Anda di halaman 1dari 22

PLG 515

Dasar Pendidikan Guru dan Pembangunan Modal Insan Ke arah Profesionalisme Guru
Pengenalan
Sistem pendidikan yang stabil dan berkesan adalah tunggak kepada kejayaan
individu, perpaduan sosial, kemajuan, dan kemakmuran negara. Hala tuju pendidikan
negara

yang telah

dirangka

oleh

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

telah

menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai


pendidikan bertaraf dunia Guru merupakan komponen penting dalam menjayakan matlamat
yang telah dilaungkan oleh KPM. Jelas, bahawa para guru perlulah lebih bersedia dan
berkemahiran dalam menghadapi kepelbagaian jenis pelajar dalam usaha untuk
menyediakan masyarakat masa hadapan dengan kemahiran-kemahiran abad ke 21 yang
bakal diperlukan mereka untuk mengambil bahagian dalam masyarakat berasaskan
pengetahuan. Strategi pengajaran yang diperlukan untuk membantu pelajar dalam
membangunkan keupayaan untuk berfikir secara kritis, membuat serta menyelesaikan
masalah kompleks dan menguasai perkara yang kompleks, adalah lebih mencabar daripada
apa yang diperlukan untuk menyampaikan dan membangunkan kemahiran rutin. Oleh itu
guru harus berpengetahuan dalam aspek isi kandungan pelajaran dan sangat mahir dalam
pelbagai pendekatan pengajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran setiap pelajar
yang pelbagai.
Guru-guru Malaysia sedar tentang cabaran global terutamanya dalam menyediakan
diri mereka untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) (Siti Rafiah et al.,
2012). Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan

diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin
dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan dan lain-lain lagi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kualiti guru bukan sahaja dikaitkan dengan prestasi pelajar malahan
juga melibatkan keupayaan kognitif guru dan kemahiran interpersonal guru yang dapat
membantu dalam meningkatkan prestasi guru dalam bilik darjah.. Guru yang baik tidak

PLG 515
hanya memaparkan kecekapan mereka dalam mengajar subjek-subjek tertentu tetapi juga
mempunyai kebolehan dalam menyokong pelajar mereka dari segi memaparkan sifat-sifat
seperti peramah, berkeyakinan tinggi serta dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif bagi para pelajar. Dengan cara ini, para guru dapat menghasilkan modal
insan yang berkualiti dari aspek fizikal dan juga rohani.
Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti
guru tidak dapat dipisahkan. Pengukuran kualiti guru adalah satu proses yang kompleks
kerana ia melibatkan persediaan untuk pengajaran (Darling-Hammond, 2000), pengalaman
dan pengetahuan (Goe, 2007) serta kemahiran pedagogi, sikap positif dan juga kemahiran
pengurusan bilik darjah (Waxman et al., 2003). Pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja
memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam
bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan
insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia,
bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan
masyarakat dan negara (Shahril& Habib, 2001). Dalam dunia moden yang berkembang
pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan
dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman
( Mohammed Sani 2005). Lantaran itu, para guru mestilah membekalkan diri dengan isi
kandungan pengetahuan subjek-subjek yang diajar serta kualiti-kualiti penting sebagai
seorang guru.
Di Malaysia, istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981
bagi menggantikan istilah latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya. Menurut
Sharma (2007), pendidikan guru adalah satu kaedah yang paling baik bagi meningkatkan
lagi perkembangan professional para guru. Kurikulum Ilmu Pendidikan dalam pendidikan
guru menjadi penentu kepada kejayaan melahirkan guru-guru yang berketerampilan. Di
samping itu, ia juga menentukan samada program pendidikan guru selaras dengan apa
yang tersirat dalam objektif pendidikan guru di Malaysia. Kejayaan pelaksanaan kurikulum
2

PLG 515
dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana seseorang guru dapat membentuk
muridnya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Walau
bagaimanapun, untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkesan untuk guru-guru,
dasar negara yang koheren dan komitmen pelaksanaan yang tinggi diperlukan. Selain itu
sistem pendidikan juga memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang mesra-pelajar,
pemilihan teknologi yang sesuai dan relevan untuk menyampaikan arahan, jurulatih yang
kompeten, fasilitator, pakar isi kandungan, dan juga ahli pakar teknologi pendidikan. Sebuah
konsortium nasional yang terdiri daripada institusi kerajaan dan fakulti pendidikan boleh
digunakan untuk latihan guru dan menyediakan peluang pembelajaran untuk orang ramai.
Peranan guru menjadi semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan yang
begitu pesat sekali. Pendidikan guru di Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran
secara formal kepada setiap bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan atau di
pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila
berada dalam bilik darjah nanti.
Fokus yang akan diberikan dalam laporan ini ialah berkenaan polisi pendidikan guru,
serta program-program khas yang dirangka dan telah dilaksanakan daripada aspek
profesionalisme guru dan kaitannya dengan pembangunan modal insan. Laporan ini akan
menghuraikan usaha-usaha kerajaan dalam aspek pendidikan guru, latihan guru, laluan
kerjaya guru dan perkaitannya dengan pembangunan modal insan dalam dasar-dasar dan
polisi utama kerajaan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006 2010),
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025), dan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10) (2011-2015). Selain itu, laporan ini akan juga menerangkan secara
ringkas pendidikan guru dan kualiti guru di Republik Korea.

PLG 515

Usaha kerajaan Membangunkan Modal Insan


Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara
dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak
ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang
berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan
ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu,
membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat
penting bagi mencapai hasrat negara. Strategi pengurusan dan pembangunan modal insan
amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ia memberi sumbangan yang amat besar
kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara.
Dalam usaha ke arah peralihan pengetahuan berasaskan ekonomi, tanggungjawab utama
Malaysia terhadap pembangunan modal insan yang intelektual untuk menghasilkan bekalan,
menyokong dan mengekalkan tenaga kerja yang fleksibel, tangkas, dan mudah alih dengan
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Satu pembolehubah yang paling penting bagi
modal insan ialah pendidikan dan latihan. Pendidikan dan latihan boleh diukur dalam
beberapa cara termasuk perbelanjaan ke atas pendidikan dan latihan, tahun persekolahan,
bilangan enrolmen dan tahap pendidikan tenaga buruh. Tahap pendidikan dan latihan yang
diberi menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan.
Perbelanjaan kerajaan kepada pendidikan dan latihan sebagai mewakili modal insan adalah
signifikan dengan pembolehubah pertumbuhan ekonomi diwakili oleh Pertumbuhan
Keluaran Dalam Negeri (Ismail dan Jajri, 1998)
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bajet 2007 misalnya telah memberi peruntukan
besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan
perbelanjaan. Perdana Menteri Malaysia misalnya telah mengumumkan bahawa daripada
peruntukan sebanyak RM33.4 bilion, RM6.7 bilion disalurkan kepada pendidikan rendah,
4

PLG 515
RM6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4 bilion untuk pengajian tinggi dan
sebanyak RM10.1 bilion untuk program latihan. Melalui peruntukan tersebut, sudah tentu ini
akan memudahkan usaha membangunkan modal insan yang selama ini menjadi prasyarat
penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Usaha

kerajaan

dalam

membangunkan

modal

insan

melalui

peningkatan

profesionalisme guru dapat dilihat menerusi pelbagai program khas yang dinyatakan secara
bertulis dalam laporan-laporan rasmi kerajaan. Usaha ini digerakkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia yang mempunyai tugas secara spesifik untuk meningkatkan kualiti
pendidikan Malaysia supaya produk yang dihasilkan melalui pelaburan modal insan akan
memberi pulangan modal yang sewajarnya dalam memacu keseimbangan sosio ekonomi
negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju setanding dengan negaranegara lain.
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah kebangkitan tamadun sesuatu
negara dan bangsa. Bangun jatuhnya sesebuah negara sangat berkait rapat dengan sistem
pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Seperti kata Aristotle seorang ahli falsafah Yunani,
nasib sesebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia.Di negara kita, banyak
perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan
selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Pada 27 Julai 2009, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi
enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA yang ketiga iaitu meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menunjukkan kerajaan memberi
penekanan yang penting kepada sistem pendidikan kebangsaan. Kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan
kepada sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan serta penambaikan yang dirangka
seterusnya akan diimplementasikan oleh para pendidik di sekolah dan juga institusi-institusi
pendidikan yang lain.

