Anda di halaman 1dari 9

Tugasan 1 : Ulasan Kritis

Kemahira
n
mendeng
ar
Kemahira
n
menghad
api
kesenyap
an

Kemahir
an Asas
Kaunseli
ng

Kemahira
n
melayan

Kemahira
n
memimpi
n

Kemahira
n
menyoal

Grafik 1.0 Kemahiran asas kaunseling untuk mendianogsis punca masalah

Marcapada ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang
seimbang dari pelbagai aspek. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pertumbuhan
dan perkembangan yang berlaku ke atas individu yang lahir hasil daripada proses
pendidikan menyeluruh yang melibatkan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Guru
bukan lagi hanya bertugas sebagai pengajar tetapi pendidik yang mengambil berat
perkembangan dalaman seseorang murid di samping mengembangkan potensi
akademik murid. Seseorang murid yang mengalami masalah emosi akan menghadapi
kekangan dalam pembelajarannya secara langsung, maka sebagai seorang guru yang
prihatin kita perlu bertindak sebagai kaunselor dan mengambil langkah untuk
mendianogsis punca masalah dan gangguan emosi yang dihadapi oleh murid sekiranya
mendapati mereka bermasalah dalam bilik darjah.
Menurut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang
melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan
usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Bimbingan
pula merupakan proses membantu orang lain membuat pilihan penting yang akan
1

meninggalkan kesan ke atas kehidupan mereka (Akhiar dan Shamsina, 2015).


Bimbingan dan kaunseling penting dalam membantu murid untuk mengubah tingkah
laku kepada kehidupan yang lebih produktif serta mengurus diri dengan lebih efektif,
murid dapat membuat pilihan dengan usaha mereka sendiri dan potensi mereka dalam
setiap bidang juga dapat dikembangkan secara optimum. Sebagai seorang guru biasa,
apabila saya berhadapan dengan kanak-kanak yang masih kurang matang dan
menghadapi masalah meluahkan perasaannya secara lisan untuk menjelaskan emosi
yang sedang dialaminya, saya akan menggunakan beberapa kemahiran asas
kaunseling dalam mendianogsis punca masalah dan gangguan emosi yang
dihadapinya.
Kemahiran asas kaunseling yang pertama akan saya gunakan ialah kemahiran
mendengar. Menurut Akhiar dan Shamsina (2015), mendengar membolehkan
seseorang itu berasa dirinya dihargai dan dihormati. Kemahiran mendengar merupakan
kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling maka kaunselor perlu
memberi perhatian sepenuhnya dalam mendengar luahan klien dan tidak menyampuk
percakapan klien. Kemahiran ini dapat mewujudkan hubungan mesra (rapport) antara
saya dengan klien saya iaitu murid yang bermasalah tersebut di mana dia merasai
luahan perasaannya didengari dan difahami. Kemahiran ini bukan sahaja mendengar isi
kandungan yang diperkatakan malah mendengar dengan telinga ketiga iaitu
mendengar bahasa badan klien. Apabila berdepanan dengan kanak-kanak yang
menghadapi masalah meluahkan perasaan secara lisan, kemahiran ini boleh berfungsi
untuk mendianogsis punca masalahnya dengan memerhati bahasa non-verbal yang
disampaikan oleh murid itu. Hal ini kerana perasaan ditunjukkan melalui tingkah laku
tanpa lisan, seperti contoh sekiranya murid tersebut menggenggam tangannya dengan
ketat menunjukkan murid tersebut mengalami emosi yang tegang dan panik. Untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci, saya perlu fokus kepada gerak-geri dan nada
yang disampaikan oleh murid itu untuk mengenal pasti emosi yang sedang dialaminya.
Selain itu, saya akan menggunakan kemahiran melayan untuk mendianogsis
punca masalah dan gangguan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Saya
akan sentiasa bersama dengan kanak-kanak itu dan memberi sepenuh perhatian
terhadapnya. Layanan yang mesra terhadap kanak-kank itu dapat mewujudkan rasa
dirinya diterima dan selamat bersama saya lalu melahirkan kepercayaan terhadap saya
sebagai orang yang boleh diluahkan perasaan emosinya. Saya akan ceria dan senyum
2

