Anda di halaman 1dari 14

DATUK AHMAD NAWAB

JIKA hari ini industri melihat penguasaan komposer seperti M Nasir, Ajai dan Adnan Abu
Hassan, suatu ketika dulu, nama Ahmad Nawab sinonim dalam menaikkan nama penyanyi
terkenal di Malaysia dan Indonesia. Mereka termasuklah Sharifah Aini (kini Datuk), Hail Amir,
Uji Rashid, DJ Dave, Khaty Ibrahim, Dhalan Zainuddin, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Broery
Marantika, Hetty Koes Endang dan ramai lagi.
Bersahabat dengan P Ramlee dan Saloma, Datuk Ahmad Nawab sudah menghambakan dirinya
dalam dunia muzik lebih 45 tahun. Ahmad Nawab atau nama sebenarnya, Ahmad Khan Bin
Nawab Khan dilahirkan di Jalan Transfer, Pulau Pinang pada 6 April 1933. Beliau mendapat
didikan awal dalam bidang muzik melalui ayahnya Nawab Khan. Instrumen terawal
dipelajarinya adalah klarinet, diikuti saksofon, trumpet dan piano.
Sepanjang kerjayanya, Ahmad Nawab sudah mencipta lebih 2,000 lagu. Bakatnya memang
terserlah kerana setiap lagu yang dicipta mampu menjadi popular. Selain itu Ahmad Nawabjuga
banyak mencipta skor muzik untuk filem Melayu seperti Menanti Hari Esok, Sumpah Semerah
Padi, Sumber Ilhamku dan Esok Untuk Siapa.
Antara lagu popular ciptaan beliau ialah Tiada Maaf Bagimu, Keluhan Perantau, Ku Gembiar Di
Sampingmu, Bawalah Daku Bersamamu, Wajah Kesayangan Hamba, Semakin Hari Semakin
Sayang, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Kasih dan Bila Rindu Ku Sebut Namamu.
Banyak kejayaan berjaya diraih Ahmad Nawab dalam kerjaya seninya seperti Anugerah Juara
Lagu TV3 menerusi Kau Kunci Cintaku pada 1988. Beliau juga dianugerahkan Ijazah Kehormat
Sarjana Persuratan daripada Universiti Putra Malaysia(UPM) pada April 2001. Selain aktif dalam
bidang muzik, Ahmad Nawab juga pernah menjadi Presiden Papita selama sepenggal bermula
1982. Dia kini masih berkeyakinan untuk berkarya.

hiburan
ARKIB : 17/05/2005

Ahmad Nawab - Jatuh


bangun bersama muzik
TIDAK keterlaluan kalau dikatakan Datuk
Ahmad Nawab adalah komposer yang paling
banyak sekali menyumbang karyanya dalam
bidang seni suara tempatan. Perkara itu
dapat dilihat melalui jumlah lagu-lagu yang
telah dicipta dan jasanya dalam mendidik
anugerah dan pencapaiannya
ramai penyanyi hingga dikenali ramai. Jamal Bersama
dalam bidang muzik selama 40 tahun.
Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram,
Uji Rashid, Hail Amir dan D.J.Dave adalah
antara `anak-anak didik' komposer berasal dari Pulau Pinang ini.
Bapa kepada enam anak dan empat cucu ini juga merupakan satusatunya anak seni tempatan yang mendapat pengiktirafan tertinggi
iaitu ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Putra
Malaysia (UPM) pada tahun 2000.
Baru-baru ini Mega sempat berkunjung ke kediaman komposer
berusia 60-an ini di Gombak, Selangor untuk berkongsi pendapat
dan pengalamannya dalam bidang seni.
Apa aktiviti Datuk selepas lama menyepikan diri?
AHMAD NAWAB: Saya masih aktif berkarya dan antara lagu terbaru ciptaan
saya berjudul NAM yang dijadikan lagu tema Mesyuarat Menteri Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang berlangsung di Putrajaya baru-baru
ini.
Datuk mencipta lagu pada usia 16 tahun. Terlalu muda. Boleh Datuk
ceritakan sikit penglibatan pertama Datuk sebagai komposer.
AHMAD NAWAB: Lagu Bintang Malam adalah lagu pertama ciptaan saya.
Ketika itu saya baru berusia 16 tahun. Lagu itu pertama kali dinyanyikan oleh
Zaharah Agus. Kemudian dinyanyikan semula oleh Saloma dan ia dimuatkan
menerusi filem Do Re Mi. Uji Rashid dan Hetty Koes Endang juga pernah
menyanyikan semula lagu itu.

Sebagai komposer, apakah kejayaan yang paling tinggi pernah Datuk capai?
AHMAD NAWAB: Pencapaian saya yang paling tinggi ialah apabila lagu
ciptaan saya, Malaysia Truly Asia dirakamkan dalam 17 bahasa. Antaranya
dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Belanda, Jerman, Rusia, Arab, Turki, Itali,
Jepun, Korea, Thailand dan Bangladesh. Lagu itu digunakan oleh
Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara.
Orang kata bayaran komposer cukup mahal. Datuk sendiri bagaimana?
Berapa bayaran terendah pernah Datuk terima?
AHMAD NAWAB: Lagu ciptaan saya yang berjudul Kaulah Harapanku adalah
lagu ciptaan saya yang paling murah. Saya dibayar RM5 untuk mencipta lagu
itu yang dinyanyikan oleh Saloma.
Pengalaman pahit Datuk sepanjang menjadi anak seni?
AHMAD NAWAB: Pada tahun 1960-an, saya pernah tiga hari tidak makan
kerana tidak ada wang. Ketika itu, saya cari makan dengan bermain muzik di
kelab-kelab malam dan pendapatan pula tidak menentu.
Album terbitan Datuk yang manakah yang paling mendapat sambutan
daripada peminat?
AHMAD NAWAB: Album Kau Kunci Cintaku (Di Dalam Hatimu) nyanyian
Ramlah Ram. Album itu saya terbitkan pada tahun 1988 dan ia berjaya dijual
400,000 unit.
Apa komen Datuk tentang komposer-komposer muda hari ini?
AHMAD NAWAB: Pada pendapat saya, ramai komposer sekarang ini yang
tidak menyelami terlebih dulu karakter penyanyi yang bakal menyanyikan
lagu ciptaannya itu. Seorang komposer itu harus mengambil masa dan
mencari kesesuaian di antara lagu dan penyanyi itu sendiri. Jangan setakat
mencipta lagu dan menjualnya secara sewenang-wenangnya kepada
syarikat rakaman.
Jadi, buat masa ini penyanyi manakah yang paling sesuai untuk
menyanyikan lagu-lagu ciptaan Datuk?
AHMAD NAWAB: Siti Nurhaliza. Sebabnya dia sudah membuktikan kepada
saya bahawa dia mampu menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dengan baik.
Siti misalnya pernah menyanyikan lagu-lagu saya yang berjudul Hapuslah
Airmatamu dan Seiring Sejalan pada satu persembahan. Saya sendiri
menyaksikan persembahan itu. Saya rasa Siti buat home work sebelum dia
menyanyikan sesebuah lagu.
Sepanjang menjadi komposer, berapakah jumlah lagu yang telah Datuk
cipta?
AHMAD NAWAB: Setakat ini, saya telah mencipta hampir 2,000 buah lagu
dan menerbitkan kira-kira 500 buah album. Saya juga pernah membimbing

75 orang penyanyi. Dua lagu ciptaan saya yang berjudul Ilham Tiba dan
Taman Firdausi juga pernah dinyanyikan oleh P. Ramlee.
Bagi Datuk, apakah sumber inspirasi yang terbaik bagi mencetuskan ilham
dalam mencipta lagu?
AHMAD NAWAB: Bagi saya, perempuan. Sama ada isteri, kekasih atau ibu,
mudah mencetuskan ilham dalam mencipta lagu. Ini kerana, dalam diri
mereka ada unsur kelembutan, kecantikan dan sebagainya. Contohnya,
sebuah lagu cinta, dihasilkan kerana seseorang itu putus cinta.
Sampai bila Datuk mahu meneruskan karier sebagai komposer?
AHMAD NAWAB: Sebagai anak seni, saya tidak pernah merasa puas dalam
mencipta lagu. Saya akan terus mencipta lagu hingga ke akhir hayat saya,
insya-Allah

