orang ramai. Para peserta pertandingan melukis termasuk adikku, Irfan, sudah bersedia. Pertandingan akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja. Peralatan melukis seperti pensel, krayon dan kertas lukisan sudah tersedia di depan mata. Loceng dibunyikan menandakan pertandingan bermula. Semua peserta mula melukis. Tema lukisan ialah Keluarga Bahagia. Irfan melukis gambar keluarga kami yang sedang berkelah. Selesai pertandingan, kami menunggu keputusan pertandingan diumumkan. Irfan Berjaya mendapat tempat pertama. Lukisannya yang cantik dan kreatif telah menarik perhatian para juri. Kami sekeluarga berasa amat bangga akan Irfan.