Anda di halaman 1dari 9

TATACARA PROSES PEMBANGUNAN

SUSUNAN PENGAJARAN (COURSE OF STUDY CoS)


PENGENALAN
Untuk menghasilkan dokumen CoS yang komprehensif bagi setiap modul, satu turutan proses perlu
diikuti. NOSS bidang tersebut akan digunakan sebagai rujukan utama di mana carta profil pekerjaan
dan carta profil tugasan merupakan asas dalam pembangunan CoS. Di samping itu, ahli
jawatankuasa pembangunan perlulah terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman
kemahiran (well-experienced) dan pengetahuan dalam bidang tersebut.

PROSES PEMBANGUNAN CoS


Terdapat lima (5) langkah/ proses pembangunan CoS yang akan memandu arah penghasilan
dokumen CoS adalah seperti berikut :
Proses 1
CARTA PROFIL
PEKERJAAN DAN
PROFIL TUGASAN

KELOMPOK
(CLUSTERING)

Proses 2

Proses 3

PEMURNIAN
(REVIEW &
REFINE)

TURUTAN
(SEQUENCING)

Proses 4
LALUAN LATIHAN
(TRAINING
PATHWAY)

Proses 5
MATRIK NOSS
(NOSS MATRIX)

1. TENTUKAN PROGRAM LATIHAN


1.1 Kaedah :
(a)

Pilih program kemahiran yang akan dibangunkan.

(b)

Dapatkan NOSS berkaitan

(c)

Kenalpasti tempoh latihan bagi tahap yang berkaitan.

1.2 Tindakan :
(a)

Pihak Pengurusan

2. KAJI CARTA PROFIL PEKERJAAN (Job Profile Chart)


2.1 Tujuan :
(a)

Bagi mendapatkan gambaran keseluruhan kerja sebenar (nature of work)

(b)

Mengenalpasti skop pekerjaan mengikut bidang berkaitan

2.2 Kaedah :
(a)

Rujuk Carta Profil Pekerjaan

(b)

Asingkan tugasan mengikut tahap

(c)

Tulis duti dan tugasan (task) di atas kad dacum mengikut carta profil pekerjaan

(d)

Buat analisis duti dan tugasan (bilangan duti dan tugasan)

CoS

3. PROSES 1 - KELOMPOK TUGASAN (Task Clustering)


3.1 Tujuan :
(a)

Meminima pertindihan tugasan sekiranya diajar secara berasingan

(b)

Memberi penekanan kesinambungan kompetensi dalam tugasan-tugasan berkaitan

(c)

Mewujudkan pakej pembelajaran yang sistematik


Mengkaitkan hubungan lojik antara tugasan

3.2 Kaedah :
(a)

Kelompokkan tugasan mengikut pendekatan gabung, kekal atau pecah dengan


mengambilkira:

i.

Kesesuaian kelompok tugasan berdasarkan elemen-elemen berikut : (dikaji


dari profil tugasan)

tugasan menggunakan pengetahuan asas yang sama

tugasan berkaitan secara logik

tugasan mudah dipelajari bersama

menghasilkan aktiviti yang berturutan

menghasilkan produk/ perkhidmatan/ keputusan

tugasan melibatkan perkakasan yang sama

tugasan melibatkan persekitaran dan lokasi yang sama

ii. Satu kelompok tugasan secara umumnya merangkumi tempoh latihan mengikut
tahap dan disesuaikan mengikut keperluan

iii. Setiap kelompok tugasan membolehkan SATU SET penilaian pengetahuan dan
prestasi sebenar diwujudkan.

iv. Satu kelompok tugasan sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) atau yang
idealnya lima (5) tugasan atau satu tugasan yang berdiri dengan sendiri (mengikut
keperluan).
(b)

Susun tugasan mengikut keutamaan turutan (mudah ke kompleks)

(c)

Labelkan setiap kelompok tugasan seperti berikut: 01, 02......dsb

(d)

Setiap tugasan perlu ada starting point & ending point

4. PROSES 2 - PEMURNIAN (Review & Refine)


4.1 Tujuan :
(a)

Mengelakkan pertindihan atau pengulangan (redundant or repeatition)


i.

langkah-langkah kerja (Step)

ii.

keperluan memboleh (Enabling Requirement)

knowledge

ability

iii. alat / peralatan / bahan (Tools/ Equipment/ Material)

(b)

Supaya aktiviti pembelajaran lebih tersusun

(c)

Mengenalpasti dan menambah mana-mana langkah-langkah kerja (step), keperluan


memboleh dan peralatan (ER) yang tertinggal (gap) bagi melengkapkan proses kerja/
produk/ perkhidmatan/ keputusan

4.2 Kaedah :
(a)

(b)

Analisa profil tugasan bagi kelompok yang berkenaan


i.

