Definisi : Kaizen mula diperkenalkan di Jepun. Perkataan Kaizen sendiri
membawa maksud penambahbaikan secara berterusan di dalam bahasa Jepun. Pengekosan Kaizen adalah suatu proses pengurangan kos secara berterusan yang berlaku selepas proses reka bentuk produk dan dalam proses pengeluaran. Pengurangan kos boleh berlaku ke atas pembekal , atau melaksanakan reka bentuk produk yang lebih nurah, atau mengurangkan kos bahan buangan. Apabila membangunkan produk baru di Amerika Syarikat, pendekatan yang pertama dilakukan adalah proses reka bentuk produk dan kemudian mengira kos produk menggunakan pendekatan kos standard. Kos standard hanya mengambil kira bahan langsung, buruh langsung, dan overhed standard dimana ketiga-tiga elemen ini akan dijumlahkan, dan hasil jumlah tersebut adalah kos produk baru. Jika kos produk baru tersebut terlalu tinggi, produk ini akan memberikan keuntungan yang kecil kepada syarikat atau memberikan kerugian kepada syarikat. Pendekatan kepada pengekosan standard yang digunakan telah dipersoalkan dalam persekitaran pembuatan hari ini. Pengekosan Kaizen adalah teknik Jepun yang digunakan untuk mengurus kos dalam perancangan dan reka bentuk produk ini dan kaedah ini telah digunakan oleh beberapa syarikat Jepun selama lebih dua puluh tahun. Ia kini digunakan secara meluas di Jepun dalam pelbagai industri seperti elektronik, jentera ketepatan, dan kereta. Objektifnya utama pengekosan Kaizen adalah untuk mengurangkan kos semasa dengan menggunakan pelbagai kaedah pemanbahbaikan seperti analisis fungsian bagi setiap kemudahan pembuatan. Standard Costing vs. Kaizen Costing Standard Costing Concepts
Cost control system.
Assume current manufacturing conditions. Meet cost performance standards.
Kaizen Costing Concepts
Standard Costing Techniques
Standards are set annually or semiannually.
Cost variance analysis involving standard costs and actual costs. Investigate and respond when standards are not met.
monthly. Continuous improvement (Kaizen) is implemented during the year to attain target profit or to reduce the gap between target profit and estimated profit. Cost variance analysis involving target Kaizen costs and actual cost reduction amounts. Investigate and respond when target Kaizen amounts are not attained.
Kaedah-kaedah yang sentiasa dikaitkan dengan Pengekosan Kaizen adalah Just
In Time (JIT), Kanban dan juga 5S. JIT adalah satu sistem yang mengawal kos untuk inventori. Syarikat boleh mengurangkan kos-kos yang terlibat dalam penyimpangan inventori seperti kos gudang, kos menunggu inventori dan pelbagai kos lain yang melibatkan inventori. 5S pula adalah satu sistem amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dan merupakan satu alat peningkatan produktiviti juga diperkenalkan di Jepun oleh Dr. Thuchiya. 5S adalah singkatan untuk Seiri (sisih), Seiton (susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (seragam), dan Shitsuke (sentiasa amal). Sisih bermaksud melupuskan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi. Susun pula bermaksud menyususun barang-barang atau fail-fail di tempat yang sepatutnya dan melabelkan kesemuanya. Manakala sapu pula bermaksud mengemas ruang pejabat atau tempat kerja selepas menggunakannya. Keempat, seragam bermaksud melakukan perlabelan untuk fail dan peralatan seperti alat tulis, komputer, dan sebagainya dan yang terakhir ialah sentiasa amal bermaksud sentiasa melakukan 5S ini.