruam lampin terjadi kerana lampin yang basah tidak segera diganti. Atau, si kecil memang terkena alahan.
Kulit yang lembab dan kotor akan mempercepat terjadinya ruam lampin. Jadi, pilih lampin yang nyaman
(tidak ketat dan menyerap cairan dengan baik), selalu ganti lampin si kecil, serta jaga kebersihan daerah
yang tertutup lampin, Biasanya anda mencalitkan krim sapuan pada ruam, tapi haruslah sesuai dengan
saranan doktor.
Selesema (flu)
Penyakit yang disebabkan virus influenza ini tidak perlu membuat anda cemas, kerana akan sembuh
dengan sendirinya setelah 3-4 hari. Gejalanya antara lain hidung meleleh, demam, menggigil, sakit
keronkong, batuk, tidak enak badan, dan sebagainya. Jadi, atasi dengan cara si kecil beristirehat, banyak
minum, diberi ubat penurun panas (kalau demam), sedut hingusnya dengan pipet, dan sebagainya. Ukur
juga suhu tubuhnya 3-4 jam sekali. Jika suhunya tetap tinggi selama 36 jam atau keadaannya makin parah
setelah 48 jam, cepat bawa jumpa doktor.
Batuk
Iaitu gejala penyakit atau reaksi tubuh untuk mengusir benda asing yang masuk ke kerongkong atau saluran
pernafasan. Batuk biasanya diikuti oleh kahak, namun boleh juga tidak. Jadi, bila batuknya berkahak,
telungkupkan si kecil di pangkuan dan tepuk-tepuk punggungnya biar kahaknya keluar. Biar tidurnya tetap
nyenyak, alas kepala dan bahu dengan bantal. Lendir dan hingus tidak masuk ke tekaknya semula. Jika
batuk tidak sembuh dalam 3-4 hari, segera berjumpa doktor. Jika batuknya kering, ini bererti ada benda
nakal yang memasuki dan harus cepat-cepat dikeluarkan. Caranya? Telungkupkan bayi pada lengan anda.
Kepala dan lehernya ditopang ya. Kepala agak lebih rendah dari bahu, lalu tepuk-tepuk punggungnya
sampai benda tersebut tanggal.
Peluh gatal
Bintil-bintil merah yang gatal ini muncul kerana tersumbatnya kelenjar peluh. Untuk mengatasinya, selalu
ganti pakaian si kecil (kalau terus berpeluh), lap peluhnya, mandikan dengan air sejuk, dan biarkan telanjang
sebentar. Kalau radangnya makin menjadi-jadi, berikan krim sapuan atau bedak khusus yang sesuai dengan
saranan doktor. Bawa ke doktor jika peluh gatalnya tidak sembuh-sembuh, serta terinfeksi (ada bintik-bintik
putih dan bernanah).
www.setbersalin.com
Kelengkapan
Menyambut
Bayi
www.setbersalin.com
Sewaktu menunggu kelahiran buah hati tercinta, anda memang seronok belanja untuk keperluannya.
Banyak yang harus dibeli tapi janganlah sampai tersalah membeli. Ertinya tidak sesuai dengan keperluan si
bayi, hinggakan banyak barang-barang kelengkapan itu yang tidak digunakan dan membazir:
Senaraikan brang-brang keperluan bayi terlebih dahulu dengan tepat. Jangan membeli kerana pengaruh
iklan atau promosi. Dalam memilih warna, jika anda belum mengetahui jantina si kecil, belilah kelengkapan
bayi dengan warna-warna yang neutral. Biar lebih mudah dan tidak bosan, kebiasaannya, kelengkapan bayi
mempunyai beberapa tema, seperti seperti tema binatang, bunga atau watak-watak kartun. Jika kewangan
menjadi alasan, tidak ada salahnya untuk anda meminjam kelengkapan-kelengkapan bayi seperti katil tidur
dan kereta sorong dari pihak lain seperti abang atau saudara mara. Biasanya, kelengkapan-kelengkapan
tersebut hanya digunakan sementara sahaj dan selalunya keadaannya masih baik.
Perkara ini adalah normal bagi ibu-ibu untuk meminjamkan bahkan memberikan peralatan bayi yang sudah
tidak diperlukan lagi kepada orang atau saudara-mara terdekat. Jadi, anda tidak perlu malu untuk bertanya
kepada orang tua, adik beradik, saudara mara mahupun rakan-rakan terdekat anda.
Berikut adalah senarai kelengkapan bayi yang boleh anda cetak dan bawa sewaktu berbelanja kelak. Ia
berguna agar anda tidak terlupa atau tercicir apabila tiba waktu melahirkan anak nanti.
Perkara
Kelengkapan Bayi
> Kelengkapan Menyusui / Makan :
Botol Susu
Puting Susu
Berus Botol
Tempat makan plastik ( pinggan, sudu, gelas)
> Pakaian
Lampin
T- shirt / kemeja (pilih bahan yang lembut dan tidak panas)
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut bayi
Topi bayi
Sarung tangan
Sarung kaki
Sweater / Jaket
Pampers
Kasut bayi (diperbuat dari kain atau bulu)
> Kelengkapan Tidur
Cadar
Selimut
Selimut bayi
Blue Liner
Lapisan kain untuk alas Blue Liner
Bantal panjang
> Perabot
Tempat tidur bayi
Tilam kecil
Kerusi makan (jika perlu)
> Kelengkapan Mandi
Besen mandi bayi
Sabun bayi
Syampu dan perapi
Minyak bayi (Baby Oil)
Sikat rambut bayi (lembut)
Kain lap mandi
Tuala
Pemotong Kuku
Bola Kapas (Cotton Ball)
Jumlah
2 botol
2 buah
1 buah
@ 1 buah
12 helai
12 helai
12 helai
12 helai
5 helai
2 buah
5 pasang
5 pasang
1 helai
5 lembar
3 pasang
2 helai
1 helai
1 helai
1 helai
10 helai
1 pasang
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
1 buku
1 botol
1 botol
1 buah
2 helai
2 helai
1 batang
1 bungkus
www.setbersalin.com
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
Untuk Ayah:
Kamera / Handycam
Filem
Bateri /Charger
Pakaian
Makanan ringan
Buku atau majalah sebagai bahan bacaan saat istirehat.
Baiklah, sampai disini sahajalah dulu laporan percuma panduan ibu hamil ini. Jangan lupa mendaftarkan diri
anda di newsletter setbersalin.com untuk mendapatkan lebih banyak tips2 menarik tentang kehamilan & juga
penjagaan bayi serta diri sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak.
Semoga laporan ringkas ini dapat memberikan serba sedikit informasi yang berguna kepada anda untuk
menempuh saat-saat kelahiran bayi anda. Akhir kata, selamat melahirkan bayi dan selamat mendapat
www.setbersalin.com
www.SetBersalin.com