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2005&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3qySJbcxJ
Utusan Melayu

Datuk Dr.Ahmad Nawab dalam khas Hari


Seniman
NORHIDAYYU ZAINAL, FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
6 MEI 2015

SEBAGAI memperingati dan meraikan sambutan Hari Seniman yang jatuh pada 29 Mei setiap
tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan dokumentari yang melihat sumbangan
besar seniman kepada negara.
Kali ini, RTM memilih Datuk Dr Ahmad Nawab menerusi program Legenda Datuk Dr Ahmad
Nawab disiarkan mulai 7 Mei ini, setiap Khamis, jam 2 petang di TV2.
Program menampilkan pengacara Imuda ini menonjolkan perbezaan kerana sebelum ini banyak
pihak menghasilkan dokumentasi mengenai Ahmad Nawab dan sumbangannya dalam bentuk
jurnal mahupun buku, tetapi belum ada yang melakukannya menerusi visual dan rancangan TV.
Lebih istimewa apabila buat kali pertama program ini dihasilkan orang paling dekat dan
memahami tokoh muzik negara iaitu anaknya, Nasir Ahmad Nawab.
Program menarik enam episod ini menjadi penggalak kepada penggiat muda dan mereka yang
meminati muzik dalam berkarya. Kelebihannya apabila ia turut menghimpunkan artis atau
penyanyi yang pernah bekerja dengannya.
Ramai artis popular sepanjang zaman terbabit dalam pembikinan program ini termasuk Datuk
Khatijah Ibrahim, Siti Fairuz, Shidee, Datuk Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Salamiah Hassan.
Program itu turut menyelitkan unsur hiburan, di mana satu segmen diwujudkan Ahmad Nawab
bermain saksofon dan artis undangan menyanyikan lagu ciptaannya dan berjaya mengangkat
nama dalam industri muzik.
Keseluruhannya ia mempunyai tiga segmen, kesinambungan antara setiap segmen. Dalam satu
segmen, penonton turut dapat menyaksikan pandangan artis yang pernah bekerja dengan Ahmad
Nawab.

GIGIH BANTU ARTIS VETERAN


Isnin, May 23, 2005
Source : Harian Metro
CATURAN Emas Sdn Bhd, yang diasaskan oleh Datuk Mustapha Maarof, Senator Jins
Shamsuddin dan Datuk Dr Ahmad Nawab bukan sekadar produksi perfileman atau pembekal
rancangan.
Malah ia berperanan lebih daripada itu apabila bertanggungjawab menampung dana keperluan
10 artis veteran yang dipilih oleh pihak Kementerian Penerangan.
Menurut Mustapha, sebagai permulaan menggerakkan aktiviti dana berkenaan pihaknya
mengemukakan lima kertas cadangan untuk siaran televisyen kepada Radio Televisyen Malaysia
(RTM).
"Kertas cadangan itu sebahagian usaha kami untuk memenuhi slot 190 jam yang diberikan RTM
kepada Colorama Filem sebelum ini.
"Memandangkan berlakunya kesilapan teknikal pada pengurusan syarikat terdahulu, misalnya
ketiadaan rekod laporan semasa, RTM mengeluarkan satu surat penarikan semula slot pada

Colorama Filem ekoran kegagalan memenuhi


garis panduan stesen berkenaan.
"Sebenarnya waktu itu Colorama masih baru dan banyak perkara mengenai pengurusan syarikat
tidak lengkap. Disebabkan itu Caturan Emas Sdn Bhd ditubuhkan bersama daya kerja lebih
sistematik sekali gus mengambil alih
tugasan slot 190 jam yang dipertanggungjawabkan RTM.
"Perbincangan lanjutan dengan pihak Kementerian Penerangan akan diadakan Jumaat ini (20
Mei). Mengenai dana 10 artis veteran, ia adalah aktiviti kebajikan yang termaktub dalam
perjanjian asal dengan RTM sebelum ini.
"Bagaimana cara dana itu diperolehi, ia berdasarkan penjualan produk menerusi slot 190 jam
kepada pihak RTM. Mengikut pengiraan syarikat Caturan Emas hanya memperolehi 30 peratus
dari keuntungan produk manakala 70 peratus lagi diagihkan pada dana berkenaan," katanya.
Tambah Mustapha, mengikut perancangan asal dana bulanan atau dianggap wang pencen ini
perlu diagihkan pada bulan Mac lalu bagaimanapun disebabkan masalah teknikal syarikat
pengurusan yang lalu penyerahannya terpaksa ditangguh seketika.
Bagaimanapun Rabu lalu, selepas melalui pelbagai kesulitan akhirnya Caturan Emas Sdn Bhd
mengotakan janji mereka apabila menyerahkan dana bernilai RM2,000 kepada setiap 10
seniman.
Penerima terdiri daripada, seniman Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Aziz Satar, Hussien Abu
Hassan, keluarga Omar Rojik, Ali Rahman dan balu kepada Allahyarham M Amin. Termasuk, S
Shamsudin, Omar Suwita dan Abdul Wahid Rahman (Wahid Satay) yang tidak dapat
menghadirkan diri.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Mustapha sendiri sambil disaksikan Ahmad Nawab serta
Pengarah Caturan Warna Sdn Bhd, Datuk Mustapha Abd Hamid, di Holiday Villa.

Melodi Emas Ahmad Nawab tiada


tandingan!
Diterbitkan: Selasa 20 Jun, 2006

Zieman

Ujian sebenar kemerduan sebuah melodi apabila ianya berjaya menjangkau batas waktu dan usia.
Melodi yang indah akan lebih sebati di dalam jiwa dan melekat di sanubari sekiranya ada usaha
untuk memelihara irama yang sebegini. Usaha murni pihak Istana Budaya dengan mengangkat
khazanah tidak terbilang seorang lagenda seperti Datuk Ahmad Nawab di dalam Konsert Melodi
Emas 2 baru-baru ini, harus diberi pujian.
Sewajarnya bintang lagenda yang berpengaruh dan mencapai status seperti Ahmad Nawab,
seorang komposer dan pencipta lebih dari 2, 000 buah lagu diberikan penghormatan mengadakan
tiga buah konsert pada tiga malam berturut-turut. Konsert itu juga telah mencipta sejarahnya
sendiri apabila ramai peminat Ahmad Nawab yang tergolong dari segenap lapisan masyarakat
tidak kira tua atau muda, tidak melepaskan peluang untuk turut serta menghayati irama nostalgia
yang tidak jemu didengar itu.

Ahmad Nawab mendendangkan lagu-lagu hit gubahannya diiringi tarian penari latar
Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab, Konsert Melodi Emas 2
yang dipentaskan minggu lalu, tentu saja mengimbau seribu kenangan manis dan mengamit
memori indah bersama komposer tersohor tanahair itu.
Ini adalah kali kedua Ahmad Nawab diberikan peluang untuk mengadakan konsert di Istana
Budaya, Kuala Lumpur, satu pengiktirafan yang selayaknya diberikan kepada seorang bintang
legenda yang seangkatan dengan seniman Tan Sri P.Ramlee.
Sumbangan dan pengabdian selama beberapa abad bukan sahaja satu kayu ukuran kejayaan
beliau tetapi ia juga membuktikan lagu-lagu Ahmad Nawab sama seperti P.Ramlee begitu mudah
meresap di dalam setiap jiwa yang hadir pada malam tersebut.
Di dalam meniti usia emas, Ahmad Nawab masih mampu membuktikan kehebatannya bermain
saksofon. Hampir kesemua lagu yang dipersembahkan pada tiga malam tersebut masih segar dan
menghiburkan sehingga tidak terasa begitu cepat masa berlalu.
Konsert dua jam itu telah diserikan dengan nyanyian merdu penyanyi dan anak didik Ahmad
Nawab seperti Khatijah Ibrahim, Latiff Ibrahim, Shidee, Salamiah Hassan, Datuk D.J Dave,
Ramlah Ram dan Anuar Zain. Walaupun Syafinaz dan Ramlah Ram tidak dapat beraksi kerana
keadaan suara mereka yang tidak mengizinkan, konsert tersebut tetap terpahat sebagai sebuah
persembahan yang hebat.

Konsert Melodi Emas 2 dimulakan dengan persembahan koir lagu Bintang Malam, lagu pertama
ciptaan Ahmad Nawab. Sejurus selepas perkenalan lagu pertama, Ahmad Nawab beraksi
bersama saksofonnya bersama dua buah lagu instrumental berjudul Bunga Tanjung dan Rinduku
Rindumu.
Ini diikuti persembahan lagu Teraju Negara dan Pilihlah Akuyang
disampaikan oleh Latiff Ibrahim, diiringi dengan beberapa orang
penyanyi latar. Latiff yang kelihatan lebih gempal tetap
menghiburkan meskipun ketika penyampaian lagu rancakPilihlah
Aku, kelincahan Latif tidak seghairah dulu walaupun puas dicuba.
Aksi lincahnya yang pernah kita saksikan satu ketika dulu hanyalah
satu kenangan kini. Faktor usia dan fizikal badan tidak
mengizinkan Latif untuk membawa kita kembali ke zaman
kegemilangannya.
Shidee, penyanyi yang pernah mendapat jolokan "Cry Baby" di
zaman kegemilangannya kerana selalu cengeng tampil dengan lagu
hitnya Semuanya Sudah Terlambat dan Janganlah Menghancurkan.
Walaupun suaranya masih mantap dan bertenaga, penampilan
Latiff Ibrahim yang
Shidee yang begitu bersahaja, selamba dan tidak kemas disulami
kelihatan lebih gempal tetap
dengan persembahan yang tidak rapi menimbulkan sedikit terkilan
menghiburkan
di hati. Tidak adil sebuah show yang begini prestij dicacatkan oleh
seorang penyanyi yang gagal membuat "homework." Mungkin juga kerana Shidee sudah lama
meninggalkan pentas nyanyian dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan beliau nampak tidak
begitu bersedia.
Penyanyi bersuara lantang Salamiah Hassan tampil anggun bersama gaun berwarna putih dan
memberi penghayatan yang membanggakan walaupun beliau diberi tugas membawa lagu
penyanyi lain seperti Datuk Sharifah Aini dan Siti Fairuz. Kemerduan vokalnya di dalam
lagu Oh Di Mana, Bila Ku Sebut Namamu dan Tiada Maaf Bagimu membuktikan Salamiah
berada didalam kelasnya yang tersendiri. Namun kesyahduan and gemersik suara biduanita
Sharifah Aini dan Siti Fairuz ketika mengalunkan lagu-lagu ini masih terpahat di dalam hati dan
sehingga kini masih tiada tandingannya.
Datuk D.J. Dave yang kelihatan lebih bertenaga di usia 50an membuat ramai peminat beliau
bersorak keriangan apabila Dave dengan aksi lincahnya menyanyikan laguBerdansa
Denganku dan Cahaya.

Kemunculan Anuar Zain dengan lagu Broery Marantika - Mimpi Di Siang Hari dan Senja Di
Kuala Lumpur amat mengasyikkan. Setiap bait dan patah lagunya sungguh teliti dan
mengesankan, seakan menggamit kenangan lama ketika mendiang Broery menyanyikan lagulagu tersebut.
Kemunculan penyanyi jelita dan tinggi lampai Khatijah Ibrahim amat dinanti-nantikan.
Persembahan Khaty cukup memikat penonton. Ketika mendendangkan lagu Tangisan Hati Yang
Derita, ianya seolah menggambarkan golak hati Khaty ketika ini di saat menghadapi saat
perpisahan dengan suami keduanya. Khaty melupakan seketika kesedihan dihatinya dan
mengubah mood sedih kepada lagu rancak Potret Kasih.

