Anda di halaman 1dari 5

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI.

Magma adalah batu batan cair yang terbentuk di bawah kerak bumi. Magma yang terbentuk kira-kira
90km hingga ke 200km di bawah permukaan bumi akan dimuntahkan keluar oleh tindakan tekanan
dan kurang tumpat daripada batu batan disekitarannya.Pengaliran keluar magma ke permukaan bumi
melalui rekahan atau lohong dipanggil lava. Aktiviti memuntahkan magma ke permukaan bumi ini
akan membentuk gunung berapi.
Ahli-ahli sains telah mengemukakan Teori Plat Tektronik bagi menjelaskan proses pembentukan
gunung berapi, dan kebanyakan gunung berapi ini terjadi di kawasan sempadan plat.
Menurut teori plat tektronik , kerak bumi dibahagikan kepada beberapa kepingan plat yang berlainan
saiz. Arus perolakan yang berlaku dikawasan mantel boleh menyebabkan plat-plat bergerak serta
menyeret antara satu sama lain yang akan membentuk gunung lipat, gelinciran, gempa bumi dan
gunung berapi.
Dalam keadaan pertembungan dua plat, apabila salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain
maka gunung berapi terbentuk apabila zon yang terbenam ini menjadi cair oleh suhu panas. Magma
yang bertambah dari masa ke masa di kawasan mantel akan mengalir keluar ke permukaan bumi
menjadi gunung berapi.

Gunung berapi di Iceland merupakan satu hasil pembentukan gunung berapi yang terdapat di zon
permatang tengah lautan. Apabila magma naik menolak litosfera, perebakan dasar laut berlaku dan
ini akan membentuk permatang tengah laut.

Hotspots atau titik panas adalah kepulan magma yang naik sampai ke mukaan bumi. Ia terbentuk di
tengan plat, jauh dari sempadan plat dan pembentukan gunung berapi ini terdapat di Kepulauan
Hawaii.

WAJAH-WAJAH GUNUNG BERAPI.

Mount Etna, Sicily (2002-03)

Kilauea, Hawaii

Mount St. Helens, (1980)


Washington State, USA

Anak Krakatau, Indonesia

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Pembahagian jenis gunung berapi berdasarkan kepada beberapa ciri bentuk, jenis lava dan bahan yang
membentuk gunung berapi.

JENIS DAN BEBERAPA CIRI GUNUNG BERAPI


. Gunung berapi lava asid

lavanya sangat pekat dan mengalir


perlahan-perlahan

membentuk cerun dan curam

lava asid yang membeku di lohong


menyekat

aliran lava menyebabkan letusan

kuat.

contoh: Gunung Vesuvius di Itali

. Gunung berapi lava bes

mempunyai cerun yang landai.


Lavakadangkalamembentukdataran.
lavanya cair dan mengalir dengan
laju.

contoh: Gunung Mauna Loa di


Hawaii.

Gunung berapi komposit

dikenali sebagai stratokun.


kon utama terbina daripada abu dan
lava.
kon-kon kecil ( kon parasit ) terbentuk
di cerun-cerun kon utama.
contoh: Gunung Fuji di Jepun,
Gunung Mayon di Filipina.

Gunung berapi abu dan sinder


terbentuk daripada letupan yang sangat
kuat.
mengeluarkan bahan piroklas seperti
lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas.
bahan piroklas akan jatuh di sekitar
lohong dan membentuk cerun yang
curam.

contoh: Gunung Paricutin di Mexico.

Anda mungkin juga menyukai