PAMERAN MATEMATIK
PERINGKAT IPG KAMPUS
GAYA
07 April 2016
PISMP MT AMBILAN JUN 2013
LAPORAN AJK
PERSIAPAN TEMPAT
2014
PENDAHULUAN
Pameran ini adalah untuk meningkatkan minat murid murid pra sekolah terhadap subjek
Matematik melalui pameran Bahan Bantu Mengajar serta aktiviti yang dirancang. Selain itu, ia
juga bertujuan memberi ahli ahli persatuan Matematik mempelajari cara cara untuk
mengendalikan sesuatu persatuan dan mengadakan aktiviti seperti pameran dan lain lain.
SEBELUM
Sebagai ajk persiapan tempat, kami telah berbincang dengan para pensyarah untuk
menetapkan tempat yang sesuai untuk menjalankan pameran. Setelah mendapat persetujuan
daripada para pensyarah, kami telah menetapkan anjung dewan sebagai tempat pameran.
Anjung dewan digunakan selama 1 hari iaitu pada 07.04.2016.
Kami juga telah bekerjasama dengan ajk peralatan untuk menentukan peralatan yang
perlu digunakan dalam proses menyediakan tempat pameran dan mempamerkan bbm. Kami
telah menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk persiapan tempat pameran dan ajk peralatan
bertugas untuk menyediakannya. Setelah itu kami membuat rangka rekabentuk tempat
pameran berdasarkan kumpulan. Setelah rangka tersebut siap, kami menyusun tempat
pameran mengikut perancangan.
SEMASA
Kami sebagai AJK Persiapan Tempat bertanggunjawab dalam memastikan kawasan
pameran disusun dengan keadaan baik supaya tidak menganggu kelancaran aktiviti. Kami
menasihati setiap kumpulan yang telah selesai membuat aktiviti mengemas kawasan yang telah
mereka guna.
SELEPAS
Setelah pameran selesai kami berkolaboratid dengan ajk peralatan untuk mengemas
dan menyimpan kembali peralatan yang telah digunakan. Kami juga memastikan bahawa
tempat yang telah digunakan kambali kepada bentuk asal dan bersih. Selain itu, bbm juga telah
dihantar kembali tempat yang telah ditetap.
2014
I.
Kekuatan:
Persiapan tempat merupakan satu proses yang amat penting dalam memberi
kelancaran dan kejayaan pengelolaan pameran. Setiap orang telah memberi 100
peratus komitmen yang baik supaya dapat menjayakan dan memastikan pameran
berjalan dengan lancar.
II.
Kelemahan:
Seperti yang sedia maklum, AJK Persiapan tempat tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk membuat persiapan kerana sehari sebelum pameran anjung dewan
mempunyai aktiviti lain. Oleh itu AJK Persiapan Tempat perlu bergerak awal untuk
membuat persiapan. Walau bagaiamanapun semua kelemahan ini dadat diatasi dengan
bantuan dari semua ahli persatuan.
III.
Cadangan Penambahbaikan:
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan sebagai seorang tidak berapa
berpengalaman untuk masa yang akan datang kami perlu menyediakan rancangan
kedua sekiranya rancangan yang dibuat pertama kali tidak berjalan dengan baik.
Rancangan kedua ini juga penting supaya tidak berlaku masalah dan dapat
mengelakkan kelam kabut.
Disediakan Oleh,
_____________________
(CHONG WOAN BEY)
PISMP MT SEMESTER 6
| LAPORAN AJK DOKUMENTASI
2014
AJK PERSIAPAN TEMPAT
LAMPIRAN
KUMPULAN
1
KUMPULAN
3
Tempat pemeran PISMP MT SEM 2
KUMPULAN
2
KUMPULAN
4
2014
Gambar 1.2 Persiapan tempat