Anda di halaman 1dari 10

DEFINISI PECS

1. PECS adalah satu kaedah komunikasi alternatif dimana anak - anak autis di ajar
berkomunikasi dengan orang menggunakan kad gambar. PECS direka untuk
latihan @ intervensi komunikasi awal simbolik bukan lisan. Ianya bermaksud,
komunikasi ini tidak melibatkan komunikasi secara lisan @ verbal.

2.

Melalui kaedah ini anak - anak autis diberi kad yang mengandungi gambar di
atasnya. Gambar tersebut mewakali apa yang ingin mereka sampaikan.Teknik ini
bersesuaian dengan anak - anak autis yang tidak lagi menguasai komunikasi @
yang tidak bercakap.

3.
Latihan PECS diterapkan sewaktu aktiviti kehidupan sebenar samada di bilik
darjah
atau rumah.

4.
ini

Anak - anak ini perlu ada tujuan berkomunikasi. Contohnya, jika anak -anak autis
mahu minum air, anak - anak ini akan berikan kad mengandungi gambar cawan.

FASA PERLAKSANAAN PECS

1. BAGAIMANA BERKOMUNIKASI (How To Communicate)

Anak - anak ini diajar cara menukar kad gambar tunggal berpandukan minat
dia atau apa keingin dia.

2. JARAK DAN KEGIGIHAN ( Distance and Persistence)

Masih lagi menggunakan kad gambar tunggal, anak- anak diajar untuk
membuat kesimpulan tentang kemahiran ini dengan menggunakannya di tempat
yang berbeza, individu yang berbeza dalam pelbagai jarak. Mereka juga diajar
supaya lebih cekal dan gigih berkomunikasi.

3. DISKRIMINASI GAMBAR (Picture Discrimination)

Anak - anak autis belajar bagaimana cara memilih dari dua atau lebih kad
gambar mewakili minat atau kehendak mereka. Kad - kad gambar ini biasanya
diletakkan di dalam buku atau di dalam fail dengan ditampal pada jaluran velcro
untuk memudahkan ianya ditanggal atau dialih.

4. STRUKTUR AYAT (Sentence Structure)

Di fasa ini, anak - anak autis diajar untuk membina ayat mudah pada jaluran
ayat yang ditampal pada buku atau kad keras menggunakan "i want picture"
diikuti dengan gambar - gambar bahan yang diminta atau diingini oleh mereka.

5. MENJAWAB SOALAN (Answering Question)

Anak - anak autis ini kemudiannya menggunakan teknik PECS ini untuk
menjawab soalan " Apa yang kamu mahu?"

6. KOMEN @ RESPON (Commenting)

Di fasa akhir ini, anak - anak autis ini diajar untuk memberi komen atau
respon terhadap soalan seperti "apa yang kamu nampak? Apa yang kamu
rasa? Apa itu?"
Mereka telah diajar untuk memulakan jawapan dengan ayat " saya lihat, saya
rasa, ini ialah atau itu ialah" diikuti dengan jawapan.

Setiap fasa ini perlu dilakukan mengikut urutan.Kajian-kajian lepas menunjukkan


bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah perbendaharaan kata kanak-kanak
autistik di samping tingkahlaku yang tidak diingini turut berkurangan. Hal ini
menunjukkan bahawa program ini amat sesuai digunakan oleh guru - guru di dalam bilik
darjah bagi membantu mereka menangani masalah pertuturan dan bahasa. PECS
juga dapat mengurangkan masalah tantrum dikalangan mereka dan dapat
membuatkan anak - anak syura ini lebih fokus terhadap persekitaran dan
pembelajaran mereka.

Percayalah, aktiviti atau teknik ini sangat menarik untuk dipraktikkan kepada anak anak autis. Ini dapat melekakan mereka dan dapat mengawal tingkah laku mereka.
Terdapat juga teknik - teknik intervensi lain yang boleh dilaksanakan. Yang penting kita
mesti tahu tidak semua taknik bersesuaian dengan semua anak - anak autis kerana
setiap mereka adalah berbeza dan istimewa. Kita harus tahu cara untuk tackle minat
mereka.

Anda boleh klik di link ini untuk melihat video bagaimana teknik PECS dijalankan.
Teknik ini dapat menarik minat dan tumpuan anak autis ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui beberapa teknik pembelajaran yang lain, boleh
hubungi saya untuk berkongsi maklumat dan pengalaman.InsyaAllah saya bantu anda.

Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang
secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan
material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi
ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.
Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang
eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan
ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali
permainan dijalankan.
Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi
individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang
dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu
perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah,
penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi
kewangan dan lain-lain.

Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak


belajar melalui penglibatan secara terus dan
pengalaman langsung.

membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut


peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang
kebersihan dan urutan.

meningkatkan keyakinan diri.

meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna,


berat, tekstur dan jenis.

sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah


dan geram.

mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam


permainan.

sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

kanak.

meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-

Pembangunan Kemahiran Motor


q

membangunkan kemahiran lokomotor

membangunkan kemahiran bukan lokomotor

membangunkan kemahiran pengawalan bola

membangunkan kecergasan fizikal


Pembangunan Kognitif

meningkatkan keupayaan mematuhi arahan

menolong dalam pemahaman peraturan

menggalakkan kreativiti dan imaginasi

menambah perbendaharaan kata kanak-kanak

Pembangunan Afektif-sosial
q

mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial

menggalakkan keadilan

menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

membangunkan semangat kesukanan yang baik

membangunkan kualiti kepimpinan

membangunkan semagat bekerjasama

KEPENTINGAN BERMAIN
Permainan akan menyebabkan personaliti setiap individu kanak-kanak berubah, sama
ada daripada baik ke buruk atau dari buruk ke baik. Apa yang penting, bermain akan
membuatkan perkembangan kanak-kanak meningkat secara menyeluruh.
Bermain melibatkan empat aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi
atau rohani, dan intelek atau sosial. Terdapat beberapa kepentingan bermain yang
dapat kita kaji. Antara salah satunya ialah dari segi fizikal atau jasmani.
Dari segi jasmani, kanak-kanak boleh menggunakan tenaga yang berlebihan. Hal ini
bermakna kanak-kanak masih boleh menggunakan tenaga mereka untuk memenuhi
segala kehendak mereka pada peringkat umur mereka sekarang. Pada usia mereka
yang masih muda, mereka hanya minat untuk bermain. Jika seseorang guru itu lebih
bijak dan prihatin, dia tidak akan memberikan pengajaran secara terus atau direct
teaching. Guru mestilah bijak untuk mengawal pergerakan badan kanak-kanak.
Selain itu, melalui bermain, kemahiran psikomotor, iaitu motor kasar, motor
halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan non-lokomotor dapat dibina.
Aktiviti taman Sains seperti menanam, meyiram, membaja dan menggali tanah dapat
meningkatkan ketangkasan dan keupayaan deria bau di samping penerokaan alam
semula jadi.
Lebih-lebih lagi, kanak-kanak diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam
melalui bermain. Seperti permainan bola sepak, kanak-kanak yang berbakat dapat atau
kebarangkalian terpilih untuk mewakili pasukan sekolah dalam pertandingan bola sepak
yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan
membiasakan mereka untuk berusaha ke arah yang lebih baik dan dapat
mempertingkatkan kemajuan perkembangan fizikal mereka.
Bermain juga meningkatkan kemahiran dan perkembangan sosioemosi murid.
Dari segi perkembangan sosioemosi, murid-murid perlukan permainan yang lebih
mencabar atau permainan tersebut boleh dimainkan mengikut kumpulan besar.
Sebagai contoh permainan galah panjang. Permainan ini memerlukan dua kumpulan
dan setiap kumpulan mempunyai lima orang pemain. Permainan ini dapat
mempertingkatkan lagi perkembangan sosioemosi murid kerana permainan ini
melibatkan ramai kawan. Secara tidak langsung akan menceriakan emosi mereka, dan
mereka bertambah berminat untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Selain itu, mereka akan bersikap matang dengan semakin hari semakin pandai
untuk memahami emosi masing-masing. Mereka akan dapat mengawal emosi mereka
jika melakukan sebarang pekerjaan yang sukar dan bermasalah.
Murid-murid juga berani untuk menonjolkan diri untuk bersosial, malah mereka
tidak peduli dengan apa-apa halangan atau masalah peribadi yang mereka hadapi di
sekolah mahupun di rumah. Apa yang mereka tahu, mereka akan dapat belajar melalui
permainan.
Permainan juga dapat meningkatkan prestasi intelek murid. Di sekolah, murid
lebih banyak ditekankan untuk lebih berfikir secara terbuka dan matang supaya mereka
tidak ketinggalan di masa akan datang.
Akhir sekali perkembangan intelek atau kognitif murid. Permainan seperti membuat
istana pasir dapat memupuk semangat kerjasama, selain itu, permainan itu juga
majoritinya melibatkan pemikiran murid-murid. Mereka akan lebih kreatif untuk
membina istana pasir mengikut kumpulan. Kumpulan yang kurang kreatif akan bersaing
dan memikirkan cara bagaimana untuk menewaskan kumpulan lawan.
Permainan juga dapat memberikan pengalaman baru kepada murid. Hal ini
kerana permainan yang diajar di sekolah oleh guru kebanyakannya adalah permainan
yang baru mereka perolehi iaitu tidak sama permainan yang mereka main semasa di
luar bilik darjah.
Akhir sekali, murid-murid dapat mengetahui pelbagai kemahiran seperti
kemahiran daripada permainan yang melibatkan pemikiran yang kreatif seperti
permainan menyusun puzzle dan silang kata.

Rekreasi (re-creare dalam bahasa Latin) ialah penggunaan masa lapang untuk
keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya
akan menyegarkan badan dan minda.Selain itu. rekreasi juga didefinisikan sebagai
aktiviiti terancang yang digunakan bagi masa lapang , contohnya aktiviti perkhemahan ,
rock climbing , scuba diving , abseiling dan jungle tracking.
Kebiasaannya, rekreasi adalah dalam bentuk:

sukan/permainan

hobi

melancong/bercuti

Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu (

Konsep, Definisi dan Kepentingan Sukan Rekreasi


Konsep sukan rekreasi
Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri
sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang
menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.
Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal
fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang
digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.
Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan
perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak
bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan
dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara
mereka.
Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan
mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan
sebagainya.
Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu,
pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan,
pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.
Definisi
Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan
persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan
landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan
keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.

Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk


melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.
Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh
sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti
rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda
kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi,
ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat.
Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan
itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak
bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.
Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan
dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan
tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak
akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.
Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan
berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik
lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama
rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka
saling bekerjasam dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.