Anda di halaman 1dari 81

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN
PERANCANGAN KERJA
Hasil Pembelajaran Kursus
Sinopsis Kandungan Kursus
Kaedah Penyampaian
Kaedah Penilaian
Rujukan
BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1.1
Istilah Masa Kanak-kanak yang Digunakan dalam Pendidikan Awal Kanakkanak
1.2
Kepentingan Pendidikan Kanak-kanak
Perbincangan Kumpulan
BAB 2: FALSAFAH PENDIDIKAN
2.1
Pengenalan kepada Falsafah
2.2
Falsafah Pendidikan
2.3
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak
2.4
Bagaimana untuk Membina Falsafah Pengajaran Sendiri
2.5
Bagaimana untuk Menyediakan Diri bagi Menjadi Pendidik Awal Kanakkanak yang Profesional
Refleksi

Halaman
iv
iv
iv
iv
iv

1
2
3

4
5
5
6
6
7

BAB 3: TOKOH PENDIDIKAN DAN PENGARUH MEREKA DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3.1
Martin Luther (1483 1546)
3.2
Johann Heinrich Pestalozzi (1746 1827)
Perbincangan Kumpulan

8
8
11

BAB 4: TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


4.1
Jean-Jacques Rousseau (1712 1778)
4.2
John Amos Comenius (1592 1670)
4.3
John Locke (1632 1704)
Aktiviti

12
14
16
16

i
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


BAB 5: TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI TIMUR
TENGAH
5.1
Imam Al-Ghazali (1058 1111)
5.2
Ibnu Khaldun (1332 1406)
Aktiviti

17
21
23

BAB 6: PERINTIS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI BARAT


6.1
Robert Owen (1771 1858)
6.2
Friedrich Wilhelm Froebel (1782 1852)
6.3
Maria Montessori (1870 1952)
6.4
John Dewey (1859 1952)

24
25
29
32

BAB 7: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


7.1
Pendekatan Developmental Interaction oleh Bank Street
7.2
Program Berorientasi Kognitif: Program Prasekolah Perry High/Scope
7.3
Bereiter-Engelmann atau Model Direct Instruction (Preschool Academic atau
DISTAR)
Perbincangan Kelas

39
42

BAB 8: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


8.1
Model Montessori
8.2
Pendekatan Reggio Emilia
Perbincangan Kumpulan

43
50
52

BAB 9: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


9.1
Model Sure Start
9.2
Model Head Start
9.3
Apakah Perbezaan antara Head Start dengan Sure Start?
Perbincangan Kumpulan

53
54
55
58

BAB 10: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA


10.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
10.2 Objektif Pendidikan Prasekolah
10.3 Tunjang Kurikulum Prasekolah
Aktiviti Kumpulan

59
61
62
62

ii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

35
36

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


BAB 11: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI
MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
11.1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Luar Negara
11.2 Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Aktiviti

63
64
66

BAB 12: ISU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA


12.1 Perubahan Keluarga
12.2 Kehidupan Sihat dan Cergas
12.3 Kemiskinan
12.4 Perumahan
12.5 Penyakit Kanak-kanak
Kerja Kumpulan

67
67
68
68
68
68

BAB 13: AKTA PENDIDIKAN PRASEKOLAH


13.1 Akta Pendidikan Prasekolah
13.2 Pengisytiharan Hak Kanak-kanak
13.3 Hak Asasi Kanak-kanak
Perbincangan Kumpulan

69
70
70
73

BAB 14: MENUBUHKAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


14.1 Pengenalan
14.2 Merancang Penubuhan Pusat Jagaan Kanak-kanak
Kerja Kumpulan

74
74
77

iii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

RANCANGAN KERJA
Program
:
Kod Kursus :
Tajuk Kursus:
Jam Kredit :

Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak


UBSC 1102
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak
4

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Membezakan pandangan tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak.
2. Membincangkan model-model dan kurikulum awal kanak-kanak di luar negara.
3. Menghuraikan isu-isu dan trend terkini tentang pendidikan awal kanak-kanak.
SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengasas-pengasas awal kanak-kanak yang
membangunkan falsafah pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga boleh membandingkan
pandangan-pandangan yang berbeza dan membincangkan model-model pendidikan awal kanakkanak di dalam dan luar negara. Sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak akan turut
diperkenalkan, di samping isu-isu semasa, Akta Pendidikan, dan hak kanak-kanak.
KAEDAH PENYAMPAIAN
Kuliah, perbincangan, rundingan, dan pembentangan
KAEDAH PENILAIAN
Penilaian Berterusan
Peperiksaan Akhir
Jumlah

50%
50%
100%

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.

Nor Hashimah Hashim, Panduan Pendidikan Prasekolah ( Publications 7 Distributers Sdn


Bhd., 2003)
Eva L. Essa, Chapter 5: Introduction to Early Childhood Education (Delmar Publisher, 6th
Edition., 2010)
Morrison. G., Early Children Education Today (Merill Prentice Hall., 2001)
Azizah Lebai Nordin, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teori dan Amali (Universiti
Malaya., 2002)
iv
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
KANAK-KANAK

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 1
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan istilah-istilah yang digunakan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

menjelaskan mengapa Pendidikan Kanak-kanak itu penting

1.1

Istilah Masa Kanak-kanak yang Digunakan dalam Pendidikan Awal Kanakkanak


Penting bagi semua orang yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak tahu dan
menggunakan istilah-istilah dalam profesion awal kanak-kanak. Istilah berikut
digunakan oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children).

Masa kanak-kanak merujuk kepada tempoh dari lahir sehingga lapan tahun.

Program Awal Kanak-kanak ialah program berkumpulan di pusat jagaan, rumah dan
institusi, tadika dan sekolah rendah, atau kemudahan lain yang menyediakan program
separuh hari dan seharian untuk kanak-kanak sejak lahir sehingga berusia lapan tahun.

Selain itu, program untuk kanak-kanak juga boleh dikategorikan mengikut umur
kanak-kanak, iaitu, bayi, kanak-kanak tatih, kanak-kanak prasekolah atau tadika, dan
sekolah rendah. Secara umumnya istilah-istilah ini digunakan untuk program dan
tujuan serta umur kanak-kanak yang terlibat. Antara contoh Program Awal Kanakkanak ialah (Morrison 2001):

Penjagaan kanak-kanak (childcare): bermain/sosialisasi; menjaga kanakkanak

Penjagaan di rumah (Family day care): menyediakan jagaan kumpulan


kanak-kanak dalam suasana rumah

1
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penjagaan

kanak-kanak

korporat/majikan

(Employer/Corporate

Childcare): Suasana yang memenuhi keperluan penjagaan

Sekolah bimbingan (awam atau swasta): bermain/sosialisasi, perkembangan


kognitif

Prasekolah (Pre-primary): Persediaan untuk memasuki tahun 1

Sekolah rendah: Mengajar kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan


Tahun 1, 2, 3

Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan perkhidmatan yang disediakan


oleh profesion awal kanak-kanak. Profesional Awal Kanak-kanak ialah:

Pendidik awal kanak-kanak: bekerja dengan kanak-kanak dan komited


untuk pembangunan diri dengan menyertai program dan latihan khusus
bagi meluaskan kecekapan dan pengetahuan profesional

Guru awal kanak-kanak: bertanggungjawab untuk merancang dan


menjalankan aktiviti

Pembantu guru awal kanak-kanak: merancang dan melaksanakan aktiviti

Penjaga: menjaga dan menyediakan pendidikan dan perlindungan kepada


anak-anak di dalam dan di luar rumah. Terdiri daripada ibu bapa, saudara
mara, pekerja pusat jagaan, dan guru awal kanak-kanak.

1.2

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pendidikan awal kanak-kanak penting dan mestilah disediakan dengan sebaiknya
kerana:

Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa


berlaku sewaktu kanak-kanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan
perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun.
Oleh itu tahun awal genting kerana otak paling mudah dibentuk; kapasiti otak
untuk berubah juga semakin menurun seiring dengan usia, terutamanya
selepas tiga tahun. (Perry, 2000; Shonkoff & Phillips, 2000).

Pandangan ini selaras dengan teori Piaget di mana perkembangan kognitif


berlaku dengan pesat semasa peringkat deria motor, iaitu sejak lahir sehingga
dua tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motor
seperti menghisap, menangis, dan memegang. Tambahan pula, pada peringkat
ini kanak-kanak membina kemahiran dan pengetahuan asasnya yang
2
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


melibatkan empat ciri berikut: (1) pengetahuan mengenai objek, (2) sebab
berlakunya sesuatu, (3) ruang, dan (4) masa. Pengetahuan tersebut menjadi
asas kepada perkembangan yang lebih sofistikated. Peringkat kedua
perkembangan kognitif menurut Piaget ialah Peringkat Praoperasi (2-6 tahun).
Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan simbol/nama bagi objek di
sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan belajar untuk
menghubungkan nama dengan objek. Pemikiran mereka kini lebih konkrit,
egosentrik tetapi masih belum memahami konsep pengekalan (retention).
Fokus pemerhatian pada ketika ini hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspekaspek lain diabaikan. Pada akhir peringkat ini, sikap egosentrik kanak-kanak
berkurangan dan mereka mula membina skema yang lebih umum dan abstrak,
serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah.

Bermain adalah antara perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Bermain


ialah keperluan yang bertindak sebagai cara kanak-kanak belajar mengenai,
dan memahami dunia sekelilingnya. Ia menggalakkan penguasaan kanakkanak dalam melatih kemahiran tertentu. Sejak Imam Al-Ghazali, ramai ahli
falsafah Islam yang terkenal menekankan aspek bermain (rujuk bab lima).
Froebel turut menyatakan bahawa bermain ialah kehidupan dan merupakan
peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak (rujuk bab enam). Ini
membuktikan lagi bahawa ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan seperti kerajaan
dan guru perlu memberi tumpuan dan penekanan dalam pendidikan awal
kanak-kanak.

Kanak-kanak kecil mula membentuk konsep kendiri, perkembangan persepsi


dan perasaan mengenai diri sendiri. Konsep kendiri yang sihat sangat penting
dalam semua bidang perkembangan kanak-kanak (rujuk bab lima).

Perbincangan Kumpulan
Apakah istilah-istilah lazim yang digunakan dalam Program Awal Kanak-kanak di Malaysia?
Sediakan pembentangan kumpulan.

3
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 2
FALSAFAH PENDIDIKAN
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan konsep falsafah dan falsafah pendidikan
membincangkan mengapa guru perlu tahu mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanakkanak

2.1

Pengenalan kepada Falsafah


Philosophy (Falsafah) berasal daripada perkataan Greek, philosophia yang bermaksud
cintakan kebijaksanaan atau love of wisdom. Pada mulanya, istilah ini digunakan
oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis: mereka yang
sukakan keseronokan, mereka yang sukakan aktiviti, dan mereka yang sukakan
kebijaksanaan.

Menurut Socrates, fungsi falsafah adalah untuk menimba ilmu kendiri.

Menurut Plato, matlamat falsafah adalah untuk mendapatkan kebenaran


mutlak.

Menurut Aristotle, bidang ini berkaitan dengan kajian mengenai sebab dan
prinsip sesuatu perkara.

Omar Al-Syaibani (1991) menterjemahkan kebijaksanaan sebagai rahmat.


Beliau mengatakan falsafah bukanlah bermaksud rahmat tetapi cinta terhadap
rahmat and kerja keras untuk mendapatkan rahmat. Oleh sebab itulah ahli
falsafah ialah seseorang yang cintakan rahmat and bekerja keras untuk
mendapatkan rahmat tersebut, dan menumpukan perhatiannya terhadap rahmat
itu and membentuk sikap positif terhadapnya. Selain daripada melihat sudut
alamiah sesuatu perkara, ahli falsafah juga cuba menghubungkan sebab dan
akibat serta menginterpretasikan pengalaman manusia.

Selain daripada mentafsir falsafah sebagai cinta terhadap kebijaksanaan,


Shofield (1977:3) turut mentakrifkan falsafah sebagai suatu proses
bertanyakan soalan. Beliau merujuk kepada Socrates yang menggunakan

4
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


kaedah bertanya bagi membina pengetahuan sebenar. Beliau menggunakan
pertanyaan bagi menjelaskan idea untuk menghapuskan kesalahan dalam
minda seseorang.

Socrates percaya bahawa kebanyakan orang menerima pandangan orang lain


sebagai tidak berapa penting. Tanpa sebarang kajian, mereka menggunakan
pengetahuan tanpa betul-betul memahaminya. Socrates merasakan beliau
adalah orang yang paling bijak kerana tidak pernah berpura-pura tahu tentang
sesuatu yang beliau tidak tahu.

Takrifan yang digunakan oleh Shofield sesuai dengan pendidikan awal kanakkanak kerana mereka sering bertanya kepada ibu bapa, guru, adik-beradik, dan
penjaga mengenai perkara yang mereka ingin tahu. Ibu bapa, penjaga, dan
guru berperanan untuk menjelaskan persoalan-persoalan tersebut.

Dalam kehidupan seharian, falsafah secara umumnya digambarkan sebagai


sudut pandang, cara hidup, atau prinsip yang dipegang seseorang dalam
hidupnya, yang digunakan sebagai garis panduan dalam setiap tindakan,
pilihan, dan keputusannya (Omar Al-Syaibani 1992).

2.2

Falsafah Pendidikan
Falsafah

pendidikan

ialah

kepercayaan

mengenai

bagaimana

kanak-kanak

berkembang dan belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar. Falsafah hidup
seseorang menentukan apa yang perlu diajar pada kanak-kanak. Falsafah pendidikan
yang dihayati guru akan membantunya menentukan arah tuju dan matlamat
pengajarannya. Keyakinan seseorang guru tentang sebaik mana kanak-kanak belajar
menentukan pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk menggunakan kaedah
berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua pelajar.
Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanak-kanak dalam
melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu kanak-kanak untuk
kanak-kanak tersebut.

2.3

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak?


Penting bagi guru mengetahui tentang falsafah pendidikan kerana guru
mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil.

5
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pengetahuan mengenai idea-idea ahli falsafah membantu guru memilih program
yang sesuai untuk kanak-kanak jagaannya. Ini memberikan keyakinan kepada
guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru.
Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru memahami cara-cara melaksanakan
strategi pengajaran.
Dengan meneroka, menganalisis, dan menyedari idea-idea ahli falsafah, pendidik
awal kanak-kanak akan mendapat inspirasi bagi menilai semula pandangan
mereka dan memotivasikan mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik.
White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati
guru bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan
turut membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan
pengajaran.
Walau bagaimanapun, falsafah yang dihayati guru akan berubah apabila dia
belajar lebih banyak teori pendidikan awal kanak-kanak, memperoleh ilmu
berkaitan perkembangan kanak-kanak dan amalan pengajaran, serta mendapat
pengalaman mengajar dalam kelas.

2.4

Bagaimana untuk Membina Falsafah Pendidikan Sendiri


Berbincang dengan rakan sekerja.
Melawat pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak lain.
Membaca artikel berkaitan dalam jurnal atau buku.
Menyertai masyarakat berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Menghadiri bengkel-bengkel berkaitan.

2.5

Bagaimana untuk Menyediakan Diri bagi Menjadi Pendidik Awal Kanak-kanak


yang Profesional
Bina falsafah pendidikan dan pengajaran
Nilai keperluan anda untuk menjadi guru yang berdedikasi dalam profesion

Biasakan diri dengan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran

Terokai pelbagai program berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak

Berbual dengan ahli profesional dalam bidang ini bagi lebih mengetahui
tentang pengajaran

Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup bekerja keras


6
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Adakah anda cukup bertenaga untuk mengajar?

Adakah anda benar-benar berminat untuk menjadi guru yang baik?

Nilai sikap dan perasaan anda terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka

Adakah anda boleh bersabar dan bertolak ansur dengan pelbagai gelagat ibu
bapa?

Adakah anda sukakan kanak-kanak dan boleh bersabar dengan gelagatnya


yang bermacam-macam?

Anda perlu yakin bahawa semua kanak-kanak berupaya untuk belajar

Tahukah anda kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan yang perlu


dipupuk?

Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan pengetahuan anda dengan:

Mendaftar dalam kelas pendidikan

Menghadiri perjumpaan dan persidangan

Membaca buku dan jurnal

Mengemas kini pengetahuan anda mengenai isu semasa, kanak-kanak, dan


pengetahuan asas yang lain yang sering berubah

Cuba perkara baru

Kaedah terbaru

Strategi terbaru

Ambil peluang untuk mengalami atau bergaul dengan kanak-kanak dari pelbagai
latar belakang
Pergi ke pelbagai tempat yang menyediakan peluang untuk anda

Refleksi
Senaraikan kualiti yang ada pada anda sebagai pendidik kanak-kanak.

7
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 3
TOKOH PENDIDIKAN DAN PENGARUH MEREKA
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan konsep pendidikan awal kanak-kanak oleh Martin Luther

membincangkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak oleh Johann Henrich


Pestalozzi

3.1

Martin Luther (1483-1546)


Martin Luther ialah rahib, paderi, dan profesor dalam Teologi dan merupakan
seorang yang sangat patuh dalam beragama
Beliau percaya bahawa apabila setiap individu boleh membaca, lebih mudah
baginya memahami kata-kata Tuhan dalam Bible; oleh itu dia tidak memerlukan
bantuan orang lain bagi penginterpretasian.
Beliau mencadangkan agar pendidikan sekolah rendah perlu diberikan kepada
semua kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak perempuan bagi perkembangan
keseluruhan merekaintelek, agama, fizikal, emosi, dan sosial.
Beliau menganggap sesiapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak
sebagai seseorang yang paling berdosa.
Antara pandangan Luther yang sentiasa mempengaruhi pendidikan awal kanakkanak ialah:

kepentingan rumah dan keluarga sebagai asas pembinaan peraturan sosial dan
pemerintahan yang kukuh

3.2

ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah

kepentingan muzik dalam pendidikan

hak sama rata semua rakyat

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

8
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Lahir di Zurich, Switzerland. Sangat dipengaruhi pemikiran Rousseau dan
bukunya Emile yang berkaitan dengan konsep alam semula jadi
Beliau membeli sebuah ladang bagi menguji kaedah pertanian. Minat yang
mendalam terhadap pendidikan muncul secara tiba-tiba dalam dirinya sewaktu
bekerja di ladangnya. Pada 1774, beliau membuka sebuah sekolah untuk kanakkanak miskin di ladangnya yang dinamakan Neuhof.
Pestalozzi membentuk pemikirannya yang menyepadukan kehidupan di rumah,
pendidikan vokasional, dan pendidikan bagi membaca dan menulis.
Di sekolahnya, beliau menggunakan pandangan Rousseau yang menjadikan
keupayaan semula jadi kanak-kanak sebagai asas pengajaran.
Disebabkan pengaruh konsep semula jadi Rousseau yang kuat, beliau mengajar
anaknya Jean-Jacques berpandukan Emile. Beliau gagal dalam mendidik anaknya
menggunakan pemikiran Rousseau kerana anaknya masih belum dapat membaca
dan menulis pada usia 12 tahun. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah
fizikal anaknya (anaknya menghidap epilepsi) atau juga mungkin disebabkan oleh
kegagalan beliau menginterpretasikan pemikiran Rousseau yang abstrak dan
seterusnya kegagalan beliau mengamalkan pemikiran tersebut.
Apa yang boleh dipelajari di sini ialah pendidik kanak-kanak tidak seharusnya
bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kanak-kanak and menganggap mereka
belajar semua perkara secara sendiri (Morrison 2001).
Hasil kerja beliau dibina di atas asas falsafah kanak-kanak yang dijelaskan oleh
Plato di mana zaman kanak-kanak dilihat sebagai zaman keplastikan dan
pengungkapan kebaikan azali.
Falsafah Pestalozzi: kanak-kanak belajar melalui pemerhatian deria dan persepsi.
Ia dipengaruhi oleh fokus Rousseau ke atas alam semula jadi sebagai alat untuk
kebebasan jiwa kanak-kanak.
Beliau mencipta kurikulum berpusatkan kanak-kanak

Persekitaran sangat penting. Penyediaan persekitaran yang menyerupai rumah


adalah perkara terpenting dalam menyiapkan ruang bagi pembelajaran kanak-kanak
berasaskan pengalaman. Beliau percaya bahawa persekitaran yang menyerupai rumah
membentuk ketenteraman emosi, prinsip pertama pendidikan.

9
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berdasarkan pandangannya mengenai perkembangan semula jadi, beliau


mereka kurikulum berturutan di mana bahan dan arahan selaras dengan tahap
perkembangan kanak-kanak

Aktiviti dijalankan secara berturutan

Prinsip lain

Peranan guru

Hubungan antara guru dan pelajar merupakan hubungan antara ibu dengan
anak

Kesediaan kanak-kanak

Kanak-kanak menyenangkan guru, bukannya takutkan guru

Tiada ganjaranmotivasi intrinsik

Rumah dan sekolah sebagai berterusan

Sikap guru yang memupuk

Peranan ibu bapa

3.2.1

Ibu adalah guru terbaik dalam mendidik kanak-kanak

Buah Fikirannya tentang Pendidikan

Pestalozzi percaya yang teknik pengajaran mengingat dan menghafal tidak


berkesan. Beliau menekankan penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri
dalam mengajar kanak-kanak.

Salah satu daripada sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan kaedah


pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau percaya kanakkanak perlu terlibat dalam aktiviti yang bermakna bagi mereka, iaitu yang
berasaskan minat dan pengalaman mereka.

Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar berdasarkan tahap keupayaan


dan usaha mereka.

Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan pengalaman deria. Kanakkanak mampu mencapai potensi semula jadi mereka melalui pengalaman deria
yang bersesuaian. Beliau membangunkan teknik pengajaran berasaskan objek,
yang berasal daripada kepercayaan ini.

Pestalozzi juga percaya bahawa cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah
menerusi manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa, dan menyentuh.
10
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Beliau turut percaya dengan pengelompokan berbilang usia. Dalam kelompok


sebegitu, kanak-kanak yang lebih tua boleh membantu yang lebih muda.

Beliau percaya ibu adalah guru terbaik dalam mendidik anak-anak.

Perbincangan Kumpulan
Bincangkan sumbangan Martin dan Pestalozzi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

11
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 4
TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan pandangan

Jean Jaques Rousseau

terhadap pendidikan

yang

mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak


membincangkan prinsip pengajaran oleh Amos Comenius

4.1

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)


Jean-Jacques Rousseau ialah philosoph Perancis.
Beliau dikenali dengan bukunya Emile yang membincangkan hal penjagaan dan
pendidikan kanak-kanak. Emile, seperti yang digambarkan Rousseau dalam
novelnya, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada pengaruh persekitaran
yang dipenuhi niat jahat. Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan
derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam suasana yang menyenangkan.
Rousseau

menggambarkan

Emile

sebagai

seorang

kanak-kanak

yang

berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam persekitaran yang tidak dicemari


anasir-anasir luar.
Beliau percaya yang pendidikan sepatutnya bermula sewaktu lahir sehingga
seseorang individu itu mencapai usia 25 tahun. Beliau menekankan keperluan
untuk menyokong perkembangan

semula jadi kanak-kanak,

di sebalik

menggunakan arahan untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan menyediakan


mereka untuk kehidupan. Kebebasan, bukannya kuasa, adalah yang paling baik.
Seseorang manusia itu benar-benar bebas apabila dia menginginkan apa yang
mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas saya.
Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan pendidikan akan
terbit daripadanya (Rousseau, 1762 ms. 48).
Pandangannya dalam pendidikan kanak-kanak dikenali sebagai naturalisme. Bagi
Rousseau, naturalisme bermaksud meninggalkan pengaruh masyarakat yang palsu
dan tidak benar. Pendidikan naturalisme membenarkan perkembangan individu
tanpa sebarang halangan atau gangguan.
12
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Rousseau menganggap pendidikan semula jadi boleh menambah baik kualiti
seperti kegembiraan, kespontanan, dan sikap ingin tahu.
Falsafah Rousseau ialah, manusia secara asanya mulia, oleh itu pendidikan
mestilah digalakkan supaya kemuliaan boleh dibina dengan baik. Dalam sudut
pandangnya, manusia perlu hidup dalam alam semula jadi tanpa pengaruh tidak
sihat daripada masyarakat. Dalam bukunya, beliau melihat dunia sebagai Tuhan
menjadikan semua

perkara

sempurna;

namun

campur

tangan

manusia

menjadikannya jahat (Barbara 1933:5) dalam (Morrison 2001:3).


Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak, Rousseau merasakan kanak-kanak
baik sewaktu lahir. Mereka perlu diberi peluang untuk mengungkapkan kebolehan
dan perasaan mereka dengan bebas. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi uni
yang perlu dibina sepenuhnya. Beliau percaya keseimbangan sosial dan emosi
perlu diutamakan berbanding pengumpulan maklumat dan kemahiran.
Empat

perkara

yang

ditekankan

dalam

falsafahnya

ialah

kebebasan,

perkembangan, minat, dan aktiviti. Pada pandangannya, oleh sebab proses


pendidikan tertumpukan kanak-kanak, maka keperluan kanak-kanak dan proses
perkembangan kespontanan mereka adalah asas pendidikan (White & Coleman
2001).
Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri semula jadi kanak-kanak
berdasarkan umur yang berbeza. Pandangan Rousseau terhadap pendidikan
tersebut telah membentuk kurikulum yang disusun mengikut umur, serta minat
dan aktiviti kanak-kanak yang berbeza.
Oleh sebab pendidikan mestilah berdasarkan pengalaman kanak-kanak semasa
menggunakan objek sebelum mengenali simbol, buku teks tidak penting bagi
kanak-kanak sehinggalah mereka berusia 12 tahun.
Peranan guru ialah sebagai pembimbing yang membenarkan kanak-kanak
meneroka dengan sendiri bagi memperoleh pengetahuan, dan tidak bergantung
pada guru yang menggunakan buku teks semasa mengajar.
Beliau turut mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan pembelajaran
berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud (Boyd 1914) dalam
(White & Coleman 2000).
Oleh sebab Rousseau menenkankan perkembangan semula jadi kanak-kanak,
kurikulumnya mengandungi aktiviti yang berdasarkan pengalaman semula jadi

13
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


kanak-kanak menerusi deria. Contohnya, geometri dan matematik tidak diajar
secara formal tetapi diperkenalkan sebagai aktiviti berasaskan pengalaman.
Rousseau percaya yang kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan
pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat, dan
membanding. Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan
semua jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciriciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.
Rousseau juga percaya pendidikan kanak-kanak perlu bermula sejak lahir.
Dari segi pengajaran, Rousseau meminta ibu bapa dan guru untuk menggalakkan
kanak-kanak membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka.
Ibu bapa dan guru perlu memerhatikan perkembangan kanak-kanak dan bersedia
untuk memberi pengalaman yang bersesuaian dengan waktu pada ketika itu.
Menurut pandangan Rousseau, pendidikan berlaku menerusi tiga sumber: keadaan
semula jadi, manusia, dan bahan.

4.2

John Amos Comenius (1592-1670)


Comenius dilahirkan di Moravia, Czechoslovakia dan juga merupakan bekas
menteri di Moravia. Beliau memenuhi masanya sebagai paderi, mengajar di
sekolah, dan menulis buku. Antara buku-bukunya ialah The Great Didactic dan
The Orbis Pictus (The World in Picture) yang merupakan buku bergambar kanakkanak yang pertama. Pada 1628, John Amos Comenius menulis School of Infancy
yang mengandungi ideanya school of the mother lap di mana kanak-kanak sejak
lahir hingga berusia enam tahun belajar mengenai asas ilmu pengetahuan.
Terdapat pelajaran mudah mengenai objek, tumbuh-tumbuhan, dan binatang;
nama dan kegunaan anggota badan; membezakan terang, gelap, dan warna;
geografi tempat asal, serta bilik, kebun, jalan; dan juga doa.
Pandangan Comenius terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah:

Percaya yang pendidikan perlu bersandarkan alam semula jadi, minat, dan
pengalaman kanak-kanak. Pendidik awal kanak-kanak perlu memerhatikan
kebolehan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka dipaksa untuk mempelajari
sesuatu ketika mereka masih belum bersedia.

14
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Latihan yang dirancang dengan baik amat diperlukan dalam pembangunan


pemikiran semula jadi oleh kanak-kanak dan mereka belajar melalui interaksi
dengan pelbagai bahan.

Matlamat pembelajaran boleh dicapai apabila ia melibatkan pancaindera, dan


pendidikan yang menggunakan pancaindera ini lazim dilihat sebagai asas
kepada semua jenis pembelajaran.

Pengajaran seharusnya mengandungi bahan-bahan semula jadi dan maujud.


Bahan-bahan ini perlu didekatkan dengan kanak-kanak.

Pendidikan itu penting. Oleh itu peluang pendidikan seharusnya diberikan


kepada semua orang.

Sekolah adalah ejen terbaik dalam mendidik masyarakat dan individu.

Pendidikan seseorang perlu bermula sejak kecil kerana pada waktu ini mereka
masih lagi lemah dan mudah untuk dididik. Beliau menyamakan kanak-kanak
dengan lilin dan pokok. Sewaktu lembut, lilin mudah dibentuk tetapi apabila
sudah keras, lilin mudah pecah. Begitu juga dengan pokok. Ketika masih
kecil, pokok lebih mudah ditanam, diubah, dan dipotong; namun apabila sudah
matang, pokok menjadi besar dan prosesnya tidak mudah.

Beliau juga percaya yang secara asasnya, manusia berhati mulia. Oleh itu
pendidikan mestilah diberi dalam bentuk pengalaman positif dengan elemen
bebas dan menyeronokkan.

Dalam mengajar kanak-kanak, Comenius percaya yang kanak-kanak tidak


seharusnya diajar dengan nama yang berbeza dengan bahan atau gambar
bahan tersebut.

4.2.1

Prinsip Pengajaran

Comenius berkata yang pendidikan akan jadi lebih mudah jika:

Bermula pada peringkat paling awal ketika otak masih segar dan bersih

Otak bersedia untuk menerima pendidikan

Bermula daripada umum kepada terarah

Bermula dengan senang kepada susah

Tidak disukarkan dengan terlalu banyak subjek

Proses tidak terlalu laju

Berdasarkan umur dan kaedah yang betul


15
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.3

Diajar menggunakan pancaindera

Alat bantu pengajaran digunakan

Semua perkara diajar menggunakan kaedah sama (Morrison 1995:58)

John Locke (1632-1704)


Ahli falsafah ini memainkan peranan dalam menyediakan asas kepada pemikiran
Pestalozzi. Locke dikatakan sebagai pengasas aliran environmentalisme yang
menganggap manusia tidak wujud daripada kelahiran tetapi dihasilkan dengan
pengaruh persekitaran. Individu menerima pengetahuan daripada pengalamannya
yang berkaitan dengan istilah tabula rasa atau suci. Locke melayan kanak-kanak
sebagai

kain

putih.

Hasil

persekitaran

yang

dialami

seseorang

akan

mempengaruhinya. Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan yang sama


dari segi perkembangan mental dan pembelajaran. Perkara yang membezakan
pencapaian pelajaran dan tingkah laku individu ialah faktor persekitaran seperti
keadaan keluarga dan rumah, status sosioekonomi keluarga, pendidikan awal, dan
juga pengalaman.
Locke percaya bahawa pengalaman mempengaruhi keadaan individu. Beliau
menekankan penggunaan penglihatan, rasa, bau, dan pendengaran sebagai kaedah
pendidikan kanak-kanak yang berkesan. Idea beliau digunakan oleh pendidik
kemudiannya seperti Maria Montessori yang mereka bentuk sistem pendidikan
yang berasaskan penggunaan pancaindera ini.
Locke juga mengakui kepentingan bermain kerana kaedah pengajaran melalui
bermain membuatkan kanak-kanak belajar dengan cepat dan menyeronokkan.
Selain daripada itu, Locke juga percaya yang perkembangan intelek dari segi
ingatan dan taakulan boleh dibangunkan menerusi pengajaran subjek tertentu
seperti bahasa klasik dan matematik
Locke lebih tertumpu pada pembangunan karakter, moral, fizikal, dan mental.
Dari segi pembelajaran, beliau percaya proses pembelajaran lebih penting
daripada hasil pembelajaran sebagai matlamat utama pendidikan

Aktiviti
Bandingkan ketiga-tiga pandangan oleh tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak ini.

16
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 5
TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI
TIMUR TENGAH

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
membincangkan adab makan dan nasihat untuk guru oleh Imam Al-Ghazali
membincangkan pendidikan awal kanak-kanak oleh Ibnu Khaldun

5.1

Imam Al-Ghazali (1058-1111)


Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali dilahirkan pada 450 H/1058
M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan), Iran yang kini
dikenali sebagai Meshed. Beliau merupakan anak murid Imam al-Haramyn, Abu
al-maali al-Juwaini. Beliau adalah pakar dalam bidang fikah al-Syafii dan kalam
al-Asyari.
Beliau ialah guru di Universiti Nidzamiyah, Baghdad.
Beliau merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal. Beliau menghasilkan hampir
100 buah buku.
Salah satu daripada bukunya yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin. Buku ini
ditulis selepas beliau menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama.
Al-Ghazali menekankan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau pernah berkata bahawa ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak
mereka sejak kecil. Mereka tidak seharusnya meminta orang lain menjaga dan
menyusukan anak mereka kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang
berilmu

dan

hanya

memakan

makanan

halal

(Syaikh

Muhammad

Jamaluddin:443).
Pandangan Kitab Ihya Ulummiddin mengenai pendidikan kanak-kanak

Anak-anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti
mutiara, sangat bernilai, murni, dan bebas daripada sebarang kerosakan dan

17
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


bentuk. Mereka akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan
kepada mereka.

Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan
membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu
bapa, guru, penjaga, dan orang lain yang terlibat dalam mendidik kanak-kanak
ini akan mendapat ganjaran daripada Tuhan.

Sebaliknya, jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkah laku buruk dan


pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar menjadi orang yang
tidak baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang
yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Al-Ghazali menekankan adab-adab makan. Ini termasuklah:

Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja.

Baca Bismillah sebelum makan.

Ambil makanan yang paling dekat dengan anda.

Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.

Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang
sedang makan.

Jangan gopoh ketika makan.

Kunyah makanan dengan perlahan dan hati-hati sebelum menelan.

Jangan memasukkan makanan ke dalam mulut dengan gopoh.

Jangan kotorkan tangan dan pakaian dengan makanan.

Biasakan diri makan tanpa lauk pada waktu-waktu tertentu agar anda tidak
terlalu mengharap mendapat lauk setiap kali anda makan.

Ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa makan terlalu


banyak merupakan kelakuan buruk. Al-Ghazali memanggil orang yang makan
terlalu banyak sebagai haiwan.

Al-Ghazali menasihatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka ke


sekolah bagi mempelajari cara bacaan al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW,
mendengar kisah-kisah hidup para sahabat agar kanak-kanak boleh
mencontohinya.

Kanak-kanak perlu dihalang daripada mendengar cerita-cerita lucah kerana ia


boleh merosakkan akhlak mereka.
18
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Ganjaran

Al-Ghazali menekankan pemberian ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau


menyatakan bahawa apabila kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku baik,
mereka perlu diberi ganjaran dan dipuji untuk menggembirakan hati mereka.
Bagaimanapun, jika mereka secara tidak sengaja telah melakukan kesalahan,
ibu bapa perlu berpura-pura tidak perasan kesalahan tersebut dilakukan dan
tidak memalukan mereka dengan menceritakan kesalahan tersebut kepada
orang lain.

Bagaimanapun jika kanak-kanak mengulangi kesalah tersebut buat kali kedua,


ibu bapa perlu bercakap dengan mereka secara bijaksana bahawa kelakuan
seperti itu tidak boleh diterima. Ibu bapa perlu mengingatkan kanak-kanak
agar tidak mengulanginya kerana mereka akan berasa malu jika orang lain
tahu mengenainya.

Dalam menasihati anak-anak, ibu bapa tidak seharusnya terlebih mengkritik


mereka kerana mereka akan terbiasa dengannya dan akhirnya tidak takut untuk
mengulangi kesalahan tersebut. Nasihat tidak akan berkesan lagi. Oleh itu ibu
bapa mestilah mengawal diri supaya tidak cepat marah kecuali dalam keadaan
tertentu. Kanak-kanak juga perlu diingatkan supaya sentiasa menghormati ibu
bapa dan menjauhi sikap buruk.

Kanak-kanak tidak sepatutnya digalakkan untuk tidur siang kerana mereka


akan membentuk sifat malas dalam diri. Walau bagaimanapun, jangan halang
mereka daripada tidur pada waktu malam.

Al-Ghazali mahukan kanak-kanak untuk tidur di atas tilam yang keras agar
tubuh mereka menjadi kental, kuat, dan langsir.

Kanak-kanak perlu dilatih mengenai tingkah laku dalam majlis tertentu.


Mereka tidak boleh melakukan yang berikut:
Meludah atau menghembus hingus di hadapan orang lain dalam sesuatu
majlis
Menguap di hadapan orang lain
Duduk membelakangi orang lain
Duduk menyilangkan kaki
Memanggung dagu dengan tangan
Meletakkan kepala pada tangan mereka kerana ia menunjukkan sifat malas
19
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Al-Ghazali juga menasihatkan agar:

Penuhkan masa lapang kanak-kanak.

Mendidik kanak-kanak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan


khusus dan amalan umum seperti sembahyang. Kaedah pengajaran ialah
berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.

Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan
amalan.

Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka


daripada memakan makanan haram.

Kanak-kanak perlu diajar untuk merendah diri.

Jangan ajar kanak-kanak menipu.

Kanak-kanak perlu diajar untuk sentiasa sederhana dalam perlakuan.

Kanak-kanak perlu dinasihati agar tidak bercampur dengan orang tidak baik.

Jangan biarkan kanak-kanak terlalu selesa.

Ajar kanak-kanak memberi dan bukan menerima. Memberi itu mulia namun
jika kita menerima daripada orang lain, ia memalukan.

Mesti tegas dengan kanak-kanak.

Bermain

Imam Al-Ghazali menekankan aspek bermain kerana:


Bermain itu tabiat kanak-kanak.
Bermain boleh membina tubuh yang kecil dan menguatkan otot.
Bermain membuatkan kanak-kanak gembira.
Bermain membolehkan kanak-kanak bersantai setelah penat belajar.

Al-Ghazali menegah ibu bapa daripada mengenakan hukuman yang melampau


terhadap kanak-kanak.

Beliau mencadangkan agar ibu bapa mengelak daripada terlalu merendahrendahkan anak-anak mereka dan terlalu menumpukan pada kelemahan anakanak; sebaliknya ibu bapa perlu membentuk tabiat dan naluri kanak-kanak
dengan sebaiknya.

Kanak-kanak tidak seharusnya terlalu membangga diri di hadapan rakan-rakan


mereka.

20
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak tidak boleh digalakkan untuk meminta simpati orang lain dan
orang tersebut mestilah tidak menyebelahi kanak-kanak tersebut.

Guru atau penjaga perlu menunjukkan kasih sayang mereka terhadap kanakkanak sebagaimana mereka menyayangi anak mereka sendiri.

Nasihat Al-Ghazali kepada guru

Kanak-kanak perlu diajar oleh perempuan yang warak kerana ia boleh


mempengaruhi kanak-kanak.

Perangai buruk kanak-kanak perlu diuruskan dengan baik, bukan dengan


menghina.

Ajar kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Jangan mengajar mereka


sesuatu yang berperingkat lebih tinggi kerana ia akan menakutkan kanakkanak.

Guru perlu amalkan apa yang diajar, bukan hanya menyuruh tanpa
melakukannya sendiri.

Guru perlu mencontohi Rasulullah SAW dalam mengajar di mana baginda


tidak meminta bayaran atau ucapan terima kasih sebagai balasan, tetapi
baginda mengajar kerana Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri
kepadaNya. Bagaimanapun, kanak-kanak perlu ingat segala kebaikan orang
lain terhadap mereka.

Al-Ghazali berasakan guru perlu berasa yang ia telah melakukan sesuatu yang
baik dengan mengajar kanak-kanak mendekatkan diri kepada Allah dengan
menyampaikan ilmu.

Menurut pandangan Al-Ghazali, boleh disimpulkan bahawa pendekatan beliau


adalah lebih kepada mendidik kanak-kanak secara spiritual dan moral.

Walau bagaimanapun, beliau turut menekankan perkembangan fizikal kanakkanak dengan menggalakkan mereka bermain.

5.2

Ibnu Khaldun (1332-1406)


Ahli falsafah Islam yang terkenal. Dalam sejarah Islam, beliau merupakan tokoh
Sejarawan dan Sosiologi yang terkenal.

21
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732H (27 Mei, 1332M).
Beliau menerima pendidikan asasnya daripada ayahnya, seorang cendekiawan
terkenal.
Ibnu Khaldun boleh menghafaz al-Quran dan merupakan seorang pakar Nahu,
Fiqah, Hadis, retorik, falsafah, dan puisi.
Hasil

kerjanya

telah

banyak

memberi

sumbangan

dalam

memahami

permeradaban.
Pandangannya mengenai pendidikan

Kanak-kanak tidak seharusnya diajar perkara yang rumit.

Belajar daripada yang paling senang kepada yang paling susah secara
berperingkat menggunakan kaedah latih tubi dan bahan konkrit sebagai alat
bantu mengajar.

Jangan bebankan kanak-kanak dengan perkara yang melampaui kebolehannya


kerana ia boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan bencikan apa
yang diajar.

Sejak berzaman lamanya, Ibnu Khaldun telah membincangkan konsep-konsep


berikut:
Kemahuan belajar
motivasi
pengukuhan
latihan
pemerhatian
perbezaan individu

Dalam mengajar al-Quran kepada anak-anak kecil, Ibnu Khaldun menegah


guru daripada mengajar Tafsir, peraturan, dan lain-lain kecuali bacaan
sehinggalah kanak-kanak sudah cukup matang.

Cara mengajar kanak-kanak

Beliau menegah guru dan ibu bapa daripada mengajar dengan cara kekejaman
kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi malas, penipu, dan
berpura-pura demi menyorokkan kebenaran. Sikap begitu akan menjadi
kebiasaan dan kanak-kanak boleh hilang sifat kemanusiaan.
22
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dalam bukunya Muqaddimah Ibnu Khaldun, beliau menyatakan bahawa:


Kekejaman akan membuat mereka menjadi pemalas dan mereka akan menipu
serta menjadi licik. Iaitu, tindakan mereka berbeza dengan apa yang mereka
fikirkan, kerana mereka takut dipukul sekiranya berkata benar (Ibnu Khaldun
1993:776).

Cara belajar

Dari segi tempoh belajar, ia tidak sepatutnya terlalu lama kerana kanak-kanak
mungkin akan lupa. Mengajar dalam tempoh yang singkat menggunakan
kaedah yang betul akan menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.

Dari segi bahasa, beliau menyatakan bahawa bahasa ialah asas kepada ilmu
pengetahuan. Pengajaran bahasa bermula dengan menulis dan membaca,
diikuti dengan kata dikaitkan dengan makna.

Aktiviti
Bincangkan bagaimana pusat jagaan anda menguruskan masa makan kanak-kanak.

23
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 6
PERINTIS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
DARI BARAT

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan pemikiran perintis konsep pendidikan awal kanak-kanak
a) Robert Owen
b) Friedrich Wilhelm Froebel
c) Montessori
d) John Dewey

6.1

Robert Owen (1771-1858)


Owen ialah ahli kaji persekitaran. Beliau percaya persekitaran di mana kanakkanak belajar dan dididik merupakan faktor penyumbang kepada kepercayaan,
sikap, dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Beliau juga percaya yang masyarakat
membentuk kelakuan peribadi kanak-kanak.
Owen percaya bahawa tingkah laku yang baik perlu dipupuk ketika kanak-kanak
masih kecil dan tingkah laku mereka secara asanya dipengaruhi oleh persekitaran.
Owen telah membuka sekolah bayi pada tahun 1816 di New Lanark, Scotland,
sebuah model pekan perindustrian di mana beliau telah mendidik 100 kanakkanak yang berusia 18 bulan sehingga 10 tahun ketika ibu bapa mereka bekerja di
kilang kapasnya. Usahanya itu telah membawa kepada pembukaan sekolah bayi
lain di London sekitar tahun 1818.
Antara objektif pembukaan sekolah sebegitu adalah untuk mendidik kanak-kanak
daripada ibu bapa yang tidak berpendidikan dan pada masa yang sama
menyediakan pendidikan kepada pekerja bagi menjadikan mereka manusia yang
rasional. Owen membuka sekolah malam untuk mereka.
Sumbangan Owen

24
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sekolah kanak-kanak pertama, mendahului tadika Froebel selama hampir suku


abad.

Pemikiran dan amalannya telah mempengaruhi pendidik dari segi kepentingan


pendidikan awal dan hubungan antara pendidikan dengan kemajuan sosial.

6.2

Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852)


Pakar pendidikan berbangsa Jerman. Menghabiskan banyak masanya membentuk
sistem pendidikan awal kanak-kanak.
Froebel belajar daripada Pestalozzi dan bekerja dengannya. Berbanding Pestalozzi
yang tertumpu pada pengajaran, Froebel mencipta kurikulum dan kaedah
pengajaran awal kanak-kanak. Beliau juga dikenali sebagai bapa tadika atau
father of the kindergarten.
Hasil daripada hubungan rapatnya dengan Pestalozzi dan bacaannya tentang hasil
kerja Rousseau, Froebel membuka sebuah sekolah bagi mengamalkan ideanya.
Beliau mengasaskan sekolah kanak-kanak pada tahun 1837. Sekolah ini
dinamakan kindergarten atau tadika. Kinder bermaksud kanak-kanak manakala
garten bermaksud taman. Oleh itu taman kanak-kanak perlu cantik bagi menarik
perhatian kanak-kanak.
Froebel sangat warak. Beliau menganggap manusia sebagai orang yang baik
secara umumnya dan dunia ini ialah tempat untuk bekerja dan menunjukkan
kekuasaan Tuhan. Beliau percaya bahawa manusia bertanggungjawab untuk
memahami dunia ini dan tinggal di dalamnya dengan jujur.
Sumbangan Froebel dalam pendidikan melibatkan bidang pembelajaran,
kurikulum, kaedah pengajaran, dan latihan perguruan. Konsepnya mengenai
kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar diistilahkan sebagai unfolding atau
pengorakan (proses perkembangan seperti bunga yang berkembang) yang mana
dahulunya diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan pendidik, sama ada
guru atau ibu bapa, ialah memerhatikan pengorakan semula jadi dan sediakan
aktiviti yang membenarkan kanak-kanak belajar apabila mereka sudah bersedia.
Peranan guru ialah membangunkan kualiti untuk belajar. Guru dianggap sebagai
pereka bagi pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.
Froebel melayan kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah
dan bertunas; ia bertumbuh daripada lembut kepada keras dan akhirnya
25
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


menghasilkan buah. Beliau menganggap guru sebagai pekebun. Dalam kebun
yang dipenuhi kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang rapat dan
harmoni secara semula jadi.
Pandangan Froebel mengenai tadika

Tadika perlu dihias bagi menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya


dinding perlu dicat dengan warna terang, bilik yang cerah dan penuh dengan
tumbuh-tumbuhan, haiwan dan gambar, serta bunyi-bunyian dan alat mainan
berbentuk objek dalam bentuk, saiz, dan warna tertentu.

Bagi menyediakan keselesaan kepada kanak-kanak, ia perlu dilengkapkan


dengan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Elakkan
daripada menggunakan kelengkapan orang dewasa yang boleh membantutkan
aliran aktiviti. Dalam kata lainnya, ia perlulah menggambarkan bilik yang
selesa yang memudahkan perjalanan sesuatu aktiviti.

Tadika ialah institusi yang membolehkan kanak-kanak bergaul dengan rakan


sebaya tanpa kawalan ketat guru dan ibu bapa. Suasana dalam tadika
sebaiknya dapat membendung kanak-kanak daripada pengaruh buruk
masyarakat dan juga bencana alam.

Di tadika, perkembangan mental, fizikal, dan sosial kanak-kanak perlu


dipupuk. Ia merupakan pendekatan ke arah latihan kanak-kanak.

Beliau melihat pendidikan sebagai pembangun karakter kanak-kanak.


Pendidikan seharusnya berdasarkan keperluan dan kebolehan kanak-kanak.
Mereka belajar sesuatu apabila melakukannya. Mereka perlu dilayan sebagai
kanak-kanak dan diberikan kebebasan. Pendidikan awal kanak-kanak penting
sebagai asas pendidikan yang akan datang. Beliau menyatakan bahawa
kehidupan ialah proses evolusi yang menggerakkan individu dan juga
masyarakat. Kedua-duanya saling mempengaruhi. Tadika bertindak sebagai
asas amalan sosial seperti kerjasama, usaha sendiri, sikap memotivasi,
menghormati, kebersihan, dan menggalakkan kesihatan yang baik dan
sistematik.

Strategi pengajaran

26
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dari segi strategi pengajaran dan pendidikan kanak-kanak, beliau menekankan


kaedah learning by doing. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan
dan merupakan peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh
itu, semua tugas yang dilakukan kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri
bermain. Kanak-kanak boleh menjana keunikan melalui bermain. Froebel
menganggap strategi bermain dalam pendidikan sebagai penyumbang terbesar
pendidikan awal kanak-kanak.

Selain daripada bermain, Froebel turut menekankan latihan kerja ke atas


kanak-kanak.

Beliau mengakui prinsip Pestalozzi mengenai penggunaan alat/objek untuk


menarik minat belajar ketika mengajar, dan juga prinsip yang menyatakan
semua pendidikan bermula dengan pengamatan deria.

Froebel menkategorikan proses awal kanak-kanak antara sejak lahir hingga


enam tahun kepada peringkat perkembangan berdasarkan mental dan fizikal
iaitu: masa bayi, masa awal kanak-kanak, dan masa kanak-kanak.

Dari segi jadual, beliau menganggap jadual waktu pengajaran kanak-kanak


tidak perlu terlalu ketat.

Latihan untuk kanak-kanak

Froebel mencipta pelbagai aktiviti bagi setiap peringkat perkembangan kanakkanak. Contohnya, sebelum kanak-kanak meninggalkan buaian, dia perlu
diajar memegang dan menggenggam.

Untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut, Froebel mencipta alat


geometri sebagai mainan kanak-kanak. Bahan ini dipanggil gift. Selain
daripada itu, beliau mewujudkan kurikulum bagi melatih kanak-kanak bekerja
seperti, pekerjaan, menyanyi, bermain, belajar, bahasa, dan matematik bagi
membolehkan kanak-kanak memahami prinsip universal.

Antara pekerjaan kanak-kanak yang dicadangkan Froebel termasuklah


menggunting kertas, menganyam kertas, mencorakkan manik, melukis,
menyulam, dan menenun fabrik. Kanak-kanak diajar untuk membentuk apa
sahaja yang mereka mahu. Matlamat Froebel ialah membangunkan aspek
fizikal, kognitif, dan sosial kanak-kanak.

27
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Gift seperti yang dicadangkan Froebel bertujuan untuk melatih kebolehan


fizikal, mental, sosioemosi, dan kreatif kanak-kanak. Alat ini mempunyai
tahap daripada senang kepada sukar berdasarkan umur kanak-kanak. Ia juga
bermula dengan unit yang lebih besar kepada lebih kecil. Gift yang pertama
mengandungi enam biji bola kayu dalam warna berlainan.

Gift 1 mempunyai enam biji bola kayu lembut berdiameter 2. Ia mempunyai


warna yang berbeza iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan ungu. Setiap
biji bola mempunyai seutas tali sepanjang 6 dan lubang pada hujung tali itu
agar ia berayun. Alat permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga
bulan sehingga tiga tahun. Froebel mengakui bahawa bola ialah permainan
kesukaan bayi kerana ia ringan dan mudah untuk dipegang dan digenggam.
Bagi Froebel, bola ialah simbol kesamaan kerana bentuk sebenar
keseluruhannya. Keseluruhan ialah konsep asal memahami sesuatu kerana
setiap sesuatu harus difahami daripada konsep menyeluruhnya.

Gift 2 mempunyai dua biji kiub 2, satu biji silinder 2 dan satu biji sfera 2.
Froebel menamakan gift ini sebagai keseronokan kanak-kanak atau the
childrens delight yang mempunyai bentuk dan rekaan yang berbeza.

Gift 3 ialah sebiji kiub 2 yang terdapat dalam Gift 2 yang dibahagikan kepada
lapan biji kiub berukuran 1 setiap satu.

Gift 4 ialah kiub 2 yang dibahagikan kepada lapan blok segi empat tepat
berukuran 2 x 1 x . Kanak-kanak mungkin melihatnya sebagai jubin,
bata, dan sebagainya.

Gift 5 ialah kiub 3 yang dibahagikan kepada 21 biji kiub 1, enam biji kiub
separuh, dan 12 biji kiub . Gift 5 mempunyai bentuk yang lebih besar, kiub
3 dan jumlah yang lebih banyak dan bentuk yang pelbagai. Terdapat kiub
separuh dan serta segi tiga. Gift ini sesuai untuk kanak-kanak berusia lima
tahun ke atas.

Gift 6 ialah kiub 3 yang dibahagikan kepada 18 blok segi empat tepat, 12
blok serata dalam bentuk segi empat sama, dan enam batang kecil. Gift ini
sesuai untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.

Gift 7 mempunyai 172 keping papan kecil dengan berbagai-bagai bentuk.


Antaranya ialah segi empat, segi tiga dua sama, segi tiga sama sisi, dan segi
tiga sudut tegak. Oleh sebab gift ini mempunyai pelbagai bentuk, warna, dan
28
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


saiz, kanak-kanak boleh mengasingkan setiap keping berdasarkan bentuk,
warna, dan saiz mereka, atau berdasarkan dua ciri seperti bentuk dan warna,
warna dan saiz, atau warna, saiz, dan bentuk.

Gift 8 mempunyai gelang yang diperbuat daripada besi. Juga terdapat gelang
separuh dan yang diperbuat daripada kayu. Kanak-kanak boleh mengasingkan
objek ini mengikut bentuk, dan juga membentuk huruf, corak, dan banyak lagi
mengikut kreativiti mereka.

Kanak-kanak boleh bermain Gift 9 seperti gift lain di mana mereka boleh
mengasingkan objek tersebut mengikut warna, corak, dan sebagainya
mengikut kreativiti mereka.

Gift 10 berubah daripada bentuk tetap kepada bentuk lebih abstrak. Gift ini
dibina dengan menyesuaikan titik dan garis bagi membina sesuatu bentuk.

6.3

Maria Montessori (1870-1952)


Pendidik terkenal di Rome, berpengalaman dalam mendidik kanak-kanak spastik.
Pada 1899, beliau terlibat dalam membina sekolah untuk kanak-kanak spastik di
Rome. Beliau menghabiskan dua tahun dengan rakannya melatih guru dalam
kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak spastik.
Beliau banyak menghabiskan masanya dengan kanak-kanak bagi memerhatikan
dan menjalankan eksperimen menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Beliau
menggunakan semua pemikiran yang diperoleh daripada kajiannya.
Sesetengah kanak-kanak yang pernah dilabel tidak berpelajaran telah pandai
belajar sehingga mereka dapat membaca dan menulis. Sesetengahnya pula lulus
sekolah rendah dengan gred yang lebih baik daripada kanak-kanak normal.
Kaedah pengajaran
Montessori menekankan:

Kaedah bersesuaian dalam masalah pembelajaran kanak-kanak.

Alat bantu mengajar perlu mempunyai ciri-ciri tertentu supaya kanak-kanak


boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan pengajarannya
menekankan pengajaran dan pembelajaran deria. Kaedah pengajaran di
sekolah Montessori memfokuskan kepada latihan melihat, mendengar, dan

29
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


menyentuh. Tujuannya adalah supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan
boleh menggunakan deria mereka dengan berkesan.

Dalam

komennya

mengenai

keberkesanan

pengajaran

kanak-kanak

berkeperluan khas, beliau berkata, Saya berjaya mengajar ramai kanak-kanak


kurang bijak daripada rumah sakit menulis dan membaca sehingga mereka
boleh menduduki peperiksaan di sekolah awam bersama dengan kanak-kanak
normal. Dan mereka lulus dengan cemerlang (Morrison 1995:69).

Sumbangannya terhadap kanak-kanak dan juga sesi ceramah bersama orang


ramai di Itali dan negara Eropah lain membuatkan Mari Montessori terkenal
kerana beliau juga seorang guru dan doktor.

Pada 1904, beliau diminta membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di


kawasan sesak yang juga program perumahan semula. Sekolah pertama dan
terbesar di San Lornso adalah untuk kanak-kanak berumur tiga hingga enam
tahun. Beliau menamakan sekolah tersebut Casa dei Bambini, bahasa Itali
untuk Rumah Kanak-kanak (Lesley Britton, 1992).

Dua tahun kemudian, beberapa sekolah lagi telah diasaskan. Di sekolah ini,
Montessori melaksanakan kaedahnya ke atas kanak-kanak normal. Beliau
percaya kaedah yang digunakannya itu memberi banyak faedah kepada kanakkanak berkeperluan khas dan boleh menambah baik pencapaian kanak-kanak
normal.

Prinsip Kaedah Montessori


1. Menghormati kanak-kanak

Menurut Montessori, orang dewasa perlu melayan kanak-kanak sebaiknya.

Mereka perlu dilayan sebagai kanak-kanak dan bukannya orang dewasa.


Orang dewasa tidak seharusnya memaksa kanak-kanak menerima
pemikiran mereka.

Guru dan ibu bapa perlu menghormati kanak-kanak dalam pelbagai cara,
contohnya membantu mereka melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri

Apabila kanak-kanak boleh memilih, mereka membina kemahiran dan


kebolehan mereka yang merupakan asas kepada pembelajaran berkesan,
autonomi, dan pengiktirafan kendiri.

30
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


2. Minda penyerap

Cara kanak-kanak memperoleh ilmu berbeza dengan orang dewasa. Jika


orang dewasa menggunakan pemikiran, kanak-kanak menggunakan sifat
fizikal dan deria.

Semenjak berusia tiga hingga enam tahun, menggunakan minda penyerap


sedar, kanak-kanak boleh memilih maklumat yang diterima daripada
persekitaran dan seterusnya menambah baik deria mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun menguasai beberapa kemahiran


seperti membeza, menyesuai, dan menggredkan warna.

Sejak lahir sehingga tiga tahun, pemikiran kanak-kanak diistilahkan


sebagai minda penyerap tak sedar yang berkembang menerusi aktiviti
melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan menyentuh.

Apa yang kanak-kanak belajar bergantung pada orang di sekeliling


mereka; cara mereka bercakap, bertindak, dan tindak balas mereka
terhadap respons kanak-kanak.

Pengalaman sedia ada dan bahan yang disediakan untuk kanak-kanak turut
menentukan jenis dan kualiti pembelajaran.

3. Tempoh sensitif

Montessori percaya bahawa terdapat tempoh sensitif di mana pada waktu


ini kanak-kanak belajar tingkah laku tertentu dengan lebih berkesan.
(Ramai pendidik kanak-kanak menyamankan tempoh sensitif dengan
kesediaan)

Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini tetapi tempohnya berbeza


bagi setiap kanak-kanak.

Ibu bapa dan guru perlu mengesan tempoh sensitif ini dan menyediakan
pengalaman untuk kanak-kanak membina kemahiran.

Ibu bapa dan guru perlu memerhatikan kanak-kanak. Ramai pendidik


melihat pemerhatian ke atas kanak-kanak lebih penting daripada ujian.

Tempoh sensitif dalam pembelajaran berlaku pada peringkat awal hidup di


mana terdapat perkembangan fizikal dan bahasa yang pesat.

Guru mempunyai tiga peranan:


i) Mengakui kewujudan tempoh sensitif
ii) Belajar cara untuk mengesan mereka

31
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


iii) Menyediakan pengalaman bagi membangunkan potensi kanakkanak

4. Persekitaran bersedia

Kanak-kanak belajar lebih baik dalam persekitaran yang bersedia. Ini


termasuklah bilik darjah, rumah, pusat jagaan, atau taman permainan.

Matlamat persekitaran bersedia adalah untuk membolehkan kanak-kanak


berdikari dan tidak bergantung pada orang dewasa. Sebaiknya, mereka
melakukan sesuatu sendiri.

5. Pendidikan automatik

Maksud pendidikan automatik ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik


diri sendiri sewaktu menjalankan aktiviti dalam persekitaran bersedia.
Menerusi aktiviti ini kanak-kanak boleh:
Belajar sesuatu
Berfikir
Mendapat kepuasan kendiri

Menurut kajian oleh Montessori, semua kanak-kanak mempunyai ciri-ciri


universal, iaitu:
Semua kanak-kanak mempunyai minda penyerap
Semua kanak-kanak melalui tempoh sensitif
Semua kanak-kanak mahu belajar
Semua kanak-kanak belajar melalui bermain/bekerja
Semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan
Semua kanak-kanak mahu berdikari

6.4

John Dewey (1859-1952)


Ahli falsafah Amerika yang terkenal.
Teori Dewey mengenai persekolahan dikenali sebagai progresivisme yang
menekankan kanak-kanak dan minat mereka, bukan subjek. Istilah kurikulum
berpusat kanak-kanak dan sekolah berpusat kanak-kanak diambil daripadanya.
Falsafah progresif turut menekankan persediaan kanak-kanak dalam menghadapi
realiti semasa berbanding persediaan mereka menghadapi masa depan yang tidak
32
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


diketahui. Dewey pernah menyebut Pendidikan, oleh itu, ialah proses kehidupan
dan bukan persediaan untuk masa depan. (Morrison 2001).
Dalam bilik darjah yang berdasarkan pemikiran Dewey, kanak-kanak terlibat
dalam aktiviti fizikal, menggunakan bahan, perkembangan intelek, dan kewujudan
pergaulan sosial.
Aktiviti fizikal termasuklah berlari, melompat, dan menggunakan peralatan.
Kanak-kanak juga belajar cara menggunakan bahan dan peralatan untuk membina
sesuatu Dewey turut mencadangkan aktiviti seharian kanak-kanak perlu
melibatkan memasak dan pertukangan kayu.
Untuk menggalakkan

perkembangan intelek kanak-kanak, mereka perlu

didedahkan kepada aktiviti seperti menyelesaikan masalah, meneroka perkara


baru, mencari jawapan mengenai bagaimana sesuatu berlaku, dan sebagainya.
Kanak-kanak juga perlu dilatih cara bergaul dengan orang lain dalam persekitaran
kelas demokrasi. Untuk menggalakkan perkembangan mental dan emosi kanakkanak, Dewey mahukan mereka belajar dalam kelas tidak formal kerana baginya,
pemformalan itu musuh kepada aktiviti mental sebenar dan kepada pertumbuhan
dan pengungkapan emosi yang ikhlas (Morrison 2001:80).
Dewey menggalakkan pengajaran yang menggabungkan kandungan daripada
pelbagai subjek menggunakan kaedah bertema, di samping menggalakkan
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.
Antara pandangannya ialah falsafah bukanlah mengenai mengenal dunia tetapi
mengenai cara mengawal dan membangunkan dunia. Fungsi utama falsafah ialah
untuk mencari semua perubahan yang berkaitan dengan pengalaman manusia.
Dewey melihat pendidikan sebagai kehidupan dan bukan persediaan untuk hidup
semata-mata.
Pendidikan ialah proses sosial yang mempersembahkan ilmu, teori, pemikiran,
dan fakta kepada masyarakat muda (kanak-kanak). Sekolah Dewey menggalakkan
pengajaran praktikal dan kemahiran seperti pertukangan kayu, memasak, dsb.
Beliau ialah perintis kaedah projek. Kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti
kanak-kanak. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak bekerja keras untuk mencapai
kejayaan. Dalam pengajaran, guru perlu bermula dengan kumpulan kecil, dan
kemudian secara individu. Beliau juga melihat pendidikan sebenar ialah proses
aktif berdasarkan alamiah kanak-kanak.

33
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Dewey turut menggalakkan kanak-kanak untuk belajar melalui perbuatan kerana
kanak-kanak secara semula jadinya aktif dan pembelajaran melalui perbuatan
menyediakan mereka untuk menghadapi masa depan.

34
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 7
MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
membincangkan tiga model berikut dan membandingkannya dari segi kelebihan dan
kekurangan dalam pembelajaran kanak-kanak:
a) Pendekatan Developmental Interaction Bank Street
b) Program Berorientasikan Kognitif: Program Prasekolah High/Scope Perry
c) Bereiter-Engelmann atau Direct Instruction (Preschool Academic atau DISTAR)

7.1

Pendekatan Developmental Interaction Bank Street


Diasaskan untuk program Head Start dan Follow Through oleh Elizabeth
Gilkeson & Associates; berdasarkan Bank Street College of Education, New
York.
Kurikulum berdasarkan peringkat perkembangan individu.
Kesan pembelajaran menerusi pergaulan

Dari segi pergaulan dengan orang lain, program ini percaya kanak-kanak
belajar dengan lebih berkesan melalui pergaulan dengan rakan sebaya dan
orang dewasa dalam persekitaran yang menyediakan pelbagai aktiviti.

Program ini berdasarkan falsafahusaha sebenar untuk merangsang


perkembangan sosioemosi dan intelek.

Penekanan diberikan kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti


(sifat seseorang dsb.), keberkesanan kendiri, kawalan impulsif (dorongan
dalaman), keyakinan diri, reka bentuk, produktiviti, autonomi (hak atau kuasa
diri), dan hubungan dengan orang lain.

Penilaian

Guru menilai perkembangan kanak-kanak secara berterusan dan menyediakan


aktiviti selari dengan penilaian tersebut

Pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak


35
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pendekatan bertema

Model ini mencadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


kaedah bertema.

Pembelajaran bertema dilaksanakan dengan menggabungkan aspek kurikulum.

Pemilihan tema bergantung pada kriteria berikut:


Perkara yang menarik bagi kanak-kanak
Berdasarkan sumber sedia ada
Terarah kepada aktiviti dan perbincangan
Berkait dengan kanak-kanak dan mudah difahami oleh mereka
Boleh membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih
meluas
Sesuai dengan umur kanak-kanak
Berpotensi ke arah pembelajaran kendiri

Apabila tema telah dipilih, guru perlu menentukan konsep yang mahu
dibangunkan dengan tema tersebut. Kanak-kanak perlu berseronok sewaktu
melakukan aktiviti tersebut.

Hubungan antara guru dengan kanak-kanak adalah asas kepada pelaksanaan


program ini. Guru yang mesra, penyayang, dan menolong akan menggalakkan
kanak-kanak untuk bekerjasama.

Jadual harian

Jadual harian disusun dengan sebaiknya membolehkan penglibatan seimbang.


Walau bagaimanapun ia fleksibel.

Biasanya kanak-kanak bekerja sendiri atau dalam kumpulan kecil bersama


orang dewasa atau tanpa kawalan orang dewasa.

Dalam jadual harian, terdapat aktiviti membaca dan menulis di samping


aktiviti lain.

Kanak-kanak menulis buku sendiri dan membaca buku tulisan rakan mereka.

Hubungan dengan ibu bapa


Program ini sangat menekankan komunikasi dua hala dengan ibu bapa. Oleh itu,
program ini menyediakan ruang untuk ibu bapa dan sentiasa mengadakan lawatan

36
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


ke rumah ibu bapa dan aktiviti lain yang boleh menguatkan hubungan guru
dengan ibu bapa.

7.2

Program Berorientasikan Kognitif: Program Prasekolah Perry High/Scope


Diasaskan oleh David Weikart dan Associates dari Institute of High/Scope di
Ypsilanti, Michigan. Ia adalah usaha untuk menterjemah teori perkembangan
Piaget ke dalam program pendidikan.
Pada awalnya dikenali sebagai Perry Preschool dibina pada tahun 1960-an bagi
membantu kanak-kanak kurang berkemampuan. Program ini menekankan
perkembangan kognitif kanak-kanak, bagaimana mereka menguruskan masa dan
mentafsir hubungan antara objek dengan peristiwa dalam persekitaran.
Persekitaran

Kanak-kanak boleh memilih pelbagai bahan yang diberikan kepada mereka.

Kelas diberikan kepada sudut-sudut. Setiap sudut dilengkapkan dengan


peralatan tertentu. Sudut-sudut dalam kelas terdiri daripada:
Sudut isi rumah
Sudut blok
Sudut seni
Sudut senyap dan wide corner
Sudut untuk membina objek
Sudut muzik dan gerakan
Sudut permainan pasir dan air
Sudut haiwan dan tumbuhan

Terdapat juga ruang untuk kanak-kanak menyimpan barang mereka supaya


mereka belajar mengenai kebersihan serta peraturan dan undang-undang.

Jadual harian
Sampel jadual harian bagi program separuh hari
8:30-8:50 am

Masa merancang

8:50-9:45 am

Masa bekerja

9:45-10:00 am

Masa mengemas

37
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


10:00-10:30 am

Masa imbas kembali, makan kudapan, dan aktiviti


berkumpulan kecil

10:30-10:50 am

Permainan luar kelas

10:50-11:10 am

Sesi dalam bulatan

11:10-11:20 am

Pulang

Sampel jadual harian bagi program sehari penuh


7:30-8:30 am

Apabila kanak-kanak sudah tiba, guru merancang bersama


mereka dan mengarahkan mereka bermula

8:30-9:00 am

Sarapan dan menggosok gigi

9:00-9:20 am

Masa merancang

9:20-10:30 am

Masa bekerja dan mengemas

10:30-10:50 am

Masa imbas kembali

10:50-11:20 am

Permainan luar kelas

11:20-11:45 am

Sesi dalam bulatan dan bersedia untuk makan tengah hari

11:45-12:30 pm

Makan tengah hari

12:30-1:30 pm

Masa tidur siang. Kanak-kanak tidur atau berbaring sambil


membaca dengan senyap

1:30-2:15 pm

Aktiviti berkumpulan kecik dan makan kudapan

2:15-4:00 pm

Sesetengah kanak-kanak pulang ke rumah manakala guru dan


penjaga merancang dengan kanak-kanak lain yang masih
berada di sekolah. Kemudian kanak-kanak tersebut pulang
apabila tiba masanya

Jadual harian dilaksanakan untuk memberikan kefahaman kepada kanak-kanak


tentang konsep masa.
Masa merancang
Kanak-kanak memulakan aktiviti dengan merancang apa yang ingin dibuat. Guru
membantu kanak-kanak merancang dan merekodkannya.
Masa bekerjakurikulum
Terdapat lapan bahagian:

38
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


1) Pembelajaran aktif kanak-kanak melakukan aktiviti sendiri termasuklah
belajar melalui deria, manipulasi, bergabung untuk mengetahui tentang
hubungan, memilih aktiviti sendiri, dan belajar menggunakan alat dan
peralatan.
2) Menambah baik penggunaan bahasa kanak-kanak digalakkan untuk
bercakap dengan orang lain mengenai pengalaman yang bermakna bagi
mereka, menggambarkan, dan meluahkan perasaan mereka. Guru menulis dan
mengadakan permainan bahasa.
3) Menggambarkan pengalaman dan idea dengan mengenal pasti objek
menggunakan deria, meniru pergerakan dan suara, main peranan, melukis, dan
mewarna.
4) Membuat pengelasan bermula dengan praoperasian di mana kanak-kanak
mengenal pasti

persamaan dan perbezaan objek-objek. Kanak-kanak

digalakkan untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu, mengasingkan dan


menggabungkan sesuatu, menggunakan sesuatu dalam pelbagai cara,
membincangkan ciri-ciri yang tidak terdapat pada sesuatu, dan membezakan
antara sedikit, separuh, dan semua.
5) Seriasi boleh menyusun barang, dilakukan dengan membanding, menyusun
barang dengan betul dan menyatukan objek.
6) Konsep nombor asas pemahaman matematik berdasarkan pengalaman
konkrit. Untuk menambah baik konsep ini, pengalaman diberikan supaya
kanak-kanak boleh membanding dan mengira.
7) Hubungan dengan ruang digalakkan untuk menyatukan dan mengasingkan
sesuatu, menyusun semula dan membentuk semula objek. Bermain dengan
objek pelbagai bentuk, mengalami dengan tubuh sendiri, mengilustrasikan
tubuh, jarak dan kedudukan.
8) Memahami unit masa dan menyusun peristiwa mengikut susunan.

7.3

Bereiter-Engelmann atau Model Direct Instruction (Preschool Academic atau


DISTAR)
Model ini berdasarkan teori behaviorisme. Diasaskan oleh Carl Bereiter dan
Siegfried Engelmann pada 1960 dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak
miskin berjaya di sekolah rendah. Kanak-kanak tidak berkemampuan jauh

39
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


ketinggalan berbanding rakan sebaya daripada kelas pertengahan. Mereka bukan
sahaja perlukan pengayaan malahan satu program yang boleh mempercepatkan
kadar pembelajaran mereka.
Model ini berbeza dengan model lain kerana ia direka untuk memenuhi matlamat
tertentu

guru

(bukan

memenuhi

perkembangan

kanak-kanak

secara

keseluruhannya).
Kurikulum

Model ini menggunakan pendekatan pengajaran langsung.

Guru merancang pengajaran. Kanak-kanak perlu membuat latih tubi dan


latihan tertentu.

Terdapat tiga subjek yang diberi penekanan: bahasa, matematik, dan


membaca. Matlamatnya adalah untuk menyediakan kemahiran berkaitan
dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

Setiap subjek direka untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran


tertentu.

Contohnya, dalam aspek membaca, kanak-kanak diminta untuk melihat huruf


dan menyebutnya dari kanak ke kiri. Matlamatnya adalah untuk membolehkan
kanak-kanak menggabungkan huruf bagi membentuk kata.

Dalam aspek bahasa, penggunaan kata yang berkaitan ialah kata majmuk,
melengkapkan ayat, ayat positif dan ayat negatif, dan kata lawan (besar/kecil,
naik/turun).

Matlamat lain berkaitan warna dan nama, nombor sehingga 20, pengenalan
huruf, kebolehan menghasilkan kata beritma. Guru menyediakan pengukuhan
berterusan dari segi pujian dan makanan.

Muzik diajar secara langsung bagi tujuan mengukuhkan penggunaan bahasa.

Menurut Lay-Dopyera & Dopyera (1993), dalam matematik, kanak-kanak


bukan sahaja diajar mengira sehingga 20, malahan mereka juga diajar
menambah dan menolak di samping simbol +, -, dan =; serta diminta
menjawab soalan berkaitan.

Persekitaran

40
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengajaran berdasarkan kelas kecil di mana guru mengajar secara langsung.


Kelas yang lebih luas adalah untuk aktiviti yang lebih bebas dan kumpulan
yang lebih besar.

Pelan lantai terdiri daripada tiga bilik kecil bilik matematik, bilik membaca,
dan bilik bahasa. Semua bilik dilengkapi dengan lima kerusi yang menghadap
papan tulis.

Terdapat bahan seperti teka-teki, buku, dan bahan untuk menyurih, kertas dan
krayon; tetapi tiada bahan untuk kreativiti kerana perkembangan kreatif
bukanlah matlamat program ini.

Jadual
Tiga subjek tersebut (bahasa, matematik, dan membaca) diajar secara intensif,
dalam masa 20 minit. Setiap subjek terdiri daripada lima orang pelajar, atau tiga
hingga lapan orang, dan seorang guru. Kumpulan dibuat berdasarkan keupayaan.
Guru
Program ini mencadangkan yang guru sekolah rendah lebih layak dan sesuai
untuk mengajar program ini berbanding guru yang dilatih untuk awal kanakkanak.
Kajian keberkesanan program

Beberapa kajian telah dibuat bagi melihat keberkesanan program ini.

Keputusan menunjukkan peningkatan yang bermakna dalam ujian IQ dan


ujian prestasi kanak-kanak jika dibandingkan dengan kumpulan kanak-kanak
lain.

Tetapi peningkatan ini menurun dengan cepat berbanding kanak-kanak dalam


program lain.

Begitu juga dengan tahap ingin tahu dan reka bentuk kanak-kanak program
Bereiter-Engelmann. Ia dilihat lebih rendah daripada kanak-kanak program
lain.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh terlalu banyak aktiviti pengukuhan


yang mengurangkan minat intrinsik kanak-kanak dalam proses pembelajaran
mereka.
41
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Apabila motivasi luaran dihapuskan, motivasi untuk belajar juga hilang.

Kajian menunjukkan kadar remaja memberontak oleh mereka yang mengikuti


program pengajaran langsung di peringkat prasekolah lebih tinggi daripada
mereka yang mengikuti program yang menekankan pemilihan kendiri semasa
tadika.

Setiap hari, guru membacakan buku kepada kanak-kanak. Program ini


menyediakan banyak buku bergambar dan buku yang mudah dibaca kepada
kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh memperkaya perbendaharaan kata mereka menerusi carta,


label, cerita, dan permainan.

Kanak-kanak melakukan tugasan sendiri. Mereka mungkin diberi plastisin


atau bahan lain untuk diteroka dan dimanipulasi. Ini bukanlah masa untuk
mengajar. Ia memberikan peluang kepada guru untuk memerhatikan kanakkanak dan memperkenalkan bahan untuk diterokai kanak-kanak.

Masa imbas kembali


Kanak-kanak melihat semula tugas mereka. Biasanya dilakukan dalam kumpulan
kecil.

Perbincangan Kelas
Bincangkan konsep, pendekatan, dan pelaksanaan Program Permata Negara. Bandingkannya
dengan model awal kanak-kanak lain. Bincangkan kekuatan dan kelemahannya.

42
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 8
MODEL PENDIDIKAN AWAL
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
membincangkan pandangan Montessori dari segi:
i) Persekitaran pusat awal kanak-kanak
ii) Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan bahan yang digunakan
membandingkan model Montessori dengan model Reggio Emilia

8.1

Model Montessori
Model ini boleh didapati dengan meluas di Amerika Syarikat. Program ini
berdasarkan bagaimana kanak-kanak membesar.
Matlamat Pendidikan Montessori
American Society of Montessori (1984) dalam Brewer (1998) menyatakan
bahawa matlamat program Montessori adalah untuk membangunkan aspek
berikut:

Penumpuan

Kemahiran memerhati

Kesedaran dalam susunan dan kronologi

Koordinasi

Kesedaran dalam kemahiran praktikal dan andaian

Konsep matematik

Kemahiran bahasa

Kemahiran menulis dan membaca

Kebiasaan dalam seni kreatif

Memahami alam semula jadi

Pengalaman dalam memahami sains sosial

Pengalaman dalam kemahiran berfikir secara kritis menerusi teknik


penyelesaian masalah
43
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Persekitaran pusat prasekolah

Montessori menekankan agar pusat pendidikan kanak-kanak mempunyai


kawasan yang luas. Ini membolehkan kanak-kanak bergerak bebas. Taman
permainan dan taman kecil perlu ada. Persekitaran mestilah menarik dan
menyeronokkan. Tumbuhan, bunga, alat permainan yang menarik juga perlu
ada.

Perabot seperti meja dan kerusi perlulah dalam saiz kanak-kanak. Ia juga perlu
ringan supaya kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun boleh
mengangkatnya.

Meja perlu dalam bentuk segi tiga yang boleh digunakan dua atau tiga kanakkanak jika mereka duduk bersama. Perlu juga ada meja kecil jika kanak-kanak
perlu membuat tugasan bersendirian.

Peralatan perlu di atur dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Ruang yang menyediakan alatan yang membolehkan kanak-kanak mendapat
kemahiran tertentu juga perlu ada.

Di pusat Montessori, terdapat ruang membasuh tangan yang cukup rendah


untuk kegunaan kanak-kanak tiga tahun. Juga terdapat ruang meletakkan
sabun, berus kuku, tuala, dsb. Lebih baik juga, menurut Montessori, jika ada
almari kecil untuk setiap kanak-kanak menyimpan barang keperluan mereka
seperti sabun, berus gigi, dsb.

Dalam setiap bilik, almari yang rendah diperlukan bagi menyimpan bahan
pembelajaran. Pintunya harus mudah dibuka. Kanak-kanak perlu diberi
tanggungjawab untuk menjaga bahan-bahan dalam almari tersebut. Di atas
almari boleh diletakkan pasu bunga, akuarium kecil, dan alat mainan lain.
Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk bermain dengan alat mainan itu.

Kelas perlu dilengkapi papan tulis yang digantung rendah agar kanak-kanak
boleh menggunakannya. Sediakan kotak untuk meletakkan kapur dan
pembersih papan tulis. Ia juga perlu dihias dengan cantik untuk menarik
perhatian kanak-kanak.

Falsafah Montessori bersandarkan kepada logik, sistematik, dan kecantikan.

Kanak-kanak

44
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berdasarkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza


akan terlibat dalam aktiviti individu. Mereka bebas memilih projek yang
disukai.

Aktiviti ini biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak
mengikut peraturan sendiri dan bekerja sendiri atau berpasangan. Kanakkanak kecil belajar aktiviti tertentu dengan memerhatikan dan meniru kanakkanak yang lebih tua. Program Montessori ini direka untuk kanak-kanak 3-6
tahun.

Guru
Dalam program Montessori, penyeliaan orang dewasa adalah minimum. Guru
memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri semasa menunjukkan
cara-cara menggunakan alatan/bahan baru. Guru tidak memuji kanak-kanak
kerana matlamat aktiviti ini ialah membina ganjaran kendiri dan motivasi
intrinsik. Guru mempelajari kaedah dan kurikulum Montessori melalui kursus
intensif pada peringkat ijazah.
Bahan

Mempunyai ciri istimewa.

Material adalah didaktik, direka untuk subjek spesifik.

Dalam bentuk penyesuaian kendiri (self-correcting) di mana kanak-kanak


mendapat maklum balas sama ada mereka berjaya atau tidak selepas
menyelesaikan tugasan menggunakan bahan tersebut.

Bahan dibina daripada senang kepada sukar. Kanak-kanak diberikan cabaran


untuk menyelesaikan konsep yang sukar secara progresif.

Bahan dibangunkan dengan berhati-hati, biasanya menggunakan bahan semua


jadi seperti kayu yang dikilatkan.

Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, termasuk:

Aktiviti berkaitan kehidupan

Aktiviti berkaitan penggunaan deria

Aktiviti bersifat akademik


45
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Aktiviti kehidupan seharian
Aktiviti ini adalah praktikal:
Membutangkan baju
Mengikat tali kasut
Menggilap kasut
Menyikat rambut
Menyiram pokok
Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja

Aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak,


malahan melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri
dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan.

Bahan Deria
Aktiviti ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak membentuk, menyusun,
meluaskan, dan mengkaji persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran,
sentuhan, menghidu, dan merasa. Untuk membangunkan kemahiran tersebut,
Montessori mencipta pelbagai alatan seperti:
Pink Tower: terdiri daripada 10 biji kiub yang diperbuat daripada pelbagai
kayu bentuk, tekstur, dan warna. Semua kiub berwarna merah jambu. Saiz
kiub bermula dan 1cm dan setiap biji bertambah 1cm. Kiub terbesar
bersaiz 10cm. Kiub-kiub itu disusun mendatar daripada paling besar
kepada paling kecil. Menara ini sangat menarik bagi kanak-kanak bawah
lima tahun kerana mereka boleh meruntuhkan dan membinanya semula.
Brown Stairs: terdiri daripada 10 blok yang diperbuat daripada kayu.
Kesemuanya berwarna coklat dan berbeza dari segi ketebalan. Kanakkanak boleh menyusun blok-blok ini daripada yang paling nipis kepada
yang paling tebal. Blok paling tebal bersaiz 10cm dan blok lain semakin
berkurang 1cm setiap satu.
Red Rods: terdiri daripada 10 batang, semuanya berwarna merah dan
bersaiz sama, kecuali panjangnya berbeza daripada 10cm kepada 1cm.
Kanak-kanak boleh menyusun batang ini daripada yang paling panjang
kepada yang paling pendek.
46
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Cylinder Block: terdiri daripada blok dengan lubang dan silinder kecil
yang muat dimasukkan ke dalam lubang. Kanak-kanak perlu menarik
silinder keluar daripada blok dan memasukkannya ke dalam lubang yang
sesuai.
Smelling Jar: menggunakan dua botol berwarna sama tetapi dengan bau
berbeza. Guru akan meletakkan dua bahan yang berbau sama dengan
botol. Kanak-kanak kemudiannya diminta untuk menghidu dua bahan ini
dan memadankannya dengan bau dalam botol.
Baric Tablets: kepingan kayu berbentuk segi tiga dengan berat yang
berbeza. Terdapat tiga set semuanyaringan, sederhana ringan, dan berat.
Kanak-kanak perlu memadankan kepingan itu mengikut berat.
Colour Tablets: pada mulanya, Montessori memilih tiga keping kayu
berwarna sangat terang dan berpasangan iaitu merah, biru, dan kuning.
Kesemua enam keping kayu diletakkan di hadapan kana-kanak. Kanakkanak akan ditunjukkan sekeping kayu dan mereka diminta mencari
pasangannya yang berwarna sama. Kemudian, kanak-kanak perlu
menyusun semua warna berpasang-pasangan.

Bilangan kepingan kayu boleh ditambah menjadi lapan warna atau 16


keping. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai semua warna terang,
mereka akan diminta mengenal pasti warna yang lebih cerah. Kemudian,
kayu berwarna sama akan ditambah tetapi kanak-kanak perlu menyusun
kepingan tersebut mengikut ton warna.
Sound Boxes: pelbagai barangan diletakkan dalam dua kotak bersaiz dan
berwarna sama. Contohnya, sebuah kotak diisi pasir dan sebuah lagi diisi
batu kerikil. Kanak-kanak perlu menggoncang kotak dan memadankan
kotak-kotak dengan bunyi sama.
Temperature Jugs: aktiviti ini untuk membezakan suhu. Jag diperbuat
daripada besi. Air pada suhu berbeza dituang ke dalam jag. Kanak-kanak
perlu memadankan jag dengan suhu yang sama.
Montessori juga mengajar kanak-kanak merasa menggunakan lidah untuk
bagi mengetahui rasa pahit, masam, manis, masin, dsb. Setelah kanakkanak merasa makanan, mereka diminta membersihkan mulut dengan air
47
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


bersih. Beliau beranggapan permainan ini bukan sahaja mengajar kanakkanak rasa dan bau yang berbeza, malah mengajar mereka cara
membersihkan mulut setelah merasa pelbagai makanan.
Pelbagai jenis kain: Montessori menggunakan pelbagai jenis kain untuk
dikenal pasti kanak-kanak. Terdapat tujuh jenis kain: baldu, sutera, wool,
linen halus, linen kasar, kapas ringan, dan kapas berat.

Bahan akademik dan konsep


Geometric Insets Kayu dan Bingkai: terdapat banyak bentuk geometri
digunakan dalam pengajaran bentuk. Dalam set ini, kanak-kanak diminta
untuk memadankan bentuk yang sama. Mereka perlu memadankan dua
bentuk kayu yang sama dengan menyesuaikannya dalam bingkai yang
mempunyai bentuk berbeza. Dua keping kayu ini diskrukan agar tidak
bercampur aduk. Montessori turut membuat kabinet bagi menyimpan
alatan geometri ini.
Shape Tablets: kanak-kanak diberikan bingkai atau bekas yang dipenuhi
kayu berbagai-bagai bentuk. Mereka perlu mengeluarkan semua bentuk
dan mencampurkannya. Kanak-kanak perlu memilih bentuk yang sama
dan memadankannya dengan bingkai atau bekas. Montessori menganggap
permainan ini sangat berkesan untuk melatih kanak-kanak mengenal
bentuk geometri kanak-kanak juga diminta menyentuh bentuk dengan jari.
Kertas pasir: kanak-kanak dilatih menggunakan jari untuk merasa abjad
yang dipotong daripada kertas pasir.
Abjad: kelas Montessori dilengkapi dengan abjad. Kanak-kanak diminta
menyusun abjad membentuk perkataan.
Bahan dan latihan: dibuat untuk membantu kanak-kanak menyukai dan
menikmati muzik serta belajar mengawal pergerakan tangan dan kaki
mereka untuk bersedia menari. Montessori turut memperkenalkan ritma,
harmoni, dan melodi. Kanak-kanak diajar cara menggunakan alat muzik
dan mengenal muzik menggunakan latihan deria. Walaupun lukisan tidak
diperkenalkan, kanak-kanak diajar tentang garisan dan warna sebelum
lukisan diperkenalkan (Brewer 1998).

48
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Aktiviti lain yang boleh meningkatkan pemahaman kanak-kanak dari segi
budaya ialah peta, serta gambar haiwan dan tumbuhan untuk dikenal pasti
dan dikelaskan olleh kanak-kanak.

Jadual harian
Berikut merupakan contoh rancangan harian yang terdapat dalam program
Montessori, bermula 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Masa

Aktiviti

9:00 10:00

Periksa kebersihan kanak-kanak


Latihan kehidupan harian: membantu rakan
Memakai dan membuka apron
Memeriksa keadaan bilik supaya bersih dan kemas
Bahasa: Perbualankanak-kanak menceritakan apa yang
berlaku kepada mereka pada hari sebelumnya kepada
seluruh kelas
6) Kelas agama

10:00 11:00

1) Latihan intelek
2) Rehat
3) Latihan deria

1)
2)
3)
4)
5)

11:00 11:30

Gimnastik: pergerakan lazim yang dilakukan dengan lembut,


posisi tubuh normal, berjalan, beratur, menyapa, pergerakan
untuk menarik perhatian, meletakkan objek dengan cermat.

11:30 12:00

Makan tengah hari: bacaan doa ringkas

12:00 1:00

Aktiviti bebas

1:00 2:00

2:00 3:00
3:00 4:00

1) Aktiviti terbimbing, jika boleh, di kawasan terbuka. Pada


waktu ini kanak-kanak yang lebih tua pula yang akan
melakukan aktiviti harian, membersihkan bilik, menyapu
habuk, dan menyusun atur
2) Pemeriksaan kebersihan umum: perbualan
Seni pertukangan: membina model tanah liat, corak, dsb
1) Gimnastik berkumpulan sambil menyanyi, jika boleh, di
kawasan terbuka
2) Aktiviti yang membentuk karakter penyayang: lawatan,
cintakan pokok dan haiwan

49
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


8.2

Pendekatan Reggio Emilia


Pendekatan ini diasaskan di Reggio Emilia, terletak di Itali Utara, di bawah
bimbingan Loris Malaguzzi berdasarkan teori Piaget dan Vygotsky.
Persekitaran

Menarik dan menyeronokkan.

Menambah baik hubungan sesama manusia dan menggalakkan pembelajaran.

Ruang digunakan bagi menggalakkan komunikasi. Penyusunan ruang


menggalakkan kanak-kanak untuk bekerja dalam kumpulan kecil, kumpulan
besar, dengan hanya seorang guru, atau bekerja sendiri.

Peralatan, bahan, dan aktiviti disusun untuk mempromosikan penerokaan,


penemuan, dan penyelesaian masalah, serta memberi peluang kepada kanakkanak untuk membuat pilihan sendiri.

Atelier

Model ini menyediakan bengkel atau studio khas di mana kanak-kanak dan
guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk mengalami perkara baru.

Atelier digunakan

untuk

mendokumenkan

hasil

kerja

kanak-kanak,

mentranskripsikan perbualan kanak-kanak, mengambil gambar aktiviti mereka


dan mendokumenkan proses pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai
projek.

Dokumen ini bermakna buat kanak-kanak kerana mereka boleh menilai hasil
kerja mereka dan rakan-rakan.

Menerusi projek ini, guru dan ibu bapa boleh menilai dan menghakimi proses
pembelajaran kanak-kanak.

Kurikulum

Kurikulum Reggio Emilia adalah berasaskan projek. Dalam projek ini, kanakkanak biasanya bekerja dalam kumpulan kecil untuk mendalami sesuatu
konsep atau topik.

Projek ini boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat atau panjang. Biasanya
ia mengambil masa satu bulan untuk selesai. Oleh kerana program Reggio

50
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Emilia tidak memperuntukkan tempoh tetap persekolahan, kanak-kanak boleh
melaksanakan tugas dengan tenang (tidak terburu-buru).
Tajuk atau tema projek

Model ini menekankan minat dan kecenderungan kanak-kanak. Oleh sebab


itu, tajuk projek yang akan dilaksanakan boleh diambil daripada soalan-soalan
mereka pada guru, atau dalam kata lainnya, berdasarkan idea mereka sendiri.

Ia boleh jadi juga idea guru.

Biasanya, tajuk projek berdasarkan pengalaman harian kanak-kanak.

Projek boleh dijalankan dalam pelbagai topik.

Contoh
Forman (1993) dalam Eva Essa (1996), mengetengahkan projek di mana kanakkanak mengkaji persekitaran mereka sewaktu musim bunga yang berkaitan
dengan bunga popi. Kanak-kanak bermula dengan aktiviti melukis, mula
memikirkan bagaimana rupa bunga popi. Guru dan kanak-kanak berkomunikasi:
ada soal jawab, membandingkan dengan kerja orang lain, dan membincangkan
perkara yang mereka temui di ladang bunga popi. Kemudian, mereka melawat
ladang popi selama beberapa hari dan memerhati. Membanding, dan mengulas
semua soalan yang pernah ditanya sebelum ini. Apabila mereka pulang ke
sekolah, mereka boleh melukis popi dengan lebih tepat dan sempurna.
Guru

Menurut Malaguzzi (1993), pendidikan seharusnya melibatkan tiga elemen:


kanak-kanak, guru, dan keluarga.

Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai rakan kanak-kanak. Mereka akan


duduk bersama dengan kumpulan kanak-kanak tiga tahun, bayi hingga tiga
tahun, dan juga kanak-kanak 3-6 tahun.

Peranan guru ialah sebagai sumber bagi kanak-kanak dan rakan dalam
pendidikan kanak-kanak. Guru boleh dibantu oleh koordinator pedagogi dan
guru seni.

Program lain dalam Reggio Emilia termasuklah mesyuarat pekerja mingguan


dan program pembangunan pekerja.

51
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kedua-dua program boleh meningkatkan kemahiran komunikasi dan


profesionalisme guru.

Perbincangan Kumpulan
Bandingkan model Montessori dengan Reggio Emilia.

52
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 9
MODEL PENDIDIKAN AWAL
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan Sure Start
membincangkan perbezaan antara Sure Start dengan Head Start

9.1

Model Sure Start


Falsafah

Sure Start ialah program yang menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah aspek pendidikan, kesihatan,


sosial, dan penglibatan ibu bapa.

Hubungan yang rapat dan kerjasama antara keluarga, sekolah, dan komuniti
ialah faktor yang ditekankan dalam program ini.

Sure Start diasaskan daripada amalan bersesuaian perkembangan berdasarkan


teori oleh Piaget, Erikson, Vygotsky, dan Gardner.

Program ini bertujuan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanakkanak dan membantu keluarga. Menerusi program ini, kanak-kanak akan
membina bakat dan kemahiran sosial mereka untuk menjadi lebih produktif.

Latar belakang

Sure Start ialah satu usaha kerajaan British untuk mengatasi masalah kanakkanak miskin dan penyisihan sosial.

Sure Start dibentuk melalui program setempat di kawasan-kawasan miskin


dalam negara.

Matlamatnya adalah untuk mendapatkan hasil terbaik buat kanak-kanak, ibu


bapa, dan masyarakat dengan membuka pusat jagaan kanak-kanak untuk
semua kanak-kanak, meningkatkan kesihatan, pendidikan, perkembangan
emosi mereka, serta membantu peranan ibu bapa dan meningkat aspirasi kerja.

53
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kerajaan British telah menaikkan peruntukan kepada lebih daripada 1.5


bilion bagi tahun 2005-2006 dan tambahan sebanyak 669 juta bagi tahun
2007-2008. Ini melibatkan 100,000 buah pusat jagaan kanak-kanak yang
sebahagiannya ditempatkan di sekolah.

Dilancarkan pada tahun 1998, kanak-kanak, remaja, dan keluarga ialah fokus
utama Sure Start. Ia diuruskan oleh Kerajaan Setempat, Primary Care Trusts,
agensi mencari kerja Jobcentre Plus, masyarakat setempat, dan organisasi
sukarela serta sektor swasta.

Terdapat 520 program setempat: program yang dilaksanakan di Scotland,


Wales dan North Ireland. Program ini terfokus kepada keluarga dengan anakanak berusia bawah empat tahun dan melibatkan hampir 800 orang kanakkanak dalam sesebuah kawasan.

Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat perlindungan (drop in centres)


untuk ibu bapa berbincang dengan pekerja Sure Start, pusat jagaan, dan klinik
kesihatan bergerak.

Setiap program ditadbir dengan kerjasama badan kerajaan (termasuk ahli


profesional bidang kesihatan dan pendidikan), ahli profesional penjagaan
kanak-kanak, masyarakat dan kumpulan sukarelawan serta ibu bapa untuk
menyediakan perkhidmatan buat keluarga. Konsep perkongsian ini adalah
faktor unik yang membuatkan program Sure Start berjaya.

Program menawarkan pengalaman belajar dan bermain berkualiti tinggi.


Perkembangan bahasa kanak-kanak ialah sumber kejayaan Sure Start.
Menerusi Sure Start, kerajaan boleh menyasarkan penurunan kos pakar
pertuturan dan bahasa untuk kanak-kanak empat tahun sehingga 5% pada
tahun 2004.

9.2

Model Head Start


Sure Start adalah berdasarkan program Head Start yang dilaksanakan di Amerika
Syarikat. Head Start dilancarkan pada 1965 dengan tujuan untuk membantu
masyarakat memenuhi keperluan kanak-kanak tidak berkemampuan.
Kajian menunjukkan pencapaian peperiksaan kanak-kanak yang menyertai
program Head Start adalah lebih baik daripada mereka yang tidak mengikutinya.
Program ini juga mengurangkan kadar jenayah.
54
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


9.3

Apakah Perbezaan antara Head Start dengan Sure Start?


Model Head Start
Sure

Start

cuba

Model Sure Start

menggabungkan Sure

Start

berdasarkan

beberapa ciri Head Start yang dianggap

(Department

berkualiti:

Education Activity)*

Program satu hari


Sistem yang melibatkan pendidikan,

of

DoDEA

Defence

and

Head Start menggunakan pendapatan


sebagai

kriteria

kelayakan

kesihatan, perkhidmatan sosial, dan

mendaftarkan kanak-kanak. Sure Start

penglibatan ibu bapa

juga

Pemeriksaan perubatan, pergigian,


dan penilaian berterusan

mengambil

kira

pendapatan

sebagai faktor penting, namun faktor


lain turun dipertimbangkan.

Makan tengah hari, minum petang Head Start memperuntukkan minimum


yang berkhasiat
Penglibatan aktif keluarga

10%

tempat

untuk

kanak-kanak

berkeperluan khas. Sure Start tidak


meletakkan kanak-kanak berkeperluan

Semua program adalah berdasarkan


prinsip bersesuaian perkembangan

khas sebagai kriteria untuk mendaftar.


Penglibatan ibu bapa adalah penting
dalam program ini
Kurikulum Sure Start menggunakan
DoDEA sebagai
pembantu

asas. Guru

program

diberi

dan

latihan

dalam melaksanakan program bagi


memastikan konsistensi
Sure Start memperuntukkan nisbah
dua orang dewasa untuk setiap 18-20
kanak-kanak
Prinsip panduan dalam komitmen DoDEA terhadap semua kanak-kanak ialah:

Kanak-kanak belajar dan membina pengetahuan sebagai hasil pengalaman


yang bermakna dan berguna.

Perkembangan optimum kanak-kanak berlaku dalam suasana di mana terdapat


galakan dan bantuan untuk bekerja sama dengan orang lain, berbincang,

55
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


menganalisis, dan perkembangan peribadi melalui pelaksanaan apa yang
dipelajari.

Kanak-kanak mencapai tahap perkembangan dan pembelajaran yang berbeza


pada masa yang berbeza.

Pembelajaran pada alam awak kanak-kanak membentuk pemeringkatan.

Pembelajaran itu aktiviti individu dan sosial yang berlaku dalam konteks
sosial/budaya.

Bermain ialah bahagian penting dalam program berkualiti untuk kanak-kanak.

Kemahiran dan konsep dibina dan ditingkatkan menerusi aktiviti yang


dimulakan kanak-kanak dan guru.

Program untuk kanak-kanak perlu menyediakan peluang untuk aktiviti


individu dan pengelompokan yang fleksibel.

Kanak-kanak perlu terlibat bersama guru dalam merancang, melaksanakan,


dan menilai pengalaman pembelajaran mereka.

Maruah kanak-kanak serta keadaan dan kelainan peribadi mereka mestilah


dihormati dan diakui.

Keluarga kanak-kanak adalah rakan penting dalam proses pendidikan.

Kanak-kanak seharusnya dilayan dalam suasana yang selamat, memupuk, dan


terpelihara.

Penilaian bersesuaian perkembangan pembelajaran kanak-kanak penting


dalam merancang dan melaksanakan kurikulum yang sesuai dan merayakan
pembelajaran kanak-kanak.

Amalan program untuk kanak-kanak mestilah menggambarkan kajian dan


penemuan yang kukuh tentang kanak-kanak dan pembelajaran.
(Sumber: http://www.dodea.edu/curriculum/eChildhood.cfm)

Keberkesanan program Sure Start

Ibu bapa yang mendaftar dalam program ini mengakui mereka berasa seronok
dan lebih terdorong untuk bekerja.

Penyelidik mendapati program ini berjaya mengumpulkan banyak komuniti,


termasuklah yang tidak pernah bergaul sebelum ini. Hampir 70 ibu bapa
daripada pelbagai komuniti menghadiri perjumpaan ini. Ibu bapa berasa
gembira dengan perjumpaan ini.
56
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Contoh program Head Start Play link

Projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan perkembangan bahasa,


tumpuan, kemahiran sosial dan aktiviti lain. Ia juga memperkukuhkan
kekeluargaan dan menjauhkan penceraian. Projek ini adalah gabungan dengan
program kesihatan yang dilaksanakan di North Sussex dan Brighton.

Projek ini melibatkan lawatan mingguan (pelawat terlatih termasuk ibu bapa
yang telah dilatih dan berpengalaman) ke rumah-rumah. Mereka berbincang
dengan keluarga dan memperkenalkan banyak alat mainan, buku, lukisan,
masakan mudah, permainan, dsb. Juga terdapat perbincangan di dewan
komuniti dan tempat lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak di mana mereka
boleh berjumpa dan berkongsi aktiviti, termasuklah membantu penjagaan
kanak-kanak.

Kajian menunjukkan bahawa 16 kanak-kanak yang terlibat dalam play link


menunjukkan tumpuan yang lebih baik dalam table play dan tidak menghadapi
masalah pertuturan dan bahasa yang banyak selepas menyertai pusat jagaan
kanak-kanak. Mereka juga menunjukkan kebolehan tinggi, kemahiran, dan
keyakinan untuk berbual dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.

Siapa boleh menyertai?


Sure Start ialah program yang dibiayai kerajaan. Pada mulanya ia adalah untuk
kanak-kanak berusia empat tahun. Kanak-kanak yang layak menyertai program ini
berasal daripada keluarga yang membuatkan mereka berisiko:

Berasaskan kedudukan kewangan

Anak kepada ibu/bapa tunggal

Ibu bapa tanpa ijazah

Ibu bapa bukan lepasan sekolah tinggi

Ibu bapa masih remaja ketika anak pertama dilahirkan

Ibu atau bapa bertutur bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama

Kanak-kanak tidak cukup berat

Ibu bapa bekerja di luar rantau untuk tiga bulan atau lebih

Keluarga dengan empat atau lebih anak; jarak usia yang rapat antara setiap
anak

Kanak-kanak dengan adik beradik yang berkeperluan khas


57
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Kurikulum
1. Perkembangan Spiritual, Sosioemosi, dan Personaliti
2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal
3. Perkembangan Matematik dan Pemikiran Logik
4. Perkembangan Pengetahuan dan Pemahaman Persekitaran
5. Perkembangan Fizikal
6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Strategi
Pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan distrukturkan untuk menekankan
keseronokan, bermain, kesesuaian, dan dorongan terhadap semua kanak-kanak.

Perbincangan Kumpulan
Bandingkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua program ini.

58
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 10
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
membincangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjelaskan matlamat Pendidikan Prasekolah di Malaysia
membincangkan Enam Tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

10.1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan berketerampilan, serta berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. (Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan 2010)

Matlamat pendidikan di Malaysia (The Philosophy of Teacher Education in


Malaysia, Kementerian Pelajaran, 1982)
Individu
Memupuk perkembangan

individu yang

seimbang dengan menyediakan

peningkatan potensi fizikal, intelek, emosi, moral, dan estetik apabila rakyat
Malaysia mengakui Rukun Negara.
Masyarakat
Membantu individu untuk mencapai wawasan dan fahaman yang mendalam ke
atas warisan budaya dan ekologi, institusi sosial, nilai dan amalan, desakan dan
cabaran masyarakat Malaysia. Bagi membolehkan individu untuk berfungsi dan
memenuhi komitmen dan tanggungjawabnya sebagai rakyat.
Ekonomi

59
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Membangunkan sumber manusia negara dengan membantu individu menjadi
perancang, pengeluar, dan pengguna yang mahir, cekap,rasional,
bertanggungjawab bagi meningkatkan

dan

kesejahteraan diri dan seterusnya

menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.


Politik
Membangunkan individu yang memahami dan menerima idea dan ideal
demokrasi di bawah perlembagaan, setia kepada raja, patriotik terhadap negara,
sedar mengenai hak dan tanggungjawabnya sebagai rakyat dalam demokrasi serta
komited dalam mengamalkan hak dan tanggungjawab ini.
Kemodenan
Membentuk sikap positif dalam individu terhadap pertanyaan saintifik dan proses
serta pergerakan teknikal, berdikari, keinginan dan keupayaan, serta pendidikan
sepanjang hayat supaya dapat memulakan dan menyesuaikan diri dengan
perubahan seiring dengan nilai budaya dan etika, dan aspirasi negara.
Persefahaman dan keamanan sejagat

Mempromosikan persefahaman dan keamanan sejagat dalam individu


menerusi pengajian mengenai negara lain dari perspektif geografi, sosiologi,
ekonomi, dan politik, serta hubungannya dengan Malaysia.

Membersihkan individu daripada isu yang dihadapi manusia sejagat dan


membentuknya agar memahami dan menghargai usaha ke arah keamanan dan
kerjasama sejagat.

10.1.1 Bagaimana untuk membangunkan Falsafah Pendidikan Prasekolah


Kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan sebagai payung. Padankannya dengan matlamat dan
objektif kurikulum standard kebangsaan.

10.1.2 Matlamat Pendidikan Prasekolah di Malaysia


Pendidikan prasekolah bertujuan untuk mengeksploitasi potensi kanak-kanak berusia
empat hingga lapan tahun secara holistik dan bersepadu, yang meliputi aspek fizikal,
emosi,

rohani,

intelek

dan

sosial

menerusi

persekitaran

yang

selamat,

menyeronokkan, kreatif, dan bermakna. Ia juga menambah baik kemahiran,


meningkatkan keyakinan, dan membentuk personaliti positif supaya kanak-kanak
60
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


berjaya dalam persekitaran sedia ada dan berupaya untuk menghadapi sebarang
cabaran yang bakal dihadapi di sekolah rendah suatu hari nanti.

10.2

Objektif Pendidikan Prasekolah


Objektif pendidikan prasekolah boleh dicapai menerusi pelaksanaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang menyediakan peluang untuk kanak-kanak
berusaha empat hingga enam tahun mencapai objektif dalam aspek fizikal, emosi,
sosial, intelek, dan rohani seperti berikut:

Membina kesihatan fizikal

Mempunyai tubuh yang sihat

Mengekalkan amalan sihat yang baik

Mengambil langkah melindungi keselamatan diri

Memperoleh kemahiran motor kasar dan halus

Memiliki kematangan emosi

Memiliki konsep diri yang positif

Boleh menyatakan pandangan dan perasaan

Boleh bergaul dengan orang lain dan membina hubungan positif dengan rakan
sebaya dan orang dewasa

Memiliki nilai mulia

Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan, bagi kanak-kanak Muslim

Boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda
dalam kehidupan seharian

Meneroka alam sekeliling menggunakan kemahiran sains asas

kemahiran matematik dalam aktiviti seharian dan menyelesaikan massalah

Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam


pembelajaran dan kehidupan seharian

Meluaskan kebolehan kreatif dan estetik

Menghargai keindahan alam sekitar dan warisan budaya

Mempunyai ciri-ciri peribadi positif dan konsep kendiri sebagai rakyat patriotik

Boleh menggunakan bahasa Malaysia dengan baik dan meluaskan penggunaannya


ketika berkomunikasi

61
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Boleh menggunakan bahasa Cina atau Tamil dengan baik ketika berkomunikasi
dalam bahasa tersebut

Boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian, selaras dengan


status bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

Memiliki kemahiran kognitif, berfikir, dan menyelesaikan masalah

Mempunyai emosi dan kemahiran sosial yang matang

Memiliki kesihatan dan kemahiran fizikal serta mengamalkan cara hidup sihat dan
selamat

Mempunyai kebolehan kreatif dan estetik untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya

10.3

Tunjang Kurikulum Prasekolah


Perkembangan kanak-kanak boleh dicapai menerusi integrasi sebelas tunjang
pembelajaran. Tunjang ini termasuklah komunikasi, rohani, sikap dan nilai, sains dan
teknologi, kemanusiaan, keyakinan diri, perkembangan fizikal dan estetika. (Sila
rujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2010)

Aktiviti Kumpulan
1. Apakah masalah yang anda hadapi dalam melaksanakan kurikulum?
2. Pada fikiran anda, adakah anda boleh mencapai matlamat pendidikan prasekolah?

62
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 11
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS
MERDEKA

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
menghuraikan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia sebelum
merdeka
menghuraikan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia selepas
merdeka

11.1

Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Luar Negara

Pendidikan prasekolah bermula di Eropah pada awal abad ke-19 dan di Amerika
Syarikat bermula pada abad ke-20.

Antara ahli falsafah Eropah yang terkenal ialah Johann Heinrich Pestalozzi,
Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah yang pertama
mendirikan tadika di Jerman pada tahun 1837, menamakannya kindergarten
yang bermaksud Garden of Children atau taman kanak-kanak.

Prasekolah yang pertama di United Kingdom dibuka oleh Robert Owen pada
tahun 1816 di sebuah daerah Scotland dan dinamakan The Infant School.

Di Amerika syarikat, prasekolah pertama ditubuhkan pada 1850 oleh Carl


Schurz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabeth Peabody menubuhkan sebuah
tadika di Boston.

Prasekolah di Amerika Syarikat dan Eropah dahulunya fokus kepada kanakkanak berkemampuan sahaja, manakala pendidikan prasekolah untuk kanakkanak tidak berkemampuan diabaikan

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pada


tahun 1990an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura, Indonesia, dan
Thailand. Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula sejak 1940an.
63
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


11.2

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia


11.2.1 Zaman Sebelum Merdeka

Pada 1940an. Prasekolah ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan banyak


dipengaruhi oleh British. Yuran yang dikenakan sangat mahal dan dihadiri kanakkanak berkemampuan. Ia terletak di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru, Ipoh, dsb. Guru-guru ialah bekas guru sekolah rendah yang tiada latihan
khusus untuk pendidikan prasekolah.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika diperkenalkan pada


tahun 1950 dan pada mulanya ditubuhkan untuk kanak-kanak dari keluarga kelas
pertengahan dan tinggi. Hanya pada tahun 1960 beberapa agensi seperti FELDA
dan KEMAS menubuhkan tadika, kebanyakannya di kawasan pedalaman
(Sulaiman et al 1990).

11.2.2 Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Asian Foundation menyumbangkan dana kepada Kesatuan


Sekerja Malaysia untuk menubuhkan prasekolah berdasarkan program Head Start
di Amerika Syarikat. Tadika-tadika ditubuhkan dia Kg Miniandy, Kg Manggis,
dan Kg Sentosa di Selangor. Kumpulan sasaran ialah kanak-kanak kurang
berkemampuan dari keluarga Melayu, Cina, dan India.

Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 prasekolah di kawasan pedalaman yang


dikenali sebagai Tabika (Taman Bimbingan KEMAS) untuk membantu rakyat
miskin di kawasan tersebut. FELDA, RISDA (1980), dan Community Relations
Council (1976) kemudiannya mengambil langkah serupa. Pada tahun 1972, Pusat
Pembangunan Kurikulum menghasilkan buku Panduan Pendidikan Prasekolah
dan menubuhkan 10 prasekolah eksperimen di Malaysia.

Pada tahun 1972, Specialist Teachers Training Institute (STTI) atau Maktab
Perguruan Ilmu Khas telah melatih 137 guru sekolah rendah dan KEMAS dalam
pendidikan prasekolah untuk mengajar di tadika.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bersesuaian


dengan falsafah

pembangunan

luar

bandar. Program

ini

menyediakan

perkhidmatan untuk kanak-kanak daripada masyarakat luar bandar, pinggir


bandar, dan bandar yang berpendapatan rendah.

64
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pada tahun 1981, Sabah Foundation menubuhkan Institut Perguruan Prasekolah di


Pusat Perkembangan Kanak-kanak dengan bantuan nasihat daripada Universiti
Malaya.

Satu kajian menyeluruh mengenai kedudukan pendidikan prasekolah telah


dijalankan pada tahun 1981 dan berakhir pada 1984. Ia adalah untuk memberi
maklumat kepada kerajaan tentang situasi pendidikan prasekolah dan membantu
kerajaan menggubal garis panduan pendidikan prasekolah yang asas; melibatkan
pengawasan, kawalan, koordinasi, perguruan, reka bentuk kurikulum, dan
penambahbaikan kualiti pendidikan prasekolah.

Hasil kajian menunjukkan pendidikan prasekolah telah berkembang sepanjang


tahun 1981 hingga 1984. Kanak-kanak dalam kumpulan umur empat hingga enam
tahun yang mendapatkan pendidikan prasekolah telah meningkat daripada
171,000 pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Pada masa yang sama,
terdapat 5,657 buah pusat prasekolah berbanding 2,974 buah pada tahun 1980.
4,487 buah atau 79% daripada jumlah ini terletak di kawasan luar bandar yang
terdiri daripada 149,850 kanak-kanak atau 54% daripada jumlah kanak-kanak
yang mendapatkan pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia
Kelima 1986-1990).

Pada tahun 1989, terdapat 6,959 buah pusat pendidikan prasekolah di Malaysia.
4,728 daripadanya di bawah pelbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan
berkanun seperti FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), 1,392 di
bawah sektor swasta, dan 208 buah di bawah organisasi sosial. Jumlah kanakkanak berdaftar pada tahun 1989 ialah 33,520, meningkat daripada 196,992 pada
tahun 1981 dan 300,850 pada 1986 (Statistik Pendidikan Malaysia, 1980-1985,
1986 dan 1989 (tidak diterbitkan).

Berdasarkan anggaran pada tahun 1990, lebih kurang 490,700 orang kanak-kanak
berusia lima tahun telah mendapat pendidikan prasekolah. Daripada jumlah ini,
dianggarkan 269,450 (53%) kanak-kanak tidak memperoleh kemudahan tersebut
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Keadaan ini mendorong kerajaan
menubuhkan prasekolah Annex atau tambahan bagi menyediakan kemudahan
pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak miskin di bandar dan luar bandar yang
tidak mampu membayar yuran program yang mahal pada ketika itu.

65
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah dalam membina asas yang kukuh


dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil, pelbagai usaha telah dibuat bagi
menambah baik kemudahan dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.
Oleh sebab sektor swasta lebih aktif menubuhkan pusat pendidikan prasekolah di
kawasan bandar , agensi sektor awam menyediakan peluang pendidikan
prasekolah untuk kanak-kanak di luar bandar dan untuk kanak-kanak miskin
bandar. Usaha oleh sektor awam dan swasta serta NGO ini telah meningkatkan
jumlah pusat prasekolah daripada 6,960 pada tahun 1990 kepada 10,350 pada
tahun 1995. Seiring dengan itu, jumlah kanak-kanak dalam kategori 5-6 tahun
yang didaftarkan di pusat-pusat tersebut turut meningkat daripada 328,800 pada
tahun 1990 kepada 420,600 pada tahun 1995, dengan peningkatan sebanyak
27.9%. sektor awam adalah penyedia terbanyak dengan lebih kurang 8,446 atau
81.6%, dan selebihnya disediakan oleh sektor swasta dan NGO. Daripada jumlah
pusat pendidikan yang ditubuhkan kerajaan, 80% adalah di luar bandar yang
menampung 204,100 kanak-kanak luar bandar (Rancangan Malaysia Ketujuh,
1996-2000).

Pada tahun 2000, seramai 399,980 kanak-kanak berdaftar dengan pusat


pendidikan prasekolah, iaitu 63.7% daripada bilangan kanak-kanak berusia 5-6
tahun.

Garis

Panduan

Kurikulum

Prasekolah

telah

dibangunkan

bagi

menyeragamkan kurikulum, kemudahan, dan perguruan di prasekolah sektor


swasta dan awam bagi memenuhi kualiti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan
1996. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah, latihan berterusan
diadakan untuk penyelia dan guru pakar (Rancangan Malaysia Kelapan 20012005).

Pada 18 Disember 1991, kabinet telah membincangkan program prasekolah di


Malaysia. Pada 27 Januari 1992, Kementerian Pendidikan terlah berbincang untuk
mengembangkan program prasekolah. Hasilnya, Akta Pendidikan1965 telah
mengusulkan agar pendidikan prasekolah di Malaysia dimasukkan ke dalam
sistem pendidikan formal Malaysia yang membawa kepada mesyuarat kabinet
pendidikan prasekolah pada 6 Jun 2001.

Aktiviti
Bincangkan sejarah perkembangan dan status tadika di Malaysia sehingga kini.
66
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 12
ISU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan isu-isu:
i) Perubahan Keluarga
ii) Kehidupan sihat dan cergas
iii) Kemiskinan
iv) Perumahan
v) Penyakit kanak-kanak

12.1

Perubahan Keluarga
Keluarga memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Masalah
struktur keluarga telah banyak berubah di mana struktur asas bapa, ibu, dan anak
bukan lagi perkara biasa dalam abad ke-21. Peranan dalam keluarga juga telah
berubah apabila ibu atau nenek menjadi ketua keluarga. Jika mereka mempunyai
peranan lain di pejabat dan dalam masa sama menguruskan hal ehwal anak-anak,
anak-anak mereka mungkin akan terabai. Tanggungjawab ketua keluarga semakin
meningkat apabila ahli keluarga bertambah dan banyak masalah yang perlu ditangani.
Masalah kewangan juga boleh menjurus kepada pengabaian pendidikan anak-anak.
Langkah perlu diambil bagi menangani isu-isu keluarga.
Keluarga dan awal kanak-kanak keluarga perlu mendalami masalah mereka dan
membantu ahli keluarga memenuhi keperluan masing-masing yang secara tidak
langsung memenuhi keperluan anak-anak, contohnya dari segi menjaga kesihatan
mereka. Apabila keluarga mementingkan ahlinya untuk menjadi celik huruf, kanakkanak akan belajar mendengar, bertutur, menulis, dan membaca.

12.2

Kehidupan Sihat dan Cergas


Matlamat pendidikan awal kanak-kanak ialah menyediakan kesejahteraan awal dan
keselamatan kepada kanak-kanak. Jika keluarga rasa terancam dan hidup dalam
67
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


keadaan tidak selesa, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Langkah
menangani masalah keselamatan dan kesejahteraan perlu dikenal pasti. Bincangkan
masalah anak luar nikah, kanak-kanak terbuang, dan penghidap AIDS.

12.3

Kemiskinan
Kemiskinan ialah isu yang dihadapi keluarga. Keluarga boleh memohon bantuan
daripada kerajaan atau NGO yang menyediakan khidmat bantuan rakyat miskin.
Kanak-kanak daripada keluarga miskin akan menghadapi masalah kesihatan, ponteng,
dan kegagalan dalam belajar.

12.4

Perumahan
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa keadaan perumahan yang

tidak

memuaskan akan menyebabkan kegagalan kanak-kanak di sekolah kerana IQ rendah.


Jenis perumahan seperti rumah pangsa satu bilik yang padat akan memberi kesan
buruk kepada kanak-kanak. Contohnya, mereka mungkin mudah terkena penyakit
disebabkan racun lipas dan mereka juga lebih terdedah kepada bahaya renjatan
elektrik yang tidak dipasang dengan baik.

12.5

Penyakit Kanak-kanak
Masalah kesihatan yang dihadapi kanak-kanak terdiri daripada penyakit kronik yang
disebabkan oleh alergi. Demam campak, lelah, dan rubela berpunca daripada udara
yang tidak sihat. Habuk dan bulu haiwan, serta udara tercemar adalah antara punca
kanak-kanak menghidap lelah.

Kerja Kumpulan
Kenal pasti masalah yang dihadapi kanak-kanak dan cara menanganinya.

68
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 13
AKTA PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan Akta Pendidikan Prasekolah
membincangkan Hak Kanak-kanak
menjelaskan kenyataan kedudukan NAEYC ke atas DAP

13.1

Akta Pendidikan Prasekolah


Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa sistem pendidikan kebangsaan terdiri
daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah,
pendidikan lanjutan menengah, dan pendidikan tinggi.
Akta tersebut mentakrifkan Pendidikan Prasekolah sebagai program pendidikan
untuk kanak-kanak 4-6 tahun
Tadika tidak boleh ditubuhkan, diuruskan, dan dijaga jika tidak berdaftar di bawah
akta ini.
Kementerian berkuasa untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Program dan
aktiviti tadika perlu berdasarkan garis panduan kurikulum yang dikeluarkan
Kementerian.
Dari segi bahasa pengantar, Akta Pendidikan 1996 membenarkan penggunaan
bahasa selain bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, mengikut subseksyen
17(1), jika tadika menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa
kebangsaan perlu diajar sebagai subjek wajib.
Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah banyak menambah baik pendidikan
prasekolah. Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan
Negara. Akta ini menekankan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak 4-6
tahun. Perubahan polisi ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia
sentiasa menumpukan usaha untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti
pendidikan prasekolah (Haji Rafei, 2006) dalam Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (2006).

69
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Kementerian

Pendidikan Malaysia

(2006)

menyatakan

bahawa

peluang

pendidikan prasekolah diberikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar


belakang sosial, agama, tempat tinggal, kesihatan mental dan fizikal, serta
perkembangan intelek.

13.2

Pengisytiharan Hak Kanak-kanak


1. Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak, tidak kira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, politik, dan pandangan, atau di mana dan oleh siapa
mereka dilahirkan.
2. Kanak-kanak mempunyai hak khas untuk membesar dan berkembang secara
fizikal dan rohani dalam suasana yang sihat dan normal, bebas dan bermaruah.
3. Kanak-kanak berhak mempunyai nama dan menjadi rakyat sesuatu negara.
4. Kanak-kanak berhak ke atas penjagaan dan perlindungan khas serta makanan,
perumahan, dan perkhidmatan perubatan yang baik.
5. Kanak-kanak berhak mendapat penjagaan khas jika mempunyai kecacatan.
Kanak-kanak berhak disayangi dan difahami terutamanya oleh ibu bapa dan
keluarga, dan kerajaan jika keluarga tidak membantu.
6. Kanak-kanak berhak menghadiri sekolah secara percuma, untuk belajar, dan untuk
peluang yang sama rata untuk berkembang serta belajar menjadi orang yang
bertanggungjawab dan berguna.
7. Ibu bapa kanak-kanak mempunyai tanggungjawab khas ke atas pendidikan dan
bimbingan anak-anak. Kanak-kanak sentiasa berhak untuk menjadi yang pertama
mendapat bantuan.
8. Kanak-kanak berhak dilindungi daripada sebarang kekejaman atau eksploitasi,
contohnya kanak-kanak tidak boleh disuruh melakukan kerja-kerja yang boleh
menghalang perkembangan fizikal dan mental.
9. Kanak-kanak tidak boleh bekerja sebelum mencapai usia minimum dan lebihlebih lagi jika kerja itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, dan
perkembangan moral dan fizikalnya.
10. Kanak-kanak perlu diajar tentang hubungan baik, persefahaman, tolak ansur, dan
persahabatan dengan semua orang.

13.3

Hak Asasi Kanak-kanak

70
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Kanak-kanak mudah terpengaruh, perlukan perhatian dan perlindungan khas daripada
keluarga dan undang-undang. Ia melibatkan keperluan perlindungan sebelum dan
selepas lahir dan sebagai penghormatan kepada komuniti kanak-kanak. Hak asasi
kanak-kanak ini adalah berdasarkan konvensyen hak kanak-kanak yang disesuaikan
oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November
1989 yang terdiri daripada perkara 1 hingga 54. Perkara yang berkaitan dengan hak
pendidikan didapati dalam perkara 6, 18, 27, 28, dan 29.

i) Perkara 6
1. Negara-negara Pihak mengakui setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup.
2. Negara-negara Pihak memastikan kelangsungan hidup dan perkembangan kanakkanak yang maksimum.

ii) Perkara 27
1. Negara-negara Pihak mengakui hak kanak-kanak untuk mendapat gaya hidup
yang mencukupi keperluan perkembangan fizikal, mental, rohani, moral, dan
sosial kanak-kanak .
2. Ibu/bapa atau pihak yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak mempunyai
tanggungjawab utama untuk memberikan kehidupan yang bersesuaian untuk
perkembangan kanak-kanak semampunya dan dari segi kewangan.
3. Negara-negara Pihak, selaras dengan keadaan negara dan kemampuan, perlu
mengambil langkah yang sesuai bagi membantu ibu bapa dan pihak yang
bertanggungjawab melaksanakan

hak kanak-kanak ini dan menyediakan

peruntukan material dan program sokongan jika diperlukan, terutamanya


melibatkan nutrisi, pakaian, dan tempat tinggal.
4. Negara-negara pihak perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menjamin
penerimaan kembali nafkah kanak-kanak daripada ibu bapa atau pihak lain yang
mempunyai tanggungjawab kewangan ke atas kanak-kanak, sama ada di dalam
Negara Pihak atau di luar negara. Khususnya jika pihak yang mempunyai
tanggungjawab kewangan ke atas kanak-kanak tinggal di negara yang berbeza
daripada kanak-kanak

itu,

Negara-negara

Pihak

perlu

mempercepatkan

penerimaan melalui perjanjian antarabangsa, atau hasil perjanjian seumpama itu,


serta pembuatan persiapan lain.

71
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


iii) Perkara 28
1. Negara-negara Pihak mengakui hak kanak-kanak mendapat pendidikan, maka
untuk mencapai hak ini secara progresif dan dengan peluang sama rata, mereka
perlu secara khususnya:
(a) Mewajibkan pendidikan rendah dan secara percuma untuk semua
(b) Menggalakkan perkembangan pelbagai bentuk pendidikan menengah,
termasuklah pendidikan vokasional dan umum, menyediakan serta
menjadikannya mudah didapati semua kanak-kanak, dan mengambil
langkah sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan
(c) Menjadikan pendidikan tinggi mudah didapati semua orang atas dasar
keupayaan dengan cara yang sewajarnya
(d) Menyediakan maklumat dan garis panduan pendidikan dan vokasional
yang mudah didapati oleh semua kanak-kanak
(e) Mengambil langkah untuk menggalakkan kehadiran penuh di sekolah dan
pengurangan kadar keciciran.
2. Negara-negara Pihak perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan
disiplin sekolah ditadbir secara selari dengan maruah kanak-kanak dan selaras
dengan Konvensyen semasa.
3. Negara-negara

Pihak

menggalakkan

kerjasama

antarabangsa

berkaitan

pendidikan, khususnya bagi menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta


huruf di seluruh dunia serta penyediaan akses kepada pengetahuan saintifik dan
teknikal dan kaedah pengajaran moden. Dalam hal ini, keperluan negara-negara
pembangun perlu diberi perhatian khusus.

iv) Perkara 29
1. Negara-negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak perlu menuju ke
arah:
(a) Perkembangan personaliti, bakat, keupayaan mental dan fizikal kanakkanak hingga tahap potensi tertinggi;
(b) Perkembangan penghormatan ke atas hak dan kebebasan asasi manusia,
dan ke atas prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu;

72
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


(c) Perkembangan penghormatan terhadap ibu bapa kanak-kanak, nilai,
bahasa, dan identiti budayanya, terhadap nilai kenegaraan yang diduduki
kanak-kanak tersebut, negara asalnya, dan terhadap tamadun yang berbeza
dengannya;
(d) Penyediaan kanak-kanak terhadap kehidupan bertanggungjawab dalam
masyarakat bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, tolak ansur,
kesamaan gender, dan persahabatan dengan orang, etnik, warganegara,
agama berlainan dan dengan orang asli;
(e) Perkembangan penghormatan terhadap alam semula jadi.

2. Tidak ada sebahagian daripada perkara semasa atau perkara 28 yang boleh
ditafsirkan untuk mengganggu kebebasan individu dan badan-badan untuk
menubuhkan dan meneruskan institut pendidikan, selagi ia patuh kepada prinsipprinsip yang ditetapkan dalam perenggan pertama perkara ini, dan kepada
keperluan-keperluan bahawa pendidikan yang disediakan oleh institusi itu perlu
mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Perbincangan Kumpulan
Apakah pendapat anda mengenai akta di atas? Jelaskan pandangan anda.

73
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 14
MENUBUHKAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
mengetahui langkah yang perlu diambil untuk menubuhkan pusat jagaan kanakkanak
menjelaskan faktor yang mempengaruhi rancangan pusat jagaan kanak-kanak
merancang penubuhan pusat jagaan kanak-kanak

14.1

Pengenalan
Modul ini mendalami langkah-langkah yang perlu diambil bagi merancang dan
menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak. Ia meliputi objektif penubuhan, pembinaan
dan infrastruktur kawasan, lokasi, ruang, dan persekitaran. Tambahan lagi, aspek
seperti kewangan pusat, pengurusan organisasi, peraturan dan undang-undang dalam
penubuhan pusat jagaan kanak-kanak akan turut dibincangkan.

Kualiti prasekolah bergantung pada bagaimana pengurusan dirancang secara


keseluruhannya. Di Malaysia, pendidikan prasekolah ialah program yang dijalankan
di luar pendidikan formal mengikut undang-undang. Meskipun begitu, ia berkembang
pesat dengan 10,350 prasekolah ditubuhkan dengan 447,420 kanak-kanak menjelang
1995.

Dalam merancang penubuhan prasekolah, beberapa perkara perlu diberi perhatian.

14.2

Merancang Penubuhan Pusat Jagaan Kanak-kanak


14.1.1 Menetapkan matlamat dan objektif

Matlamat penubuhan pusat jagaan kanak-kanak ialah menyediakan peluang


pendidikan sama rata

untuk semua kanak-kanak bawah 4

74
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

tahun.

Ia

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


memperlihatkan harapan dan jangkaan yang perlu diperoleh kanak-kanak
prasekolah.

Matlamat pendidikan prasekolah ialah meneroka potensi kanak-kanak berusia 4-6


tahun dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek, dan sosial menerusi persekitaran
pembelajaran selamat yang kreatif, bermakna, dan menyeronokkan. Ini boleh
meningkatkan kemahiran, menaikkan keyakinan, dan membentuk konsep diri
yang positif supaya mereka boleh berjaya dalam persekitaran sedia ada dan
bersedia untuk menghadapi cabaran dan memikul tanggungjawab di sekolah
rendah nanti.

Prasekolah ialah tempat di mana kanak-kanak belajar membiasakan diri dengan


rakan sebaya dan orang dewasa. Mereka boleh bergaul dengan rakan, menambah
baik kemahiran, dan meningkatkan kebolehan komunikasi. Ia menggalakkan
penggunaan potensi kanak-kanak yang optimum dalam persekitaran prasekolah.

14.1.2 Kajian kebolehlaksanaan


Dalam merancang penubuhan prasekolah, kajian kebolehlaksanaan perlu dilakukan
bagi mempertimbangkan perkara berikut:

Kesesuaian tapak dan lokasi

Kumpulan/klien sasaran

Sumber kewangan

Kemudahan dan infrastruktur

Kurikulum/Rancangan

Sumber manusia

Undang-undang dan peraturan

Perabot dan kelengkapan

Spesifikasi faktor/aspek di atas telah ditetapkan dalam Akta 267 (Perancangan)


Wilayah Persekutuan 1982. Kajian kebolehlaksanaan perlu mengambil kira perkara
berikut:

a) Infrastruktur kawasan, lokasi, ruang, persekitaran bangunan dll.


Menurut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19,
bangunan yang digunakan untuk prasekolah tidak boleh digunakan secara serentak
75
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


sebagai tempat tinggal, rumah kedai, atau klinik. Setiap bangunan prasekolah
mestilah dalam bentuk, struktur, dan keselamatan yang sesuai. Pihak berkuasa
tempatan telah menetapkan kategori bangunan untuk dijadikan prasekolah.

Bangunan yang sesuai untuk prasekolah ialah:


Rumah banglo bersaiz lebih 7,000 kaki persegi dengan 30% kawasan
peredaran
Rumah berkembar lot tepi, atau jika lot tengah maka perlu gabungkan dua
lot untuk satu prasekolah
Rumah teres lot tepi dengan jumlah kawasan melebihi 3,000 kaki persegi
Rumah sesebuah tradisional atau rumah kampung
Rumah pangsa atau pangsapuri dengan kawasan khas untuk prasekolah
Bangunan dalam kawasan masjid, surau, atau sekolah agama
Bangunan dalam gereja atau kuil/tokong
Dewan Komuniti atau Dewan Serba guna
Bangunan yang dibina khas untuk prasekolah

Menurut Jabatan Bomba, jika bangunan dua tingkat, tangga keselamatan mestilah
disediakan untuk laluan kecemasan daripada tingkat atas. Faktor paling penting
dalam rancangan untuk menubuhkan prasekolah ialah keselamatan dan keselesaan
kanak-kanak.

b) Kewangan
Dana diperlukan untuk memperoleh sumber bagi menubuhkan dan menjalankan
prasekolah. Empat kategori sumber diperlukan untuk membina prasekolah. Bahan
yang diperlukan untuk pembinaan, kelengkapan dan kemudahan seperti alat
mainan, dapur, pejabat, pengangkutan, dan hiasan. Begitu juga ruang yang
melibatkan bangunan, taman permainan, dan hiasan. Ia juga termasuk insurans
dan sumber manusia yang memiliki pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan
untuk menghasilkan dan menawarkan perkhidmatan. Pengurusan prasekolah
memerlukan peruntukan belanjawan yang baik seperti berikut:
i) Peruntukan Belanjawan dan Makanan
Merancang peruntukan makanan/minuman
76
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Merancang menu bulanan
1. Anggaran perbelanjaan
Barangan basah
Barangan kering
2. Tuntutan perbelanjaan bulanan
3. Buku tunai Pendapatan dan perbelanjaan
4. Fail/Rekod kewangan

Surat tuntutan perbelanjaan

Baucar bayaran (dengan resit)

ii) Peruntukan Per kapita


1. Perancangan Perbelanjaan
2. Daftar saham bekalan pejabat
Aset tetap
Consumable
iii) Belanjawan Tahunan dan Peruntukan Kewangan untuk Makanan
Pelan ini perlu disediakan setiap tahun sebelum semesta sekolah bermula.
Anggaran belanjawan

membenarkan pihak pengurusan

prasekolah

mengetahui jumlah kewangan yang diperlukan untuk semester tersebut. Ia


boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pengurus prasekolah agar
dana secukupnya dapat disediakan untuk guru dan staf lain membeli stokstok dan bekalan yang diperlukan pada bulan-bulan tertentu.
iv) Penyata Kewangan Bulanan
Penyata kewangan bulanan perlu disediakan dalam buku tunai khusus
yang boleh digunakan untuk pengauditan.

Kerja Kumpulan
Kenal pasti garis panduan dan peraturan bagi menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA).

77
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)