Anda di halaman 1dari 4

Hikmah disebalik perubahan warna langit

ketika masuk waktu Solat

1. Waktu solat Subuh


Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang,
langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang
dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.
Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan
rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada
umatku di pagi harinya," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah
no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana
warna biru mempengaruhi kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita
akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulangulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain
lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat
di awal waktu.
Bermulanya saat azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu solat Zohor


Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada
waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran
menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan
puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ
pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia
yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu solat Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan
untuk tidur.

4. Waktu solat Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya
berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf
dan tulang.
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu
mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk
berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.

5. Waktu solat Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya
memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau
berehat. Allahu alam bi shawwab

Anda mungkin juga menyukai