Anda di halaman 1dari 4

2.

0
Tugas

DILEMA GURU DI MALAYSIA


guru

merupakan

satu

tugas

yang

sangat

mulia.

Guru

telah

dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Dalam institusi


keguruan banyak isu yang sering diperkatakan. Ini merupakan cabaran kepada guru.
Ramai yang beranggapan tugas guru sangat senang. Murid cuti sekolah, guru pun
bercuti. Namun, mereka tidak sedar dalam kesenangan itu, banyak cabaran yang
terpaksa guru-guru di Malaysia terpaksa hadapi.
2.1

MURID MANJA

Pada masa kini, istilah murid dimanjakan tidak asing lagi bagi golongan pendidik.
Hal ini demikian kerana sudah banyak media massa memaparkan isu ini. Murid
dahulu bukanlah murid sekarang. Perbezaan itu jelas dan amat ketara kita lihat.
Memang tidak dapat dinafikan, guru bukan malaikat dan mereka juga hanya
insan biasa yang sememangnya tidak akan lari dari membuat silap. Ada juga
yang mendera murid. Tetapi jangan hanya kerana nila setitik, semua guru
dipersalahkan. Sebagai ibu bapa, kita perlu faham tugas seorang guru. Tugas
guru tidak jauh beza dengan tugas ibu bapa di rumah. Seorang guru pasti
inginkan sesuatu yang terbaik untuk anak muridnya. Bagi seorang guru,
kejayaan anak didiknya merupakan sesuatu yang amat membanggakan.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi guru,
merotan murid jika murid yang dirotan benar-benar melakukan kesalahan adalah
satu tindakan yang wajar. Cuma cara dan pelaksanaan guru mestilah mengikut

etika berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan
Murid yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cuba kita lihat, murid pada masa dahulu langsung tidak dimanjakan oleh
guru. Guru akan mendenda murid jika memang terbukti murid itu salah. Denda
yang sering diaplikasikan oleh guru antaranya ialah berjalan itik dari kelas ke
kelas, berdiri atas kerusi dan meja, siapkan kerja di luar kelas, dirotan, dan ketuk
ketampi. Walaupun malu dan menyakitkan tetapi itulah yang mengajar dan
mendidik kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Murid pada masa
dahulu tidak berani mengadu kepada ibu bapa jika mereka didenda. Ini kerana
ibu bapa pada masa itu faham tugas guru yang sebenar iaitu mendenda untuk
tujuan mendidik dan memberi pengajaran. Selagi anak tidak balik rumah dengan
keadaan lebam satu badan, akibat dipukul guru, selagi itu ibu bapa mengizinkan
seorang guru itu untuk mendidik. Jika tak puas hati dengan cara didikan guru itu,
pergi sekolah jumpa dan bincang secara baik dengan guru. Ada kemungkinan,
anak itu sendiri yang bermasalah.
Situasi ini sangat berbeza dengan murid masa kini. Baru-baru ini di dada
akhbar ada memaparkan akibat didenda mencuci longkang gara-gara masalah
disiplin, seorang guru wanita telah dimaki hamun oleh ibu bapa. Selain itu, ada
guru menerima ugutan dan amaran dari ibu bapa tentang pencapaian akademik
anak mereka yang teruk. Guru di anggap seperti boneka yang sering
dipersalahkan atas setiap perkara yang terjadi. Jika guru mendenda murid yang
tidak siap kerja sekolah, sudah semestinya pada keesokkan paginya guru
tersebut akan menerima habuannya sedangkan niat guru hanya untuk memberi

pengajaran. Jika murid gagal dalam akademik, guru juga dipersalahkan. Di mana
hak sebagai seorang guru dalam mendidik? Sedangkan pada awal tahun sesi
persekolahan tahun ini, guru-guru telah dipersoalkan oleh ibu bapa mengapa
anak mereka duduk di atas jalan tar sedangkan guru duduk diatas kerusi inikan
pula jika anak mereka didenda oleh guru.
Di laman media sosial pada 13 Mei 2015 telah memaparkan Unit Disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan 23 bentuk hukuman
yang dilarang oleh guru. Ini benar-benar membuat guru dilemma dan paling
mencabar ialah guru tidak boleh langsung mendenda murid dengan menyentuh
fizikal mereka seumpama merotan, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi dan
seumpanya selain hanya boleh menggunakan kaedah psikologi sahaja.
HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL

HUKUMAN

1.Berdiri lama di tengah panas.


2.Lari keliling padang.
3.Berdiri lama dalam/luar kelas.
4.Memukul diri sendiri/sesama sendiri.
5.Berdiri di atas kerusi atau meja.
6.Menarik rambut/Tarik telinga.
7.Belasah dengan alat seperti tali

EMOSI
1.Gunting rambut.
2.Berdiri membuat latihan.
3.Berleter.
4.Gantung tulisan di badan.
5.Memalukan di khalayak ramai.
6.Kelas tahananpada waktu rehat.
7.Memaki hamun.

pinggang atau pembaris.


8.Junjung kerusi/buku.
9.Cubit.
10.Enjut/ketuk ketampi/mendada.
11.Ketuk/sekel kepala.

TERHADAP

MENTAL

8.Conteng muka dengan kapur.


9.Koyak buku latihan.
10.Mengugut atau menggertak murid.
11.Tidak menghiraukan murid.
12.Tidak menanda buku latihan.

Rajah 2.1: 23 bentuk hukuman yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin Kementerian
Pendidikan Malaysia.

&

Guru boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati fizikal murid


disentuh dengan apa sahaja alat mahupun tangan guru itu sendiri membuatkan guru
terpaksa menjerit-jerit ketika melakukan proses PDP. Kaedah pujuk dan guna psikologi
bagi menghadapi murid yang tidak siap kerja sekolah, selalu datang lambat, langgar
peraturan sekolah, merokok dan sebagainya membuatkan disiplin murid merosot dan
proses

membentuk

sahsiah

murid

yang

cemerlang

juga

gagal.

Kegagalan

mengamalkan sahsiah yang positif dibawa ke tahap seterusnya pelajar itu di alam
pendidikan tinggi, pekerjaan dan dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga.