Anda di halaman 1dari 4

3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media.
Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya
internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih
berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih
meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan


Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini
mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif.
Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai
semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masingmasing.

10 ciri pembelajaran abad 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi


arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam
landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran


mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab
dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

6 ciri-ciri yang perlu ada pada guru abad 21


1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru
sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul
semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi


Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya,
serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid
sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi
dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21.
Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru
juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam
kelas.