PLG 515

Strategi yang telah diambil oleh Kerajaan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memartabatkan profesion di samping
menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha
yang telah dilakukan oleh KPM ialah
a.

Meningkatkan Tahap Profesionalime


Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,
guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan
kepakaran

dan

kelayakan

yang

tinggi

guru-guru

akan

dilihat

sebagai

lebih

berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang


sesuai dan kondusif.
1. Program Diploma Perguruan Khas
Diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat
menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua sekolah menengah
menjelang tahun 2005.
2. Program Diploma Perguruan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA)
kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.
3. Program Pensiswazahan Guru
Kursus-kursus seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang dimulakan
pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursuskursus yang diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open
University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru
besar.

PLG 515

4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti


Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang
demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah
iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan
tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu
pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum
telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus
berkembang.
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki
dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan
dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin
Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia.
5. Skim Latihan Pegawai
Skim yang dikelolakan oleh Bahagian Biasiswa untuk membolehkan pegawaipegawai pendidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program
kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji
penuh.
6. Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab Perguruan
Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus
dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang
mengupgradekan diri mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa
kini.
b.

Ganjaran & Kenaikan Pangkat

PLG 515
Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para
pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka
yang benar-benar layak.

1.

Pengetua Cemerlang
Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan
membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan.
Program ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke
DG1(DG52)

2.

Guru Cemerlang
Untuk mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap
tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktrif
mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlan yang diperkenalkan
oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedekasi dan bermotivasi tinggi
serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka.
Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara Time-Based, mereka boleh
dinaikkan keg red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada
DGA5(DGA32)

3.

Jawatan Naik Pangkat


Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam
bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat
secara Time-Based. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurangkurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di
mata tanggan maksima.

4.

Skim Gred Diploma


Skim ini hanya melibatkan guru-guru siswazah DG6.

PLG 515
c.

Menubuhkan Universiti Perguruan


Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan namanya
kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan
bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada
tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan
menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).

d.

Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan


Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan
guru besar sekolah pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas
calon-calon yang didapati berpotensi dan benar-benar layak sahaja. Bagi memenuhi
keperluan ini, mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan
Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar
sebelum mereka dilantik je jawatan berkenaan.
Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB.

e.

Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad


Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965,
pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Tujuan utama penubuhan YGMB
adalah untuk menyatukan dan menggembleng seluruh warga pendidik dan anggota
perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi
dan kebajian yang akan menjadi wahana utama. Objektif utama penubuhan YGMB ialah
untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan
sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan
terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan pembangunan
hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

PLG 515
f.

Kesatuan Guru
Penyertaan guru dalam kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat menguatkan dan
mengukuhkan

penyatuan perjuangan guru secara permuafakataan selaras dengahn

kehendak profesion perguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permuafakatan


Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang menyeru agar
setiap warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini.
(Yazid, 2001)

g.

Hari Guru
16 Mei setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai
sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh guru diisytiharkan sebagai
memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang
diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masayarakat
negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar
dalam dunia pendidikan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010


Pendidikan merupakan penyumbang utama kepada kemajuan sesebuah negara dan
guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peranan guru yang ketika
dahulu merupakan sumber utama pengetahuan kepada murid adalah tidak lagi relevan pada
masa kini. Sebaliknya peranan guru adalah meluas. Guru seharusnya bertindak sebagai
pemudah cara yang kreatif dan inovatif.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dihasilkan bagi merealisasikan
Misi Nasional yang bertujuan meningkatkan prestasi dan impak pembangunan negara. PIPP
menjurus untuk mencapai Misi Nasional di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas

10

PLG 515
pertama. Dengan matlamat melahirkan modal insan kelas pertama, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) melalui PIPP telah memastikan agenda pendidikan yang dirangka dalam
Pembangunan
kesamarataan

Pendidikan
peluang

2001-2010

pendidikan

dan

diteruskan

melalui

kecemerlangan

dua

institusi

pendekatan

iaitu

pendidikan.

