Anda di halaman 1dari 3

GMGA 2033 ETIKA

PENTADBIR AWAM
PENGENALAN

Etika dalam pengurusan semakin penting dan membantu dalam proses sesebuah organisasi.
Etika pada pengertian paling mudah adalah satu sistem prinsip prinsip moral. Ia member kesan
bagaimana manusia membuat keputusan dan menjalani kehidupan mereka. Etika mengambil
berat dengan apa yang baik untuk individu dan masyarakat dan juga digambarkan sebagai
falsafah moral. Istilah ini berasal dari perkataan Yunani etos yang bermakna adat, tabiat,watak
atau perlumpusan.
Etika juga boleh berfungsi sebagai kawalan kepada sumber sumber manusia di dalam sesebuah
organisasi. Dalam artikal yang akan diteliti akan menerangkan lebih lanjut berkenaan dengan
kawalan organisasi melalui etika.
Artikel yang dipilih ini adalah bertajuk Penerapan Etika dalam Kawalan Korporat Atikel ini
ditulis oleh Suraya Ishak dan diterbitkan secara dalam talian iaitu Jurnal Akademika Edisi 76,
( mei ogos ) pada tahun 2009.

Kawalan ini bertindak sebagai satu mekanisme yang bertindak sebagai mekanisme yang akan
menyelaraskan segala keputusan dan tindakan pengurusan adalah sejajar dengan matlamat dan
kepentingan pemilik organisasi ( Pemegang saham)

Page
1

222985

GMGA 2033 ETIKA


PENTADBIR AWAM
Kajian ini adal bertujuan mencadangkan satu kerangka konsep pemikiran baru yang berkaitan
dengan kawalan dalam organisasi korporat. Pemikiran ini adalah bertitik tolak daripada skandal
skandal dalam pengurusan entity korporat seperti Enron dan Satyam di india.
Dalam perusahaan perniagaan berasaskan kapitalis, yang bergantung penuh kepada mekanisme
pasaran, seringkali ianya mengundang kepada pengabaian moral. Moral adalah merujuk kepada
piawaian betul atau salah yang dipegang oleh sesuatu komuniti. Kepentingan moraldalam
masyarakat dinyatakan oleh penulis melalui bersimpati dan perlakuan ekonomi didorong oleh
simpati yang rasional. Simpati mampu menghalang peserta pasaran daripada bertindak sewenang
wenangnya dalam mencapai matlamat

Kekuatan dan Kelemahan Jurnal


Penulis artikal ini secara keseluruhanya adalah baik dan mudah difahami. Gaya Bahasa dan
penggunaan ayat ayat adalah tersusun dan fakta dapat dipersembahkan dengan baik. Fakta
fakta yang dipersembahkan adalah disokong oleh pernyataan sarjana- sarjana terdahulu.

Teori yang digunakan iaitu teori simpati moral juga sesuai dengan tujuan kajian tersebut dan
dapat menggambarkan keseluruhan kerangka kajian yang dinyatakan. Setiap aspek konsep iaitu
moral dan kawalan diterangkan dengan jelas dan panjang lebar oleh penulis. Kerangka grafik
yang diberikan oleh penulis untuk menerangkan setiap konsep tersebut memudahkan kefahaman
terhadap konsep yang dinyatakan. Contohnya adalah dalam rajah 1 yang menerangkan perkaitan
Page
2

222985

GMGA 2033 ETIKA


PENTADBIR AWAM
pengabaian Moral dan Teroi Agensi dengan konsep Kawalan. Kerngka pemikiran ini dapat
dijadikan panduan kepada penyelidikan saintifik masa hadapan bagi menguji dan menegaskan
andaian ini.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, artikel ini menekankan aspek etika sebagai salah satu alternative
kawalan terhadap entity memandangkan mekanisme kawalan secara pematuhan kurang berkesan
desebabkan kecenderungan manusia untuk mengabaikan sentiment moral dalam pengurusan.
Manusia juga cenderung untuk menutamakan kepentingan individualistic yang akan memberikan
kesan yang negative kepada pencapaian matlamat organisasi. Oleh itu tiga actor yang disebutkan
iaitu pemegang saham, lembaga pengarah dan pengurus perlu membuat perubahan terhadap
mekanisme kawalan mereka dengan mempertimbangkan alternative kawalan iaitu merentasi
pematuhan. Artikel ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kerangka penyelidikan untuk
memperkembangkan bidang sosial khususnya dalam pengurusan organisasi

Page
3

222985