Selasa, Disember 29, 2015 Hal Guru, Hal Pelajar, Hal Sekolah No comments
Isu pendidikan dan kontroversi dalam dunia pendidikan di negara Malaysia sepanjang
tahun 2015. Jika tahun 2014, isu-isu seperti PT3, UPSR bocor dan juga kes buli yang
berlanjutan, tahun 2015 pula banyak dengan isu bencana, dasar baru Kementerian dan
penghargaan. Macam biasa, isu guru dan pendidikan memang menjadi perhatian
masyarakat umum di Malaysia. Maka jom kita soroti kembali isu-isu pendidikan dan
kontroversi sepanjang tahun 2015.
Banjir
Awal persekolahan 2015 dibuka dengan kisah banjir besar yang melanda beberapa
negeri di Malaysia. Sabah, Sarawak, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
adalah antara beberapa negeri yang diuji pada tahun ini. Tapi serasanya, negeri yang
menerima kesan paling besar tentu lah negeri Kelantan.
Isu Rotan
Isu rotan kembali panas apabila dikeluarkan kenyataan bahawa merotan anak adalah
suatu kesalahan. Kenyataan media ini menarik ramai orang untuk memberikan
pendapat yang berbeza. Majoritinya tidak ramai yang menyokong dengan pelaksanaan
ini, sehingga keluar kenyataan, "Jangan samakan mendidik dengan mendera".
Ada juga yang mengatakan statement tersebut disalahertikan. Walau apa pun alasan
yang digunakan oleh pihak yang menyokong dan menentang, saya yakin pendekatan
rotan masih lagi relevan dalam mendidik anak. Apatah lagi Islam juga memasukkan
elemen merotan anak bagi tujuan mendidik, dengan garis panduan yang dinyatakan
dengan jelas.
Pembelajaran Abad ke 21
Antara perkara yang paling disebut untuk tahun 2015 ini adalah Pembelajaran Abad ke
21. Rasanya giat dipromosikan pada tahun ini bermula dengan susunatur kelas abad 21,
kemahiran yang perlu pelajar abad ke 21 kuasai dan juga ciri-ciri pembelajaran abad 21.
Beberapa sekolah telah dipilih sebagai sekolah penanda aras bagi abad 21.
Ranking Malaysia
Pada tahun ini juga sekali lagi sistem pendidikan Malaysia menerima tamparan selepas
ranking dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD) menunjukkan Malaysia hanya mampu berada di tangga ke 52 daripada 72 buah
negara yang dinilai menerusi Ujian TIMSS dan PISA.
Jerebu
Isu jerebu juga menarik banyak perhatian pada kali ini. Apatah lagi ketika musim jerebu
yang menjadi semakin teruk, dan sekolah diberikan cuti. Ada jugak lah pihak-pihak
yang tidak berpuas hati dengan keputusan KPM memberikan cuti kepada pihak guru
dan pelajar sehingga timbul komen-komen yang tidak sepatutnya di media
sosial. Ekoran daripada itu timbul pula tindakan balas di media sosial sehingga lah ada
yang menganggap guru sebagai pengasuh anak-anak.
lebih waras dan memahami usaha mendidik ini perlukan usaha rapat daripada ibubapa
dan juga para guru. Tidak baik sekiranya hubungan yang sepatutnya erat antara kedua
entiti ini menjadi bermasalah atas isu yang remeh. Keduanya patut saling sokong
menyokong.
Saya rasa ini kontroversi yang paling panas sekali untuk warga pendidik di Malaysia
pada tahun ini, apabila keluar kenyataan bahawa kegagalan pelaksanaan PBS adalah
disebabkan oleh guru tak faham. Kenyataan yang dikeluarkan di kaca TV tersebut,
seterusnya diviralkan sedutan video tersebut serta mendapat respon yang sangat
negatif.
Tahun 2015 juga menyaksikan pertukaran Menteri Pelajaran baharu, iaitu Dato' Seri
Mahdzir Khalid yang menggantikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Pelantikan
beliau dah tentu menarik banyak perhatian dan harapan baru daripada warga pendidik.
Apatah lagi dengan latar belakang beliau sebagai seorang guru, juga dikatakan akan
lebih memahami fungsi dan tugas sebenar para guru.
Menteri Pelajaran baharu yang diharapkan dapat membawa sinar baru kepada warga
pendidik
Telahan itu mungkin ada benarnya juga. Antara perkara pertama yang disebutkan
beliau adalah mengurangkan beban tugas guru. Isu lama, tetapi diharapkan dapat
memberi sinar baharu kepada para pendidik. Isu lain yang disentuh adalah mengenai
pertukaran guru, terutamanya bagi guru-guru berpasangan yang terpisah. Dalam
kenyataan terbaru, lebih daripada 1848 daripada 7000 pasangan telah berjaya
disatukan kembali. sumber
Dah tentu itu suatu usaha yang sangat baik dalam mengharmonikan jiwa pendidik
dalam memberikan usaha terbaik untuk berbakti. Diharapkan juga semoga pertukaran
guru-guru bujang yang berada di wilayah berbeza (Semenanjung - Sabah/ Sarawak)
untuk tempoh yang melebihi 5 / 6 tahun juga diberi pertimbangan sewajarnya.
Tragedi Guru
Beberapa kejadian buruk yang melibatkan guru juga ada berlaku pada tahun ini. Yang
paling terkesan tentulah kejadian guru yang maut ditimpa tayar lori bauksit di Pahang.
Dengan segala kontroversi bagi kes bauksit tersebut, kemalangan seperti ini ternyata
adalah akibat yang sudah dijangka-jangka. Semoga kejadian yang berlaku memberi
kesedaran kepada pihak terlibat untuk bertindak menangani masalah dengan segera.
Sumber
Gelombang Ke-2 PPPM yang akan memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem
Gelombang Ke-2 akan lebih memfokuskan kepada pergerakan guru dan pengetua/guru
besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian. Selain itu,
dalam tempoh ini juga KSSR dan KSSM akan disemak semula bagi membolehkan ianya
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Tahun 2016 pula akan diperkemaskan lagi dengan program baharu seperti DLP dan
juga HIP. DLP (Dual Language Programme) akan melibatkan 300 buah sekolah yang
memohon dan berkemampuan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Sains, Matematik, ICT dan Rekabentuk Teknologi dalam Bahasa Inggeris.
Manakala HIP (High Immersive Programme) pula akan melibatkan sekolah-sekolah di
negeri Perlis, Perak, dan beberapa lagi negeri untuk permulaan. Ianya merupakan
program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui penggunaan dalam
komuniti sekolah dengan mengambil pendekatan fokus kepada pengupayaan sekolah,
oleh sekolah, dan untuk sekolah.
Semoga dengan perkongsian isu pendidikan dan juga kontroversi pendidikan yang
berlaku sepanjang tahun 2015 ini mampu memberi kita pengajaran dan juga inspirasi
untuk bekerja dengan lebih bersemangat pada tahun 2016.