Anda di halaman 1dari 1

Diabetes adalah sakit kronik yang terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan atau

menggunakan insulin dengan betul, hormon yang diperlukan untuk memproses gula, kanji
dan makanan lain kepada tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian. Punca penyakit ini
masih menjadi misteri walaupun genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan
dan tiada penawar untuk menyembuhkannya. Mungkin ramai yang tidak tahu diabetes
antara sebab utama kegagalan buah pinggang atau ginjal di Malaysia dengan kira-kira 52
peratus berada tahap akhir disebabkan olehnya.
Setiap tahun, 4,000 hingga 5,000 pesakit baru disahkan menghidap penyakit buah
pinggang peringkat akhir yang memerlukan mereka melakukan dialisis atau pemindahan
buah pinggang. Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara
Selangor, Dr. Soehardy Zainudin berkata, bagi mereka yang tidak menghidap diabetes, buah
pinggang mampu memproses albumin iaitu protein. "Namun, bagi pesakit diabetes, antara
kesan awal pada buah pinggang adalah penghasilan kuantiti kecil protein dalam urin yang
dipanggil microalbuminuria. "Ia sukar untuk dikesan bagi tempoh lima tahun pertama malah
pesakit akan mendapati semuanya normal walaupun melakukan ujian darah. "Apabila
memasuki tahun kelapan hingga ke-10, pesakit akan mendapati urin mereka berbuih banyak
dan bila jumlahnya semakin bertambah, ia tanda awal penyakit buah pinggang," katanya.
Antara simptom lain rasa letih, selera makan berkurangan, ruam dan gatal-gatal di
kulit, muntah-muntah, kencing semakin kurang dan kaki mulai bengkak. Komplikasi akibat
penyakit ini apabila ia mencapai peringkat akhir iaitu pesakit susah bernafas, paru-paru
berair, pengumpulan toksik di dalam badan, senang terkena serangan jantung dan akhirnya
buah pinggang rosak yang menyebabkan pesakit melakukan dialisis. Jika ada antara ahli
keluarga anda mempunyai sejarah diabetes, selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan
dengan memeriksa paras gula dan kolestrol di dalam badan serta melakukan ujian urin khas
untuk buah pinggang iaitu ujian mengesan albumin. "Apabila ke klinik atau hospital, minta
doktor melakukan ujian air kencing untuk memeriksa kandungan albumin di dalamnya
kerana ada sesetengah pemeriksaan kesihatan hanya melakukan ujian urin yang biasa,"
katanya.
Pengawalan makanan juga perlu diterapkan dari peringkat awal dan dapatkan
khidmat pakar diet untuk senarai makanan yang sesuai bagi pesakit diabetes agar dapat
mengawal tahap gula di dalam badan. Pesakit diabetes juga perlu mengawal tekanan
darahnya, mengawal berat badan dan melakukan senaman sebanyak tiga hingga lima kali
seminggu iaitu sekurang-kurangnya 15 minit bagi setiap sesi. "Mengamalkan gaya hidup
yang sihat seperti berhenti merokok dan mengawal pengambilan gula perlu diterapkan
terutamanya kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes,"
ujarnya.

Anda mungkin juga menyukai