PIPP

dilaksanakan melalui enam teras strategik iaitu:membina negara bangsa, membangunkan


modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan,
memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Justeru itu, kerajaan meningkatkan martabat profesion mereka khususnya dari aspek
penambahbaikan terhadap sistem pemilihan calon guru. Syarat-syarat pengambilan guru
diperketatkan agar calon yang berkualiti sahaja terpilih. Hal ini sangat penting kerana hanya
guru yang komited sahaja berupaya untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan. Selain itu, KPM turut memantapkan latihan
perguruan dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
serta meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Selanjutnya, KPM telah memantapkan kerjaya guru melalui program-program latihan
dan menambahkan perjawatan serta peluang naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah di Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah. KPM turut menambahbaik persekitaran kerja serta prihatin dengan kebajikan guru
menerusi penyediaan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut
opsyen dan keperluan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Namun, perancangan
tersebut semuanya sukar untuk dilaksanakan sekiranya peruntukan kewangan tidak
disediakan. Oleh itu menerusi RMK9, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM310 juta
bagi melaksanakan projek pendidikan guru. Sepanjang pelaksanaan PIPP, pelbagai cabaran
telah dilalui oleh KPM bagi memastikan bahawa segala perancangan yang telah dibuat
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan PIPP 2006-2010 selama lima tahun
menunjukkan prestasi pencapaian yang memberansangkan bagi setiap teras.

11

PLG 515
Implikasinya, negara berupaya untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia
agar setanding dengan taraf pendidikan negara-negara maju. Bagi melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, KPM telah
mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian
dengan ciri dan keperluan sesebuah institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang
khusus (niche areas) masing-masing. Institusi-institusi pendidikan yang dapat dijadikan
contoh akan dibangunkan sebagai `showcase' di peringkat antarabangsa. Ini bertujuan
untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam pendidikan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Ringkasnya, teras keenam PPIP ini digubal
berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan, Wawasan 2020 serta Rancangan Malaysia
Ke 9.
Daripada enam teras yang telah dilaksanakan, teras memartabatkan profesion
keguruan jelas mempunyai perkaitan secara langsung dengan teras membangunkan modal
insan. Tuntasnya, usaha kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan menerusi
Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan adalah untuk memastikan produk yang
dihasilkan menerusi sistem pendidikan sentiasa ditambah baik dan mempunyai persediaan
selengkapnya untuk berhadapan dengan pasaran asing bagi merebut peluang pekerjaan
yang menyaksikan

persaingan yang amat sengit sejak akhir-akhir ini. Produk yang

dimaksudkan merupakan modal insan yang dibangunkan oleh para guru yang semestinya
mempunyai kecekapan, efisien dan efektif dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, sosial
dan juga bidang teknikal.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) yang baru sahaja
dilancarkan menjadi fokus terkini ahli akademik dan para pendidik di Malaysia. Pelan
pembangunan ini dirancang untuk meningkatkan lagi mutu sistem pendidikan Malaysia agar
sejajar dengan kehendak global iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing dan
12

PLG 515
mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
menggariskan perubahan yang merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah
pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan
pendekatan pengoperasian kementerian (Najib Razak, 2012 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025). PPPM berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi
sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan
kecekapan.
PPPM dibangunkan dengan tiga objektif utama iaitu yang pertama untuk memahami
prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan
terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian

(ekuiti),

mengukuhkan

perpaduan

dalam

kalangan

murid,

serta

mengoptimumkan kecekapan sistem. Objektif yang kedua ialah untuk mewujudkan visi dan
aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi
tempoh 13 tahun akan datang; dan objektif yang terakhir ialah untuk menggariskan
transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam
Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta
mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Terdapat sebelas anjakan yang digariskan dalam PPPM yang telah dilaksanakan dan
akan dilaksanakan sepanjang tempoh (2013 2025) lima belas tahun yang bakal
memperlihatkan transformasi dalam bidang pendidikan. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 -2025), menerusi anjakan keempat telah dinyatakan
Kementerian Pelajaran akan memastikan bahawa proses transformasi profesion keguruan
menjadi profesion pilihan.Anjakan keempat ini sebenarnya adalah sangat berkait rapat
dengan peranan guru dalam membangunkan modal insan. Dalam PPPM, usaha-usaha
yang dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi keberhasilan murid supaya pelajar-pelajar
yang dihasilkan dalam sistem pendidikan Malaysia mampu bersaing dalam pasaran global.
13

PLG 515
Dengan kata lain, usaha-usaha yang dicadangkan ini adalah selari dengan hasrat KPM
untuk membangunkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Usaha untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
digariskan dalam anjakan keempat berikutan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa
kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan
keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Antara usaha-usaha
yang bakal dilakukan untuk merealisasikan transformasi ialah mengetatkan syarat kelayakan
kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas,
merombak Institut Pendidikan Guru, Meningkatkan kualiti program Pembangunan
Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013, memastikan guru memberi tumpuan kepada
fungsi teras pengajaran mulai 2013, melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan
kompetensi dan prestasi menjelang 2016, memperluas laluan guru untuk peranan
kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016 , memperluas
laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus
menjelang 2016 dan membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan, rakan setugas
dan proses pensijilan mulai 2025.
Kejayaan bakal dikecapi sekiranya anjakan keempat ini berjaya dilakukan dengan
sempurna. Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan
dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan
menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga
mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik
dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas, dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan
kompetensi, dan bukan tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan memperkukuhkan
budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi
pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan
kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion.

14

PLG 515
Anjakan keempat secara keseluruhannya membincangkan mengenai pembangunan
profesional guru dan juga penambahbaikan laluan kerjaya guru yang merupakan asas ke
arah melahirkan generasi guru yang berkualiti. Pembangunan guru yang berkualiti tinggi
menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan yang
berkualiti dalam kalangan para pelajar
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
Rancangan Malaysia Kesepuluh merencanakan pembangunan negara untuk tempoh
lima tahun bermula tahun 2011 sehingga tahun 2015 dengan matlamat untuk
menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Tema kelima dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang telah diumumkan ialah untuk memupuk, menarik dan
mengekalkan modal insan cemerlang. Merujuk kepada RMKe-10, bagi membolehkan
Malaysia bersaing di peringkat global dan memacu ekonomi yang diterajui oleh inovasi,
negara perlu memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang cemerlang.
Pembangunan modal insan merupakan asas utama bagi menjayakan transformasi ke arah
negara berpendapatan tinggi. Tema kelima yang dibincangkan secara mendalam dalam bab
lima RMKe-10 mempunyai perkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan dan
sumbangan sistem pendidikan ke arah membina modal insan yang cemerlang dan
gemilang.
Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan
inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras
produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara
berpendapatan tinggi. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015),
Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu
seperti yang dijelaskan menerusi bab lima dalam membangunkan dan mengekalkan modal
insan bertaraf dunia. Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan

15

PLG 515
asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan tiga strategi
utama. Strategi pertama ialah merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi
pelajar

dengan

signifikan

kedua

meningkatkan

kemahiran

rakyat

untuk

meluaskan

kebolehpasaran dan yang ketiga ialah menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan
Malaysia negara berpendapatan tinggi. Strategi yang terlibat secara langsung dengan polisi
pendidikan guru serta pembangunan modal insan ialah strategi pertama iaitu merombak sistem
pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan.

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan


dan menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal
tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi
pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman
pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan
peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam
tempoh Rancangan ini: iaitu memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya, memastikan
sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar, membuat pelaburan bagi
membangun kepimpinan unggul dalam sekolah, dan meningkatkan daya tarikan
profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.

