Anda di halaman 1dari 4

PAKAIAN....

FESYEN
Fesyen pakaian terkini,trendy,bergaya,menarik,dan cantik itulah ukuran
semerta bagi sesiapa sahaja yang menginginkan litupan pada
tubuhnya.Ianya berupa tenunan yang menjadi salah satu keperluan asas
manusia.Dalam pada kita memenuhi keperluan kita terhadap
pakaian,apakah pernah terlintas di hati kita persoalan,Apakah pandangan
Islam dalam menyusun atur gaya penampilan seorang muslimah dalam
aspek berpakaian?apakah Islam memberi wewenang dalam memberi
kebebasan kepada muslimah untuk berpakaian secara semberono,janji
sekadar menutup kemaluan depan dan belakang sudah cukup,atau Islam
memastikan penganutnya kemas dalam etika pakaian yang
tersendiri,menjamin ketulinan fitrah insan berakhlak mulia dalam
penampilannya.Berikut merupakan sedikit catitan ciri-ciri yang telah
digariskan dalam Islam yang mana patut dijadikan garis panduan dalam
mempraktikkan amalan berpakaian seorang muslimah

Pertama:Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyuran


Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa yang memakai pakaian demi
kemasyuran,maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat (pakaian)
yang semisal,kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api
neraka."[Shahih Sunan Abu Daud,no:4029]

Sungguh segala sesuatu amalan bermula dengan niat.Cumanya ingin


ditekankan disini maksud tidak bertujuan meraih kemasyuran tidaklah
bererti seorang muslimah itu tidak boleh berpakaian
kemas,indah,baru,berwarna dan sedap mata memandang.Selagi mana niat
atau tujuan pemakaian pakaian tadi tidak bertemu dengan hasrat untuk
membanggakan diri maka ia masih menepati ciri pertama pakaian seorang
muslimah.Hal ini kerana,tidak dinafikan bahawa terdapat juga insan-insan
diluar sana yang memakai pakaian yang tampak selekeh,buruk dan
bertampal sana-sini turut memakai pakaian tersebut demi meraih
kemasyuran,sekadarnya kemasyuran yang dicari itu cenderung kepada
hasrat hati ingin dipuji kononnya dia memiliki kehidupan yang zuhud dan
memadai.Hal ini menjadikan tujuan pemakaian pakaian itu menjadi
terlarang.

Ciri Kedua:Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.


Ciri kedua ini menyentuh tentang keperluan dan menjadi tuntutan untuk
seseorang muslimah berasa bangga dengan apa yang menjadi tuntutan
dalam agamanya.Etika pakaian Islam yang mementingkan kesopanan dan
mewujudkan rasa hampir pada Rahmat Tuhan semestinya jauh berbeza
dengan kebanggaan mendedahkan aurat dengan pakaian yang menjadi
faktor pendorong mudahnya kerja syaitan menjerumuskan anak
Adam.Seorang sahabat menceritakan: "Rasulullah s.a.w melihat saya
memakai dua buah kain yang bewarna "ushfur" maka baginda bersabda:
"Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka
janganlah memakainya."[Shahih Muslim,no:2077]

Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki


Apa yang digariskan dalam adab berpakaian Islam turut menekankan
keperluan seorang muslimah untuk membezakan pakaian yang dipakai
supaya tidak menyerupai kaum lelaki.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya,no:5885:"Rasulullah s.a.w melaknat
lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."Islam
melarang keras tindakan memakai pakaian yang menyerupai lawan jenis
adalah bertujuan melestarikan hikmah kelakuan yang menepati fitrah
semulajadi antara lelaki dan wanita.Seorang muslimah yang berpakaian
seperti lelaki punya kecenderungan untuk berkelakuan seperti lelaki dan
begitu juga bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita.Hal ini pasti
mewujudkan kecelaruan identiti dalam mengembangkan watak sihat
seorang lelaki dan wanita yang fitrah lagi normal.

Ciri Keempat:Tidak jarang kainnya


Rasulullah s.a.w bersabda: "Pada akhir (zaman ) umatku nanti akan ada
wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang."[Mu'jam al-Thabarani
dengan sanad yang sahih].

Bagaimana mungkin apabila seseorang wanita itu dikatakan telanjang


sedangkan dia dilitupi pakaian.Maksud Rasulullah dalam dalam hadis diatas
ialah walaupun seseorang wanita itu berpakaian,tetapi litupan kain yang

menutupi tubuhnya itu terlalu nipis atau jarang sehingga manjadi telus
menampakkan bentuk tubuh badan mereka.Keadaan ini menjadi satu trend
yang menjadi kebanggaan manusia moden kini.Moga apa yang dijanjikan
Tuhan berupa kenikmatan surga mampu menjadi pendorong kita dalam
melakukan sesuatu amalan yang diredhai Allah.Dalam aspek pemilihan
pakaian ini,pilihlah pakaian yang lebih mendekati takwa dan perhatikan
kainnya agar tidak terlalu nipis hingga menerbitkan fitnah pada diri dan
agama.

Ciri kelima:Tidak menampakkan bentuk badan.


Rasulullah pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian
yang diperbuat dari kain yang tebal,tetapi menampakkan bentuk
badannya.Lantas baginda menegur kepada suaminya:"Suruhlah dia
memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan
bentuk tulangnya."[Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan].Rasulullah
menggunakan istilah bentuk tulang sebagai kiasan kepada erti bentuk
badan.Hal ini kerana keindahan akhlak baginda dalam kelembutan
berbahasa.Pengajaran yang dapat dipetik ialah,seorang muslimah
seharusnya berusaha sedaya upaya untuk memastikan pakaian yang dipakai
itu tidak menampakkan bentuk badan ataupun memakai pakaian yang
membentuk tubuh.

Ciri keenam:Menutup aurat


Allah berfirman "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman
supaya......jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka."[sebahagian dari ayat 31 surah anNur]
.Di dalam ayat ini Allah memerintahkan agar wanita muslimah mengenakan
pakaian yang mampu menutupi keseluruhan aurat dirinya kecuali muka dan
apa yang berada di bawah pergelangan tangan.Pilihlah tudung yang mampu
menutupi bahagaian bawah dada tidak seperti kebanyakan fesyen bertudung
sekarang yang mengabaikan aspek ini.Hal ini kerana maksud "belahan
leher"dalam ayat diatas ialah bentuk " V " diantara buah dada yang lazim
didedahkan oleh fesyen masa kini.

Semoga catitan ringkas tentang cara berpakaian seorang muslimah ini


mampu menggerakkan hati,membuka minda dan menyedarkan kita akan
garis panduan yang digariskan Islam dalam berpakaian.Sungguh barang
berharga yang punya nilai selalunya terlitup tidak terlihat...umpama emas
yang berharga...dilitup bumi sebelum milikinya...

Olahan semula karya Kapten Hafiz Firdaus:Cahaya Rohani-LEE102


Sumber rujukan : http://fazlimuslim.blogspot.my/2011/08/pakaianfesyen.html

Anda mungkin juga menyukai