Anda di halaman 1dari 1

Perihal Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi)
Ditulis oleh Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail. Posted in Utusan Malaysia

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)--ringkasnya, PPPM (PT)---oleh Y.A.B. Perdana Menteri dijadualkan pada 7 April 2015.
PPPM (PT) yang terhasil daripada semakan semula terhadap Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) dirancang dan diusahakan sebagai lanjutan sekaligus pelengkap
kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Pra-sekolah
hingga Lepas Menengah).
PPPM (PT) mengandungi sepuluh lonjakan: empat lonjakan pertama bersifat hasilan
pemegang taruh (stake holders) manakala enam lonjakan berikutnya pula bersifat
pemboleh untuk meningkatkan hasil.
Sebagai suatu pelan negara untuk tempoh sepuluh tahun yang akan datang, PPPM (PT)
dari segi perancangan dan juga pelaksanaan bukan sahaja perlu sistematik tetapi juga
sistemik.
Justeru, lonjakan-lonjakan yang disasarkan itu mesti saling lengkap-melengkapi dan kuatmemperkuat bukan semata-mata antara satu lonjakan dengan lonjakan-lonjakan yang
lain tetapi juga antara sesama unsur dalam lonjakan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai