Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
nama dibuat daripada kertas, buluh, benang dilahirkan di sebuah kampung mengambil masa
yang lama untuk disiapkan
Isi isi
badanku dilukis dengan ilustrasi yang menarik setelah siap aku dihantar ke kedai
cenderahati yang menjual pelbagai barangan menarik termasuk permainan tradisional harga
yang diletakkan untukku agak mahal
seorang lelaki membelek diriku tertarik akan kecantikanku membeliku dengan harga
yang mahal membawaku pulang ke rumah aku dijadikan hiasan dinding di sudut ruang
tamunya
menunjukkan diriku kepada kawan kawannya setiap kali mereka berkunjung ke rumah
ramai yang memuji ketinggian nilai seni pada diriku dimainkan pada watu petang bersam
sama keluarga
Penutup
disayangi oleh tuanku dijaga rapi tidak rosak bangga dapat berbakti
Isi isi:
reka bentuk yang cantik berwarna merah enjin berkuasa tinggi yang moden
aku dan rakan rakan yang lain dihantar ke kedai kedai motosikal seluruh Malaysia
dipamer pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku membanggakan aku dipamerkan
sebaris dengan motosikal motosikal import
baru tiga hari di situ tidak sempat bermesra dengan kawan kawan baru telah dibeli oleh
seorang pemuda yang kacak sempat aku dengar perbualan rakan rakanku yang iri hati
melihat ketampanan tuanku dibeli dengan harga RM6 000 dibawa pulang berasa teruja
memulakan hidup baru bersama tuanku
disayangi oleh tuanku akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari tubuhku dijaga
tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku
dibawa bersiar siar ditimpa kemalangan dilanggar oleh sebuah lori aku dan tuanku
cedera parah tuanku dikejarkan ke hospital aku dihantar ke bengkel
Penutup:
malang tidak berbau aku tidak dapat dibaiki tubuhku rosak teruk - ibarat sudah jatuh
ditimpa tangga - menjadi besi buruk tamatlah riwayatku
boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu
badan kita - kita akan jadi lebih sihat
meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktivitiaktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian
otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat
berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tunas &
bernas
sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan
atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka
Penutup
- banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati
- lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu
- bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat
- 'badan cergas, otak cerdas'
Isi-isi:
-
Setelah beberapa hari dibeli oleh seorang ibu dengan harga RM4336.00.
Penutup:
-
Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan
kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia
menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, meraka sering menggunakan aku untuk berhibur.
Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.
Setelah aku dan rakan-rakan ku selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak
yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di
Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.
Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya
tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka
tidak mampu membeli ku kerana harga aku lebih mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.
Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat berminat untuk memiliki aku
apabila dia cuba tawar-menawar harga ku dengan tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan
harga RM3600.00.
Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu
rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku
sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, namun
aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang
walaupun pada waktu itu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak
memperdulikan akan keselamatan diri ku.
Akhirnya semasa mereka menonton ku pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat
disambar petir. Aku tidak boleh dibaiki lagi kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke
tempat perlupusan sampah. Walaupun begitu, aku tetap berasa bangga kerana dapat juga aku membuat
bakti semasa hidupku.
Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang
di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat
dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan
sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.
Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang
terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah
yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa
parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.
Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawankawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama.
Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas
oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku
atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di
dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.
Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam
perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan
akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka
badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku
pada waktu itu umpaca kaca terhempas ke batu.
Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap
dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk
menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku
terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang
menaburkan bakti kepadanya.
Ditulis oleh:
Nur Syarahanim Mohd Naim
6 Aman
Sekolah Kebangsaan Kuang
Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku. Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Ke Dusun Buah-buahan
Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke
dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung. Kami berkunjung ke sana dengan
menaiki kereta bapa yang baharu.
Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan terbuka. Kemudian,beliau
membawa kami melawat dusunnya. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya
termasuklah pokok durian, pokok manggis, pokok rambutan dan sebagainya. Semua pokok
buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur. Bau buah durian sungguh harum
dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar. Abang dan kakak pula
mengait buah rambutan dengan galah yang panjang. Rasa buah rambutan manis dan lazat.
Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar. Kami meletakkan buah-buahan di
pondok tersebut. Datuk mengopek buah durian untuk kami. Kami berehat di pondok sambil
menikmati keenakan durian. Selain itu, kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
Sebelum pulang, datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah
tangan. Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk. Selepas itu, kami meminta diri untuk
pulang ke rumah.
Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya. Saya amat
menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa
akan datang.
Kegunaan Komputer
Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan
teknologi. Komputer mempunyai banyak kegunaannya.
Kita boleh melayari internet dengan komputer. Melalui internet, kita boleh melayari pelbagai
laman web untuk memperoleh maklumat. Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan
pengetahuan kita. Dengan itu, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek
kerja sekolah. Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan, dibetulkan dan dicetak. Datadata yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Semua ini menjimatkan masa dan
memudahkan kerja kita.
Di sekolah, guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran. Grafik dan
illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid. Dengan itu, murid-murid
boleh menguasai kemahiran dengan baik. Justeru, mereka dapat mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup
dan menghiburkan diri, kita boleh menonton video, mendengar muzik dan bermain permainan
komputer. Selain itu, kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan
berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook.
Kesimpulannya, komputer memberi banyak manfaat kepada kita. Komputer menjadikan
hidup kita lebih selesa dan bermakna.
Sekolah saya
Sekolah saya bernama SJK (C ) Pu Sze. Sekolah saya terletak di Skudai. Kawasan sekolah
saya besar, ceria dan bersih.
Bangunan sekolah saya terdiri daripada dua blok, iaitu blok A dan blok B. Terdapat 45 buah
bilik darjah di sekolah saya. Di sekolah saya juga terdapat bilik-bilik khas. Antaranya termasuklah
dewan kuliah, perpustakaan, makmal sains, bilik muzik, bilik komputer dan kantin.
Murid-murid di sekolah saya belajar dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Terdapat
kira-kira 150 orang guru dan kira-kira 3000 orang murid belajar di sekolah saya. Guru Besar
sekolah saya bernama Ong Min Yock. Beliau seorang guru besar yang peramah, mesra tetapi
tegas. Semua guru di sekolah saya berdedikasi, rajin dan bertanggungjawab. Selain itu,
murid-murid juga berbudi bahasa dan rajin belajar.
Murid-murid di sekolah saya juga menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya
termasuklah pasukan badan beruniform, persatuan, sukan dan permainan. Murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut pada hari Sabtu.
Pencapaian murid-murid di sekolah saya sungguh menggalakkan. Mereka sentiasa belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Murid-murid juga turut mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Saya suka akan sekolah saya. Saya suka belajar di sekolah ini kerana sekolah ini selesa dan
berpotensi.
Pada 12 Julai 2015 yang lepas, Persatuan Sains SJK (C) Pu Sze telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kilang Nanas Lee Rubber. Kilang nanas tersebut terletak di Skudai. Kami
menaiki bas sewa yang berhawa dingin ke sana.
Rombongan kami terdiri daripada 30 orang murid dan empat orang guru pengiring. Kami
diketuai oleh Cikgu Qiaokelic Tan.Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk menambahkan
pengetahuan dan membolehkan murid melihat pemprosesan nanas.
Setibanya di destinasi, pengurus kilang, Encik Ooi menyambut kami dengan tangan terbuka.
Beliau memberi taklimat ringkas kepada kami. Kami diingatkan supaya mematuhi peraturan kilang
semasa berada di dalam kilang. Kemudian, beliau membawa kami melawat kilangnya.
Rombongan kami dibawa melawat setiap bahagian kilang mengikut kumpulan. Kami melihat
bagaimana nanas dipotong, diproses dan ditinkan. Encik Lim juga memberi penerangan kepada
kami. Kami pasang telinga dan mendengar dengan teliti. Selain itu, kami juga menonton tayangan
video dan melihat pameran perusahaan nanas di sana.
Sebelum meninggalkan kilang, kami menikmati jus nanas yang enak. Encik Lim juga
menghadiahkan nanas dalam tin kepada kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Kami berasa gembira menerima buah tangan.
Rombongan kami tiba di pekarangan sekolah pada waktu tengah hari. Lawatan ini telah
meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kami.
Disediakan oleh,
______________
(TANG TING TONG)
Setiausaha,
Persatuan Sain,
SJK ( C ) Pu Sze.
18 JULAI 2015.
Contoh soalan:
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke sebuah kilang batik. Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta untuk
meyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Pendahuluan
tajuk laporan melawat ke kilang batik disertai oleh 40 orang murid dan tiga
orang guru pengiring.
Isi isi
guru memberikan taklimat dan pesanan murid murid diingatkan supaya
menjaga nama baik sekolah rombongan bertolak tepat pukul 8.00 pagi.
kedatangan kami disambut dengan mesra rombongan dibawa melawat di
sekitar kilang diberikan penerangan tentang proses proses menghasilkan
batik (mencanting, mewarna dan sebagainya)
berpeluang melukis corak pada kain mendapat tunjuk ajar daripada para
pekerja mendapat pengalaman baru
setiap peserta diberikan cenderamata sebagai tanda kenangan dijamu
dengan jamuan ringan di kilang kantin
Penutup
rombongan bertolak pulang pada pukul 4.00 petang banyak pengetahuan
diperoleh tandatangan pelapor
25 JANUARI