untuk menunjukkan tanda persahabatan supaya dia berasa selesa untuk berhadapan
dengan saya. Sehubungan itu, saya perlu peka terhadap mesej yang dilahirkan melalui
wajah kanak-kanak itu, ekspresi wajah membantu dalam menerangkan erti mesej yang
disampaikan, seperti contoh kanak-kanak yang bermata sayu dan posisi bibirnya
tertekuk ke bawah menunjukkan dia sedang mengalami emosi sedih. Dalam usaha
menggalakkan kanak-kanak itu meluahkan perasaannya, saya sentiasa mengekalkan
kontak mata dengan kanak-kanak tersebut dan memberi sokongan atau penghargaan
kepadanya apabila dia mula berkongsi permasalahannya. Sokongan dan penghargaan
boleh sama ada secara verbal seperti ungkapan yayateruskan ataupun secara
non-verbal seperti mengannguk kepala untuk mendorong mereka terus bercakap dan
berkongsi.
Kemahiran yang seterusnya akan saya gunakan ialah kemahira memimpin
yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak itu bertindak balas kepada
komunikasi terbuka. Kemahiran ini dapat menggalaknya untuk meneroka dan
menerangkan perasaan yang dialami. Kemahiran memimpin terbahagi kepada dua iaitu
memimpin secara langsung dan memimpin secara tidak langsung,dalam kes ini saya
akan menggunakan kemahiran memimpin secara langsung iaitu memberi fokus
terhadap topik yang relevan. Saya berpendapat bahawa kemahiran memimpin secara
tidak langsung tidak sesuai digunakan kerana ia memberi tanggungjawab kepada klien
untuk memulakan sesi, ini akan menyebabkan kanak-kanak yang kurang matang dan
menghadapi masalah meluahkan perasaan secara lisan itu terus berdiam diri. Saya
akan menggunakan soalan terbuka seperti sila ceritakan lagi mengenai peristiwa
anda supaya kanak-kanak itu lebih terbimbing dalam meluahkan perasaannya.
Kemahiran keempat yang akan digunakan pula ialah kemahiran menyoal untuk
mendapatkan maklumat secara langsung daripada kanak-kanak tersebut. Menurut Ivey
(1994), menyoal dilakukan untuk memulakan sesi kaunseling dan soalan yang ditujukan
adalah bagi tujuan penilaian masalah klien. Matlamat saya menggunakan kemahiran ini
adalah untuk mendpapatkan maklumat dengan cepat dan lanjut dan akhir sekali untuk
mendapatkan kepastian. Kanak-kanak yang menghadapi masalah mungkin ingin
meluahkan perasaan atau isi hatinya tetapi berasa sukar untuk memulakannya, maka
saya perlu mengaplikasikan kemahiran ini untuk merangsang dia untuk terus berkongsi
masalah. Cara penyoalan perlulah sesuai dan teratur serta mampu menggalak dia untuk
menjelajah dan memahami perasaanya sendiri. Terdapat dua bentuk soalan dalam
3

kemahiran ini iaitu soalan tertutup yang mengehadkan kepada satu atau dua jawapan
sahaja dan soalan terbuka yang tidak memerlukan jawapan khusus. Saya akan menyoal
kedua-dua bentuk soalan ini tetapi membanyakkan soalan terbuka untuk memberi
peluang kanak-kanak untuk menceritakan perasaannya, contoh soalan terbuka ialah
pada pandangan anda.
Seterusnya saya akan menggunakan kemahiran meneroka untuk mengenal
pasti dengan lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
tersebut. Dalam proses pengaplikasian kemahiran ini, saya akan kemukakan soalansoalan terbuka dan tertutup supaya dapat mencungkil lebih banyak maklumat tentang
perasaan perasaan kanak-kanak. Dengan menggunakan kemahiran ini, saya tidak
memaksa kanak-kanak itu untuk mendapatkan maklumat malah memberi ruang
kepadanya untuk meluahkan perasaan. Hal ini kerana mereka memerlukan masa untuk
berfikir sama ada mereka telah bersedia untuk menghadapi pendedahan diri.
Sehubungan itu, suasana teraputik perlu diwujudkan dan kepercayaan perlu dibina
antara kanak-kanak itu dengan saya. Punca masalahnya mungkin disebabkan oleh
faktor keluarga ataupun rakan sekelas, oleh itu saya perlu mengetahui hubungannya
dengan orang di sekelilingnya supaya saya dapat membantu dia untuk mengatasi
masalah emosi yang sedang dialaminya.
Saya yakin dengan kenekadan dalam medianogsis punca masalah kanak-kanak
tersebut dan keikhlasan untuk membantunya, masalah yang dihadapi olehnya boleh
diatasi dengan sebaiknya. Hal ini penting supaya emosi kanak-kanak itu menjadi stabil
dan berkeupayaan untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif. Secara umumnya,
sebagai seorang pendidik yang prihatin, saya perlu menguasai kemahiran asas dalam
kaunseling supaya dapat mengaplikasikannya dengan bermanfaat. Saya perlu membina
dan meningkatkan personaliti yang baik agar kemesraan dan kejujuran dapat dirasakan
oleh kanak-kanak dalam sekolah.

(1053 patah perkataan)

Tugasan 2 : Laporan Inventori

Realistik
(R)

Conventional
(C)

Artistik (A)

Inventori Minat
Kerjaya SelfDirected
Search (SDS)

Sosial (S)

Enterprising
(E)

Investigatif (I)

Grafik 2.0 Sub-skala Pengukuran Self-Directed Search (SDS)

Satu sesi inventori minat kerjaya dan temu bual telah dijalankan dengan Nur Adriana
Damia binti Iruaniss, murid tahun 5 Bestari pada 2 Februari 2016. Inventori minat
kerjaya dijalankan dengan menggunakan alat ukuran Self-Directed Search (SDS) yang
dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran yang mengandungi 192 item itu adalah untuk
mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Terdapat 6 sub-skala
pengukuran dalam SDS iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Conventional (C).

Conventional
(C)

Sosial (S)

Enterprising
(E)

Grafik 2.1 Pencapaian Skor Ujian SDS Murid


Hasil dapatan daripada inventori tersebut menunjukkan Kod tiga-mata Holland
yang dicapai oleh Adriana ialah S,C dan E. Kod tersebut berasaskan skor tertinggi,
kedua tinggi dan ketiga tinggi. S dan C merupakan skor tertinggi yang sama iaitu
sebanyak 16 markah manakala E menduduki skor ketiga tinggi iaitu sebanyak 15
markah. Ini menjelaskan bahawa Adriana merupakan seorang yang memiliki personaliti
sosial, conventional dan enterprising.

Kerjaya: Guru, Kaunselor, pegawai


kebajikan masyarakat, jururawat,
pustakawan,
pengulas
berita,
pegawai
personal,
Pegawai
Perhubungan Industri, pemandu
pelancong, Penasihat

Manipulasi
orang
lain
dengan
tujuan
untuk
memberitahu,
melatih,
mengembang, menyembuh,
atau memberi ilham dan
membuat kebajikan.

Sosial (S)

Suka berinteraksi
dan
bekerja
dengan manusia.

Grafik 2.2 Ciri-ciri Sosial (S)


Antara pencapaian skor yang tertinggi iaitu Sosial (S) menyatakan Adriana
merupakan seorang yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusis.Ciri-ciri ini
tepat dengan hasil temu bual yang saya dapat iaitu Adriana mengatakan bahawa dia
suka aktiviti berkumpulan kerana dia berpeluang untuk berbincang dan bergaul dengan
rakan sekelasnya. Cita-cita Adriana ialah menjadi seorang guru yang cemerlang dan ini
6

merupakan salah satu contoh pekerjaan yang sangat sesuai dengan orang yang bersifat
S iaitu sosial. Adriana melanjutkan ungkapannya berkenaan dengan cita-cita yang dipilih
itu, dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru adalah kerana dia suka mengajar dan
membantu orang lain untuk berjaya. Dia tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan
rakan sekelasnya jika terdapat kawan yang meminta tolong dari segi akademik. Menurut
analisis ciri-ciri personaliti, seseorang yang bersifat sosial ini berminat dalam
memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan
pada orang lain. Dengan itu, pekerjaan guru sangat sesuai dengan Adriana berdasarkan
ciri-ciri yang dimiliki olehnya.

Kegiatan-kegiatan yang
melibatkan manipulasi
data secara terang,
teratur, dan konsisten.

Conventional
(C)
Kerjaya: Pemeriksa akaun bank,
perancang belanjawan, operator
komputer, pegawai perangkaan,
pegawai cukai, kerani audit,
juruwang, guru matematik

Suka bekerja dengan


data dan nombor

Grafik 2.3 Ciri-ciri Conventional


Personaliti kedua Adriana yang mencapai skor tertinggi ialah Conventional (C),
antara ciri seseorang yang memiliki personaliti ini ialah suka bekerja dengan data dan
nombor. Mata pelajaran kegemaran Adriana ialah Matematik kerana dia suka dengan
nombor dan operasi matematik yang memerlukan dia untuk berfikir dalam
menyelesaikan masalah. Ciri-ciri lain personaliti conventional ialah seseorang itu
melakukan sesuatu secara terperinci. Dari pemerhatian saya, Adriana telah memenuhi
ciri-ciri ini. Hal ini dibuktikan semasa dia menjawab soalan inventori minat kerjaya, dia
membaca setiap soalan secara teliti dan mengulangi sekiranya dia tidak faham akan
7

soalan tersebut. Selaras dengan cita-citanya sebagai guru, pekerjaan yang sesuai
dengan personaliti ini ialah guru Matematik.

Suka bekerja
dan
berinteraksi
dengan
manusia.

Enterprising
(E)
Mempengaruhi,
mengarah,
memimpin dan
mengurus
individu lain.

Kerjaya: Peguam,
polis,tentera,
pengurus pengurus
restoran, perunding,
akauntan, ahli
audit,juru ukur, ahli
politik, pegawai
perhubungan,
speculator, aktuaris

Grafik 2.4 Ciri-ciri Enterprising (E)


Skor ujian SDS Adriana yang ketiga tertinggi ialah Enterprising (E). Individu yang
berpersonaliti ini suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia serta mempunyai minat
dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Adriana yang
terpilih sebagai pengawas sekolah memiliki personaliti yang dinyatakan di atas.
Pekerjaan yang sesuai dengan personalitinya seperti mana yang disyorkan dalam
inventori minat kerjaya SDS ialah peguam, ahli politik ataupun aktuaris. Kemahiran
Adriana dalam mempengaruhi dan memimpin orang lain sesuai dengan pekerjaanpekerjaan tersebut. Kadang-kala cita-cita yang ada pada seseorang tidak semestinya
setimpal dengan kemahiran yang dimiliki, maka berkemungkinan Adriana juga sesuai
dengan pekerjaan yang dicadangkan itu.
Inventori minat kerjaya ini sangat membantu bagi individu yang ingin mengenal
pasti kerjaya yang bersesuaian dengan personalitinya. Ia boleh dijadikan panduan untuk
mengejar kerjaya yang realistik sekiranya seseorang itu tidak mengetahui hala tuju
kerjayanya.

(525 patah perkataan)