Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN INDIVIDU : BINCANGKAN BAGAIMANA TAHAP KEMUDAHAN

PELANCONGAN DI SESEBUAH PULAU BOLEH MEMPENGARUHI KEPUASAN


DAN PENGALAMAN PELANCONG.
NAMA PELAJAR : NUR FATIHAH BINTI JASMANI
NO MATRIK : BA13110340
KUMPULAN TUTORIAL : PULAU MEMUTIK ( RABU 11-12 )

1.1 PENGENALAN
Pelancongan pulau mempunyai keunikan yang tersendiri dan merupakan salah satu
tarikan yang utama dalam sektor pelancongan. Pelbagai tarikan yang menjadikan
pulau sebagai destinasi pilihan pelancong antaranya ialah tarikan sun, sand and
sea (3S) merupakan imej universal yang ada di sesebuah pulau. Sebagai contoh,
Pulau Sapi mempunyai pantai pasir yang putih dan cantik serta memiliki pelbagai
spesies terumbu karang dan hidupan marin. Menurut (Pearce, 1987) pelancongan
pulau adalah popular di lima kawasan dunia yang menjadi lokasi gugusan
kepulauan iaitu Laut Carribbean, Mediterranean, Pasifik, Lautan Hindi dan Asia
Tenggara. Di Malaysia, pulau merupakan antara ciri tarikan utama pelancong selain
daripada keunikan budaya masyarakatnya yang berbilang kaum, makanan,
perayaan dan pusat membelibelahnya (Hofmann, 1979). Walau bagaimanapun,
tahap kemudahan yang ada di sesebuah pulau samada baik ataupun tidak akan
mempengaruhi kedatangan pelancong untuk berkunjung lagi ke pulau tersebut.
Perkara ini juga dipengaruhi oleh kepuasan dan pengalaman pelancong itu sendiri
terhadap destinasi pelancongan yang memenuhi keperluan pelancong.

2.1 TAHAP KEMUDAHAN PELANCONGAN DI SESEBUAH PULAU BOLEH


MEMPENGARUHI KEPUASAN DAN PENGALAMAN PELANCONG
Kemudahan yang ada disesebuah pulau seperti kemudahan penginapan,
kemudahan pengangkutan, dan sebagainya akan mempengaruhi kepuasan dan
pengalaman pelancong itu sendiri. Kemudahan pelancongan yang mempengaruhi
kepuasan dan pengalaman pelancong adalah seperti berikut :
2.1.1 KEMUDAHAN PENGINAPAN
Kebiasaannya, tahap kemudahan penginapan di sesebuah tempat pelancongan
akan mempengaruhi kepuasan dan pengalaman pelancong. Hal ini demikian kerana
kemudahan penginapan yang ditawarkan hendaklah memenuhi permintaan dan
keperluan pelancong semasa mereka berada di lokasi berkenaan. Tempat
penginapan seperti hotel, chalet dan homestay juga sering dijadikan tempat untuk
1

majlis atau acara tertentu oleh penduduk setempat atau masyarakat luar. Sekiranya
seseorang individu atau pelancong ingin mengadakan sesuatu acara bolehlah
memilih tempat penginapan yang memiliki kemudahan tersebut agar dapat
memberi kepuasan kepada dirinya. Pada masa yang sama, keadaan tempat
penginapan itu juga samada memiliki bilik yang selesa, bersih dan tidak mempunyai
masalah daripada segi kemudahan elektrik dan air akan memberi tahap kepuasan
yang tinggi kepada pelancong. Hal ini juga akan memberi pengalaman bermakna
kepada pelancong kerana mendapat manfaat yang setimpal dengan
membelanjakan sejumlah wang ke atas kemudahan tersebut. Namun begitu,
berlainan pula dengan pelancong yang mendapat tempat penginapan yang tidak
kondusif seperti penghawa dingin yang tidak berfungsi, susun atur bilik yang tidak
strategik dan memiliki masalah air dan bilik berbau. Perkara ini sudah tentu
membuat pelancong berasa tidak puas hati kerana mereka merasakan mereka telah
ditipu olen agensi penginapan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Basri Rasyid
(2014), dalam Penilaian Terhadap Pengalaman Percutian Pelancong di Pulau
Langkawi menyatakan bahawa kawasan pantai adalah destinasi popular dengan
kemudahan penginapan yang ditawarkan iaitu dari chalet murah hinggalah hotel
bertaraf lima bintang. Oleh itu, pengalaman mereka berurusan atau berhadapan
dengan kemudahan ini akan memberi kesan kepada lawatan mereka.
2.1.2 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN
Pengalaman percutian bermula apabila pelancong memulakan perjalanan ke
sesebuah destinasi. Namun begitu, bagi menghasilkan pengalaman melawat yang
bermakna, pihak pengurusan pelancongan perlulah menyediakan kemudahan
sesuai untuk pelancong. Kemudahan pengangkutan sangat sesuai digunakan bagi
melancarkan perjalanan pelancong ke tempat yang ingin dikunjungi. Pelancong
yang ingin menuju ke pulau sebagai destinasi pilihan pelancongan akan memilih bot
atau feri sebagai kemudahan pengangkutan mereka. Walaubagaimanapun, bilangan
bot dan feri kadangkala tidak dapat menampung bilangan pelancong yang semakin
meningkat daripada semasa ke semasa. Hal ini menyebabkan pelancong terpaksa
menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan itu
kerana bilangannya yang sedikit berbanding bilangan pelancong yang ramai. Masa
dan perjalanan kemudahan pengangkutan yang tidak tepat daripada jadual sebenar
juga akan mepengaruhi kepuasan pelancong. Perkara ini juga akan menganggu
emosi pelancong kerana terpaksa menunggu dengan masa yang lama dan
menganggu jadual perjalanan mereka. Faullant et al. (2011) pula mendapati emosi
asas seperti gembira dan takut semasa terlibat dalam aktiviti di sesebuah destinasi
boleh memberi kesan kepada kepuasan lawatan. Oleh itu, tahap kemudahan seperti
ini akan menganggu kepuasan dan pengalaman pelancong dan kemungkinan
mereka tidak akan berkunjung lagi ke pulau tersebut.
2.1.3 PENYEDIAAN KEMUDAHAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Selain itu, sesebuah destinasi pelancongan pulau juga hendaklah menyediakan


kemudahan untuk OKU kerana pelancong juga kadangkala terdiri daripada golongan
OKU. Jika setiap destinasi pelancongan menyediakan kemudahan tersebut maka
akan mempengaruhi tahap kepuasan dan pengalaman pelancong OKU untuk
berkunjung ke kawasan tersebut. Berdasarkan ketetapan yang telah dibuat oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia, semua kategori hotel yang bermula dari satu
hingga lima bintang perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu bilik kepada
golongan OKU (Kementerian Pelancongan Malaysia, 1996). Dengan itu, kemudahan
bilik untuk OKU harus dititikberatkan. Hal ini juga akan menyebabkan pelancong
OKU merasakan mereka juga mempunyai hak untuk melancong seperti pelancong
pelancong normal yang lain. Sebagai contoh, hotel di Amerika Utara juga telah
menerima tempahan untuk bilik mesra OKU sebanyak 0.75 peratus pada tahun
2001 hingga 2004 (Simon & Gunter, 2005). Penyediaan kemudahan lain untuk
golongan OKU ialah tempat letak kereta khas untuk OKU. Berdasarkan kajian yang
dibuat oleh Roshita Abdul Razak (2014) kebanyakan pengusaha penginapan di
Pulau Langkawi tidak menyediakan tempat letak kereta khas OKU serta tidak
mempunyai kenderaan khas untuk membawa tetamu OKU berkerusi roda. Perkara
ini juga akan menyebabkan kepuasan pelancong OKU terhadap destinasi
pelancongan itu akan menurun kerana tidak menyediakan kemudahan bagi
golongan mereka. Golongan OKU ini juga merasakan mereka tidak dilayan dengan
adil dan akan meninggalkan pengalaman negatif sepanjang lawatan mereka ke
pulau tersebut. Oleh itu, kemudahan untuk golongan OKU juga sangat penting bagi
sesebuah destinasi pelancongan untuk memberi kepuasan dan pengalaman
bermakna kepada pelancong golongan OKU.
2.1.4 KEMUDAHAN TANDAS AWAM, BILIK PERSALINAN DAN SURAU.
Di samping itu, kemudahan tandas awam, bilik persalinan dan surau juga
merupakan kemudahan utama yang perlu ada di sesebuah destinasi pelancongan
pulau. Kemudahan tandas awam di setiap destinasi pelancongan hendaklan
diberikan perhatian untuk memastikan kemudahan ini sentiasa dalam keadaan
bersih. Hal ini demikian kerana keadaan tandas yang bersih akan memberi
keselesaan kepada pelancong dan kepuasan dalam diri mereka. Hal ini berlainan
pula dengan keadaaan tandas yang kotor serta peralatan tandas yang rosak akan
memberikan tanggapan negatif kepada pelancong. Pelancong akan menganggap
pihak terbabit tidak prihatin terhadap aspek kebersihan pulau. Berdasarkan kajian
soal selidik di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah mendapati kemudahan
tandas awam yang paling kurang memuaskan iaitu dengan skor min 3.35 (Jabil
Mapjabil & Nor Ina Kanyo, 2014). Pada masa yang sama, kemudahan bilik
persalinan juga harus diberi perhatian. Perkara ini kerana bilangan bilik persalinan
yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelancong yang ramai
khususnya pada hujung minggu dan cuti awam. Beberapa tandas awam dan ruang
menyalin pakaian yang boleh alih perlu disediakan di beberapa lokasi di pulau
berkenaan. Kemudahan surau juga tidak terkecuali kerana keadaan surau yang
3

sempit dan tidak bersih akan menimbulkan suasana tidak selesa kepada
pengunjung masyarakat islam. Hal ini akan mempengaruhi kepuasan dan
pengalaman pelancong sepanjang berada di pulau tersebut.
2.1.5 KEMUDAHAN PUSAT MEMBELI BELAH DAN RESTORAN
Seterusnya, pelancong yang melancong ke pulau juga inginkan kemudahan pusat
membeli-belah dan restoran. Kemudahan pusat membeli-belah dan restoran juga
perlu ada di sesebuah destinasi pelancongan kerana untuk memenuhi beberapa
keperluan pelancong. Bagi kebanyakan pelancong, pengalaman melancong tidak
lengkap tanpa membeli-belah. Hal ini demikian kerana membeli-belah boleh
menjadi faktor motivasi yang mempengaruhi pembuatan keputusan pelancong dan
tingkah laku penggunaan di destinasi pelancongan. Menurut Law (2002), membelibelah merupakan kuasa atau tarikan utama kepada pelancongan dari segi
penggunaan sebenar pembelian barangan dan sebagai sumber keseronokkan dan
kepuasan. Kepuasan dan pengalaman pelancong boleh terganggu apabila tahap
kemudahan pusat membeli-belah yang membosankan seperti harga barangan yang
mahal, layanan jurujual yang tidak mesra dan kekurangan produk pelancongan.
Berlainan pula dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga berpatutan
seperti Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai yang menawarkan harga yang
murah untuk barangan perkakasan dapur dan cenderamata. Pada masa yang sama,
kemudahan restoran di pulau juga memainkan peranan dalam memuaskan hati
pengunjung. Keadaaan restoran yang bersih dan harga makanan yang murah akan
menarik perhatian pelancong untuk makan disitu.Manakala keadaan restoran yang
kotar dan harga makanan yang mahal akan memberi tanggapan negatif kepada
pelancong. Pelancong akan menganggap pihak pengurusan pulau tidak mengambil
berat tentang kebersihan dan harga makanan. Oleh itu, perkara ini akan
mempengaruhi kepuasan dan pengalaman pelancong sepanjang berada di pulau
tersebut.
2.1.6 KEMUDAHAN GAZEBO DAN PONDOK PONDOK REHAT
Namun begitu, tidak lengkap kemudahan disesebuah pulau tanpa kemudahan
gazebo dan pondok-pondok rehat. Kemudahan ini sangat penting kepada pelancong
dan pengunjung tempatan apabila berkunjung ke pulau. Hal ini demikian kerana
kemudahan ini dijadikan tempat berteduh dan tempat berkumpul. Kemudahan ini
juga dijadikan tempat beristirehat dan tempat berkelah selepas penat melakukan
aktiviti di pantai. Fungsi kemudahan gazebo dan pondok- pondok rehat ini juga ialah
memberi perlindungan daripada panas cahaya matahari dan hujan. Apabila
kemudahan seperti ini berkurangan pengunjung akan mencari tempat lapang untuk
berteduh dan berehat. Hal ini boleh menyebabkan pengunjung berasa mereka tidak
mendapat keselesaan sepanjang berada di pulau peranginan itu. Mereka
beranggapan setiap pusat peranginan perlulah dilengkapi dengan kemudahan yang
mencukupi yang memenuhi keperluan dan kehendak supaya mereka berpuas hati
dan kembali dengan pengalaman yang bermakna. Manakala pulau yang mempunyai
4

