Anda di halaman 1dari 20

LAPORAN LAWATAN TAPAK

Masa

: 9.00 pagi

Lokasi

: Pembinaan rumah teres 3 unit di Tiang TNB 24, Lorong Haji Parit Rais,
Batu Pahat.

1.0

Pengenalan

Lawatan ke tapak binaan merupakan satu proses pembelajaran bagi kod kursus BBB 20303 Amalan
Bata bagi pelajar-pelajar tahun tiga kursus Binaan Bangunan Fakulti Pendidikan Teknik Dan
Vokasional. Seramai 27 orang pelajar termasuk seorang pensyarah telah menyertai lawatan ke tapak
bina ini. Pada pukul 9.00 pagi kesemua pelajar dan pensyarah telah berkumpul di tapak bina.

Antara tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para
pelajar tentang peralatan-peralatan binaan terutama peralatan dalam kerja-kerja kemasan akhir dalam
pembinaan. Pelajar hanya mempelajari memgenai kemasan secara teori namun dengan lawatan ini
pelajar dapat megetahui secara lebih dekat dan praktikal mengenai peralatan da bahan dalam
melakaukan kemasan dengan pekerja yang mahir di tapak bina ini. Pelajar dapat melihat dengan
lebih dekat mengenai kemasan dilakukan.

Projek pembinaan yang dilawati ialah projek pembinaan rumah teres 3 unit di di Tiang TNB 24,
Lorong Haji Parit Rais Batu Pahat. Sesi taklimat lebih menjurus kepada penerangan serba sedikit
mengenai pembinaan yang dijalan, jenis-jenis perlatan yang digunakan dalam kemasan, bahan yang
digunakan dan cara melakukan kemasan iaitu melepa dilakukan.

2.0

MENGENALPASTI & MEMILIH BAHAN UNTUK KEMASAN

2.1

Memplaster/ Melepa

Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya
dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk
menghasilkan kerja yang bermutu.
Kerja lepaan sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alasan berikut :a.

Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan

b.

Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

c.

Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

d.

Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

e.

Mengurangkan bunyi bising serta kalis haba

f.

Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

g.

Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

2.2

Peralatan

Pemilihan peralatan kerja amat penting bagi pekerja bagi memastikan hasil kerja dapat dilakukan
dengan senang, cepat serta bermutu. Peralatan seharusnya dari jenis yang berkualiti, dan tahan lama
serta sesuai digunakan. Peralatan mestilah disimpan berish serta berkeadaan baik. Alat yang dibuat
dari besi hendaklah dalam keadaan kering, disapu minyak sebelum disimpan. Penggunaan kotak
peralatan boleh membantu keselamatan alat yang disimpan apabila tidak digunakan.

2.2.1

Jenis-Jenis Peralatan

Stell Float
(Pemaras Keluli )
Comb Spreader
Wooden Float
(Pemaras Kayu )
Spirit Level

Baldi
Hawk

2.3

Perkara

Perlu

Yang

Diberi

Semasa

Darby Float ( Pemaras Kayu


Panjang)

Perhatian

Menggunakan

Alat
Sebelum

kerja

dijalankan,

melepa

adalah

perlu

seseorang pekerja itu mahir


dengan kaedah dan cara
mengguna

alat

melepa

dengan betul. Alat Hawk


dan pemaras keluli (Steel
float)

perlu

dimahirkan

dengan lenggok pergerakan


dan tekanannya. Perkaraperkara lain yang perlu
dititik beratkan ialah :1) Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering. Sekiranya kotor dan basah,
maka cuci dan keringkan segera.
2) Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.
3) Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari mortar board dan semasa
mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.
4) Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah tangan.
5) Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang, kemudian
barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.
6) Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya merapatkan steel
float apabila mortar semakin kurang.
7) Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada dihujung
pemaras berkenaan.

8) Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan sedikit kering.
Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapat di ratakan
dengan sempurna.

2.4

Jenis-Jenis Bahan

2.4.1

Simen

Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk
penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk
mortar lepaan iaitu Wallcrete dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Gambar Rajah 2.4.1 Simen

2.4.2

Kapur

Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor
tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan
menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Gambar Rajah
2.4.2 Kapur
Tujuan
penggunaan kapur
adalah

untuk

menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan
seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.
2.4.3

Air

Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan
bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana
kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.
Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :i.
ii.
iii.

Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan
simen.
Memudahkan kerja bancuhan
Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Gambar Rajah 2.3.4 Air


2.4.5

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk
menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30%
digunakan.

Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk
serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus
dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia
memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar
dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.
Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine,
sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat.
Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir)
ataupun ditambah dengan satu bahagian kapur untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1
: 1 : 6 (simen : kapur : pasir)

3.0

Jenis Kemasan Lepaan


Terdapat beberapa jenis kemasan lepaan yang digunakan dalam binaan. Antara jenis kemasan

lepaan iaitu :

A. Kemasan Biasa ( sand face)


Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat
dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk,
tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.
8

Lapisan pertama :

bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat

setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah
bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini
hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.
Lapisan Kedua :

Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk

permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah
menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh
digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.
Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan
simen Portland, kapor dan pasir ialah : 1: : 4

atau

1 : 1 : 5-6

atau

1 : 2 : 8-9

B.

Kemasan Licin

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan
air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan,
campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah
dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar
ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

C.

Kemasan Granolitik

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz
3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan

permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka
permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

D.

Kemasan Shanghai

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu
bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi
adalah kemasan gerutu berwarna.

E.

Kemasan Textured atau Scraped

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan
pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung
kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.
Video :

F.

Kemasan Rough cast atau wetdash

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah
bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah
1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk
menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang
mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Video : C:\Users\Acer\Videos\RealPlayer Downloads\#scr.flv

G.

Kemasan Pebble-dash atau drydash

10

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10
20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut
belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4

dengan campuran water

proofer dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.
H.

Kemasan tyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada lapisan
asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding.
Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap
lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

I.

Kemasan Depeter

Merupakan satu bentuk kemasan rough cast. Lapisan lepaan dibuat setebal 12mm dengan nisbah
bancuhan 1 : 3.

Semasa lepaan masih lembap, batu-batu kerikil atau batu keras ditekan ke

permukaan lepaan dengan tangan. Kemasan ini boleh memberikan corak yang menarik serta cantik.
Nilai seni pada permukaan dapat ditingkatkan dengan memilih bahan yang berlainan warna.

J.

Kemasan / Lepa Jejaring lath plaster

Lepaan jejaring hendaklah terdiri dari jaringan logam dan lepa. Kepingan ini hendaklah dipasang
memanjang melintangi penahan. Bahagian sisi kepingan diantara penahan hendaklah diikat bersama
dengan dawai. Hujung dawai pengikat hendaklah dibengkokkan kedalam dan bukan kearah lapisan
kemasan lepaan. Jika kepingan logam bergalvani 25X25 I dipasang pada rangka besi, dawai atau
klip perlu digunakan pada jarak tidak melebihi 350mm.

11

Lepaan
pada
jaring

K.

Kemasan
Barium
Biasanya lepaan ini digunakan untuk melepa permukaan dinding dalam dengan nisbah bancuhan
1 : 1 : 3 iaitu simen : barites (barium sulfat) yang halus : pasir. Tujuan lepaan ini adalah untuk
menghalang radiasi, contonya untuk lepaan dinding dalam bilik X-ray dan sebagainya.

4.0

Menyediakan Permukaan Untuk kerja Melepa

12

4.1

Persediaan Dasar

Dasar lepaan terdiri dari tiga bentuk iaitu :


i.
ii.
iii.

Dasar yang kukuh seperti dinding bata, konkrit, terra cotta, batu atau blok gypsum.
Bidai kayu atau logam
Gypsum atau papan fibre bangunan

Persediaan asas :
Permukaan hendaklah dibersihkan dan dibasahkan dengan air supaya lembap
Dinding yang disapu cat atau kapor hendaklah diketuk atau dicakar untuk menyediakan
permukaan kasar bagi memegang ikatan sebelum kerja melepa lapisan mortar baru dilakukan
Mortar keras yang terlebih pada sambungan bata hendaklah dibuang bagi memudahkan kerja
melepa.
Kaedah melepa dilakukan samada satu atau dua atau tiga lapisan, bergantung kepada factor berikut.
i.

Dasaran yang hendak dilepa

ii.

Bahan yang digunakan

iii.

Jenis kemasan yang diperlukan

4.1.1

Lepaan Satu Lapisan

Cara ini digunakan pada dinding bata, konkrit, terra cotta atau dasar padu yang kuat dan tegap.
Mortar simen atau mortar yang mengandungi simen, kapor dan pasir atau mortar gypsum adalah
bahan yang biasa digunakan untuk kerja melepa satu lapisan.
Dinding dibasahkan dan mortar dibancuh. Bermula dari bahagian atas, buatkan satu jaluran
lepa atau screed secara melintang. Dan dengan jarak yang sesuai dibawahnya, satu lagi jaluran
screed dibuat. Bagi dinding yang besar, mungkin lebih dari 3 jaluran screed diperlukan.

13

Gunakan
pemaras kayu panjang
darby

float

menegak

secara
untuk

menggosok kedua-dua
hujung

screed.

Pastikan gosokan itu


menyebabkan

mortar

sama tebal iaitu dengan jarak lebih kurang 5/8 antara darby float dengan dinding. Tompokan mortar
yang sama tebal dihujung screed dikenali sebagai dot. Ia merupakan titik rujukan ketebalah lepaan.
Sekali lagi gunakan kayu pemaras darby untuk memotong screed kearah dot, menjadikannya
permukaan rata. Ruang antara screed di isi dan dengan darby float mortar lepa diratakan
berpandukan kedua-dua screed berkenaan. Sekiranya ada tempat yang tidak cukup ketebalan, maka
mortar ditambah menggunakan pemaras keluli dan diratakan menggunakan pemaras kayu dan diuji
lagi menggunakan darby float. Akhir sekali ratakan keseluruhan permukaan dengan wooden float
dan sudip kemasan.

4.1.2

Lepaan Dua lapisan

Biasanya dilakukan untuk mendapat kemasan akhir yang lebih halus dan sekata. Bahan yang
digunakan ialah mortar kapor, mortar gypsum dan mortar simen.
Pada lapisan pertama, tentukan ketegakkan, kerataan dan kelurusan seperti yang dikehendaki.
Sekiranya perlu, lapisan ini booleh dicakar untuk menyediakan pegangan dengan lapisan yang bakal
dibuat nanti. Setelah lapisan pertama telah mengeras, maka lapisan kedua dibuat dari atas ke bawah.
Lapisan kemasan ini teramat nipis sekiranya menggunakan lime putty dan tebal sedikit jika

14

menggunakan air pekatan simen. Pada umumnya kelurusan lapisan kemasan bergantung kepada
permukaan lapisan pertama tadi.

4.1.3

Lepaan Tiga Lapisan

Kaedah ini biasanya digunakan pada laths atau kerja batu kasar. Lapisan pertama mortar
mengandungi serabut didalamnya untuk tujuan lekatan. Lapisan ini dikenali sebagai pricking up
dibuat dengan kelurusan yang sesuai menggunakan laying trowel. Kemudian permukaannya
dikasarkan dan setelah mengeras, dua lagi lapisan lepa dibuat untuk mendapat permukaan yang rata
dan seragam.

5.0

Kerja Melepa

5.1

Langkah-Langkah Kerja Melepa

Kerja lepaan pada suatu tembok dibuat dalam dua atau tiga lapisan tidak termasuk lapisan penyudah.
Bilangan lapisan ini juga bergantung kepada jenis bahan asas dasaran, dan keadaan permukaan
dinding berkenaan.

i.

Langkah 1 Persediaan asas

Permukaan tembok dibersihkan dan dikasarkan sekiranya dari jenis dinding lama. Cat yang ada
hendaklah di ketuk dan dikikis dengan brick hammer sementara mortar yang berlebihan pada
sambungan bata hendaklah dibuang untuk memudahkan kerja melepa dilakukan.

15

Dinding bata perlu dibasahkan secukupnya sekiranya berkeadaan kering supaya mortar lepaan tidak
cepat kering ketika kerja dijalankan. Penyediaan mortar lepaan perlu dibuat dalam kuantiti yang
mencukupi agar kerja-kerja tidak tergendala.

Pastikan
permukaan
tembok bersih
ii. Langkah 2
Membuat
Lapisan
Dasar
(undercoat)
Permukaan
tembok bata perlu
dibasahkan
secukupnya
sebelum kerja lepaan dijalankan. Tujuan tindakan ini adalah untuk mendapatkan ikatan yang kukuh
diantara lapisan lepa dengan permukaan tembok. Bagi permukaan tembok yang lekuk, perlu
dipenuhkan dan diratakan terlebih dahulu.
Lapisan dasar ini dapat mengurangkan ketebalan lepaan lapisan berikutnya. Permukaan
lepaan undercoat hendaklah dicakarkan untuk mendapatkan ikatan yang kuat bagi menerima lapisan
yang berikutnya.

16

17

Membuat lapisan dasar atau undercoat

iii. Langkah 3 Membuat Lapisan Tapak (floating coat)


Untuk mendapatkan suatu permukaan lurus dan sama rata sebagai tapak bagi lapisan penyudah
berketebalan 10-14mm. Salah satu kaedah untuk mendapatkan permukaan yang sama rata ialah
dengan menggunakan kaedah tompok-tompok dan jaluran panduan ( dot and screed)

Membuat lapisan tapak atau


floating coat

Tompok-tompok
berbentuk segiempat dibuat
mengikut jarak tertentu, biasanya
1-2 meter antara satu dengan lain
dan disamaratakan dengan
panduan benang secara melintang
dari hujung ke hujung. Tompok
lepaan kemudian disambungkan
menjadi jaluran lepaan samada secara menegak atau mendatar.

Seterusnya mortar lepaan dipenuhkan menggunakan pemaras keluli berpandu kepada aras
ketebalan jaluran lepaan sehingga keseluruhan ruang ditutupi dengan mortar lepa. Kemudian lepaan
tersebut digosok serta diratakan dengan kayu pemaras panjang (darby float) dan dikuti dengan
pemaras kayu (wooden float).

18

iv. Langkah 4 Membuat Lapisan Penyudah (finishing coat)


Finishing merupakan lapisan akhir dengan ketebalan antara 3-6mm dan dilakukan bergantung
kepada jenis kemasan yang dikehendaki.. Untuk mendapatkan kemasan Licin, maka lapisan
finishing perlu dibuat semasa mortar lepaan masih lembap. Walaubagaimanapun ianya boleh juga
dibuat selepas lepaan mengeras, tetapi tembok perlu dibasahkan terlebih dahulu dan lapisannya lebih
tebal berbanding jika dibuat ketika lepaan masih lembap. Sekiranya kemasan khas seperti gerutu,
shanghai, granolik hendak dilakukan, maka kaedah membuat kemasan-kemasan berkenaan
hendaklah dikuti.

Membuat Lapisan
Penyudah (finishing
coat)

6.0

Peringatan

Semasa Melepa
a)

Pastikan permukaan yang hendak dilepa telah dibuat persediaan yang lengkap dan teratur.

b) Pergerakkan tangan ke belakang dibuat untuk mengambil mortar dari hawk dan menampal
pada dinding, kecuali posisi tersebut tidak membolehkan pergerakkan berkenaan.
c)

Luas atau lebar steel float hendaklah digunakan sepenuhnya

d) Jangan menutup permukaan dot atau screed


e)

Tampalan mortar hendaklah dibuat dengan ketebalan yang sekata.

f)

Pastikan keseimbangan berat badan dan kekuatan otot lengan dengan sebaik mungkin.

7.0

Kesimpulan

19

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah program lawatan ke tapak projek ini amat baik bagi memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai proses dalam melakukan kemasan akhir dalam binaan iaitu
melepa. Pelajar hanya belajar secara teori dan melakukan sendiri semasa amali sahaja tetapi dengan
lawatan ini pelajar dapat melihat sendiri proses melepa di tapak bina itu sendiri. Pelajar juga dapat
diberi peluang dalam melakukan sendiri kerja melepa di tapak bina dengan dipantau oleh pekerja
yang mahir di tapak bina berkenaan. Ia memberi pengalaman yang bermakna. Selain itu, pelajar
dapat maklumat serba sedikit daripada salah seorang pekerja mahir di tapak bina berkenaan.
Lawatan ini amat bagus bagi pelajar dalam subjek kos amalan bata ini.

20