Cantumkan profil tugasan mengikut kelompok tugasan. ATAU

ii.

Salin semula task profil pada kertas mahjung

Kenalpasti :
i.

ii.

Langkah-langkah kerja (steps) yang :

berulang - pilih satu langkah kerja yang merangkumi langkah-langkah kerja


yang berulang

sama maksud - wujudkan satu langkah kerja baru (rephrase) yang


merangkumi langkah kerja yang sama

domain / utama / besar - domain (main teaching point) dijadikan sebagai


langkah kerja baru. Langkah kerja lain dimasukkan di ruangan ability to (ER)

mempunyai jurang (gap) - Masukkan langkah kerja yang baru bagi


melengkapkan proses kerja

Keperluan memboleh (ER) di dalam sesuatu kelompok yang :

berulang - ambil satu ER yang merangkumi semua ER yang berulang

mempunyai jurang (gap) - tambah ER yang baru bagi melengkapkan


proses kerja.

iii. Alat/ Peralatan/ Bahan (TEM) yang :


berulang - ambil satu TEM yang merangkumi semua TEM yang berulang
kurang/ tiada - tambah TEM bagi melengkapkan proses kerja
(c)

Susun dan senaraikan semula langkah-langkah kerja (steps), ER dan TEM baru
mengikut turutan kerja yang lengkap supaya dapat menghasilkan proses kerja utama
modul berkenaan.

(d)

Kriteria langkah-langkah kerja baru hendaklah mempunyai :


i.

starting point

ii.

ending point

iii. satu langkah/ proses yang menghasilkan produk/ perkhidmatan/ keputusan


(product/service/decision)
(e)

Tentukan KOD dan TAJUK MODUL yang sesuai bagi setiap kelompok. Tajuk modul
mesti dalam bentuk KATA NAMA (NOUN) dan menggambarkan keseluruhan tugasan
yang dikelompokkan.
Contoh 1:
M01 Penyelenggaraan Komputer
Contoh 2:
M02 Inspection of Flight Control Surface

(f)

Bangunkan Objektif Prestasi Akhiran (Terminal Performance Objective - TPO)


bagi setiap modul yang merangkumi elemen-elemen action, condition and criteria
i.

Tujuan TPO :

Kenyataan yang menerangkan kemahiran yang perlu dicapai oleh seorang pelajar
dalam modul tersebut.
ii. Kaedah Penulisan TPO :

Action : Penyata tugasan


(diambil dari tajuk modul dan ditukarkan ke dalam bentuk KATA KERJA)
Contoh 1:
Tajuk Modul : Penyelenggaraan Komputer
Action : Selenggara komputer
Contoh 2:
Tajuk Modul : Inspection of Flight Control Surface
Action : Inspect Flight Control Surfaces

Condition : Menerangkan keadaan/ situasi/


peralatan yang digunakan bagi melaksanakan tugasan tersebut

syarat/

(diambil dari TEM)


Contoh 1:
Tajuk Modul : Penyelenggaraan Komputer
Action : Selenggara komputer
Condition : menggunakan manual, SOP dan peralatan tangan
Contoh 2 :
Tajuk Modul : Inspection of Flight Control Surface
Action : Inspect Flight Control Surfaces
Condition : using flash lights, mirrors and magnifying glasses

Criteria/ Standard : Perkara yang perlu dilihat dan dicapai


(diambil dari langkah-langkah kerja dan ditukar dalam bentuk Past
Tense) serta mematuhi standard pekerjaan bagi mengukur kejayaan sesuatu
produk/ proses/ keputusan (merujuk kepada SOP, ISO, manual,
manufacturer specifications, customer satisfaction)
Contoh 1:
Tajuk Modul : Penyelenggaraan Komputer
Action : Selenggara Komputer
Condition : menggunakan manual,Standard Operating Procedure (SOP) dan
peralatan tangan
Criteria : supaya bahagian-bahagian luaran dan dalaman komputer bersih
dari habuk, peripheral dibersihkan, hard disk disusun (defrag) dan prestasi
komputer kembali mengikut spesifikasi pengeluar
Contoh 2:
Tajuk Modul : Inspection of Flight Control Surface
Action : Inspect Skin of Flight Control Surfaces
Condition : using tools and equipment such as flash lights, mirrors and
magnifying glasses

Criteria : so that dents, scratches, cracks, holes, corrosion, delaminations,


drain hole, obstruction and missing or loose fasteners are identified in
accordance with manufactures specifications and tolerances
Nota :
TPO perlu ditulis dalam bentuk HOW Statement bukan WHY Statement.
HOW Statement
Contoh:
Replace brake booster using service manual, hand tools, brake booster, bleeding
equipment so that the brake booster is removed, installed, tested and function in
accordance with manual specification.
WHY Statement
Contoh:
Replace brake booster using service manual, hand tools, brake booster, bleeding
equipment so that the brake booster is removed.

5. PROSES 3 - TURUTAN (Sequencing)


5.1 Tujuan :
Modul-modul yang dibangunkan disusun mengikut turutan berpandukan asas-asas berikut:
(a)

Mengikut rantaian ketrampilan/mengikut turutan pembelajaran

(b)

Mudah ke kompleks

5.2 Kaedah : g/rajah


(a)

Vertical (digalakkan penggunaannya)

(b)

(c)

Perlu terampil setiap modul sebelum ke modul seterusnya

Flat or generic

perlu mengambil kira tempoh latihan yang sama

pengajar, peralatan, lokasi (bilik kuliah, bengkel, makmal) yang mencukupi

modul boleh dijalankan secara serentak

Hierarchy

Kombinasi antara modul yang mempunyai hubungkait dan tidak mempunyai


hubungkait

6. PROSES 4 - LALUAN LATIHAN (Training Pathway)


6.1 Laluan Latihan menerangkan modul-modul yang perlu diikuti oleh calon dari mula sehingga
akhir latihan secara berturutan bagi mencapai ketrampilan-ketrampilan program tersebut.
Ianya terhasil dari proses sequencing

6.2 Laluan Latihan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dengan mengambil kira faktor-faktor
berikut:
i.

Kemudahan peralatan

ii.

Persekitaran

iii.

Bilangan tenaga pengajar

iv.

Tempoh latihan

v.

Bilangan pelatih

vi.

Pendekatan pembelajaran

7. PROSES 5 - MATRIKS NOSS (NOSS Matrix)


Matriks NOSS menunjukkan :

modul pembelajaran yang dibangunkan memenuhi keperluan NOSS


hubungkait antara carta profil pekerjaan (duty, task) dengan modul-modul yang
dibangunkan

8. SUSUNAN PENGAJARAN (Course of Study)


8.1 Dokumen yang disediakan bagi memandu arah pengajar untuk melaksanakan proses
pengajaran yang mengandungi:
(a)

(b)

Muka Hadapan (Cover Page)

Jata negara dan logo JPK

Nama JPK dan KSM (bahasa melayu dan bahasa inggeris)

Kod dan Nama NOSS

Course of Study Package

Alamat JPK

Edisi terbitan

Isi Kandungan (Table of Content)

Sinopsis Susunan Pengajaran (CoS Synopsis)

Ahli Jawatankuasa Pembangunan (Development Committee)

Pengenalan (Introduction)

Tujuan penggunaan (Purpose/ Usage)

Carta Profil Pekerjaan (Job Profile Chart)

Laluan Latihan (Training Pathway)

Matriks Noss (Noss Matrix)

Senarai Modul (Module List)

8.2 Perincian dokumen CoS bagi setiap modul:


(a)

Sinopsis Modul (Module Synopsis)


Tujuan umum, sinopsis, ringkasan kandungan dan ketrampilan-ketrampilan yang akan
dicapai oleh pelajar.
(keterampilan diambil dari task atau gabungan task dan bukan merujuk kepada STEPS)

(b)

Objektif Modul (Module Objective)


(diambil dari TPO yang telah dibangunkan bagi modul tersebut)

(c)

Kandungan modul (Module Content)


Tugasan / gabungan tugasan (Task / Clustered Task)
(Dinomborkan mengikut susunan Training Pathway)

(d)

Jadual Susunan Pengajaran (CoS Table) :


i.

Steps Langkah-langkah kerja


(Salin semula langkah kerja baru (new steps))

ii.

Knowledge Pengetahuan-pengetahuan teori dan konsep yang diperlukan


bagi menyempurnakan sesuatu aktiviti
(diambil daripada senarai ER baru (knowledge) dan perlu diperincikan dalam
bentuk bullet)
Penggunaan ayat penuh. Contoh : Standard Operating Procedure (SOP),
Occupational Safety and Health Act (OSHA)

iii. Performance Senaraikan :

Kemahiran yang perlu bagi mencapai sesuatu ketrampilan


(diambil daripada senarai ER baru (abilities) dan perlu diperincikan)

Safety/attitude yang terdapat dalam NOSS (re-phrase mengikut kesesuaian)

iv. Hours Jumlah jam sesi pengajaran/pembelajaran teori dan amali bagi setiap
langkah kerja (rujuk jadual 1 - jumlah jam dalam tempoh latihan mengikut tahap
dan jadual 2 pembahagian peratusan pengajaran/pembelajaran teori dan amali
mengikut tahap )
Jadual 1 : Jumlah Jam Dalam Tempoh Latihan
Tahap

Tempoh Latihan

T1 & T2

1200 jam (1 tahun)

T3 sahaja

1200 jam (1 tahun)

T1, T2 & T3

2400 jam (2 tahun) bagi bidang yang SKPK bermula dari T1

T2 T3

2400 jam (2 tahun) bagi bidang yang SKPK TIDAK bermula dari T1

T3 & DKM

2400 jam (2 tahun) + 3 bulan OJT

T2, T3 & DKM

3600 jam (3 tahun) + 3 bulan OJT

T1, T2, T3 & DKM

3600 jam (3 tahun) + 3 bulan OJT

T1, T2, T3, DKM


DLKM

&

5400 jam (4 tahun) + 3 bulan OJT + 3 bulan OJT

DKM sahaja

1200 jam + 3 bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai T3

DLKM sahaja

1800 jam + 3 bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai DKM


Ruj:Pekeliling Sistem Pentauliahan Mac 2005 (MLVK/T/1001(P4))
Web: www.dsd.gov.my

Jadual 2 : Nisbah Pembahagian Jam Teori dan Amali


Tahap

Nisbah Pembahagian Jam


Teori

Amali

1&2

30%

70%

40%

60%

4&5

50%

50%

v.

Delivery Mode sama ada berbentuk syarahan, demonstrasi dan


permerhatian (Lecture, Demonstration and Observation)

vi. Assessment Mode Kaedah penilaian yang digunapakai untuk menilai pelajar.
Satu modul satu set penilaian sahaja, iaitu satu set penilaian teori dan satu set
penilaian amali.

Perincikan perkara penting (critical item) yang hendak dinilai semasa ujian
amali sahaja (WHAT to assess)

Perlulah ditulis pada permulaan lajur (column)

Jenis assessment mode :


A : Ujian Amali (Practical);
B : Projek (Project);
C : Lisan (Oral);
D : Ujian Bertulis (Written);
E : Others (contoh : case study)
Contoh:
Knowledge (C and D)
Performance (A) dan nyatakan critical item yang hendak dinilai dalam modul
berkenaan

vii. Core Abilities Program pembelajaran teras yang wajib diikuti semua calon
(tahap 1 hingga 4 sahaja)
(masukkan nombor dan nama ability tahap berkaitan mengikut kesesuaian
modul di ruangan core abilities rujuk NOSS Core Abilities)
viii. Bahan-bahan Rujukan senarai cadangan bahan rujukan untuk kegunaan
pengajar dan pelajar.
(buku : Tuliskan nama penulis (tahun terbitan), tajuk buku, penerbit, tempat, nombor ISBN)
(internet : Tuliskan alamat web, tajuk, tarikh, masa)
Contoh:

Ahmad Atory Hussein (1989), Pengurusan Organisasi, Utusan Publication &


Distributor Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, ISBN 967-61-1130-9.

http://www.pts.com.my, Time Management, 12 May 2005, 14:23

ix. Bahan Audio Video bahan bantuan pengajaran, contoh: nama CD software
yang boleh didapati di pasaran. (tajuk CD, penerbitan, tahun)
x.

Alat, Peralatan dan Bahan nyatakan :


senarai peralatan yang perlu digunakan dalam modul tersebut
contoh: peralatan tangan, peralatan kuasa, mesin dan bahan-bahan berkaitan
nisbah (peralatan : pelajar)
Contoh:

ITEMS

RATIO (Equipment : Trainees)

1. Cutting and Marking Tools

1:1

2. Wiring Materials

1:3

wire

As Required
1:5

3. SOP
4. Machine

As required

5. Petrol

As required

6. Fabric

Nota :

As required hanya digunakan untuk


-

bahan gunahabis (contoh: pvc tape, welding rod)

berdasarkan keperluan semasa latihan dan sukar dikawal kuantiti


penggunaan (contoh: bahan cecair, fabrik, gas)

RUJUKAN :
1. Panduan Pembangunan Course of Study, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian
Sumber Manusia, Januari 2008
2. Proses Pembangunan Manual Latihan CoS, 21 dan 22 Januari 2008
3. Panduan dan Peraturan-Peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, 28 November 2006
4. Panduan dan Peraturan-Peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Mac 2005