Anda di halaman 1dari 11

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Perbincangan tentang Sejauhmana Guru Bersedia bagi Mermartabkan Pendidikan


di Malaysia.
Selaku seorang guru, persediaan yang harus dilakukan bagi dan memartabatkan
pendidikan di Malaysia termasuklah mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Beraras
Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Menurut Kementerian
Pelajaran

Malaysia

(KPM),

KBAT

didefinisikan

sebagai

keupayaan

untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan


refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. Bersadarkan definisi yang diberikan, kemahiran berfikir yang pelbagai
seperti kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir membuat
keputusan, kemahiran berfikir secara konvergen dan divergen serta kemahiran berfikir
secara induktif amat diperlukan bagi menggalakkan pelajar mencapai pemikiran beraras
tinggi. Dalam usaha mencungkil KBAT di kalangan pelajar, guru harus menyediakan diri
dengan teknik-teknik dan kaedah-kaedah pengajaran yang efektif bagi merangsang
pemikiran murid. Antara teknik-teknik tersebut termasuklah teknik menyoal soalan
beraras tinggi. Dalam teknik ini, guru seharusnya memperbanyakkan soalan aras tinggi
bagi menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap analisa, sintesis dan penilaian.
Soalan-soalan yang diutarakan haruslah memupuk pemikiran pelajar secara kritis dan
kreatif dan bukan jenis yang hanya mengingat kembali data, fakta, konsep, teoram atau
formula yang telah diajar. Soalan-soalan ini selalunya berbentuk wajarkah, cadangkan
dan ramalkan yang bersifat terbuka bagi meminta pelajar memikirkan topik yang
dibincangkan lalu mengutarakan pendapat sendiri dengan lebih jelas. Selain itu, soalan
yang berbentuk terbuka ini juga mendorong pelajar memahami masalah diri dalam usaha
membuat penilaian kendiri. Dalam proses penyoalan, guru perlu menggunakan bahasa
yang bersesuaian dengan aras pelajar supaya tidak mengelirukan kefahaman pelajar
terhadap soalan yang dikemukakan. Bukan begitu sahaja, penggunan soalan KBAT juga
meningkatkan peluang untuk perkembangan keupayaan pemikiran kritikal pelajar kerana
pelajar menganalisis, mensintesis dan menilai pendapat yang bersesuaian bagi
menyelesaikan masalah. Dalam proses pemikiran, pelajar akan menyedari masalah dan
memahami masalah lalu meneroka pilihan-pilihan penyelesaian serta menijau sebab dan
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


akibat berdasarkan pilihan-pilihan tersebut. Melalui kaedah ini, pemikiran pelajar
dirangsang dan berkeupayaan untuk berfikir secara lebih logikal dan kritikal. Namun,
dalam kajian Nooriza Kassim mengenai Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Analisis Keperluan Guru (2015), masalah
yang kerap dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran

ialah

kesukaran

guru

dalam

membina

soalan

beraras

tinggi.

Ketidakupayaan guru dalam membina soalan KBAT secara efektif bukan sahaja tidak
memberangsangkan pemikiran pelajar malah berkemungkinan akan menyulitkan pelajar
dalam memahami inti soalan yang dikemukakan memandangkan pelajar tidak faham
mengenai kehendak soalan. Oleh itu, cara penyampaian guru dalam mengemukakan
soalan perlulah setimpa dengan aras kemampuan pelajar dan elakkan soalan yang bersifat
tertutup agar tidak mengehadkan tahap pemikiran murid. Malah, guru perlu berperanan
sebagai fasilitator dalam membantu pelajar memecahkan soalan yang rumit kepada
beberapa soalan yang mudah dan bersusun supaya memahami soalan secara menyeluruh.
Dengan ini, dapatlah pelajar berkemampuan berfikir secara afektif dan KBAT dicapai
secara efektif dalam usaha memartabatkan pendidikan di Malaysia.
Selain itu, guru juga perlulah melengkapkan diri sendiri dengan berbagai-bagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT. Noriati A. Rashid, 2010 (dalam buku Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru) telah menyatakan bahawa Adalah
menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk meningkatkan ilmunya sama ada melalui
bacaan, melayari internet, menghadiri seminar atau forum dam majlis ilmu, menghadiri
kursus, menyambung pengajian pada peringkat tinggi dan menjalankan penyelidikan.
Guru yang bukan siswazah seharusnya melanjutkan pelajaran di universiti demi
meningkatkan profesional keguruan masing-masing. Dalam Laporan Kesejahteraan
Rakyat 2013 telah menunjukkan bahawa Peratusan guru siswazah di sekolah menengah
meningkat daripada 61.2 peratus pada tahun 2000 kepada 93.3 peratus pada tahun 2012,
manakala di sekolah rendah, daripada 3.2 peratus pada Kesejahteraan Ekonomi tahun
2004 kepada 39.8 peratus pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, kadar peratusan guru
bukan siswazah di sekolah rendah masih rendah lagi dan kebanyakan guru sekolah
rendah belum memperolehi sijil ijazah sarjana muda. RMKe-10 telah memperuntukkan
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 2

