Anda di halaman 1dari 24

MANAGEMENT

E3007

UNIT

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PENGENALAN

Penstafan merupakan salah


satu proses
pengurusan yang melibatkan
proses
pengambilan pekerja,
pemilihan, orientasi,
penilaian prestasi, pertukaran
tugasan,

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Proses Penstafan
Penstafan merupakan salah satu
proses pengurusan yang melibatkan
proses pengambilan pekerja, pemilihan,
orientasi, penilaian prestasi, pertukaran
tugasan, pampasan organisasi dan
penamatan.
Pengambilan
Pekerja

Penamatan

Pemilihan

Pampasan
organisasi

Orientasi

Pertukaran
Tugas

Penilaian
prestasi

Latihan dan
Pembanguna
n

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


1.

Pengambilan Pekerja

Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan


menarik minat calon
yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di
dalam organisasi
melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke
kampus pengajian. Proses
pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti :a.

Peraturan kerajaan

b.

Polisi syarikat

c.

Permintaan dan penawaran buruh

d.

Kemahiran dan kelulusan

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Manakala calon-calon pekerja yang sesuai
untuk
sesuatu jawatan kosong di dalam organisasi
boleh
diperolehi dari sumber-sumber berikut:a)

b)

Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang


bekerja dengan organisasi sekarang.
Sumber luaran iaitu individu-individu di
luar organisasi seperti di sekolah-sekolah,
institusi pengajian tinggi, jabatan buruh ,
organisasi swasta dan orang perseorangan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Kaedah yang biasa digunakan untuk


mengambil
pekerja ialah melalui :a)

b)

c)

d)

Permohonan dan temuduga terus dari


calon secara walk in atau write in.
Maklumat atau pengiklanan melalui
pekerja.
Memaklumkan kepada agensi-agensi
tertentu seperti jabatan buruh dan
lain-lain.
Membuat pengiklanan menerusi media
cetak dan media elektronik.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

2.

Pemilihan

Pemilihan merupakan proses untuk


memilih calon
yang terbaik daripada sejumlah calon-calon
yang
memohon untuk mengisi kekosongan
jawatan pada
sesuatu masa yang tertentu. Prosedur
pemilihan
pekerja adalah seperti berikut:

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


a)

Borang permohonan
Calon-calon yang berminat akan
mengisi borang permohonan kerja yang
mengandungi makluma
peribadi, mengemukakan resume dan
salinan sijil-sil berkaitan yang
disahkan.

b)

Ujian untuk proses pemilihan


Ujian-ujian tertentu seperti ujian
kecerdasan, ujian bakat dan ujian
personaliti dijalankan dalam proses
pemilihan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


c)

Temuduga
Calon-calon yang berjaya melepasi dua
prosedur pemilihan di atas akan dipanggil
untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan
dapat memperolehi maklumat yang terperinci
mengenai kelayakan calon. Manakala calon
pula akan memperolehi maklumat berkaitan
dengan syarikat.

d)

Semakan rujukan
Pengurus akan mendapatkan maklumat
tambahan calon daripada orang-orang yang
tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam
permohonan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

e)

Pemeriksaan Kesihatan
Calon-calon yang berjaya disyaratkan
untuk menjalani pemeriksaan
kesihatan sebelum dibenarkan bekerja
untuk memastikan tahap kesihatan
calon memenuhi keperluan.

f)

Tawaran pekerjaan
Calon-calon yang berjaya melepasi
prosedur pemilihan di atas akan
menerima surat tawaran pekerjaan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Orientasi
Orientasi merupakan proses untuk
memperkenalkan,
menyesuaikan dan membudayakan pekerja baru
dengan suasana pekerjaan organisasi. Orientasi
bertujuan untuk :a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik
b. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan
tugas dengan sempurna.
c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia
dan melatih pekerja baru
d. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan
peningkatan keyakinan diri
e. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.
3.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Latihan dan Pembangunan
Program latihan dan pembangunan merupakan usaha
usaha yang berterusan yang diberikan untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja.
Latihan merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan
kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan syarikat.
Keperluan latihan kepada pekerja dikenalpasti melalui
:a. Penilaian prestasi.
b. Analisis keatas keperluan pekerjaan.
c. Analisis organisasi.
d. Pandangan pekerja.
4.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Jenis-jenis latihan yang biasa


dilaksanakan
ialah:a. Latihan sambil bekerja
b. Latihan di luar tempat kerja
c. Latihan intensif
d. Latihan penginstitusian yang
dikendalikan oleh
profesional dari institusi
khusus.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Pembangunan pula merupakan program-program yang
menekankan aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu
organisasi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan
tentang
konsep-konsep teoritikal, untuk memperkayakan organisasi
melalui program sumber manusia serta menyedarkan
pengurus
terhadap tanggungjawab mereka. Diantara beberapa contoh
pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan
waktu yang ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.
b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang
dilaksanakan oleh institusi latihan.
c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu
penempatan/kedudukan ke penempatan/ kedudukan lain.
d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang
kurang mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk
sementara waktu.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Penilaian prestasi
Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang
sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja.
Penilaian prestasi bertujuan untuk :a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung
dengan prestasi kerja mereka.
b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu
pekerja meningkatkan prestasi.
c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan
ganjaran kepada pekerja.
d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan
aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna
pekerja.
e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti
sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan
atau pembesaran organisasi.
5.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Penilaian prestasi boleh dibahagikan


kepada dua
kategori:
a. Penilaian tidak formal: proses
memberi maklumbalas yang
berpanjangan kepada pekerja tentang
apakah yang dicapai oleh mereka
setakat ini dan penilaian ini dilakukan
setiap hari.
b. Penilaian formal: dilakukan setiap
dua tahun seklai ataupun setahun
sekali.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tugas dan tanggungjawab


untuk menilai
prestasi pekerja dilakukan oleh
pengurus
terdekat. Walau bagaimanapun
penilaian
juga boleh dilakukan oleh
sekumpulan
pengurus dan sekumpulan
rakan sekerja

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai
prestasi pekerja adalah :a. Senarai semakan (checklist) cara yang termudah
untuk menilai prestasi dengan berdasarkan kepada
senarai
b. Graphic rating scales alat yang paling popular
diguanakan dan boleh dikatakan sebagai senarai
semakan yang lebih terperinci.
c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) cara
yang lebih menumpukan kepada perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh pekerja daripada
menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.
d. Essay appraisal satu esei yang mencirikan
kelemahan, kekuatan, gelagat dan prestasi pekerja.
e. Model MBO teknik penilaian yang kompleks hasil
daripada penerimaan program-program MBO.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

6.

Pertukaran Tugas

Pertukaran tugas bermaksud


pekerja akan
dipindahkan dari tugas asal ke suatu
tempat tertentu sama ada
disebabkan
kenaikan pangkat, diturunkan
pangkat
atau ditukarkan ke tempat lain.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

7.

Pampasan organisasi

Pampasan organisasi merupakan sebarang


bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja
daripada organisasi kerana sumbangan
yang
mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang
diterima terdiri daripada gaji dan upah,
kenaikan
gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang
berkaitan
dengan kewangan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan
ganjaran kepada pekerja secara adil dan setimpal
dengan usaha mereka dan sebagai daya tarikan
untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.

Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu


pampasan kewangan dan faedah organisasi.
Pampasan kewangan:
adalah seperti pencen, insuran , pendidikan,
percutian
dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk
rawatan
pergigian dan cuti bersalin.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Pampasan

dlm bentuk faedah


organisasi:
Terbahagi kepada dua iaitu:berbentuk kewangan seperti
insuran
keselamatan dan cuti bergaji.
bukan berbentuk kewangan
adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup
pekerja seperti

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

8.

Penamatan

Penamatan bermaksud pekerja


meninggalkan organisasi yang
disebabkan
oleh perletakkan jawatan,
dibuang kerja,
bersara atau meninggal dunia.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Kesan Penstafan Terhadap Organisasi
a.

b.

c.

d.

e.

Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas


calon yang layak dan yang diperlukan.
Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon
yang terbaik dari kalangan pemohon untuk
mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih
baik dan selesa melalui proses orientasi.
Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui
program-program latihan yang diadakan.
Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada
pada pekerja dapat membantu dalam
peningkatan produkriviti organisasi.