Anda di halaman 1dari 5

Contoh Laporan Aktiviti

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU HAMPAR


32700 BERUAS,
PERAK DARUL RIDZUAN. Kod Sekolah : ABA 6017
Tel / Fax : 05-6775688

Email : skbhampar@ppdlms.edu.my

LATIHAN KAWAT KEBAKARAN BIL.01/2010


Rasional
Latihan kawat kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini perlu bagi
mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkahlangkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu
bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga
sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya
berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Matlamat
Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil
tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif
1.
Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2.
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya
berlaku kebakaran.
3.
Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat
mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Tentatif Program

Tarikh : 19 Februari 2010

Hari : Jumaat
Masa : 09.00 pagi
Tempat Berkumpul : Padang Sekolah
Aktiviti :
1.

09.00 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.


: Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul di padang
sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.

2.
3.
4.
5.

09.10 - 09.15 Pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.


09.15 09.20 Pagi : Ulasan Guru Penolong Kanan HEM.
09.20 09.40 Pagi : Taklimat oleh Pegawai Bomba.
09.40 - 10.30 Pagi : Demonstrasi memadam kebakaran oleh Pasukan Bomba dan
Penyelamat.

6.
7.

10.30 - 10.50 Pagi : Rehat


10.50 11.45 Pagi : Menyaksikan pameran jentera Bomba.
: Penyampaian Cenderahati.

8.

11.45 Pagi : Murid bergerak ke kelas masing-masing

( masukkan gambar )

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM 3K / SEKOLAH SELAMAT 2012


TARIKH
08 Februari 2012
HARI
Rabu
MASA
2.30 5.00 petang
SASARAN
Tahun 3,4,5 dan 6 (308 orang murid )
TEMPAT

SK Gopeng, Tmn Gopeng Baru

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dengan kerjasama
Ahli jawatankuasa 3K ( KESELAMATAN, KEBERSIHAN dan KECERIAAN)

telah mengadakan

satu Program Sekolah Selamat seperti ketetapan di atas. Seramai tujuh orang anggota
bomba telah turun padang untuk memberikan penerangan dan tunjuk cara yang betul
berkaitan cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul kepada warga SK Gopeng
Taman Gopeng Baru.
Program telah dimulakan jam 2.30 petang di Dewan Terbuka dengan ucapan
daripada wakil Penolong Pegawai Bomba Cawangan Gopeng iaitu Encik Ibrahim.Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak sekolah dan memberikan taklimat,
pesanan dan ingatan yang berguna terutama berkaitan aspek keselamatan di sekolah.
Beliau juga member panduan dan tips-tips yang berguna kepada pihak sekolah bagaimana
mengindari bahaya kebakaran dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program
pada petang itu diteruskan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar iaitu Puan Hajah
Salmiah Rahmatul Laila binti V.S. Dawood menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
merasmikan program.
Jam 3.00 petang program diteruskan dengan demonstrasi kebakaran dan cara-cara
yang betul menggunakan alat pemadam api dan cara-cara bagaimana memadamkan api
dengan berkesan di padang sekolah. Beberapa orang murid dan guru secara sukarela telah
mencuba dan menggunakan peluang ini untuk memadamkan api setelah ditunjukkan
terlebih dahulu oleh anggota bomba tersebut.
Seterusnya,murid-murid telah berpeluang melihat secara dekat jentera bomba yang
dibawa khas dan dipamerkan untuk tontonan murid-murid. Pelbagai alatan dan kemudahan
memadamkan kebakaran dapat dilihat dan diketahui bukan sahaja oleh murid-murid
malahan guru-guru juga berpeluang menyaksikan peralatan-peralatan memadamkan
kebakaran.Murid-murid juga dibenarkan menaiki jentera bomba dan merasi suasana di
dalam kenderaan tersebut.
Akhir sekali, program ditamatkan dengan penyerahan cenderahati daripada pihak
sekolah oleh Puan Hajah Salmiah Rahmatul Laila binti V.S.Dawood kepada wakil pihak
bomba iaitu Encik Ibrahim.Program tamat pada pukul 5.00 petang.

Laporan disediakan oleh,

(NOR FAZILA BINTI YAHYUDDIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling,

SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru

UCAPAN DARIPADA PIHAK BOMBA IAITU EN. IBRAHIM

DEMONSTRASI KEBAKARAN DARIPADA PIHAK BOMBA

DEMONSTRASI PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

MURID-MURID BERPELUANG MELIHAT PERKAKASAN JENTERA BOMBA

Posted by SK Gopeng Tmn.Gopeng Baru at 18:48


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:
Post a Comment

Anda mungkin juga menyukai