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


dana yang besar bagi pembangunan profesional dan pembiayaan pendidikan guru dan
pensyarah. Misalnya, Program Pensiswazahan Guru (PPG) merupakan satu program yang
disediakan kepada guru bukan siswazah bagi meningkatkan tahap pendidikann guru
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan sekolah. Yuran pengajian bagi
program ini adalah ditaja oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan
Malaysia juga menyediakan berbagai-bagai kursus dan latihan kepada guru untuk
meningkatkan keprofesinalisme guru. Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia
(Latihan) yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. KSU pada 27 Mac 2015 telah
memutuskan bahawa semua warga kerja KPM perlu memenuhi syarat sekurangkurangnya tujuh (7) hari latihan setahun. Contohnya,

Latihan Dalam Perkhidmatan

(LADAP) merupakan satu kaedah yang dilakukan meningkatkan ilmu dan kemahiran
kepada para guru kini. Latihan Dalam Perkhidmatan meningkatkan pengetahuan guru
dalam aspek kemahiran kurikulum, kemahiran pedagogi dan kemahiran pentaksiran.
Bahagian Pendidikan Guru telah dipertanggungjawab melaksankan Latihan Dalam
Perkhidmatan (KDP) kepada guru-guru yang sedang berkhidmat. Tambahan pula, guru
juga perlulah dilengkapi dengan kemahiran menggunakan ICT sebagai alat dalam
pengajaran pembelajaran. Guru perlu mahir mengaplikasikan semua program yang
terdapat di dalam komputer dan menggunakan alat-alat teknologi yang terdapat di
sekolah. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan mutu dan
kepelbagaian dalam penyampaian dan pengajaran. Walau bagaimanapun, ramai guru
yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer
dalam

kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan

kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan halangan


pengintegrasikan

komputer

ke

dalam

bilik

serius

kepada

darjah. Oleh itu, pihak sekolah perlu

menganjurkan seminar atau pelbagai bentuk program yang dapat membantu


meningkatkan tahap penguasaan ICT dalam kalangan guru. Antaranya adalah dengan
mengadakan bengkel penggunaan ICT, kelas-kelas komputer dan sebagainya. Di samping
itu, pihak kementerian pendidikan perlu mewajibkan mereka menghadiri bengkel
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk membolehkan
guru dilengkapi dirinya dengan kemahiran ICT.

DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016


Page 3

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


Bukan itu sahaja, kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem
pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri
bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Bagi
memperkembangkan perubahan inovasi ini dalam pendidikan Malaysia, seseorang guru
mempunyai tanggungjawab dalam membuat persediaan dalam meningkatkan
kemahiran pentaksiran pembelajaran. Guru perlu menjalankan pentaksiran, misalnya
pentaksiran formatif seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh
instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak,
laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Guru berperanan melakukan diagnosis ke atas
individu dan mencari preskripsi pemulihan terhadap masalah berkenaan. Selain itu, guru
juga perlu memantau perkembangan pelajar, melaksanakan penilaian ke arah mencapai
standard prestasi murid peringkat kebangsaan. Dalam perkara ini, guru perlu
memperhalusi kurikulum supaya isi pelajaran disampaikan dengan saluran yang selaras
dengan tahap kemampuan pelajar. Hal ini adalah disebabkan setiap pelajar mempunyai
tahap keupayaan yang berbeza memandangkan masing-masing mempunyai latar
belakang yang berlainan. Oleh demikian, guru perlu prihatin terhadap jurang perbezaan
ini dan bersedia mengubah suai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid. Malah, peningkatan kemahiran pentaksiran ini juga
membolehkan guru mengesan masalah pelajar, masalah persekitaran mahupun masalah
guru sendiri agar guru berpeluang untuk membuat penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kelak. Hal ini demikian kerana jika tiada penambahbaikan
atau strategi mengatasi masalah, maka kemajuan dalam pendidikan pun sukar tercapai.
Walaubagaimanapun, kaedah pentaksiran yang bermanfaat ini tetap membangkitkan isu
dalam pendidikan. Salah satu isu yang dibangkitkan ialah ketidaksungguhan guru dalam
membuat pentaksiran. Dalam pelaksanaan pentaksiran ini, guru yang bertanggungjawab
berperanan menjalankan pentaksiran merangkumi prestasi akademik, kokurikulum dan
sahsiah pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikuti semua
prosedur pentaksiran. Proses pelaksanaan yang memakan masa yang panjang ini banyak
membebankan guru dan menyebabkan guru tidak bermotivasi untuk membuat
pentaksiran. Secara langsung, kuailiti pentaksiran terjejas dan ketidakadilan pergredan
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 4

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


akibat guru yang tidak mentaksir secara bersungguh-sungguh. Bagi mengatasi isu ini,
cadangan yang dikemukakan ialah pemantauan boleh dijalankan oleh pihak atasan bagi
memantau guru yang bertanggungjawab supaya melaksanakan pentaksiran dengan
beramanah. Perkara ini telah dibincangkan dalam kajian Tan Ai Mei (2010) bahawa
kekurangan pemantauan akan menjadikan guru tidak leka dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan pentaksiran. Oleh itu, guru harus dipantau oleh pihak atasan supaya
sentiasa menjalankan tugas dengan beramanah.
Seperkara lagi, demi memartabkan pendidikan di Malaysia, guru perlulah
melakukan inovasi dalam pengajarannya terutama dalam aspek bahan bantu mengajar
yang bersifat konkrit. Azmi, Faeez, Halim dan Izhan (2011) menyatakan bahawa guru
yang kreatif dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek
pengetahuan dan kemahiran dalam P&P termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut
di dalam penyampaian pengajarannya. Walaupun pada era globalisasi ini, kebanyakan
guru masih mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional sahaja iaitu menggunakan
buku teks. Sebagai seorang guru yang berinovatif, guru bolehlah menyediakan bahan
bantu mengajar (BBM) yang bersifat konkrit. Guru dapat menerangkan dan menjelaskan
sesuatu tajuk atau kemahiran dengan lebih jelas dan mendalam dengan bantuan BBM
yang bersifat konkrit. Dengan kata lain, BBM dapat membantu guru menerangkan
sesuatu konsep yang agak sukar dijelaskan jika guru hanya menyampaikan secara lisan
sahaja. Sebagai contoh, kemahiran yang hendak diajar oleh guru pemulihan adalah
Mengenal nombor 1-9 secara menaik. Guru pemulihan tersebut membina satu buah
kereta api yang mempunyai 9 kerabat. Kerabat-kerabat kereta api tersebut dilengkapkan
dengan pocket-pocket yang diperbuat daripada kertas

transperensi. Guru pemulihan

bolehlah memasukkan kad nombor 1 9 secara menaik ke dalam pocket kerabat kereta
api. Dengan itu, murid-murid boleh melihat konsep nombor menaik dengan jelas jika
berbanding dengan guru menjelaskan konsep nombor menaik secara lisan. Murid-murid
mampu menguasai kemahiran tersebut dengan lebih mudah dengan bantuan bahan bantu
mengajar. Namun, amalan penggunaan BBM yang efektif ini masih belum dilaksanakan
secara maksimum memandangkan keperluan guru memberikan masa, tenaga dan wang
ringgit untuk menyediakannya (Kamarudin Husin & Siti Hajar, 1998). Hal ini bermakna
pembinaan BBM setiap hari akan membebankan kerja guru. Guru bukan sahaja sebagai
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 5

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


pengajar di dalam bilik darjah tetapi juga menjadi guru penasihat kokurikulum, guru
kelas dan lain-lain. Guru mempunyai peranan dan tugasan yang amat berat. Guru tidak
mampu menyediakan bahan bantu mengajar setiap hari.

Demi mengatasi masalah

semikian, guru haruslah mempunyai kebijaksanaan dalam pembinaan BBM iaitu


membina BBM yang mempunyai kepelbagaian fungsi. Guru haruslah membina BBM
yang boleh digunakan dalam pelbagai kemahiran. Misalnya, kereta api yang mempunyai
9 kerabat boleh mengajar kemahiran turutan nombor secara menaik tetapi juga turutan
nombor secara menurun. Guru bolehlah menerangkan konsep nombor secara menurun
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dibina walaupun BBM tersebut bukan
dibina khas untuk tajuk tersebut. Dengan itu, guru bolehlah mengajar kemahiran yang
berbeza dengan menggunaan BBM yang sama.

(1627

patah

perkataan)

DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016


Page 6

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016


Page 7

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Analisis Kedudukan Negara Malaysia bagi Pencapaian Matematik, Bacaan,


dan Sains
Dalam PISA 2012, tahap pencapaian markah purata standard bagi
subjek Matematik, Bacaan, dan Sains ialah 494 bagi Matematik, 496 bagi
Bacaan dan 501 bagi Sains. Merujuk jadual, Malaysia dan Thailand masingmasing tidak mencapai markah purata standard tersebut. Akan tetapi, negara
Thailand telah mencapai markah purata yang lebih tinggi berbanding
Malaysia bagi ketiga-tiga subjek ini di mana pencapaian Malaysia ialah 421
(Matmatik), 398 ( Bacaan) dan 420 (Sains) manakala pencapaian Thailand
ialah 427 (Matmatik), 441 ( Bacaan) dan 444 (Sains).
Menurut kajian Profesor Dr Ismail Jusoh yang merupakan pemegang
Master dan PhD dari University Of Anglia, UK, dalam temu bual bersama
wartawan berita Haluan mengenai isu kualiti pendidikan di negara Malaysia,
beliau

menyatakan

pencapaian

bahawa negara kita berada di atas U.S.

matematik

dan

sains

bersama-sama

negara

lain

dalam
seperti

Singapura, Korea, Hong Kong dan lain-lain. Ini bererti negara kita tidaklah
terkebelakang dalam bidang pendidikan iaitu akademik berbanding dengan
negara-negara lain berdasarkan maklumat kajian itu. Namun, pencapaian
negara Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan negara Thailand
yang kurang cemerlang dalam bidang pendidikan seperti yang ditunjukkan
dalam jadual.
Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai negara cemerlang dalam bidang
pendidikan, namun pencapaian yang ditunjukkan tidak begitu sepadan
dengan statusnya. Hal ini disebabkan negara Thailand bukan merupakan
negara cemerlang dalam bidang pendidikan tetapi negara ini mampu
mencapai markah purata yang lebih tinggi daripada Malaysia.
Perbezaan yang ketara ini mungkin disebabkan oleh sikap rakyat
negara yang berlainan. Nilai budaya yang diamalkan di Thailand adalah lebih
bertatatertib dan berdisiplin, . Perkara ini boleh dinampak melalui cara
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 8

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


komunikasi antara rakyat-rakyat Thailand. Cara pertuturan rakyat Thailand
adalah begitu lembut dan bersopan santun. Hal ini telahpun menunjukkan
bahawa sikap bagi rakyat Thailand adalah sangat baik meskipun dalam
perinteraksian

ataupun

pembelajaran.

Sebaliknya,

nilai

budaya

yang

diamalkan di Malaysia tidak kelihatan sebegitu. Profesor Dr Ismail Jusoh


dalam temu bual bersama wartawan berita Haluan mengenai isu kualiti
pendidikan di negara Malaysia turut mempertikaikan nilai budaya yang
diamalkan di kalangan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa jika
dianalisis dari perspektif pendidikan yang menyeluruh (holistik), yang
melibatkan semua perkembangan dan pembangunan semua fakulti insan,
kemajuan

pendidikan

kita

boleh

dipersoalkan. Penyataan

ini

telahpun

menunjkukkan sikap rakyat Malaysia yang kurang positif. Tepuk dada tanya
selera, seandainya rakyat mempunyai sikap yang kurang baik dalam
mengajar atau mempelajari sesuatu, adakah pencapaian dalam pendidikan
dapat ditingkatkan? Sikap yang kurang baik ini menyebabkan rakyat Malaysia
tidak berkeinginan dan bermotivasi untuk menimba ilmu dan kemahiran.
Tambahan

pula,

penyampai

ilmu

yang

kurang

bersikap

positif

turut

menyebabkan pelajar tidak terangsang atau kehilangan motivasi untuk


belajar. Oleh demikian, sikap yang kurang baik pada rakyat Makaysia
berbanding dengan rakyat Thailand telahpun menyebabkan rakyat Malaysia
mencapai tahap yang kurang memuaskan walaupun diiktiraf sebagai negara
cemerlang dalam bidang pendidikan. Tuntasnya, sikap rakyat terhadap
pendidikan banyak mempengaruhi pencapaian pendidikan negara pada
peringkat dunia.

DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016


Page 9

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Rujukan
1. Buku
Abdullah Hassan Ainon Mohd. (2006). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS
Publishing Sdn. Bhd Batu Caves Selangor.
Akhiar, Shamsina dan Kushairi. (2014). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 5
dan 6:
Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan
Masyarakat
Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan:
Fajar Sdn. Bhd.

Oxford

Noriati A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar Sdn. Bhd.Selangor Darul Ehsan.
Noriati, Boon dan Won. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Profesional

Woodrow, J. (1991). Teachers perceptions of computer needs. Journal of Research on


Computing in Education, 23(4), 475-497.

2. Media elektronik
Azmi, Faeez, Halim dan Izhan. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia. Diperoleh pada 12 July 2015. http://www.ukm.my/jiae/pdf/25.pdf
Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013. Diperoleh pada 12 July 2015.
http://www.epu.gov.my/documents/10124/d459c13a-1422-4d49-813649552f0459e2
DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016
Page 10

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


Mimilia binti Gabriel. (2015). Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )
dalam Penggubalan Soalan Peperiksaan Mata Pelajaran Bahasa Melayu.yang
dimuat
turun
daripada
laman
web
https://www.academia.edu/6477800/SEMINAR_PENYELIDIKAN_PROF_RAH
IM pada 15 Julai 2015.
Nooriza Kassim. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik : Analisis Keperluan Guru yang dimuat turun
daripada
laman
web
http://www.academia.edu/11645813/Integrasi_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi_
dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Matematik_Analisis_Keperluan_Guru
pada 18 Julai 2015.
Noorzeliana Binti Idris. (2015). Isu dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Kalangan
Guru
yang
dimuat
turun
daripada
laman
web
http://www.academia.edu/9642256/ISU_DAN_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERASAS
KAN_SEKOLAH_PBS_DALAM_KALANGAN_GURU pada 14 Julai 2015.
NURUL HAFIZAH BT MASNI. Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah.
Diperoleh
pada
12
July
2015.
https://docs.google.com/document/d/18KAn0Xom8ZjVWDfMFB9EuHm4aR
A9BuB7sXac6rOfONs/edit?hl=en_GB
Taklimat Program Pensiswazah Guru (PPG) Di Bawah RMK Ke-10. Diperoleh pada
2015. http://www.slideshare.net/hudaliciouss/pensiswazahan-guru

12 July

Unit Komunikasi Korporat. (2014). Kenyataan Media Yab Menteri Pendidikan


Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dimuat turun dari laman web
HTTP://WWW.MOE.GOV.MY/V/PEMBERITAHUAN-VIEW?ID=4122 pada
18 julai 2015.

DISEDIAKAN OLEH : NOORASYIIKIN ISHAK (801201-07-5456) SCE8F / 2016


Page 11

Anda mungkin juga menyukai