kemudahan gazebo dan pondok-pondok rehat yang mencukupi akan menjadi


tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke pulau itu selain keindahan pulaunya.
Hal ini akan memberi kepuasan kepada pelancong dan kemungkinan mereka akan
kembali untuk berkunjung lagi ke pulau tersebut.
2.1.7 KEMUDAHAN TEMPAT REKREASI
Kemudahan tempat rekreasi yang ada di pulau atau tempat peranginan juga boleh
mempengaruhi kepuasan dan pengalaman pelancong. Selain daripada menikmati
keindahan pantai dan pulau, pelancong juga ingin melakukan aktiviti rekreasi
seperti perkhemahan, snorkelling, fish feeding dan lain-lain lagi. Oleh itu, tahap
kemudahan tempat rekreasi hendaklah diberi perhatian oleh pengurusan pulau
supaya sentiasa dapat digunakan oleh pelancong. Sebagai contoh, tempat
perkhemahan perlulah disediakan untuk memudahkan pelancong melakukan aktiviti
perkhemahan. Hal ini demikian kerana apabila tahap kemudahan tempat rekreasi
sentiasa dijaga dan dipantau maka pelancong juga akan berasa seronok melakukan
aktiviti tersebut. Berdasarkan kajian Jabil Mapjabil dan Nor-Ina kanyo di bandar Kota
Kinabalu dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman mendapati kemudahan rekreasi,
perkhidmatan bot dan jeti yang disediakan adalah lebih memuaskan berbanding
dengan kemudahan lain. Hal ini menunjukkan kepuasan pelancong tercapai dan
memberi lawatan yang bermakna kepada mereka. Pada masa yang sama, tahap
kemudahan tempat rekreasi yang tidak diuruskan dengan baik akan meninggalkan
kesan negatif kepada pelancong. Sebagai contoh, hasil daripada ukuran kepuasan
tahap kemudahan di Pulau Redang mendapati aktiviti mengembara dan aktiviti
permainan pantai perlu diberi perhatian bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan
pelancong. Dengan itu, tahap kemudahan yang memuaskan dapat memberi
pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong.
2.1.8 KEMUDAHAN RUANG MENUNGGU
Akhir sekali, kemudahan ruang menunggu juga penting bagi pelancong dan
pengunjung tempatan. Kemudahan ruang menunggu yang disediakan dapat
memberi keselesaan kepada pelancong untuk menunggu sesuatu urusan. Sebagai
contoh, ruang menunggu yang disediakan di hotel memberi pelancong untuk
berehat seketika sambil menunggu urusan tempahan tempat penginapan. Hal ini
berlainan pula dengan hotel yang tidak menyediakan ruang menunggu akan
menyebabkan pelancong tidak dapat berehat dan menganggu kepuasan mereka
terhadap servis penginapan. Mereka akan beranggapan pihak terbabit tidak
mengambil perhatian terhadap keselesaan pelancong tanpa menyediakan ruang
menunggu. Di samping itu, berdasarkan kajian di terminal jeti Pulau langkawi, tahap
kepuasan terhadap ruang menunggu adalah yang tertinggi dengan empat daripada
lima kriteria merekodkan tahap memuaskan, iaitu dari segi keselesaan,
keselamatan, kecukupan dan kebolehfungsian (Shardy Abdullah et al., 2013). Hanya
dari segi kebersihan sahaja fasiliti ruang menunggu dinilai sebagai kurang
memuaskan. Perkara ini dapat dilihat kepuasan pelancong terhadap tahap
5

kemudahan di ruang menunggu sangat memuaskan. Oleh itu, kemungkinan mereka


akan kembali bercuti lagi ke Pulau langkawi disebabkan memberi keselesaan dan
tidak menganggu emosi mereka sepanjang lawatan itu.

3.1 KESIMPULAN
Pulau mempunyai keunikan yang tersendiri dan sangat sesuai untuk dijadikan
sebagai destinasi pilihan pelancong. Komitmen dan kerjasama pelbagai pihak
sangat diperlukan untuk memastikan keindahan pulau sentiasa kekal terpelihara.
Namun begitu, tahap kemudahan yang dimiliki juga sangat penting untuk memberi
kepuasan kepada pelancong dan lawatan yang bermakna. Kebiasaannya, pelancong
akan menilai pengalaman percutian mereka sama ada semasa atau selepas
meninggalkan sesuatu destinasi. Pelbagai elemen di destinasi yang boleh
mempengaruhi penilaian mereka antaranya ialah kemudahan yang disediakan
disesuatu tempat pelancongan. Kemudahan yang berada dalam keadaan baik akan
menghasilkan interaksi positif manakala tahap kemudahan yang tidak baik
menghasilkan interaksi negatif. Oleh itu, tahap kemudahan yang memberi kepuasan
kepada pelancong akan memberi pengalaman yang bermakna dan akan
menyebabkan mereka kembali bercuti semula lagi ke tempat tersebut. Dengan itu,
pelancong memainkan peranan yang penting dalam menilai setiap aspek tahap
kemudahan yang ada disebuah pulau pelancongan untuk memberi memori
percutian yang bermakna sepanjang mereka berada di pulau tersebut.

RUJUKAN
Basri Rashid. 2013. Elemen Destinasi dan Kesan Terhadap Pengalaman Percutian.
GEOGRAFIA Online : Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 118 -127.
Basri Rashid. 2014. Penilaian Terhadap Pengalaman Percutian Pelancong di Pulau
Langkawi.
Dlm Jabil Mapjabil. Pelancongan di Pulau Langkawi Pembangunan dan
Implikasi. Johor :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Faullant, R., K. Matzler & T. Mooradian. 2011. Personality, basic Emotions and
satisfaction : Primary emotions in the mountaineering experience. Tourism
Management, 32 (6), 1423
1430.
Hofmann, N. 1997. A Survey of Tourism in West Malaysia and Some Economic
Implications. Research Notes and Discussions Paper Institute of Southeast Asia
Studies, Singapore.
Jabil Mapjabil & Nor Ina Kanyo. 2014. Ciri Tarikan dan Tahap Kemudahan Pelancong
di
Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah. Dlm Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim
& Tan Wan Hin. Pelancongan Pulau di Malaysia. Johor :
University Tun Hussein
Onn Malaysia.
Law, C. M. 2002. Urban Tourism : The Visitor Economy and the Growth Of Large
Cities. (2 Ed.).
London : Continuum.
Nooriah Yusof & Norain Mat Lazim. 2014. Pengalaman Pelancong dalam Membeli
Belah Di Pulau
Langkawi. Dlm Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim & Tan Wan Hin.
Pelancongan di Pulau
Langkawi Pembangunan dan Implikasi. Johor : Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.
7

Pearce, D. 1987. A Geography of Tourism. London : Macdonald & Evans.


Roshita Abdul Razak. 2014. Isu Kemudahan Pelancong Golongan Kurang Upaya di
Pulau Langkawi. Dlm Jabil Mapjabil. Pelancongan di Pulau Langkawi Pembangunan
dan Implikasi. Johor : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Shardy Abdullah, Aleff Omar Shah Nordin, Mastura Jaafar, Arman Abdul Razak &
AzizanMarzuki. 2013. Penyediaan Fasiliti di Terminal Jeti ke Pulau Langkawi : Suatu
Penilaian
Terhadap Tahap Kepuasan Pelancong. GEOGRAFIA Online : Malaysian
Journal of Society
and Space, 9(4), 15 23.
Simon, E. Y. & H. Gunter. 2005. Re evaluating accessibility 15 years later. Hotel
and Motel
Management, 220 (18), 1 3.
Kementerian Pelancongan Malaysia. 1996.

Anda mungkin juga menyukai