Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI KE-1

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH
BIL 1/2013
Kehadiran:

En. Abu Kassin Bin Md Jani

Mageswari A/P Nalliah

En. Ghazali Bin Husain

Tarikh

: 27. 12 .2013

Masa

: 8.00 - 10.00pagi

Tempat

: Bilik Rujukan

Hari

: khamis

Ucapan Pengerusi :
Pengerusi mengucapan terima kasih kepada semua guru kerana hadir mesyuarat
panitia pendidikan seni visual kali pertama. Beliau berharap perbincangan secara
professional dapat dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual.

Tindakan :
Pengerusi Mesyuarat

Mengesahkan Minit :
Minit dicadangkan oleh : En. Ghazali Bin Husain
Disokong oleh

Bangkitan Minit :

: Cik Mageswari A/P Nalliah

Pengerusi berharap semua guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas supaya dapat menarik minat pelajar terhadap subjek
pendidikan seni visual.
Para guru perlu menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian di dalam
semua pertandingan yang diadakan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Tindakan : semua guru
psv
Pengerusi mengharapkan AJK dapat membantu mengemaskini blog panitia pendidikan
seni visual.
Tindakan : semua guru
psv

Perkara yang dibincangkan

Ketua Panitia menerangkan beberapa teknik P&P yang berkesan untuk diaplikasi
dalam kelas atau luar kelas supaya dapat menarik minat pelajar dalam matapelajaran
seni visual ini.
Tindakan : semua guru
psv

Pelajar mesti mempunyai sketch book, buku nota dan buku kerja.

Pelajar tingkatan satu dan dua wajib diajar perkara-perkara dalam asas seni yang
merangkumi 6 tajuk prinsip rekaan.
Blog panitia pendidikan seni visual perlu dikemaskinikan dengan pelbagai informasi
dengan bantuan dan kerjasama daripada semua guru-guru.
Guru-guru psv diminta menggunakan ABM yang telah disediakan oleh unit panitia
sebagai bahan bantu mengajar dan sumber rujukkan ketika menjalankan proses P&P.
Borang meminjam atau menggunakan ABM akan disediakan seperti buku rujukan.
Guru-guru perlu mengisi boring terlebih dahulu sebelum meminjam atau menggunakan
ABM supaya pihak panitia dapat mengawal stok barangan.
Sukatan pelajaran bagi tingkatan 1 dan 2 perlu dihabiskan pada awal bulan 10.
Tingkatan 3 & 5 pada awal bulan julai manakala tingkatan 4 awal bulan 9.
Guru-guru juga boleh menggunakan bilik seni sewaktu P&P kerana kelengkapan bilik
seperti paip memudahkan lagi pelajar untuk mengambil air mahupun mencuci tangan.
Bagi aktiviti pertandingan yang melibatkan wakil sekolah, guru-guru diminta supaya
dapat mengenal pasti bakat seni pelajar kelas masing-masing supaya dapat diambil dan

dijadikan pelapis untuk mewakili sekolah.

Hal-hal lain

Penghargaan akan diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang


pada setiap kali ujian atau aktiviti yang dibuat dalam P&P. Pemberian hadiah ini
bergantung kepada peruntukan panitia.

Guru-guru perlu membuat persediaan awal dalam aktiviti luar sekolah.

Guru PSV diminta memberi kerjasama apabila membuat bengkel seni di sekolah.

Guru guru yang mengajar kelas peperiksaan digalakkan membuat teknik menjawab
soalan
supaya pelajar lebih memahami cara menjawab soalan.
Tindakan : Semua guru psv
5.5 Pengerusi membincang secara ringkas mengenai PBS tingkatan 1 dan 2.
Tindakan : guru tingkatan
1 dan 2 psv

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh
.
( CIK MAGESWARI)
KETUA PANITIA SENI VISUAL

Anda mungkin juga menyukai