Anda di halaman 1dari 7

# Kesan pengaruh dari segi ilmu pengetahuan

Ilmu merupakan pengantar bagi pemahaman manusia terhadap sesuatu


perkara yang dipelajari. Ilmu juga merupakan hasil daripada kajian
terhadap sesuatu perkara dan mempunyai potensi untuk dimanfaatkan
demi kebaikan manusia. Secara bahasa (al-ilmu) merupakan lawan
kepada (al-jahl atau kebodohan) berasal dari perkataan Arab, iaitu
mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan sebenarnya, dengan
pengetahuan yang pasti. Menurut para ilmuan, ilmu pengetahuan juga
adalah satu Ilmu merupakan suatu sistem yang paling dapat diandaikan
dibandingkan dengan sistem lainnya dalam memahami masa lampau,
sekarang, serta mengubah masa depan.(T. Jacob)
Kesan-kesan pengembangan amalan dan kepercayaan Hindu yang berasal
daripada Tamadun India sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya
lenggok bahasa ketika Malaysia masih lagi dikenali sebagai Tanah Melayu.
Bidang kesusteraan India yang pelbagai kebanyakkannya telah banyak
menjadi asas kepada kesusteraan kuno Tanah Melayu yang sehingga kini
masih kekal untuk ditatap oleh generasi moden. Kesenian kesusteraan
Hindu Berjaya diperkembangkan di sekitar Asia Tenggara. Jika dilihat dari
sumber sejarah Asia, kedatangan Orang India ke Asia Tenggara
dianggarkan sekitar kurun pertama masihi dan berlaku penyebaran dan
perkembangan tamadun India di Asia Tenggara.
Pengaruh Hindu dapat dilihat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu
pada zaman empayar Srivijaya. Beberapa penemuan batu bersurat
ditemui di sekitar Palembang Palembang(kurun ke-7M), Talang
Tuwo(684M) dan di Pulau Bangka(686M) yang membuktikan peradaban
Tamadun India yang berasaskan kepada tulisan Sanskrit di dalam kosa
kata Bahasa Melayu sebanyak 30%.
Bahasa Melayu didapati mempunyai banyak persamaan dengan bahasa
Sanskrit.Contohnya boleh didapati pada batu Bersurat Kedukan Bukit
(683M) pada kosa-kosa kata berikut: (Hashim,2005).

Wulan bulan
Naik naik

Sepuluh sepuluh
Datang datang

Sambau kapal

Manua benua

Hiyang Tuhan/tuan

Swasti selamat

Mgalap mencari

Dapunta baginda

Marlapas berlepas

Bala tentera

Dari dari

Tsihara pawang

Membawa membawa

Jayasidhayarta kota yang berjaya

Yang yang

Tlu tiga
Shri bahagia

Berikut adalah contoh terjemahan Bahasa Sanskrit - Bahasa Melayu Kuno

Selain itu, terdapat perbahasan dan perbincangan di antara ahli ilmuan dan
sejarawan yang menyatakan bahawa kemungkinan besar Bahasa Melayu
berasaskan dari Bahasa Tamil dan Sanskrit yang diolah mengikut sebutan dan
pemahaman penduduk di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Contoh dapat
dilihat seperti dibawah.

Bahasa Sanskrit
Agama
Akasa

Bahasa Melayu
Agama
Angkasa

Bahasa Tamil
Agamam
Akasam

Bhasa

Bahasa

Pasai

Bhaya

Bahaya

Abayam

Cakra

Cakera

Cakkaram

Danda

Denda

Dhandam

Gaja

Gajah

Gajam

Nagara

Negara

Nakaram

Putri

Puteri

Puttiri

Udara

Udara

Udanan

Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya


pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam

daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu.


Perkataan ceti, kedai, canai, nilam, jodoh, ketumbar , kapal dan kari
adalah antara contoh perkataan yang dipinjamkan dari Bhasa Tamil ke
dalam Bahasa Melayu. (Noor Sinah,2013).
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan
memberi sumbangan yang besar kepada peradaban dunia.
Kemajuan peradaban Tamadun India ketika era kegemilangannya telah
banyak memberi dan membuka peluang terhadap ilmu-ilmu baru yang
menyumbang kepada perkembangan peradaban manusia. Dalam bidang
matematik khususnya telah menemui ilmu geometri yang banyak
digunakan di dalam upacara keagaaman seperti upacara pengorbanan.
Ilmu algebra yang diklasifikasikan sebagai salah satu ilmu purba pula
telah menghasilkan angka sifar dan system perpuluhan matematik
diperkenalkan dalam ilmu kira-kira. Ilmu-ilmu yang ditemui pada zaman
purba ini banyak memberi mamfaat kepada peradaban dan tamadun
manusia dan dikembangkan dan masih diguna-pakai sehingga ke hari ini.
Selain itu, bidang astronomi, jam masa dan penciptaan kalendar juga
merupakan antara cabang matematik yang Berjaya dikembangkan hasil
daripada ilmu matematik purba Tamadun India. Fungsi kalender digunapakai sehingga ke hari ini. Antara fungsi-fungsi jam dan kalender ialah
menentukan masa upacara pengorbanan dan kalendar matahari telah
dicipta bagi mengenal musim, tahun, bulan dan hari.
Perkembangan tamadun India berkait rapat dengan agama dan teknologi.
Penemuan elemen dan zarah atom tanah, angin, api, air dan angkasa
yang diilhamkan dari alam semester oleh masyarakat dan ilmuan purba
telah menghasilkan bidang fizik dan seterusnya diperkembangkan ke
bidang kimia yang menyumbang kearah penciptaan ubat-ubatan,
teknologi perubatan baru, penciptaan racun, teknik pengawetan mayat
dan lain-lain. Alkali, asid, logam dan ubat bedil adalah antara penemuan
masyarakat India purba melalui kemajuan bidang kimia dan barangan
yang diperbuat daripada penemuan masyarakat purba ini diiktiraf oleh
masyarakat dari tamadun lain. Penciptaan logam pula mewujudkan
bidang pertukangan yang banyak menyumbang kepada kewujudan
barangan perhiasan dan teknologi bagi pembangunan dan senibina.

Tamadun India juga memberi kesan dalam bidang perubatan. Ilmu


perubatan pada tamadun India dikenali sebagai ilmu sihir. Perkembangan
bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi manusia,
farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lagi.
Banyak karya perubatan yang telah dihasilkan seperti Caraka yang
dihasilkan pada abad 1-2M dan Susruta pada abad ke-4M. Karya ini
dikatakan standing dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari
Yunani(Mohd. Hafiz,2010).
6.2 Perkembangan Ilmu
Aktiviti penyebaran dan perterjemahan kesusasteraan India begitu bergiat
aktif di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam. Hasil daripada
perterjemahan kesusteraan India oleh golongan ilmuan telah membuka
ruang-ruang ilmu yang baru di Tanah Melayu seperti syair, lirik muzik
klasik, sajak dan lain-lain. Hasil dari perkembangan ini, terdapat ramai
golongan penyajak, penyair, pemuzik dan lain-lain yang lahir dan kesenian
kesusasteraan mula dibentuk oleh masyarakat setempat dan
diperkembangkan ke kawasan-kawasan lain sehingga kesenian
kesusasteraan ini menjadi sebuah budaya dan amalan yang dipraktikkan
sehingga ke hari ini.
Sebuah kitab suci yang dimiliki oleh masyarakat purba India dikenali
sebagai Kitab Veda yang menekankan pengisian ilmu berkaitan sains dan
teknologi. Ilmu astronomi, perkembangan matematik, pengenalpastiaan
kod dalam komunikasi merupakan antara penguasaan ilmu yang
dipraktikkan dalam kalangan masyarakat India yang diperoleh dari Kitab
Veda. Masyarakat India mengklasifikasikan entiti sebagai subjektif dan
objektif seperti yang terkandung dalam ketetapan deskripsi misalnya
sanskrit panini pada abad ke lima masihi. Kesan daripada penemuan dan
kemajuan sains dan teknologi oleh para ilmuan kuno telah banyak
membawa perubangan kepada perkembangan ilmu di Tanah Melayu pada
masa lalu dan penemuan-penemuan ini dijadikan asas bagi
perkembangan ilmu-ilmu yang lain
Bidang-bidang kesusasteraan membawa kepada kemajuan ilmu dan
member banyak manfaat kepada khazanah beradaban tamadun India dan

perkembangan ini membuka laluan baru kepada pertembungan dengan


tamadun-tamadun lain seperti tamadun mesophotamia misalnya. Parapara intelektual mula melakukan misi penyebaran ilmu dan kepercaayan
agama Hindu keserata dunia dan membuka cabang-cabang baru dalam
bidang alam semester dan juga menjurus kepada pengenalan dan
penciptaan peta dunia.
Di era moden di Malaysia, Bahasa Tamil dijadikan antara subjek
kesusasteraan yang ditawarkan kepada para pelajar yang berminat untuk
mendalami dengan lebih dalam tentang ilmu kesusasteraan ini. Langkah
ini dilakukan bagi memelihara dan memartabatkan kesusasteraan purba
India daripada hilang ditelan dek zaman dan arus permodenan. Selain itu
Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar
yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Selain itu, kedatangan agama dari tamadun India juga mempengaruhi
gaya hidup penduduk tempatan. Amalan jampi dan mentera, melenggang
perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai adalah diantara amalan
yang telah berasimilasi di dalam masyarakat di Tanah Melayu pada masa
dahulu dan tradisi dan amalan ini masih lagi dipraktikkan sehingga ke hari
ini.
Tidak dilupakan juga kesenian senibina yang wujud hasil dari kesenian
ukuran purba yang diasimilasikan kedalam rekaan dan susunan bangunan.
Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi
pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk
membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat
pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.
Antara bandar yang popular dan maju dalam bidang seni bina ketika
tamadun purba India ini ialah Mohenjo Daro dan Harapa. Teknologi
pembinaan yang digunakan hasil dari penemuan fizik dan kimia
digunakan secara meluas dalam mereka bentuk bandar-bandar dengan
sistematik dan berkesan. Antara kemudahan yang dicipta hasil daripada
kemajuan seni bina ialah jalan raya, bangunan-bangunan pentadbiran,
kemudahan awam, tempat ibadat dan pusat-pusat dan bangunan ini Saiz
rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan
ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar

terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal


iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.
Ketika era pemerintahan Asoka ketia Dinasti Maurya, beliau begitu taksub
dan ingin meluaskan empayar dan kepercayaan Buddha ke serata dunia.
Langkah pertama yang diambil oleh beliau adalah dengan memasukkan
unsur dan elemen Buddha ke dalam peradaban senibina dan senireka
bentuk pusat pentadbiran dan kota pemerintahannya. Ketika itu, pintupintu gerbang gua banyak dibina bagi menunjukkan symbol keangungan,
kemahsyuran dan kekuasaan. Kuil-kuil dibina di dalam gua dengan
menggunakan teknologi senibina dan bidang ilmufizik. Ketika era ini juga
dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia
dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat
menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha.
Bagi kesenian ukiran, tanah liat menjadi suatu elemen penting. Teknologi
sains diguna-pakai bagi merubah tanah liat kepada barangan perhiasan
dan patung-patung. Barang-barang ini menjadi hasil dagangan ke
kawasan empayar dan menjana ekonomi yang cukup mantap ketika era
pemerintahan Asoka. Menggunakan kesenian ukiran, Asoka telah berjaya
mencipta tiang-tiang yang dikenali sebagai Tiang Asoka yang
menggunkan batu pasir yang berketinggiann 40 kaki dan diletakkan
loceng berbentuk segi empat dan dihiasi dengan ukiran binatang seperti
harimaum roda, singa dan pelbagai ukiran yang berunsurkan binatang
buas. Tiang-tinag yang dibina bertujuan bagi menunjukkan lambang
kebesaran dan kekuasaan ketika zaman pemerintahan kerajaan
Asoka.Ketekadan Asoka dalam mengembangkan pengaruh Buddha
merupakan antara tunjang penyebaran unsur-unsur Buddha di dalam
masyarakat dan unsur-unsur ini masih lagi dapat ditemui di dalam
penciptaan seni bina dan seni halus masyarakat moden hari ini.

Anda mungkin juga menyukai