Anda di halaman 1dari 12

50 Langkah

Menjadi Suami  Mithali...

 Dipetik dan dirumuskan daripada isi buku Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
18 Jun 2006 (Ahad) sekitar pukul 10:18 pagi
~Semoga saya dan tuan2 semua dapat amalkan insyaAllah~
PakarHowTo.Com 1
-PakarHow.Com-
PakarHow.Com
*       1     Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang
cemerlang. Ramai suami terlupa.

      2     Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.


Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang
Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang
terbaik.

      3     Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda


membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah
sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

      4     Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.


Apabila suami tersenyum,isteri dan anak-anak akan bahagia
dan rahmat Tuhan akan turun. Jadi, senyumlah apabila sampai
ke rumah.

      5     Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri
setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan
suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual
dengan isteri setiap hari ?

PakarHowTo.Com 2
*   6     Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar
untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada
isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia
apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
      7     Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat
lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan
mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.
      8     Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di
dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat
kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir
masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
      9     Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual
mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan
ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan
hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan
semasa makan.
      10     Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah
yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

PakarHowTo.Com 3
*   11     Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini
adalah sunah yang dapat meringankan beban
isteri, mengeratkan kasih sayang dan
menbahagiakan pasangan anda.
      12     Amalkan mesyuarat keluarga sekerap
yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik
hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan
menyelesaikan banyak masalah.
      13     Pastikan penampilan anda anggun,
kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai
suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi
mengabaikan penampilan diri sendiri.
Mana adil kan?
      14     Didik isteri dengan memberi nasihat
dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan
dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
      15     Berikan nafkah kepada isteri mengikut
keperluan keluarga dan kemampuan suami.
Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri
bekerja. Ramai suami yang kedekut dan
berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan
rumah tangga terancam.

PakarHowTo.Com 4
*  16     Jadilah penawar hati kepada isteri.
Ambil berat keperluan dan kemahuan isteri. Peka
kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang
bahagia membentuk keluarga sejahtera.
      17     Sentiasa taat kepada semua perintah
Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh
kepada Tuhan.
      18     Suami mithali sentiasa menyimpan
rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja  menceritakan keburukan
isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
      19     Muliakan keluarga isteri seperti
keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-
bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda
bagaimana ?
     20     Bentuk sifat cemburu yang positif.
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri
amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu.
Dia rasa dihargai.

PakarHowTo.Com 5
*   21     Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri
di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri
setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
    22     Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan
kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur,
tetapi cara  ditegur yang kasar. Apabila suami
kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
memberontak.
   23     Gunakan Nabi Muhammad sebagai model.
Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga.
Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
    24     Mendahulukan keperluan isteri daripada
orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat.
Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
    25     Suruh isteri dirikan sembahyang dan
ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun
SMS bagi mengingatkan  sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardhu dan sunat. Buat
pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

PakarHowTo.Com 6
*       26     Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa
syarat, bertambah mengikut usia, penuh
kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah
sensara serta berteraskan iman dan takwa.
    27     Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
ubah diri dulu. Apabila suami berubah,
keluarga akan turut berubah. Apabila suami
cemerlang, isteri akan gemilang.
    28     Pamer keprihatian yang tinggi
terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya
apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan
kepada keluarga.
    29     Pamer kematangan yang tinggi.
Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan
cekap menyelesaikan masalah.
    30     Memuliakan semua perempuan bukan
sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri
yang kecewa terhadap suami yang menghina
atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

PakarHowTo.Com 7
*       31     Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri
suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah
dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki
menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
   32     Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan
masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca
masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih
penyelesaian yang optimum.
    33     Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman
dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat,
istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan
orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan
dan tindakan.
    34     Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa
dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi
dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda
yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
     35     Jadikan diri anda pendorong dan motivator
berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian.
Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan
bersangka baik terhadap keluarga.

PakarHowTo.Com 8
*     36     Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya,
suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat
mendidik diri dan keluarga.
    37     Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas
menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak
mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga
hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
      38     Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut
situasi. Tegas dalam menyeru ke
arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan
memberi nasihat. Tegas sangat-
orang memberontak, lembut sangat-orang pijak.
      39    Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai
suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian
merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa
disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
      40     Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap
isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang
tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang,
pujian dan memberi hadiah.

PakarHowTo.Com 9
*     41     Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami.
Suami pula berjauhan dengan
isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS
ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat
dan mengubat rindu.
     42     Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri.
Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan
kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur,
bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
     43     Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat
dan amalan yan isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri
suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah
bahagia.
     44     Apabila suami melayan isteri seperti mana dia
melayan kawan, pasti isteri
bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum
kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat
kesannya.
  45     Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi
cadangan, pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara
yang baik. Kawal macho dengan saksama.

PakarHowTo.Com 10
*     46     Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila
suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh
bergaduh sendirian.
    47     Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak
batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri
mengikut sebarang lintasan dalam hati.
    48     Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang.
Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat,
minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
     49     Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di
tempat kerja, rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan
isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar
dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di
dalam rumah serupa.
     50     Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak
terjejas. Lakuakan riadah,
berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

PakarHowTo.Com 11
Saya baca, saya faham,
saya amal dan saya
sebarkan.

InsyaAllah,
semoga ada manfaat.

PakarHowTo.Com
PakarHowTo.Com 12

Anda mungkin juga menyukai