Anda di halaman 1dari 3

PERINGKAT SUKU AKHIR

PUSINGAN PERTAMA

SOALAN

JAWAPAN

Hidup Berdisplin
Tanah dicangkul ditanam serai,
Serai serumpun tinggal sebatang,
Amalan disiplin harus disemai,
Apakah faedah hari mendatang?

Burung Serindit terbang melayang,


Hinggap sebentar di dahan mati,
Masyarakat hidup berkasih saying,
Andai disiplin mekar di hati.
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Orang berdisplin pasti disanjung,
Hidup harmoni penuh berkat.
Hidup subur pisang di hutan
Masak ranum seluruh tandan
Hidup berdisplin jadi ikutan
Amalan yang baik jadikan teladan
Air laut rasanya masin
Jangan disimpan di dalam tempayan.
Jika kita warga berdisiplin
Kerana disiplin tunggak kejayaan.

Kasih Bapa
Jalan pekan terbeli kelapa,
Manis rasanya sukar dilupakan,
Apakah tanda sayangi bapa,
Agar kasih-sayang kekal berpanjangan?

Rusa betina berbelang kaki,


Mati terkena jerat sembat,
Pengorbanan bapa kita sanjungi,
Orang yang tua kita hormat.
Subur tumbuhnya pohon kelapa
jual buahnya sangat untung
Besar jasanya kasih bapa
Sangat banyaknya tidak terhitung
Kalau menghitung daun kelapa
CUba hitung dari kuala
Menghitung jasa kasih bapa
Bagai menghitung rambut di kepala

Keluarga Harmoni
Mekar harum bunga dahlia
Menjadi hiasan taman larangan
Keluarga harmoni peribadi mulia
Mengapa sukar hendak dipertahan?

Burung Kenyalang terbang melayang,


terbang tinggi di tepi perigi,
hidup saling sayang menyayang,
semoga hidup kita diberkati

Terang bulan di malam sepi,


Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran ibu mesti ditaati,
Mana yang dapat jangan dilupa.
Rusa betina berbelang kaki,
Mati terkena jerat sembat,
Orang yang muda kita sanjungi,
Orang yang tua kita hormat.

PUSINGAN KEDUA

Bangsa Berilmu
Padi jerami di hujung dahan,
Buat bermain si anak nyonya,
Bangsa berilmu rangsang pemikiran,
Bagaimanakan ia terlaksana?

Kemumu di tengah pekan


Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Cantik sungguh cahaya bulan,
Cahaya menerangi seluruh jalan,
Budaya membaca jadikan amalan,
Menambah ilmu di masa hadapan.
Hendak pergi ke istana
Terlambat nanti istana ditutup
Penuhkanlah ilmu di dada
2

Jadikan ilmu panduan hidup

Peraturan Sekolah
Bermain-main di atas titi,
Terjumpa pula anak kancil
Peraturan sekolah mesti diikuti,
Mengapa Masih Ada Yang Degil?

Pergi mendaki Gunung Daik


Hendak menjerat kancil dan rusa
mengikut peraturan amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Budak-budak berkejaran,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita ikut peraturan,
Tentu kita akan berjaya
durian rambutan penuh seraga,
raga besar di tepi jendela,
peraturan di sekolah perlu dijaga,
kebajikan terjaga nasib terbela
Kebersihan kantin
Pahit rasanya daun pegaga,
Pegaga menjalar di tengah laman;
Mengapa kebersihan kantin tidak dijaga,
Hingga terkena keracunan makanan?

berpuput bayu pohon berbuai,


Melambai-lambai si pohon berangan;
kebersihan kantin sengaja diabai,
Pentingkan diri mengaut keuntungan.

berpuput bayu pohon berbuai,


Melambai-lambai si pohon berangan;
kebersihan kantin jangan diabai,
Penting untuk kesihatan badan.
Hajat hendak menanam halia,
Tumbuh tinggi pohon kuini
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Kebersihan asas pembangunan rohani,

Anda mungkin juga menyukai