Anda di halaman 1dari 6

Apakah itu kehamilan di luar rahim?

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di
tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang
membesar di luar rahim ibu.
Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio,
dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini
berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut
boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan
lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?


Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptomsimptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?


Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak
melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab
yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak,
menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke
destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?


Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu
yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:

Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang
sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan
luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim
yang dibedah.

Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko

calar dan luka pada tiub falopio.


Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan

membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi
(sterilisation reversal).
Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat

di mana embrio telah diimplantasi.


Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali

sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya
dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.

Jika anda merokok.

Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1
dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?


Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tandatanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.
Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan
di luar rahim seperti:
Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin
warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus
prun").
Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda
harus berjumpa doktor.
Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat
pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:

Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian

perut.

Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.

Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.

Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ
dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar
rahim?
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera
atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan
kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan
(jika perlu) dapat dirancang.
Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian
kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG).
Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan
samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda
kehamilan di luar rahim.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini
mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat
dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.
Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan
ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan
sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub
anda.

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?


Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi
(pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub
tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan

terbuka kerana:

pembedahan ini lebih cepat;

kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;

anda tidak perlu tinggal lama di hospital;

kurang ubat penahan sakit diperlukan.


Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana
ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah
kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.
Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub
dibaiki bergantung kepada:

tahap kerosakan tiub tersebut;

tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;

keinginan anda untuk hamil lagi.


Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4
peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan
terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang
menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya.
Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak
perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan
masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut
belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami
pendarahan selama beberapa minggu.
Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi
sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi
atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya,
terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap
sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan
sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada

kes-kes tersebut.

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?


Ya, ia mungkin berlaku.

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian
untuk anda hamil lagi adalah sama.

Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah
kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam
kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.
Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas
kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin
perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami


kehamilan di luar rahim lagi?
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun,
risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap
kerosakan yang telah berlaku.
Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan
kehamilan anda daripada pakar obstetrik.
Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada
berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh
mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke
atas tiub anda.
Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin.

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum
mencuba untuk hamil lagi.
Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk
membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.
Ingin berbual dengan seseorang yang telah melaluinya? Berhubunglah dengan mereka dalam forum
Komuniti kami hari ini.

http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz3glS9N0uG

Anda mungkin juga menyukai