Menerusi

RMKE-10,

dibawah

strategi

merombak

sistem

pendidikan

untuk

meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan penekanan dalam laporan ini akan
diberikan kepada strategi meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan
guru terbaik. Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar. prestasi pelajar
akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan
menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara
berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta
menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

16

PLG 515
Kerajaan

menjadikan

profesion

keguruan

sebagai

kerjaya

pilihan

dengan

menekankan empat perkara berikut:ganjaran kewangan, pembangunan kerjaya, menjadikan


kerjaya guru sebagai kerjaya berprestij dan pembangunan nusa bangsa di mana profesion
keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting
dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Seterusnya penumpuan
diberikan kepada pengukuhan latihan perguruan melalui latihan praktikum di mana
pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat
memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem
persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman
praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu,
Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan
praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan
meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing
yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Ini penting dalam memastikan kualiti guru baru
yang masuk ke dalam sistem pendidikan sentiasa terkawal.
Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin
pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan
dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh
pencapaian terbaik dan berkelayakan sahaja akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan
jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi
guru baru. peralihan kepada sistem terbuka dalam latihan guru akan diperkenalkan dimana
pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding
hanya daripada IPG dan IPTA. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan
melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan
profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya
perguruan.
Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk
menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi
17

PLG 515
tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang
lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih
awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan
kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara
automatic akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan
keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada
tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.
Akhir sekali, dalam usaha kerajaan membangunkan modal insan pembangunan
profesional yang berterusan yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan keupayaan
dan kemajuan kerjaya para guru diperkenalkan. Selaras dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat, untuk membentuk generasi pelajar yang cemerlang dan gemilang para
guru diberikan peluang ,mengikuti kursus pembangunan professional yang berterusan.

Pembangunan Modal Insan di Republik Korea


Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek.
Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13
terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik
Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di
dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan
terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian
pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini
amat menarik.
Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun
daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar
ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos
murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara
18

PLG 515
meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju.
Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan
sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa
mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.
Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan
pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan
kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah
peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan
teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di
Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran
sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa
kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6
juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem
pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi
keutamaan.
Kualiti guru juga dipandang secara serius kerana dianggap sebagai satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid. Oleh itu, ibu bapa sanggup menghantar anak mereka ke
sekolah swasta kerana tidak mempercayai sekolah kerajaan. Lantaran itu, sejak tahun 1990an kerajaan Republik Korea mula membuat polisi baru untuk meningkatkan kualiti guru.
Untuk meningkatkan kualiti guru, kerajaan Republik Korea telah menumpukan kepada
penyediaan dan kelayakan guru bagi memastikan modal insan mereka mampu bersaing di
peringkat global.
Daripada segi penyediaan guru, seseorang memerlukan sijil mengajar untuk mejadi
guru mahupun guru sementara. Sijil mengajar ini diberi oleh Institut Pengajian Tinggi Awam
atau Institut Pengajian Tinggi Swasta. Guru sekolah rendah disediakan oleh 13 institusi iaitu
Korea National University of Education (sebuah universiti), Ehwa womans University
(sebuah universiti swasta) dan University of education (11 buah universiti). Jumlah graduan
19

PLG 515
yang dikeluarkan dalam setahun adalah seramai 6225 (data internal dari MOE & HR
Development, South Korea).
Guru sekolah menengah dikeluarkan oleh pelbagai institusi seperti kolej perguruan
awam dan swasta, bahagian pendidikan di universiti awam, program latihan guru di
universiti awam dan pusat pengajian pendidikan. Jumlah graduan yang keluar dianggarkan
seramai 25 ribu orang dalam setahun. Jadi sesiapa yang ingin menjadi guru perlu ada
pencapaian pendidikan sekurang-kurangnya diploma pendidikan, ujian kompetansi dalam
pengajaran dan personaliti juga akan dinilai semasa ujian kemasukan ( entrance
examination. )
Sijil atau ijazah perguruan merupakan standard yang sama untuk universiti awam dan
swasta malahan diterima di peringkat kebangsaan. Penempatan guru adalah mengikut
universiti masing-masing iaitu melalui ujian penempatan (employment test).
Guru perlu mengambil bahagian dalam latihan dalam perkhidmatan (LDP) secara
berkala

(periodic

in

service

training)

untuk

memperbaharui

sijil

mereka

bagi

mempertingkatkan profesionalisme mereka. Prestasi guru dan pengetua juga dinilai setiap
tahun. Satu sistem yang penilaian pengurusan sekolah diwujudkan. Seperti mana yang
disebutkan di atas, di bawah skim ini laporan penilaian yang rendah akan menjejaskan
kenaikan pangkat guru. Cadangan skim baru ini lebih berkesan bagi meningkatkan
keupayaan profesional guru-guru dan mendorong mereka untuk menjalankan latihan secara
spontan dan terus berbakti untuk mengekalkan pembinaan modal insan. Guru Republik
Korea juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat awam dalam
pembinaan modal insan yang berjaya.

Kesimpulan
Matlamat pembangunan modal insan ini jika dihayati adalah selaras dengan
perjuangan misi Negara dalam konteks menghadapi cabaran keempat yang ditetapkan

20

PLG 515
dalam wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral
dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Dengan kata lain, untuk mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dengan warganegaranya teguh dalam
nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi. Oleh itu, bagi
mencapai Wawasan Negara Maju menjelang 2020, maka peranan modal insan perlulah
diberikan penekanan dalam melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama. Ia
perlulah digarap sebaik mungkin bagi mengatasi pelbagai masalah seperti pengangguran,
dilema pekerja asing dan pelbagai lagi yang bakal timbul . Hanya dengan ini matlamat serta
segala visi negara dapat di capai dan kelangsungannya dapat dijamin supaya ianya boleh
dipertingkatkan oleh generasi yang akan datang (Fadilah & Tengku Sarina, 2008).
Pembangunan profesionalisme guru banyak membantu dalam mencapai hasrat
kerajaan bagi membangunkan modal insan yang berdaya saing. Pada masa hadapan,
profesionalisme

guru

akan

terus

dipertingkatkan

lagi

bagi

terus

meningkatkan

keberlangsungan penghasilan dan pembangunan modal insan yang dapat bersaing dan
bertahan dalam ekonomi, sosial dan persekitaran yang sangat mencabar.

21

PLG 515
Rujukan
1.

Darling-Hammond, L. (2000). How teacher education matters. Journal of teacher

2.

education, 51(3), 166-173.


Goe, L. (2007). The link between teacher quality and student outcomes: A research
synthesis. Technical Report (S283B050051). Washington, DC: National

3.

Comprehensive Center for Teacher Quality.


Abd Hamid, S. R., Hassan, S., Sariah, S., & Ismail, N. A. H. (2012). Teaching Quality
and Performance Among Experienced Teachers in Malaysia. Australian Journal of

4.
5.
6.

Teacher Education, 37(11), 5.


Ismail, R and Jajri, I. (1998) Human Capital and Economic Growth in Malaysia: A
Simulation Model. Kajian Malaysia, 16(1&2), 78-88.
Lewis, L. (1999). Teacher quality: A report on the preparation and qualifications of
public school teachers. DIANE Publishing.
Mohammed Sani Ibrahim (1993). Institusi Perguruan Dalam Memenuhi Tuntutan
Malaysia Sebagai Negara Maju. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur Dan Strategi.

7.

Kajang: Percetakan Bintang Jaya


Malaysia, K. P. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Putrajaya,

8.

Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Malaysia, K. P. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

9.
10.

Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Mahathir, M. (1991). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Government Printing Office.
Mansor, F., & Kasim, T. S. A. T. (2008). Pembangunan Modal Insan dari Perspektif

11.
12.

Pengurusan Islam. Journal of Al-Tamaddun, 3, 85-109.


Kesembilan, R. M. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (2001). Isu Pendidikan di Malaysia,

13.

Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur :Utusan Publication .


Sharma, Tanka Nath (2006), Teacher Training from Distance: Challenges and

14.

Possibilities, Nepal: National Center for Educational Development


Unit, E. P. (2010). Rancangan malaysia kesepuluh (rmke-10). Economic Planning

15.

Unit.
Waxman, C.H., Lin, M. F., & Michko, G.M. (2003). A meta-analysis of the
effectiveness of teaching and learning with technology on student outcomes.

16.

Naperville, Illinois: Learning Point Associates.


Yazid
Abdul
Manap
(2001),
Memartabatkan

Profesion

Keguruan

Tanggungjawab Bersama, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15
33.

22

Anda mungkin juga menyukai