Yang Arif lagi Bijaksana, barisan para hakim, yang dihormati guru-guru dan yang
dikasihi rakan-rakan seperjuangan sekelian.
Saya serikandi Misya// ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk Sang Rubah
dengan Sang Gagak//
Pada suatu hari, seekor gagak sedang terbang kelaparan ke sana ke mari untuk
mencari makanan. //
Ketika terbang, ia melintas di hadapan sebuah rumah, dan terhidu bau wangi dari
dalam dapur rumah itu.//
Gagak berhenti terbang sebentar lalu melihat ke dalam dapur.//
Gembira sungguh sang gagak apabila ternampak sebiji kek yang terletak di atas
meja. Rupanya kek itu baru dibakar sekejap tadi.//
Oh.... ada makanan di situ, katanya. Lapar sungguh aku sekarang ini. //
Gagak terbang ke tingkap dapur lalu singgah ke dapur itu. Ia melihat ke kiri dan ke
kanan. Ia sangat berhati-hati supaya dijauhi daripada bahaya./
Wow, sungguh lazat kek itu nampaknya katanya.
Kemudian gagak terbang ke dalam dapur.
Tidak ada sesiapa pun di dalam dapur itu.
Ia pun menggonggong kek itu lalu terbang pergi dengan pantasnya.//
Gagak terbang jauh dari rumah itu. Tidak beberapa lama kemudian,//
ia hinggap di atas sebatang dahan. //
Ia sangat gembira kerana telah berjaya mencuri kek itu.
Sementara itu, terdapat seekor rubah sedang berjalan kelaparan ke sana ke mari
mencari makanan. //
Sudah beberapa hari ia tidak menjamah apa jua makanan pun. Ia kebetulan sedang
berjalan menuju ke arah pokok tempat sang gagak sedang bertenggek.//
Ketika rubah tiba di bawah pokok itu, //
ia terdengar bunyi sesuatu lalu mendongak ke atas lalu ternampak akan si gagak dan
tertarik kek yang ada dalam paruh gagak itu.//
menerima pujian daripada seseorang kerana setiap pujian itu adakalanya boleh
membuat kita lalai dan boleh mendatangkan kesan yang merugikan kita.//
Seperkara lagi, /// .....sikap mudah percaya kepada kata-kata orang yang tidak dikenali
perlu dielakkan demi untuk kebaikan dan keselamatan kita.
_______________________________________________
_______________________________________________