Anda di halaman 1dari 1

AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT

Aku sebuah telefon bimbit. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar
bernama Samsung.
Badan aku berwarna hitam. Aku diperbuat daripada bahan elektronik. Saiz
badanku kecil dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
Setelah badanku siap dipasang, aku dihantar ke kedai. Aku dijual kepada
orang ramai dengan harga yang mahal.
Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang lelaki muda. Nama tuan aku
ialah Kim Ho. Dia menggunakan aku untuk berhubung dengan rakan dan
keluarganya.
Pada suatu hari, seekor kucing telah menjatuhkan aku hingga jatuh ke atas
lantai. Aku berasa sangat sedih kerana badanku sudah rosak. Aku telah dibuang
ke dalam tong sampah. Tamatlah hidup aku sebagai telefon bimbit.