Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI BIG SEM 7

PENANDA ARAS SK TAMAN TUNKU JAFAAR


INDRA RANI A/P K.A.VALAIDAM
820218025774
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina
dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai
proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua
persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini
adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus
menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.
Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah mengadakan satu lawatan penanda aras
selama sehari ke sekolah Taman Tunku Jafaar, sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini
diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan
pusat sumber sekolah, Vle Frog dan makmal sains .
Kami menetapkan fokus utama pada program ini iaitu penguasaan VLE Frog .
Kami dapati sekolah ini telah mencapai tahap cemerlang dalam penggunaan aplikasi ini di
peringkat negeri. SKTTJ2 juga mempunyai rekod penggunaan yang baik dalam penggunaan
FROG VLE sehingga dianugerahkan STATEWIDE WINNERS oleh YTL Communication
dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia 2015.
Tempat pertama kami pergi ke Pusat Sumber Sekolah. Setibanya kami disana kami
amat merasa terkejut dengan keindahan perpustakaan. .PSS dihias dan dipenuhi dengan
banyak sumber-sumber ilmu. Sumber ilmu boleh diperolehi di mana-mana samaada di dinding
dan diatas meja. Terdapat banyak sudut-sudut ilmu dibina antaranya Bilik Media, Bilik SAL
(Self-Access Learning), dan Bilik Sumber. Bilik-bilik ini dibangunkan dengan baik dan menarik.
Setelah melawat PSS Saya dapat mempelajari banyak perkara. Antaranya ialah tentang
pentingnya penyediaan infrastruktur dan fizikal yang baik supaya dapat menimbulkan minat ke
atas murid dan guru untuk menggunakan PSS sekolah. Selain itu, saya juga telah mepelajari
sistem buku yang mana ianya penting dalam kegunaan pinjaman buku.
Selepas itu, kami melawat ke Makmal Sains Sekolah. Makmal Sains di SKTTJ juga
dibangunkan

dengan

baik.

Penyediaan

alat

radas

yang

mencukupi

sememangnya

memudahkan guru-guru sains untuk melaksanakan eksperimen. Dalam lawartan ini, saya telah

mempelajari bahawa makmal sains perlu dibangunkan dengan baik kerana ianya akan
membantu murid memahami konsep-konsep sains dengan baik.
Akhir sekali kami masuk ke makmal ICT. Tujuan kami disini adalah untuk menerima
taklimat dari pihak sekolah menggenai kejayaan-kejayaan sekolah. Slot ini telah disampaikan
oleh Pn Nor Zubaidah bt Ahmad, GPK HEM. Sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat dan
penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah
yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
sehingga mandapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah sekolah. Selain
itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan daripada Pn
Nor Zubaidah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak guru kanan HEM sekolah maka
sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG kampus Raja Melewar
dengan pihak sekolah.
Dalam sesi ini, saya mulai sedar bahawa,sebarang perubahan dan budaya
kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolah-sekolah yang
lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun penekanan terhadap disiplin guru di sekolah
tersebut dapat menghasilkan kejayaan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan mahupun
diperingkat Antarabangsa.Cikgu Mohd Zaifullah Bin Zainal Abidin memberikan penerangan
tentang Vle Frog. Beliau merupakan seorang guru ICT dan bertanggungjawab untuk
membangunkan program FROG di sekolah sehingga mendapat pengiktirafan daripada pikah
YTL Communication Dan Kememterian Pendidikan Malaysia sebagai penggunaan tertinggi di
Negeri Sembilan pada bulan Mac 2015.
Saya dapat mengetahui bahawa pihak KPM telah mengeluarkan perbelanjaan yang
besar dalam menjayakan program FROG ini. Program ini adalah hasil dari Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia dan ianya dijalankan selaras diseluruh Malaysia. Banyak perisian yang
boleh digunakan dalam FROG VLE untuk mengajar murid-murid sejajar dengan kelas abad ke
21.Sepanjang satu hari kami di SKTTJ, banyak yang telah kami pelajari, antaranya
membahagikan tugasan kepada setiap peserta program Bina Insan Guru ini Ini kerana melalui
program ini saya dapat mengetahui banyak perkara berkaitan pengurusan sekolah
dan bangunan yang boleh digunakan oleh saya di sekolah. Saya berpuas hati dengan Program
Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) yang telah dilakukan di SK Taman Tunku Jaafar 2.
SEKIAN TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai