Anda di halaman 1dari 8

FADE IN:

TEPI JALAN PETANG


DAIE melihat ke seberang jalan. Kemudian dia menoleh ke arah
kamera di sisinya.
DAIE
Hai, nama saya Daie.
BILIK DAIE PAGI
DAIE tidur. Loceng paginya berbunyi. DAIE menutup loceng
dengan menekup tangannya ke atas telefon. DAIE membuka mata.
Shot beku. Tajuk THE AWAKENING OF DAIE keluar. Intro lagu
His Name is King dimainkan.
LUAR DEWAN KULIAH PAGI
DAIE kelihatan berjalan ke kelas. QATRUNNADA, penjaga booth
promosi Baitul Muslim sedang berborak dengan ZINNIRAH.
ZINNIRAH
Kursus Baitul Muslim ni kursus
mencintai ahlulbait ke? Nama
lebih kurang je.
QATRUNNADA
Kalau awak dapat laki nama Ali,
kira samalah.
DAIE masuk ke dalam dewan kuliah.
DALAM DEWAN KULIAH PAGI
SULAIMAN dan FAISAL sedang mengemas buku untuk memulakan
pelajaran.
SULAIMAN
Eh, siapa yang kena bagi
tazkirah sebelum kelas hari ni?
FAISAL
Khidir rasanya.

SULAIMAN
Hah, baguslah. Biar dia
keluarkan emas dalam mulut dia
tu. Dahlah jenis tak bercakap.
Duduk mengadap laptop je.
FAISAL
Betul tu Man. Bak kata orang
putih, dia ni anti-sosiallah.
Tak bergaul dengan orang.
KHIDIR (O.S.)
(membaca pendahuluan tazkirah)
FAISAL
Hah, tu, tu. Dia nak mula dah.
ROSTRUM
KHIDIR berdiri di belakang rostrum, sedia untuk memberikan
tazkirah.
KHIDIR
(menghabiskan pendahuluan
tazkirah) (menghela nafas
panjang) Jadi, tibalah masa
untuk saya pula memberi
tazkirah kali ini.
TANAH LAPANG PAGI
SULAIMAN tertiarap di atas tanah yang lapang, pengsan. Dia
mula sedar dan cuba untuk bangun. KHIDIR memulakan
tazkirahnya.
KHIDIR
Manusia dihantar ke dunia ini
dalam keadaan tidak tahu apaapa. Bahkan dia sudah lupa apa
tujuannya dia berada di bumi
ini; alastu birabbikum ql
bal shahidn.

SULAIMAN kini bangun. Muka terpinga-pinga.


KHIDIR
Bolehlah dikatakan manusia ini
seperti musafir yang sesat tak
jumpa arah tuju.
SULAIMAN mula haus. Memegang tekak, telan air liur. Akhirnya
dia jatuh melutut dan menjerit.
KHIDIR
Apakah musuh utama musafir? Ya,
fatamorgana. Semakin dia
mengejar fatamorgana, semakin
hauslah dia.
SULAIMAN mengangkat mukanya ke langit dan didapati ada
simbahan air menuju ke arahnya. Dia menghadapkan mukanya ke
arah simbahan. (shot slow motion)
KHIDIR
Maka, apa yang dapat meneruskan
perjalanan musafir sehingga dia
sampai ke tujuannya, adalah air
yang sejernih dan sesejuksejuknya.
DEWAN KULIAH PAGI
SULAIMAN dan FAISAL tersedar dari lamunan. Ternganga,
terlopong.
FAISAL
Wah, mulut dia memang ada
emaslah!
DISSOLVE TO BLACK
DISSOLVE TO:
KORIDOR BAWAH PAGI

SULAIMAN berjalan ke arah dewan kuliah. Di koridor,


QATRUNNADA, penjaga booth promosi Baitul Muslim sedang
berborak dengan ZINNIRAH.
ZINNIRAH
COMANGO ni sama macam komando
ke? Kenapa belia kena tolak dia
pulak?
QATRUNNADA
Kau diam Jah kau diam.
HAMZAH berlari anak-anak mengejar SULAIMAN.
HAMZAH
Eh, rajin betul kau turun
ulangkaji ni. Bukannya ada kuiz
pun minggu depan.
SULAIMAN
Alah kau ni macam tak biasa.
Aku nak lari dari usrahlah. Ada
ke patut buat usrah pagi Sabtu?
Cuti is cuti, tau, bak kata
cikgu Biologi aku.
HAMZAH
Ah aku dah agak dah. Hmmm, tak
baguslah enta ni. Tak qawiyy!
Futur!
HAMZAH dan SULAIMAN ketawa. Mereka terus masuk ke dalam dewan
kuliah. HAMZAH memilih tempat duduk bahagian atas. SULAIMAN
terhenti apabila dia melihat KHIDIR duduk di bahagian bawah
sambil menghadap laptop. SULAIMAN duduk di sebelah KHIDIR.
SULAIMAN
Kau tengah buat apa tu?
KHIDIR
Ada kerja sikit.
SULAIMAN

Oh(jeda) Eh aku nak cakap ni.


Semalam tazkirah kau baik gila.
Menusuk jiwa raga. Tak sangka
aku.
KHIDIR
(senyum) Hadha min fad
li rabb.
SULAIMAN
(jeda) Errkau ada ikut manamana jemaah ke? Orang power
macam kau ni mesti ada kan?
KHIDIR
Tak perlu jemaah pun.
SULAIMAN
Rugilah orang macam kau ni tak
ikut jemaah. Hmmm, usrah pun
tak ada?
KHIDIR
Nope.
SULAIMAN
Hmmm, tak ke bahaya kalau kita
tak berjemaah ni. Dia macam
kambing yang terpisah dari
kumpulan. Senang jadi mangsa
serigala nanti.
KHIDIR
(senyum) Jadi kau ikut jemaah
hanya sebab takut tersasar? Itu
saja? (jeda) Aku ada pendapat
aku sendiri. (jeda) Kau boleh
tolong tengokkan barang aku
kejap? Nak ke tandas.
KHIDIR bangun dan naik ke bahagian atas. (jeda lama) SULAIMAN
mengambil laptop KHIDIR dan membaca ruangan penulisan artikel
di bawah nama DHIKIR ABDULLAH. Barulah SULAIMAN tahu bahawa
KHIDIR rupanya adalah seorang penulis blog dakwah. Sambil
SULAIMAN khusyuk membaca, KHIDIR datang semula.

KHIDIR
Hah buat apa tu?
SULAIMAN
Eh, Khidir. Saja tengok.
Penulis besar rupanya kau ni
ya.
KHIDIR
Penulis picisan je Man.
SULAIMAN
Tapi sedap jugak artikel kau
ni.
KHIDIR
Well, Man, inilah jalan dakwah
aku.
KHIDIR dan SULAIMAN meneruskan perbualan. Lagu latar dimainkan
dan pemandangan disiarkan untuk menunjukkan waktu yang
berlalu. Tidak lama kemudian, SULAIMAN dan KHIDIR keluar dari
dewan belakang dan ke
KORIDOR BELAKANG PETANG
Mereka berjalan kaki untuk balik ke mahallah. Kelihatan mereka
sangat gembira.
SULAIMAN
(ketawa) Jadi kau bukan jenis
penulis yang bagi sentaplah?
KHIDIR
(ketawa) Bukan akulah tu.
Bahayalah sentap-menyentap ni.
Buatnya orang yang kita nak
nasihat tu lari, macam mana?
SULAIMAN
Eh, kalau lari kita kejarlah!
(ketawa) Jadi tadi kau cakap

dakwah ni tak perlukan jemaah


kan? Apa maksud kau?
KHIDIR
Dakwah ni kena datang semangat
sendiri. Mungkinlah jemaah ni
jadi pendorong atau timbang
tara dalam berdakwah, tapi
kalau sendiri tak ada semangat,
memang tak jalanlah. Lagi satu,
jemaah ni ada agenda
tersendiri, target masingmasing. Kalau kau ni jenis ada
agenda sendiri, independent
gitu, memang jeng kreng lah kau
dalam jemaah.
SULAIMAN
Eh kau. Aku tanya sepatah kau
jawab sepuluh patah. Mentangmentang dah dapat member boleh
sembang-sembang dalam kelas.
KHIDIR
Kau nampak je aku senyap. Tapi
dalam usrah aku, akulah
paling bising sekali.
SULAIMAN
Eh cakap tak ikut jemaah?
KHIDIR
Usrah tak semestinya kena ada
jemaah besar, Man. Usrah aku
ni geng menulis macam aku jugak
la
SULAIMAN
Oh(jeda) Jadi untuk aku nak
terus berdakwah ni, aku kena
konsistenlah dalam jemaah aku?
KHIDIR

Kalau jiwa enta kena dengan


jemaah tu, enta selesa dengan
ikhwah dalam gerak kerja
dakwah, silakan. Kena qawiyy
sikitlah. Jangan futur lagi.
SULAIMAN dan KHIDIR ketawa.
KHIDIR
Peh, real betul aku guna bahasa
jemaah ni.

-END-

Anda mungkin juga menyukai