Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan
melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.
Penyelidikan Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas
dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan
memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam
tentang pengajaran mereka.Penyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data
untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah
penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan
memperbaiki pengajaran.
Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat
untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
PERANCANGAN
PELAN TINDAKAN
ANALISIS DAN REFLEKSI
PENGUMPULAN DATA
PENGUMPULAN DATA
REFLEKSI ANALISIS DATA
PELAN TINDAKAN
PERANCANGAN SEMULA
Langkah 1: PERANCANGAN
Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?
Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?
Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?
Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda
sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?
Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik
darjah?
Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?
Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan", "frasa",
"ayat pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor
dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.
Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan",
"frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.
Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.
Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan.
Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid
lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.
Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa
yang anda telah rancangkan.
Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea
baru akan muncul.
Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan
mereka.
Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda
mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.
Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru
memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru
mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan
murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan
kepada murid konsep asas dan sebagainya.
KESIMPULAN
Ia juga merupakan kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi
sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masingmasing.