Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN MODUL UNTUK MENGATASI MASALAH VANDALISME (NAWAL)

MODUL MENTOR KASIH MENTEE SAYANG


OBJEKTIF :1. Mewujudkan suatu suasana yang harmonis antara mentor (guru) dan mentee (murid
yang sering melakukan vandalisme) untuk saling berkongsi masalah dan konflik diri
yang dihadapi.
2. Membuka peluang untuk mengekspresikan perasaan melalui lukisan dan muzik.
3. Menyuburkan budaya sihat dalam kalangan murid
4. Membina keyakinan diri untuk menyalurkan masalah yang dihadapi dengan
bimbingan guru kepada hasil kerja yang menarik

PERALATAN DAN KEPERLUAN :1.


2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bilik khas
Dinding khas
Kertas A4
Magic Colour dan Pensil Warna
Cat
Peralatan mengecat
Buku Catatan

PROSEDUR PELAKSANAAN :1. Menyediakan kertas kerja dan mendapatkan kelulusan pengetua untuk menjadikan
perjumpaan Mentor Kasih Mentee Sayang ini sebagai aktiviti rasmi sekolah yang
dilaksanakan mengikut masa yang sesuai.
2. Menyediakan jadual perjumpaan berkala Perjumpaan 10 kali dalam 6 bulan
persekolahan.
3. Guru dipilih dalam kalangan guru yang memiliki afeksi yang tinggi.
4. Murid dikenalpasti oleh kaunselor dan jawatankuasa disiplin
5. Perjumpaan pertama diadakan untuk sessi perkenalan
6. Modul dijalankan
7. Pemantauan sikap dan disiplin murid

LANGKAH-LANGKAH MODUL

SESI 1
1.
2.
3.
4.

Sessi pertemuan mentor dan mentee


Mentor dan mentee saling berkenalan.
Mentor menyediakan makanan dan minuman sambil berbual.
Mentor cuba menyelami dan mengenali hati mentee

SESI 2
1. Mentor membawa mentee berjumpa di taman/kawasan persekitaran sekolah.
2. Mentor meminta murid mencatat masalah yang dihadapi samada di sekolah atau di
rumah dalam buku catatan.
3. Mentor memberikan nasihat secara baik
4. Mentor meminta murid mengoyak kertas yang ditulis dan membuangnya sebagai
simbolik masalah yang dihadapi boleh diselesaikan.
5. Mentor meminta mentee menulis perasaan setelah membuang kertas tersebut.

SESI 3
1. Mentor meminta mentee melakarkan lukisan yang menggambarkan fikiran mentee
pada masa tersebut.
2. Mentor memantau lukisan mentee dan memuji hasil karya mereka.
3. Lukisan itu ditampal di ruangan yang disediakan.
4. Mentee membaca catatan nasihat dan sokongan daripada mentor.
SESI 4
1.
2.
3.
4.

Mentor bertanyakan genre musik yang digemari oleh mentee.


Mentor mencari musik kegemaran mentee dan sama-sama menikmati lagu tersebut.
Mentor meminta mentee menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka.
Mentee mencatatkan perasaan mereka dalam buku catatan.

SESI 5
1.
2.
3.
4.

Mentor dan mentee bersama-sama mencari idea untuk melukis mural


Mentor mengarahkan mentee melakarkan di atas kertas dan mewarna lukisan tersebut.
Mentor mendapatkan kebenaran pengetua.
Mentee membaca respon mentor yang dicatat pada buku catatan.

SESI 6
1. Mentor mengawasi mentee melukis mural di dinding yang tersedia.
2. Mentee melukis mural yang telah diluluskan oleh pengetua.
3. Mentee mencatatkan perasaan mereka di dalam buku catatan.
SESI 7
1. Mentor dan mentee berkerjasama mewarna mural yang telah dilukis
2. Mentor menyediakan air dan kudapan sepanjang lukisan diwarnakan.
3. Mentee membaca respon dan nasihat mentor dalam buku catatan.

SESI 8
1. Mentor dan mentee menghabiskan kerja-kerja mewarna lukisan mural.
2. Pengetua membuat pemantauan hasil kerja Mentor Kasih Mentee Sayang.
3. Mentee menulis perasaan mereka dalam buku catatan.
SESI 9
1. Para mentee diberi penghargaan oleh mentor dan para pentadbir.
2. Suatu majlis penghargaan dibuat bagi menghargai usaha gigih mentee.
3. Mentee membaca respon dan penghargaan yang ditulis oleh mentor dalam buku
catatan.
SESI 10
1. Mentor membuat jamuan kecil-kecilan untuk meraikan mentee.
2. Mentee diminta untuk menulis perasaan dan azam mereka.
3. Mentor memberikan kata-kata positif dan bersedia untuk dirujuk jika mentee
menghadapi sebarang masalah pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai