Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


WAJ 3121 KOKURIKULUM OLAHRAGA
KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN
OLAHRAGA (KOM) 2016

SENARAI KANDUNGAN
BIL

KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2.0

OBJEKTIF

3.0

KERTAS KERJA

4.0

LAPORAN KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN OLAHRAGA


(KOM) 2016
4.1 Laporan Aktiviti
4.2 Analisis SWOT

5.0

RUMUSAN
LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN

Kursus kejurulatihan dan kepegawaian Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)


yang diadakan ini merupakan satu peluang keemasan yang ditawarkan kepada guru
pelatih semester 5 PISMP untuk mendapat pendedahan tentang pengendalian acara
olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat sekolah, daerah, negeri,
kebangsaan, dan tidak kurang juga pada peringkat antarabangsa. Dengan kehadiran
para penceramah yang berpengalaman dari luar IPG, guru pelatih berkesempatan
untuk mendengar perkongsian ilmu yang bermakna daripada mereka. Perkongsian
ilmu ini tidak hanya melibatkan peraturan-peraturan am yang terdapat di dalam buku
KOM semata-mata, malah merangkumi cara-cara menangani situasi yang tidak
dijangka yang mungkin berlaku semasa acara olahraga dipertandingkan. Dengan
panduan yang diberikan oleh para penceramah, guru pelatih akan lebih bersedia
untuk menghadapi cabaran sebenar pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih yang masih menuntut ilmu dan menjalani
latihan di dalam IPG, kita seharuslah menghargai peluang yang ada untuk
mempelajari sebanyak mungkin teknik-teknik mengendalikan acara olahraga supaya
dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran dalam pertandingan olahraga di
sekolah nanti. Penyertaan kursus ini bukanlah hanya untuk meluluskan guru pelatih
sebagai pegawai gred 3 sahaja, tetapi guru pelatih perlulah mempunyai wawasan
yang lebih jauh dengan menganggap kursus ini sebagai langkah pertama untuk
kerjaya mereka. Segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus
bukanlah untuk hafalan bagi menghadapi peperiksaan. Sebaliknya, guru pelatih
haruslah pandai mengaplikasikannya apabila menjadi pegawai olahraga sebenar
suatu hari nanti.

2.0

OBJEKTIF
Melalui Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Olahraga ini, siswa-siswi
akan dapat:

i.

Meningkatkan

ilmu

pengetahuan

dalam

aspek

kepegawaian

dan

kejurulatihan bidang olahraga.


ii.

Mengaplikasikan kemahiran merancang dan mengelola kursus.

iii.

Memupuk displin, nilai serta sikap positif sebagai pegawai olahraga.

iv.

Mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus


Temenggong Ibrahim.

v.

Melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,


semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

3.0

KERTAS KERJA

4.0

LAPORAN

KURSUS

OLAHRAGA (KOM) 2016


4.1

Laporan Aktiviti

KEJURULATIHAN

DAN

KEPEGAWAIAN

Sepanjang 24 Mac 2016 hingga 26 Mac 2016, Jabatan Gerko Institut


Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) telah menganjurkan satu
kursus kejurulatihan dan kepegawaian Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di DDKA.
Kursus ini telah melibatkan kumpulan semester 5 yang terdiri daripada lima opsyen,
iaitu opsyen Bahasa Melayu, TESL, Bimbingan dan Kaunseling, Bahasa Tamil dan
Pendidikan Khas. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan
kepada guru pelatih semester lima tentang peraturan-peraturan acara olahraga dan
hal ehwal kepegawaian bagi acara olahraga yang berlainan. Untuk mencapai objektif
ini, IPGKTI telah menjemput empat orang guru berpengalaman, iaitu Encik Ho Kee
Wee dari SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Cik Wong Chew Kian dari SMK Sultan
Ismail, Cik Teo dari SMK Tun Syed Nasir Ismail dan Encik Arumugam Periasamy
sebagai pembantu penceramah. Dalam tempoh tiga hari kursus ini dijalankan,
banyak ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan oleh para penceramah ini
kepada guru pelatih semester lima.
Hari Pertama (24 Mac 2016)
Pada hari pertama iaitu 24 Mac 2016 (Khamis) pukul 2 petang, semua guru
pelatih semester lima telah berkumpul di DDKA untuk mendaftar sebagai peserta
kursus. Sejurus sesi pendaftaran selesai, guru pelatih mengambil tempat duduk
masing-masing di DDKA dan membuat persediaan untuk majlis perasmian bagi
kursus ini. Kira-kira pukul 3.30 petang, Dr. Yazid bin Manaf tiba bersama-sama
pensyarah Gerko dan para penceramah bagi merasmikan majlis tersebut. Majlis
perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Semaian
Subur. Selepas itu, wakil guru pelatih memimpin bacaan doa untuk memberkati
kursus yang bakal dijalankan. Kemudian, pengerusi kursus pun menyampaikan
ucapan ringkas dan diikuti dengan ucapan perasmian Dr. Yazid. Majlis perasmian
tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu IPGM.
Kemudian, pengacara majlis telah menjemput Encik Ho untuk memberikan
ceramah bagi sesi pertama kursus dan membacakan biodata ringkas berkaitan latar
belakang beliau. Encik Ho telah membuat sedikit pengenalan tentang kursus yang
bakal dijalankan sebagai persediaan kepada guru pelatih. Beliau turut menceritakan
skop sukatan bagi peperiksaan kepegawaian gred 3 yang bakal diduduki oleh guru
pelatih selepas kursus. Dalam aspek berkenaan format peperiksaan, Encik Ho telah
memberikan penerangan yang cukup teliti tentang bahagian A hingga E yang
masing-masing memperuntukkan 20 markah. Untuk lulus dalam peperiksaan ini,
guru pelatih dimaklumkan bahawa mereka perlu mencapai sekurang-kurangnya 65

markah dalam peperiksaan tersebut. Setelah selesai membincangkan soal


peperiksaan, Encik Ho pun menerangkan tentang peraturan-peraturan am
pertandingan olahraga, iaitu seksyen II dalam buku peraturan olahraga KOM. Aspekaspek yang disentuh oleh beliau bermula dari Peraturan 140 151 contohnya
peraturan fasilitas olahraga, umur dan kategori jantina yang bertanding, syarat
kelayakan atlet, pakaian, kasut dan nombor bib dan sebagainya. Semasa memberi
penerangan, Encik Ho sangat prihatin dengan pemahaman guru pelatih dan sentiasa
bersedia untuk menjawab sebarang persoalan berkaitan olahraga. Sesi pertama
tersebut tamat kira-kira pada pukul 6.30 petang. Pengacara majlis telah mewakili
guru pelatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Ho atas perkongsian
ilmu yang bermakna daripada beliau. Setelah mengucapkan selamat jalan kepada
Encik Ho, guru pelatih pun mengambil makanan masing-masing yang telah
disediakan dan bersurai.
Hari Kedua (25 Mac 2016)
Slot pertama pada hari kedua disampaikan oleh Cik Wong Chew Kien, guru
SMK Sultan Ismail, Johor Bahru pada pukul 8 pagi. Seteleh memperkenalkan diri,
beliau pun menyampaikan ceramah tanpa melengah-lengahkan masa. Skop
ceramah beliau meliputi Sesyen I dalam Buku Peraturan Olahraga KOM yang
berkaitan dengan pegawai-pegawai antarabangsa dalam kejohanan dan pegawaipegawai

pertandingan.

Pegawai-pegawai

antarabangsa

termasuklah

wakil

organisasi, wakil teknikal, wakil perubatan dan sebagainya manakala pegawaipegawai pertandingan pula terdiri daripada pengarah pertandingan, pengurus
kejohanan, referi dan sebagainya. Cik Wong menjelaskan tugas dan peranan bagi
setiap pegawai tersebut dengan terperinci dan jelas. Sehubungan itu, Cik Wong lebih
menekankan

peranan

pegawai

pertandingan

dalam

ceramahnya

kerana

pengetahuan tersebut akan diaplikasikan oleh guru pelatih dalam pengelolaan mini
olahraga nanti. Slot tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Cik
Wong. Kemudian, guru pelatih diberi masa selama lebih kurang 30 minit untuk
menikmati kuih-muih yang disediakan.
Penceramah kedua pada hari tersebut ialah Cik Teo Gek Leng dari SMK Tun
Syed Nasir Ismail, Kg Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru. Menurut Cik Teo, beliau
berjaya lulus dalam Ujian KOM dengan markah yang amat cemerlang, iaitu 97
markah. Hal ini amat mengkagumkan guru pelatih dan memotivasikan mereka untuk
belajar dengan Cik Teo serta ikut jejak beliau untuk menjadi pegawai KOM yang baik
pada akan datang. Pada masa yang sama, Cik Teo dijadikan teladan dalam

kalangan guru pelatih. Ceramah beliau adalah berkaitan dengan Sesyen lll, iaitu
acara-acara lompatan. Terdapat empat jenis acara lompatan, iaitu lompat tinggi,
lompat bergalah, lompat jauh dan lompat kijang. Setiap acara tersebut mempunyai
cara pertandingan, peralatan dan ukuran tapak yang berbeza antara satu sama lain.
Cik Teo menjelaskan acara demi acara secara teliti berserta contoh yang mudah
difahami. Pada masa yang sama, Cik Teo juga sering menanya soalan kepada guru
pelatih sepanjang penyampaiannya. Dengan ini, guru pelatih dapat mengekalkan
perhatian yang sepenuhnya dalam ceramah di samping meningkatkan pemahaman
dan ingatan guru pelatih terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan.
Selepas menjamu makanan yang disediakan pada tengah hari, ceramah
diteruskan oleh Encik Ho Kee Wee. Pada hari ini, Encik Ho memberi pendedahan
tentang acara-acara balapan kepada guru pelatih. Acara-acara balapan termasuklah
lari pecut, lari jarak sederhana, lari jarah jauh, lari berpagar, lari berhalangan dan lari
berganti-ganti. Pada mulanya, Encik Ho menerangkan ukuran balapan terlebih
dahulu. Seterusnya, beliau memberi penjelasan kepada setiap acara balapan
tersebut secara mendalam, terperinci dan sistematik. Di samping itu, Encik Ho juga
menjelaskan caranya untuk mencatat masa dalam sesuatu pertandingan balapan
dan cara membuat undian lorong. Dalam hal ini, beliau melukis pada papan putih
yang disediakan di hadapan DDKA untuk memudahkan pemahaman guru pelatih
terhadap apa yang disampaikannya. Pada slot ini, dapat diperlihatkan kesungguhan
dan kegigihan guru pelatih dalam kursus KOM ini melalui sikap mereka yang
bertungkus-lumus untuk melontarkan soalan kepada Encik Ho sekiranya terdapat
apa-apa pertanyaan atau kekeliruan terhadap acara balapan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa Encik Ho merupakan seorang penceramah yang sabar,
bertanggungjawab dan berdedikasi.
Penceramah yang terakhir bagi hari kedua ini ialah Encik Arumugam
Periasamy. Beliau memulakan ceramahnya agak-agak pada pukul 6 petang. Oleh
sebab

kesuntukan

masa,

Encik

Arumugam

hanya

berkesempatan

untuk

memperkenalkan acara balingan secara sepintas lalu. Terdapat empat acara


balingan, iaitu lontar peluru, lempar cakera, baling tukul besi dan rejam lembing.
Beliau juga menunjukkan jadual yang menyenaraikan alatan yang digunakan untuk
setiap kumpulan mengikut umur bagi setiap acara balingan. Menurut Encik
Arumugam, beliau akan meneruskan penerangannya yang lebih lanjut dalam acara
balingan kepada guru pelatih pada keesokan hari. Setelah mengucapkan selamat
jalan kepada Encik Arumugam, guru pelatih pun mengambil makanan masingmasing yang telah disediakan dan bersurai.

Hari Ketiga (26 Mac 2016)


Pada hari terakhir iaitu 26 Mac 2016 (Sabtu), ceramah telah diberikan oleh
Encik Arumugam Periasamy seawal jam 8 pagi. Beliau telah memberikan
pendedahan tentang acara balingan dalam kejohanan olahraga. Bermula daripada
peraturan 187, Encik Arumugam telah memberi penerangan yang begitu jelas
kepada kami sehingga peraturan 193. Beliau menyatakan bahawa setiap peraturan
dalam acara olahraga perlu dipatuhi kerana ada sebab-musababnya. Terdapat
empat acara balingan yang telah diterangkan oleh Encik Arumugam, iaitu lontar
peluru, lempar cakera, baling tukul besi dan rejam lembing. Selain membincangkan
spesifikasi alatan-alatan yang digunakan dalam acara balingan, Encik Arumugam
turut menunjukkan teknik-teknik yang betul dalam acara tersebut. Dengan itu, guru
pelatih akan lebih faham dan tahu membuat penilaian terhadap atlet apabila menjadi
pegawai olahraga nanti. Selepas selesainya ceramah yang diberikan oleh beliau,
guru pelatih menikmati hidangan kuih kira-kira pada pukul 10 pagi.
Setelah mendapat rehat selama setengah jam, ceramah diteruskan oleh Cik
Wong berkaitan acara bercampur, lumba jalan kaki, lumba jalan raya dan merentas
desa. Cik Wong menerangkan bahawa acara-acara sebegini melibatkan penyertaan
yang ramai dan memerlukan pegawai yang benar-benar profesional untuk mengadili
pertandingan. Melalui ceramah beliau, guru pelatih mendapat pendedahan tentang
proses pengendalian dan susunan acara bercampur yang perlu diikuti. Bagi acaraacara umum seperti lumba jalan kaki, lumba jalan raya dan merentas desa, Cik
Wong turut memberi penjelasan yang terperinci tentang bidang tugas setiap pegawai
dalam mengendalikan acara tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Cik Wong,
aspek paling penting bagi pegawai dalam mengendalikan sebarang acara ialah
keselamatan seseorang atlet semasa bertanding. Oleh itu, pegawai perlulah
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Ceramah daripada
Cik Wong berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Pada waktu itu, guru
pelatih diberi kesempatan untuk berehat untuk makan tengah hari.
Pada pukul 1 tengah hari, guru pelatih berkumpul semula di dalam DDKA.
Encik Arumugam dan Cik Teo telah mengedarkan soalan peperiksaan tahun lepas
dan meminta guru pelatih untuk cuba menjawab soalan tersebut berdasarkan apaapa yang telah dipelajari oleh mereka. Tujuannya adalah supaya guru pelatih dapat
membiasakan diri dengan format dan soalan peperiksaan sebelum menghadapi
peperiksaan sebenar pada 9 April 2016. Masa satu jam diberikan kepada guru
pelatih untuk menjawab soalan. Selepas satu jam, ketua opsyen memungut semula

kertas peperiksaan yang telah diisi jawapannya dan setiap opsyen saling bertukar
kertas untuk membantu rakan menyemak jawapan. Encik Arumugam dan Cik Teo
kemudiannya membincangkan jawapan yang betul bersama-sama guru pelatih.
Seterusnya, kertas peperiksaan yang kedua pula diedarkan dan guru pelatih
menjawabnya dalam masa satu jam. Akhirnya, selepas perbincangan jawapan bagi
kedua-dua kertas peperiksaan telah selesai, pengacara majlis telah mewakili guru
pelatih mengucapkan terima kasih kepada Cik Teo dan Encik Arumugam kerana
sanggup memberi bimbingan kepada guru pelatih. Dengan itu, kursus kepegawaian
ini ditamatkan kira-kira pada pukul 6.30 petang dan guru pelatih pun bersurai.

4.2
No.
1.

Analisis Swot

Aspek
Kekuatan

Penerangan
Sesi ceramah yang diadakan berjalan lancar.

Semua tajuk dalam buku peraturan olahraga KOM

berjaya dihabiskan dalam kursus.


Setiap sesi ceramah dihabiskan mengikut masa yang

ditetapkan.
Guru pelatih dapat menumpukan perhatian dengan

baik semasa ceramah diberikan.


Guru pelatih mendapat rehat selama 30 minit bagi
setiap selang sesi ceramah dan mengurangkan

2.

Kelemahan

kesan penat atau mengantuk.


Kehadiran guru pelatih tidak mencapai 100%

Terdapat beberapa orang pelajar yang tidak hadir

dalam kursus pada hari ketiga.


Hal ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir tidak
berpeluang

untuk

mendengar

ceramah

dan

menjawab kertas peperiksaan tahun lepas.


Masalah projektor yang kerap terputus signal

Semasa hari ketiga dalam sesi ceramah Encik


Arumugam, paparan pada skrin berkelip-kelip dan

3.

Peluang

signal projektor asyik terputus.


Hal ini menyebabkan Encik Arumugam menghadapi

masalah semasa membuat penerangan.


Guru pelatih dapat mendengar perkongsian
pengalaman daripada penceramah yang sudah lama

berkecimpung dalam bidang olahraga.


Guru pelatih diberi pendedahan tentang prosedur
yang melayakkan mereka untuk menjadi pegawai

4.

5.0

Ancaman

sukan olahraga.
Guru pelatih berpeluang mengetahui bidang tugas

setiap pegawai dan peraturan acara olahraga.


Tiada

RUMUSAN
Melalui kursus yang telah dijalani, guru pelatih telah dapat menimba banyak

ilmu yang bermakna daripada para penceramah yang berpengalaman. Pelbagai jenis
peraturan acara olahraga balapan dan padang yang telah dipelajari sepanjang
kursus oleh guru pelatih semester 5 PISMP. Malah, penceramah juga memberikan
banyak input tambahan tentang situasi yang tidak dijangka yang berkemungkinan
berlaku di dalam padang. Hal ini sesungguhnya telah membuka mata guru pelatih

agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar pada masa akan
datang. Tujuannya adalah supaya guru pelatih tidak hanya bergantung kepada buku
semata-mata, tetapi mereka juga perlu banyak belajar daripada pegawai-pegawai
yang mengendalikan pertandingan olahraga sebenar untuk memahirkan diri sebagai
pegawai olahraga. Dengan itu, barulah guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran
diri secara berterusan dari masa ke masa.
Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang. Untuk menjadi pegawai olahraga yang profesional, banyak usaha
yang masih perlu dilakukan oleh guru pelatih. Kursus ini seharusnya dijadikan
sebagai kunci untuk langkah pertama menjejakkan kaki ke dalam dunia olahraga
tidak kiralah pada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa. Dalam hal ini, semangat yang cekal dan azam yang tinggi amat
diperlukan oleh guru pelatih untuk memastikan agar mereka akan terus memberikan
komitmen

seratus

peratus

bagi

menguasai

selok-belok

kejurulatihan

dan

kepegawaian olahraga. Diharap guru pelatih tidak akan mempersia-siakan segala


ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus dan akan mengaplikasikannya dengan
baik supaya dapat melahirkan atlet-atlet muda yang mampu mengharumkan nama
negara kita di mata dunia.

LAMPIRAN
LAPORAN KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN OLAHRAGA (KOM)
2016
24 MAC 2016 (KHAMIS)
NO
.

GAMBAR

KETERANGAN

1.

Pengacara majlis mengalu-alukan


kehadiran para hadirin sekalian.

2.

Pengerusi Kursus Kejurulatihan dan


Kepegawaian Olahraga
menyampaikan ucapan ringkas.

3.

Ucapan perasmian oleh Timbalan


Pengarah Akademik IPGKTI, Dr. Haji
Yazid bin Abdul Manaf.

4.

Encik Ho Kee Wee dari SK Tengku


Mahmood Iskandar 1 memberi
ceramah tentang peraturan-peraturan
am pertandingan olahraga bagi sesi
pertama kursus.

25 MAC 2016 (JUMAAT)


NO
.
1.

GAMBAR

KETERANGAN
Cik Wong Chew Kien dari SMK Sultan
Ismail menyampaikan ceramah
tentang peranan pegawai-pegawai
antarabangsa dalam kejohanan dan
pegawai-pegawai pertandingan.

2.

Cik Teo Gek Leng dari SMK Tun Syed


Nasir Ismail menjelaskan acara-acara
lompatan dengan terperinci.

3.

Encik Ho Kee Wee memberi


pendedahan tentang acara-acara
balapan kepada guru pelatih.

4.

Penjelasan ringkas tentang acaraacara balingan oleh Encik Arumugam


Periasamy.

26 MAC 2016 (SABTU)


NO
.
1.

GAMBAR

KETERANGAN
Encik Arumugam Periasamy
memberikan pendedahan tentang
acara balingan dengan lebih
lanjut.

2.

Cik Wong menerangkan acara


bercampur, lumba jalan kaki,
lumba jalan raya dan merentas
desa dengan jelas.

3.

Guru pelatih sedang menjawab


soalan peperiksaan tahun lepas
di bawah pengawasan Encik
Arumugam dan Cik Teo.

4.

Cik Teo berbincang jawapan bagi


soalan peperiksaan tahun lepas
dengan guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai