Anda di halaman 1dari 45

ELM3033E

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN


MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
MORAL DI SEKOLAH

Disediakan oleh:
Christina
Cynthia
Elaine
Gan Yin

TUGASAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Peranan guru Pendidikan Moral
dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Rukunegara.
Peranan guru Pendidikan Moral
dalam merealisasikan
Rukunegara.
Wawasan 2020
Peranan guru Pendidikan Moral
dalam merealisasikan Wawasan
2020
Kod Etika Perguruan
Peranan guru Pendidikan Moral

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Tercetus pada 1979 menerusi Laporan


Jawatankuasa Kabinet
Mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
Pentingnya kita mempunyai suatu falsafah
pendidikan yang menekankan pembangunan
kemanusiaan
Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur
yang harus diberi penekanan dalam aspek
pembangunan
Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK
Rukunegara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan


berikut akan menentukan arah haluan, asas dan
sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan
dalam bidang pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Matlamat FPK
Bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati
ciri-ciri berikut:
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
2. Berilmu pengetahuan
3. Berakhlak mulia
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat
berbilang kaum

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya
untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan
dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai
untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak
mulia.

Peranan guru P. M dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Secara umum, guru memikul tanggungjawab
terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan
penyebar budaya ilmu yang membawa
perkembangan dan kemajuan masyarakatnya.
Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru P. Moral
adalah:
1. Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Contoh: Isu
perkauman)

2. Memupuk sikap dan nilai yang terkandung di


dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya
membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang
lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Mengadakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral yang mendorong
kepada perkembangan kesemua aspek JERI,
iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di


antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat. (Contoh:
Perjumpaan bersama ibu bapa)
5. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan
yang diterima oleh masyarakat dan menjadi
contoh teladan kepada murid-murid.

Dalamusahamengembangkan aspek intelek


seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar pula
memainkan peranan yang penting dalam bidang
kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran.
Guru besar perlu bertanggungjawab terhadap
segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang
meliputi pentadbiran,kewangan, kurikulum,
kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan
dan pelajar.

RUKUN NEGARA

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara


yang dijadikan garis panduan dalam usaha
membina negara dan bangsa Malaysia. Ia
telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh
Yang di-Pertuan Agong keempat.
Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung


cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan


seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta satu masyarakat
yang adil di mana kemakmuran negara akan
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.

PERANAN GURU P. MORAL DALAM


MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA
Guru P. Moral haruslah memperkenalkan
kelima-lima prinsip rukun negara kepada
pelajar.
Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif
terhadap pegangan agama pelajar.
(Contoh: tidak menyebelahi atau
mempertikaikan agama dan kepercayaan
pelajar.)

Guru menanamkan semangat patriotisme


dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan
elemen sejaran dalam proses P&P)
Guru menegaskan tentang kepentingan
mematuhi undang-undang. (Contoh:
menggalakkan pelajar mematuhi undangundang bermula dari peringkat kelas, sekolah
seterusnya negara)
Guru haruskan menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan.
(Contoh: berinteraksi secara berhemah
dengan pelajar)

Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih


atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni
dan norma-norma masyarakat dalam proses
pendidikan dan mengamalkannya dalam
kehidupan mereka demi mewujudkan
perpaduan di antara kaum.

WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana


Menteri telah membentangkan satu kertas
kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke
Hadapan"
yang
mengandungi
satu
pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020.
Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

SEMBILAN CABARAN WAWASAN


2020
1)Mewujudkan negara Malaysia bersatu
yang mempunyai matlamat yangserupa
dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi
negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni,
berkerjasama
sepenuhnya,
secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik
dan dedikasi kepada negara.

2)Mewujudkan masyarakat yang berjiwa


bebas,
tenteram
dan
majudengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui
usaha mencapai kecemerlangan, sedar
semua kemampuannya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat
negara lain.

3)Mewujud dan membangunkan masyarakat


demokratik yang matang,mengamalkan
satu bentuk persefahaman yang matang,
demokrasi
Malaysia
berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun.

4)Mewujudkan masyarakat yang


sepenuhnya bermoral dan beretika,yang
mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama, dan kejiwaan dan didorong oleh
tahap etika paling tinggi

5)Mewujudkan masyarakat liberal dan


bertolak ansur, rakyatpelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dan kepercayaan agama masing-masing
dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.

6)Mewujudkan masyarakat saintifik dan


progresif, mempunyai dayaperubahan
tinggi dan memandang ke depan, yang
bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan.

7)Mewujudkan masyarakat penyayang


dan budaya menyayangi, iaitusistem
sosial yang mana kepentingan
masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada negara atau individu
tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan
yang kukuh.

8)Memastikan masyarakat yang adil


dalam bidang ekonomi. Iaitumasyarakat
yang
melaksanakan
pengagihan
kekayaan negara secara adil dan
saksama di mana wujud perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih
ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi
ekonomi,
dan
kesemua
kemunduran
ekonomi
berdasarkan
kaum.

9) Mewujudkan masyarakat makmur yang


mempunyai ekonomi bersaing,dinamik,
giat dan kental.

PERANAN GURU P. MORAL DALAM


MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

Bagi merealisasikan cabaran Pertama,


guru P. Moral boleh memupuk nilai
seperti nilai hormat dan setia kepada
pemimpin, raja dan negara dengan
memperkenalkan tokoh-tokoh negara
dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Untuk mewujudkan dan membangunkan


masyarakat demokratik yang matang, guru
haruslah menguruskan kelas secara
demokratik.
Guru juga berperanan dalam
memperkenalkan kepelbagaian kaum,
agama, kepercayaan dan budaya dalam
proses P&P untuk memupuk persefahaman
antara pelajar seterusnya mewujudkan
keharmonian .

Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru


Pendidikan Moral harus mengintegrasikan
pelbagai teknologi dan teknik pengajaran
dalam melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat mewujudkan
masyarakat yang saintifik.
Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti
pembelajaran yang menggalakan
perkembangan kemahiran berfikir secara
kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk
dayaperubahan tinggi dalam diri setiap
pelajar.

Dalam merealisasikan cabaran Ketujuh, guru


perlu melihat pelajar secara positif dan
melayaninya secara kemanusiaan
Guru juga harus mewujudkan budaya sayang
menyayangi,bekhudi, yakni berusaha bukan
hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk
kesempurnaan kumpulan.
Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru boleh
memupuk nilai semangat bermasyarakat melalui
aktiviti yang melibatkan pelajar daripada
pelbagai kaum supaya menggalakkan
persefahaman dan nilai kerjasama.

KOD ETIKA
PERGURUAN
Guru yang dimaksudkan dalam konteks
kod
etika
ini
ialah
orang
yang
menyebarkan
ilmu
pengetahuan
di
sesebuah institusi peringkat rendah,
menengh dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Kod etika perguruan - satu sistem prinsip


yang mengawal kemoralan dan perlakuan
guru.
Kod ini merupakan satu panduan perlakuan
atau etikakerjauntuk profesion perguruan.
Guru sebagai seorang profesional harus
mematuhi peraturan yang terkandung
dalam kod etikadisamping mengamalkan
peribadi mulia selaras dengan etika
profesion dalam menjalankan tugas harian.

KODETIKA PERGURUAN
MALAYSIA

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan


pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat
PekelilingIkhtisanBil.4/2002:Pelaksanaan
Program dan sekolah dengan Selamat) muka
surat 245
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi,
politik, ekonomi, sosial,keturunan atau agama.
3. Merahsiakanmaklumat
ikhtisas
atau
sulit
mengenaipelajarkecualikepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

4. Membimbing
atau
mengajar
seseorang
pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matamata pelajaran yang diajar dibilik darjah
tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkansuatucarapakaian,pertuturan
dantingkahlakuyangdapat
memberikan
contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat
Pekeliling KP(BS) 8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001)
muka surat 243.
6. Memeliharadanmembaikikecekapanikhtisas
,
persidangan,mesyuaratatau
seminar
supaya pengajaran mencapai mutuyang
setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap IbuBapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu


bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha
mewujudkan
hubunganmesradan
kerjasama
yang
eratdiantara institusi pendidikan dengan
rumah tangga.
2. Menganggapsemua
maklumat
yang
diberikan kepadaibu bapa berhubung
dengan keadaan rumah tangga atau
berkaitan dengan anak merekasebagai
sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka
yang berhakmengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa


demi kepentingan anak-anak mereka dan
utamakan maklumat yang diterima daripada
ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
4. Mengelakkandiridaripadamenggunakanata
u dipengaruhioleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkandiridaripadamengeluarkankat
a-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap
ibu bapapenjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan


sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan
pelajar,
masyarakat,
negara ataupun yang bertentangan
dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalamdirisetiap pelajar sikap
dan nilai yang dapatmembantu,dan
membimbing mereka untuk menjadi
warganegara
yang
taat
setia,
bertanggungjawab
dan
berguna,
menghormati
adanya
perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormatimasyarakattempatberkhidmat
danmemenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang
warganegara
dansentiasa
sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberikansumbangancergasuntuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
seharian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion


Perguruan

1. Mengelakkan
diri
daripada
membuat
sebarang kenyataan atauulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatuyang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru.
2. Tidakmelibatkandiridalamkegiatanyangb
olehmenjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusahadengan sepenuhnya menunaikan
tanggungjawab
dengan
rajindan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasabersedia membantu rakan sejawat


terutamanya merekayangbaru dalam
profesion perguruan
5. Sentiasamengawasidirisupayatidak
mencemarkan namabaik profesion
perguruan.
6. Akan menjadiahlisebuah pertubuhan guru
dan memberi kerjasama penuh.

RUJUKAN
http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/1
6/peranan-guru-membina-murid-menghadapi-cabaran-waw
asan-2020
http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/edu3108.pdf

SEKIAN.TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai