Anda di halaman 1dari 3

Guan Eng dan banglo RM2.

8 juta
ABDUL JALIL ALI
21 April 2016

TANPA memilih bulu, apa yang salah kita kena kata salah. Tidak perlu banyak alasan dan
ding-dong-ding-dong yang entah apa-apa itu. Baik anak seluang, bapak haruan, piranha
ganas, hatta ikan paus berskala Jaws, sekali masuk jaring jangan dilepaskan.

Maka sekiranya Lim Guan Eng memang dibuktikan bersalah, beliau patut menerima hukuman
setimpal, sama seperti bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang dihukum penjara garagara rasuah.
Ada dakwaan di Parlimen dibangkitkan oleh YB Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
konon Ketua Menteri Pulau Pinang @ anak Lim Kit Siang itu membeli hartanah di Jalan
Pinhorn, Georgetown, pada harga di bawah pasaran.

Banglo dua tingkat atas tapak berkeluasan 10,161 kaki persegi @ 943.98 meter persegi itu
dibeli pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan nilai pasaran sebenar
dianggarkan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Tambah kontroversi lagi apabila Lim dilaporkan membeli banglo itu daripada Phang Li Koon,
yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman
Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.

Tidak menghairankan untuk beberapa hari setelah dakwaan di Parlimen itu, Guan Eng
dihentam kaw-kaw punya oleh seteru-seteru politiknya. Pagi petang siang malam ada sahaja
kenyataan daripada pihak tertentu membantai beliau habis-habisan.

Ada tunjuk perasaan, angkat sepanduk, hantar memorandum, dan macam-macam laporan polis
dibuat kerana pemimpin DAP itu konon cakap tidak serupa bikin; hendak memerangi rasuah
tetapi dikatakan membeli rumah cara meragukan.

Malah, sebuah stesen TV tempatan, setiap hari menyerang pemimpin Pulau Mutiara menerusi
liputan berita pada waktu prima. Isu banglo di Jalan Pinhorn itu diberi liputan hampir setengah
jam, kalah isu-isu besar lain.

Anehnya tidak pula stesen berkenaan memberi liputan meluas terhadap songlap RM ratusan
juta yang dilakukan oleh seorang pegawai di Kementerian Belia & Sukan, walaupun menteri
berkenaan mengakui penyelewengan wang rakyat dalam kes tersebut.

Pelbagai pihak mahu KM segera dihukum kerana isu RM2.8 juta. Mereka tidak mahu YAB
terlepas, sedangkan yang empunya diri telah sejak awal menegaskan beliau bersedia memberi
segala keterangan dan kerjasama untuk membantu siasatan.

Ada yang terlalu bersemangat, marah-marah pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), menuduh agensi bebas itu memilih bulu dan sengaja melengah-lengahkan siasatan
kes berkenaan.

Padahal SPRM tidak ada sebab untuk menangguhkan siasatan ke atas Guan Eng. Seperti yang
ditegaskan oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, tuduhan sesetengah pihak itu adalah tidak
berasas.

Tegas Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM itu, seperti yang dilaporkan Bernama semalam:
Perkara itu (pembelian banglo) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai.
Memanggil Lim untuk ditemu duga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM.

Serahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat. Orang ramai, lebih-lebih lagi seteru KM,
tidak perlu memandang serong terhadap agensi berkenaan. Semua orang pun tahu RM2.8 juta
bukan satu-satunya kes dalam fail SPRM.

Ada sekian banyak skandal mega negara yang jauh lebih hina daripada apa yang terjadi di
Pulau Pinang, kini sedang disiasat. Ada kes yang terlalu rumit, berbelit-belit dan melibatkan
jumlah RM berjuta-juta-juta lemon yang terpaksa dihentikan siasatan, diarahkan supaya fail
ditutup.

Dibandingkan dengan RM beratus juta duit rakyat juga sekian banyak kereta mewah, saham,
simpanan di bank, jam tangan, berlian, beg tangan, pakej pelancongan keluarga, dan lain-lain
yang disonglap secara senyap-senyap oleh pegawai di kementerian berkenaan, banglo RM2.8
juta itu sebenarnya tidak sebesar mana.

Malah, kediaman sesetengah menteri, ketua menteri dan menteri besar, hatta sesetengah
pemimpin biasa di peringkat kampung pun jauh lebih besar dan mewah dari banglo di
Georgetown, sehingga selalu timbul pertanyaan: dari mana dia orang dapat duit?

Tetapi itu tidak sama sekali bererti Lim Guan Eng tidak perlu disiasat. SPRM tidak perlu takut
untuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang. Siasatlah secara adil, telus dan menyeluruh;
jangan sembunyikan walau sekecil hama.

Sekiranya pada akhir siasatan nanti terbukti ada penyelewengan dalam isu banglo RM2.8 juta
itu, pihak yang bersalah mesti dihukum. Penyelewengan tetap penyelewengan tidak kira 28
sen, RM2.8 juta hatta RM2.8 bilion.

Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)

Anda mungkin juga menyukai