Anda di halaman 1dari 19

SKALA PEMARKAHAN

Gred F - 00 09 m = Gagal
Gred E - 10 -12 m = Lulus
Gred D - 13 15 m = Kepujian (Rendah)
Gred C - 16 19 m = Kepujian (Tinggi)
Gred B - 20 22 m = Baik
Gred A - 23 25 m = Cemerlang

00 04 markah - terlalu lemah, jawapan terpesong atau tidak relevan.


05 09 markah - Jawapan lemah, calon faham kehendak soalan tetapi jawapan
terlalu umum, tidak tersusun dan berulang-ulang.
10 -12 markah - kualiti jawapan minimum. Kualiti analisis, pemahaman konsep
dan kebolehan interpretasi adalah terhad. Jawapan adalah
lebih kepada bentuk naratif daripada bentuk analitik.
13 15 markah - Lulus sederhana baik. Jawapan relevan, logik dan jelas tetapi
tidak mencapai darjah tinggi dalam beberapa perkara seperti
fakta yang boleh menyokong hujah atau huraian.
16 19 markah - Jawapan baik, lebih terperinci dan berbentuk analitik
dari bentuk naratif.
20 22 markah - Jawapan baik. Ketepatan fakta dan pengetahuan luas,
berkesan dalam persembahan, kedalaman analisis,
rujukan atau sumber dan persembahan yang menarik.
23 25 markah - Jawapan yang cemerlang dan sukar diperbaiki. Persembahan
baik, jitu di samping menunjukkan pendekatan yang tulen
(authentic) kepada soalan dan kesimpulan.

PENILAIAN DAN PENENTUAN MARKAH

Penilaian dan penentuan markah berdasarkan kaedah analitik dan impression.

Penilaian dibuat berdasarkan kriteria berikut :1. Isi

Jawapan perlu relevan dengan soalan yang


ditanya
Ketepatan fakta
Pengetahuan fakta yang luas
Kekesanan dalam persembahan
Kedalaman analisis
Rujukan atau sumber
Pengetahuan yang luas tentang subjek

(b) Impression

Persembahan
Kebolehan menganalisis
Kedalaman menghujah
Perspektif
Pertimbangan dan konteks sejarah
Bahasa dan gaya

PEMAHAMAN SOALAN
BENTUK-BENTUK SOALAN
1. PENGETAHUAN
(a) Takrifkan
Contoh : Takrifkan konsep Imperialisme
(b) Huraikan
Contoh : Huraikan faktor-faktor ekonomi yang menyebabkan campurtangan
Inggeris di Tanah Melayu.
(c) Perihalkan
Contoh : Perihalkan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874.
(d) Galurkan
Contoh : Galurkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu
(e) Nyatakan
Contoh :Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan
terhadap Negeri-Negeri Melayu.

SOALAN ARAS PENGETAHUAN MUDAH


DAN HANYA PERLU LUAHKAN FAKTA SAHAJA.

1. BENTUK KEFAHAMAN
(a) Jelaskan
Contoh : Jelaskan faktor-faktor campurtangan Inggeris di Tanah Melayu.

(b) Terangkan
Contoh : Terangkan peranan golongan ulama dalam membangkitkan
semangat nasionalisme.

SOALAN ARAS KEFAHAMAN BERBENTUK LANGSUNG.


CALON PERLU MENERANGKAN IDEA SECARA
LANGSUNG MENGENAI SESUATU PERISTIWA.

1. BENTUK PENGGUNAAN
(a) Bagaimanakah
Contoh : Bagaimanakah Siam tidak dijajah?

ARAS SOALAN RENDAH. CALON HANYA PERLU


GUNA FAKTA SEJARAH UNTUK
MENYELESAIKAN SESUATU ISU.

1. BENTUK ANALISIS
(a) Analisiskan
Contoh : Analisakan secara kritikal kesan-kesan kemasukan orang-orang
Cina dan India di Tanah Melayu.
(b) Bezakan
Contoh : Bezakan sistem pentadbiran Siam dan Jepun selepas
Perang Dunia ke-2.
(c ) Bandingkan
Contoh : Bandingkan sistem ekonomi di Tanah Melayu sebelum dan
selepas kedatangan Inggeris.
(d) Mengapakah
Contoh : Mengapakah Tok Janggut melakukan penentangan?

ARAS SOALAN SUKAR. CALON PERLU


MEMBEZA SESUATU ISU DAN MENGENALPASTI
FAKTA DENGAN TEPAT.

1. BENTUK SINTESIS
(a) Kategorikan
Contoh : Kategorikan tahap-tahap perkembangan nasionalisme
di Indonesia.
(b) Rumusan
Contoh : Rumuskan bagaimana syarat-syarat Perjanjian Bangkok
telah merintis kepada campurtangan secara langsung.

1. BENTUK PENILAIAN
(a) Ulaskan
Contoh : Ulaskan tindak balas masyarakat tempatan terhadap pentadbiran
negeri di Tanah Melayu.
(b) Sejauhmanakah
Contoh : Sejauhmanakah peranan akhbar membantu perkembangan
nasionalisme di Tanah Melayu.
(c ) Adakah
Contoh : Campurtangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh
faktor kemanusiaan. Setujukah anda dengan pernyataan ini?
(d) Nilaikan
Contoh : Nilaikan sebab-sebab penentangan Abdul Rahman Limbung.

SOALAN-SOALAN DALAM BENTUK INI SUKAR.


CALON PERLU MENILAI SESUATU DENGAN
LOGIK DAN PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN
DENGAN TEPAT.

1. BAHAGIAN SOALAN
Soalan-soalan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
satu bahagian
dua bahagian
tiga bahagian
NEGARA / KAWASAN
sebahagian daripada kehendak soalan
menerangkan tema soalan
JANGKA MASA
tahun
abad
zaman
sebelum abad ke-19
awal abad ke-20
Contoh soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? Bincangkan faktorfaktor
Luar dan dalaman yang mempengaruhi gerakan nasionalisme.

Tiga bahagian iaitu :

Takrif nasionalisme
Faktor-faktor luar
Faktor-faktor dalaman

Contoh soalan :
Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan berlakunya darurat di Tanah Melayu.
Dua bahagian iaitu :

Sebab-sebab
Kesan-kesan
Contoh soalan :
Bincangkan sebab-sebab Inggeris tidak campurtangan di Johor sehingga awal
abad ke-20.

Satu bahagian

Contoh Pemahaman Soalan


1. Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan-kesan terhadap Negeri-negeri
Melayu.
1. Bentuk soalan : Pengetahuan
Bahagian : Dua bahagian iaitu - (i) Syarat-syarat Perjanjian Burney
(ii) Kesan-kesan Perjanjian Burney
Pemarkahan
Berdasarkan : Analitikal
Impression / penyampaian (mempengaruhi markah sama ada mendapat
markah yang baik atau sebaliknya). Aspek-aspek yang dinilai ialah : bahasa
struktur ayat yang sesuai
perenggan
tulisan
kekemasan

1. Pembahagian markah berdasarkan : Pendahuluan


Isi
Kesimpulan

(i) Ciri-ciri pendahuluan :(a) Huraikan tentang kehendak soalan.


(b) Apa yang hendak dibincangkan di dalam isi secara umum.
(c) Kaitkan dengan kehendak soalan.

Contoh 1
Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 di China dan Gerakan
Golongan Ponyi di Burma.

Pendahuluan
Gerakan 4 Mei ialah tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar universiti
dan maktab di Peking, China. Gerakan ini memberi kesedaran politik, sosial dan
menyebabkan wujudnya revolusi budaya. Ia melahirkan pelbagai pengertian di
kalangan rakyat seperti anti imperialisme, anti hulubalang dan sebagainya.
Manakala gerakan golongan Ponyi ialah gerakan yang dimainkan oleh golongan samisami Buddha kerana kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah-sekolah agama
Buddha. Mereka mahu menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha
masyarakat Myanmar.

Contoh 2
Bincangkan mengapakah berlakunya perkembangan ekonomi yang pesat di NNM
pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pendahuluan
Inggeris campurtangan di NNM bermula selepas Perjanjian Pangkor 1874. Selepas
perjanjian tersebut, Inggeris telah cuba mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi
seperti bijih timah dan getah. Inggeris juga mewujudkan sistem pentadbiran yang
cekap dan menjadi NNM sebuah negeri yang aman. Dengan ini pelbagai kemudahan
infrastruktur dapat disediakan oleh Inggeris seperti sistem jalan raya dan keretapi
yang dapat mempercepatkan perkembangan ekonomi.

Isi
Perlu ada : Fakta
Huraian
Contoh
Fakta
Bilangan fakta bergantung kepada bahagian iaitu : Satu bahagian perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga tujuh isi.
Lebih daripada satu bahagian perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.
Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh.
Setiap fakta dicatat dalam perenggan.
Huraian
Huraian menjadi penerang kepada fakta. Soalan yang boleh mendorong kepada
huraian ialah : Mengapa / kenapa
Bagaimana
Apakah implikasinya
Satu fakta memadai dengan dua huraian.

Contoh
Merupakan bukti kepada fakta atau huraian.
Soalan yang mendorong kepada contoh ialah :
Bila (tarikh, tahun, abad)
Siapa ( nama, kaum, bangsa)
Di mana ( tempat)
Banyak mana (kadar, bilangan)
Peristiwa apa
Kesimpulan
Kesimpulan dikaitkan dengan apa yang dibincang secara umum dalam isi.
Cuba kaitkan dengan perkara yang dibincangkan itu dengan peristiwa atau perkaraperkara yang akan berlaku selepas itu.

Contoh 1
Gerakan 4 Mei telah membawa banyak perubahan kepada China dari segi sosial
dan politik. Idea-idea Barat telah menjadikan China sebagai sebuah negara moden
pada tahun 1920an. Gerakan ini juga dikenali sebagai revolusi mental. Gerakan
ini telah berjaya menanam semangat imperialisme dan anti warlordisme yang menjadi
penghalang kepada kemajuan China. Manakala gerakan Ponyi semakin merosot
selepas tahun 1935. Walaubagaimanapun pengaruh politik mereka di kalangan petani
tetap kuat. Gerakan Ponyi telah menjadi asas kepada gerakan-gerakan nasionalisme
yang lebih radikal yang telah menuntut kemerdekaan Myanmar daripada Inggeris.

Contoh 2
Kesimpulannya perkembangan ekonomi di NNM berkembang dengan pesatnya
selepas campurtangan Inggeris. Ini disebabkan Inggeris memperkenalkan pelbagai
perubahan-perubahan dari segi politik dan ekonomi di NNM. Inggeris juga telah
memperkenalkan sistem jalan raya dan keretapi yang telah membantu
mempercepatkan perkembangan ekonomi NNM. Dasar-dasar Inggeris telah
menggalakkan berlakunya penghijrahan orang-orang China dan India di NNM untuk
menceburi dalam perusahaan bijih timah dan getah. Keadaaan ini telah menjadikan
NNM sebuah negara majmuk.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai