Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN SYARAHAN

Soalan : Masyarakat Malaysia Kurang Membaca. Sebagai salah seorang peserta


pertandingan akhir syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk Cara-cara
Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Kanak-kanak. Tulis teks syarahan itu
selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara
Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Kanak-kanak.
Hadirin yang dihormati,
Kanak-kanak adalah seperti sehelai kain putih. Terpulanglah kepada cara
didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka kerana jika hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jika ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka minat membaca
buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah
memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak
mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh
membawa anak mereka ke kedai buku atau pameran buku jika berkesempatan. Selain
itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak
mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku,
maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku, bak kata
pepatah, bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobi lain dan
serlahkanlah minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat
suka membaca buku yang dipamerkan oleh ibu bapa.
Hadirin-hadirat sekalian,
Bagi ibu atau bapa yang prihatin terhadap perkara ini, bolehla mengambil
inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam kalangan anak
mereka. Bacakan buku untuk anak sebelum mereka tidur.
Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh memberi hadiah atau
pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanakkanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa
menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi
idaman atau kegemaran kanak-kanak.
Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi ingin saya tegaskan peri pentingya
memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Jutaan kemaafan saya pohon
sekiranya ada kekasaran bahasa atau terlanjur kata daripada saya. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai