Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
SEMASA
Tarikh

24 FEBRUARI 2015 (SELASA)

Masa

2.20 petang

Tempat

Padang (Berdekatan Blok Pensyarah) IPG Kampus Pendidikan Teknik,


Bandar Enstek

Hari pertama Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 telah dijalankan di padang yang
berdekatan dengan blok pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 2.30 petang.
Acara yang berlangsung ialah acara tarik tali. Pendaftaran dibuka pada pukul 2.30 petang untuk
peserta lelaki dan 3.00 petang untuk peserta perempuan. Manakala pukul 3.30 petang
pendaftaran untuk pensyarah dan staf. Kami telah mendaftar kesemua peserta acara tarik tali
untuk memudahkan acara berlangsung dengan lancar.

Tarikh

27 FEBRUARI 2015 (JUMAAT)

Masa

3.15 petang

Tempat

Padang (Berdekatan Blok Pensyarah) IPG Kampus Pendidikan Teknik,


Bandar Enstek

Hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 telah dijalankan di padang yang
berdekatan dengan blok pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Acara yang dijalankan
ialah acara Fitness Dance. Pendaftaran peserta untuk setiap rumah sukan dibuka pada pukul
3.00 petang. Pendaftaran untuk hari kedua tiada masalah yang berlaku. Semua peserta hadir
ke tempat acara pada masa yang tepat. Ini memudahkan perjalanan acara fitness dance
berjalan dengan lancar.

Tarikh

03 MAC 2015 (SELASA)

Masa

2.30 petang

Tempat

PADANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), NILAI,


NEGERI SEMBILAN

Hari ketiga Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 telah dijalankan di padang Universiti
Sains Malaysia (USIM), Nilai. Terdapat 6 acara yang berlangsung pada hari tersebut. 2 acara
padang iaitu lompat jauh dan lontar peluru, manakala 4 acara balapan iaitu 100m, 200m, 400m
dan 800m. Hari ketiga merupakan hari pertama acara KOT berlangsung di USIM. Kami telah
mempersiapkan tempat pendaftaran sebelum acara bermula. Pendaftaran peserta dibuka pada
pukul 2.30 petang dan ditutup pada pukul 3.50 petang untuk semua acara pada hari tersebut.
Semasa hari kejadian, kami mengikut peraturan pendaftaran iaitu sebelum peserta mendaftar,
peserta harus memakai nombor bib di dada bahagian depan dan belakang serta memakai
empat pin disetiap sudut nombor bib tersebut. Peserta akan mendaftar dan dikehendaki tunggu
sehingga acara yang dimasuki berlangsung. Acara untuk hari ketiga berakhir pada pukul 4.30
petang.

Tarikh

04 MAC 2015 (RABU)

Masa

10.00 pagi

Tempat

PADANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), NILAI,


NEGERI SEMBILAN

Hari keempat Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 telah dijalankan di padang
Universiti Sains Malaysia (USIM), Nilai. Terdapat 5 acara yang berlangsung pada hari tersebut,
iaitu 3 acara balapan, 4 x 100m, 4 x 400m, 1500m, manakala 2 acara padang ialah lompat
kijang dan lompat tinggi. Kesemua acara tersebut merupakan acara pada peringkat akhir.
Semua acara mengandungi dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Kami mendaftar nama
mereka 20 minit sebelum setiap acara bermula. Ada beberapa penukaran nama peserta untuk
acara 4 x 400m dan 4 x 100m. Pertukaran nama peserta diganti dengan nama simpanan
sahaja. Jika nama simpanan pun tidak dapat hadir dengan alasan yang boleh terima, maka
peserta luar boleh menggantikan untuk acara tersebut. Setiap rumah sukan akan membantu

kami dalam pertukaran nama peserta bagi setiap acara. Ini memudahkan kerja kami untuk
mendaftar nama-nama peserta untuk setiap acara. Acara telah berakhir pada pukul 2.00
petang.

Tarikh

05 MAC 2015 (KHAMIS)

Masa

10.00 pagi

Tempat

PADANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), NILAI,


NEGERI SEMBILAN

Hari kelima merupakan hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 telah
dijalankan di padang Universiti Sains Malaysia (USIM), Nilai. Sebagai AJK Pendaftaran, kami
perlu memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya pada hari tersebut kerana terdapat
banyak acara dari peserta jemputan sekolah dan IPG. Terdapat dua acara padang iaitu rejam
lembing dan lempar cakera. Manakala 3 acara balapan iaitu 4 x 100m untuk jemputan sekolah,
IPG, pensyarah dan staf dan medley kepegawaian, manakala 4 x 400m untuk jemputan IPG
dan 50m untuk larian maskot rumah sukan. Pendaftaran dibuka pada pukul 10.10 pagi dan
berakhir pada pukul 12.50 tengahari.