Kesyahduan alunan saksofon Ahmad Nawab diserlahkan lagi oleh pemuzik-pemuzik iringan
Ahmad Nawab kembali beraksi dengan lagu instrumental Jangan Tinggal Daku dan memberi
tribute kepada lagenda yang sukar dicari ganti itu.
"P.Ramlee tiada pengganti biarpun 50 tahun akan datang," ungkapan hikmat komposer lagenda
Ahmad Nawab.
Ahmad Nawab turut menunjukkan kebolehannya menyanyi dalam dua buah lagu dari
filem Nasib Do Re Mi ciptaannya yang berjudul Taman Firdausi (berduet dengan Khaty)

dan Ilham Tiba (bersama Ramlah Ram). Ramlah kurang menyerlah di dalam lagu Ilham Tiba
berbanding dengan Khaty yang nyata memberi satu persembahan yang meninggalkan impak.
Kemuncak Konsert Melodi Emas 2 adalah persembahan "jamming session" antara Ahmad
Nawab dengan saksafonnya, pemuzik Man Kidal dengan gitarnya dan Steve Thornton (dengan
conga). Ketiga-tiga mereka memberi persembahan yang memukau dan hebat di dalam dua buah
lagu baru ciptaan Ahmad Nawab iaitu Samba Calypso dan Antara Aku Dan Dia.
Persembahan yang sunnguh menghiburkan apabila paluan conga disambut dengan kesyahduan
saksafon dan kehebatan petikan instrumen gitar rancak Man Kidal. Sungguh luar biasa bakat
yang dianugerahkan pada legenda yang seorang ini. Di usia sebegini, masih boleh mencipta lagu
yang tetap relevan dan sesuai dengan peredaran zaman ketika ini.
Pelakon handalan Jalaludin Hassan telah diundang untuk sebuah sketsa. Jalal telah menunjukkan
bahawa beliau juga berkebolehan membawa watak komedi dengan selamba dan sempoi sekali.
Jenaka bersahajanya juga mencuit hati. Kononnya, sketsa itu menceritakan yang Jalal ingin
sangat menjadi anak didik Ahmad Nawab. Bicara kedua mereka yang diselang-seli dengan
humor mengundang hilai ketawa penonton. Jalal juga membuktikan bahawa beliau berbakat
besar di dalam bidang nyanyian.
Memang sukar untuk memilih lagu yang "sesuai" untuk tatapan kesemua peminat Ahmad
Nawab. Hanya 20 buah lagu dari 2, 000 koleksi Ahmad Nawab dapat dipersembahkan di dalam
konsert yang memakan masa selama dua jam malam itu.
Orkestra Simfoni Kebangsaan dibawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi telah berjaya mengiringi
setiap persembahan dengan begitu baik sekali walaupun ada ketikanya perjalanan muzik orkestra
agak kurang rapi seperti di awal lagu Sendiri nyanyian Shidee.
Langkah memilih kesemua penyanyi mendendangkan lagu Seiring Sejalan sebagai penutup tirai
malam itu dianggap bijak, sebuah lagu yang semakin popular dan banyak meninggalkan
kenangan manis bagi Ahmad Nawab dan Broery. Persembahan Konsert Melodi Emas 2 cukup
menghiburkan dan memberikan satu kepuasan yang tidak terucap dengan kata-kata. Sajian
hiburan yang beginilah yang senantiasa dinanti-nantikan oleh semua peminat Ahmad Nawab.
Selayaknya Konsert Melodi Emas 2 ini diulangtayang di Istana Budaya sama seperti pementasan
Puteri Gunung Ledang