Anda di halaman 1dari 6

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com


http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Isnin, 17 September 2007 @ 15:05:46
Topik: Tazkirah

Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang
paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau
solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat
mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda.
Firman Allah SWT yang bermaksud:" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian
dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat
dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun
sujud.
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara
lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan
menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat
berserah dan memohon pertolongan".
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah lah.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam
keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang
hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Cerita Sujud:
Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun
mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan
melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti bab* justeru
para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah
SWT.
1.
2.

SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)


SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana
sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala
tanda hormat.
Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab
salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat
mandi.
"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana
rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir
kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena
hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".
Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat
mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan
jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas
bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.
Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang
yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan
mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).
Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan
ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap
kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta
mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud
tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak
tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna.
Sayugia dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT
(Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri
kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu
ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti
seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah
meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.
Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan
mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat
yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah
itu.
Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka
setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah
iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya
tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang
itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolaholah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia
membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang
mengucapkan, "Subhana Rabbial-A'lah wa-Bihamdih".
Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara
hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita
(terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com


http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2463
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Sesungguhnya setiap pergerakan & perbuatan di dalam solat itu mengandungi rahsia & fadhilatnya yang tersendiri.
Berikut saya kongsikan rahsia solat yang jarang diketahui umum untuk pedoman kita bersama..
1 Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 Berdiri Betul : Melapangkan ruang di dalam kubur
3 Takbir-ratul Ihram : Sebagai pelita yang menerangi di dalam kubur.
4 Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 Ruqu : Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 Itidal : Mendapat minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 Sujud : Memagar diri ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur

9 Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Kenderaan ketika kita di padang Mahsyar


10 Tahhiyat Akhir : Penjawab soalan Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 Selawat Nabi : Pendinding api neraka di dalam kubur
12 Salam : Memelihara kita di dalam kubur
13 Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
::: Renung-renungkan & Selamat Beramal :::
http://santaiminda.esq2u.com/rahsia-solat.htm
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Rahsia pergerakan dalam solat kepada kesihatan fizikal
SETIAP umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum mencapai baligh diwajibkan
tanggungjawab ke atas ibu bapa mendidik dan mengajar anak mengenai solat mengikut peraturan yang ditetapkan.
Yang pasti solat adalah ibadat fardu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah
peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan
Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat
Islam di muka bumi ini.
Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid
sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah.
Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika
dilakukannya dengan penuh khu-syuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari atau dibandingkan dengan
gerak kerja lain.
Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai
sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Pastinya ada rahsia
kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.
Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk
iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan. Keistimewaan
pergerakan solat inilah mencetuskan minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) membuat kajian
saintifik untuk melihat hikmahnya dari segi kesan kepada kesihatan kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik.
Antara hasil kajian secara saintifik terhadap solat paling menarik ialah kemampuan memulihkan masalah disfungsi
ereksi atau mati pucuk yang amat ditakuti oleh lelaki. Kajian itu diketuai Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
UM, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof Dr Wan Azman Wan Abu
Bakar dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kajian itu juga dibuat
hasil cetusan pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005 supaya melihat dan
mengkaji dari sudut saintifik mengenai solat.
Masalah mati pucuk antara penyakit yang menghantui 40 peratus lelaki di seluruh dunia berusia 40 tahun ke atas dan
menerusi perubatan moden, kelemahan zakar berfungsi dengan baik hanya dengan pengambilan pil seperti viagra
atau ubat tradisional seperti makjum.

Menurut Prof Madya Fatimah, hasil kajian biokejuteraan sains solat yang dilakukan pasukannya penyelidiknya
dapat membuktikan masalah mati pucuk boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Katanya, keputusan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan ke atas dua pesakit yang menjalani terapi solat
selama sebulan yang didapati tahap kelemahan zakar berjaya dipulihkan dengan memberangsangkan berbanding
sebelumnya.
Beliau berkata, terapi solat itu memerlukan seorang pesakit mengerjakan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan
selama setengah jam dan dilakukan tiga kali seminggu.
Saya dapati pesakit yang menjalani kajian ini berubah dari segi kekuatan zakarnya yang menunjukkan ketegangan
semakin baik. Ini kerana setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik.
Jelas, solat sebenarnya bukan sekadar ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam tetapi ia mengandungi rahsia
yang besar kepada penjagaan kesihatan badan, katanya.
Beliau berkata, pihaknya memasang alat khas yang berfungsi mengesan tahap ketegangan zakar dan pengaliran
darah sewaktu tidur.
Seorang lelaki yang sihat, katanya boleh diukur sejauh mana kekerapan zakarnya tegang terutama ketika malam dan
dalam keadaan sedang tidur.
Lelaki yang sihat akan mengalami ketegangan zakar tiga hingga enam kali ketika tidur selama 10 minit dengan
tahap ketegangan mencapai 200 peratus, katanya.
Kajian lain yang masih dijalankan menerusi terapi solat secara saintifik membabitkan komposisi tubuh badan,
kolesterol, sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan
manusia dan sakit pinggang.
Setakat ini, kajian awal sudah membuktikan bahawa manfaat fizikal seperti komposisi badan seseorang menjadi
lebih baik dan mental yang cerdas apabila seseorang itu melakukan amalan solat menepati syarat yang ditetapkan
seperti mengerjakan solat lima kali sehari selain solat sunat, mengerjakan solat secara berjemaah, memahami bacaan
dalam solat, mengerjakan rukun solat dengan sempurna.
Beberapa keputusan lain juga mendapati solat tarawih dan ibadat puasa didapati dapat merendahkan tahap glukos,
kolesterol yang menjadi rintangan pengaliran darah dalam badan. Amalan itu juga mampu meningkatkan kekenyalan
dinding otot salur darah dan kadar metabolisma dalam badan. Kajian juga mendapati kadar denyutan jantung adalah
paling rendah dalam posisi sujud yang merehatkan jantung.
Prof Madya Fatimah berkata, kajian juga mendapati posisi rukuk dalam solat pada kedudukan sudut 90 darjah dapat
mengurangkan sakit belakang dan pinggang.
Sebenarnya, tidak boleh dinafikan bahawa amalan solat secara betul memberi banyak manfaat dari segi kesihatan
fizikal dan mental kerana pergerakan solat itu sendiri sama sepetti senaman.
Kesimpulannya solat adalah suatu aktiviti fizikal unik yang mampu memelihara kesinambungan sistem fisiologikal
manusia meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi. Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang

dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan muslimat dalam menunaikan
ibadat dengan khusyuk dan tawaduk.
http://aferiza.wordpress.com/2009/08/24/rahsia-pergerakan-dalam-solat-kepada-kesihatan-fizikal/