Anda di halaman 1dari 2

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:


Lafaz niatnya : Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi TaalaAllahu Akbar: Sahaja aku solat
sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa berikut selepas salam:
YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam.
Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah
Engkau berkatilah pernikahan ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku
isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami
sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau
berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.
Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah,
Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anakanak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami
dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami
daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami
Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,
lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan
anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan
sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau
anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik
dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu
kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir
mahupun yang batin
Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah
akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu
kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan
perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),


Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)
Amin ya rabbal a'lamin...

Anda mungkin juga menyukai