Anda di halaman 1dari 11

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


PENUTUPAN DIALOG STRATEGIK
PEMBANGUNAN NEGERI
TERENGGANU (DiasPet-1)
PERKARA
TEKS
Pengumuman *Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan
agar mematikan atau memastikan telefon bimbit anda berada dalam
pengaturcaraan senyap.
*Apabila diumumkan ketibaan
Yang Berbahagia ________________________________________
dan dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis,
hadirin diminta berdiri.
*Kerjasama hadirin amat dihargai.

QUE

Mengumumkan perarakan masuk


Ketibaan VIP

Yang Berbahagia ____________________________________________


diiringi dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis.
**************************************************************************

Kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim.
Selaut Kasih Untaian Rasa
* SALUTASI
Pergi ke laut menangkap ikan
Membawa pulang si ikan tenggiri
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pemilik langit dan bumi kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya, nikmat kesenangan dan kelapangan yang


dikurniakan maka dapatlah kita sama-sama meraikan dan memeriahkan
Dialog Strategik Pembangunan Negeri Terengganu (DiasPet-1) pada
kali ini.
Bacaan Doa

Sidang hadirin,
Sebelum meneruskan agenda majlis, marilah kita semua selaku insan
kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta
munajat.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang

Berbahagia

_________________________________________

untuk memimpin bacaan doa.


***************************************************************
Amin amin Ya Rabbal allamin.
Terima kasih diucapkan kepada
Yang Berbahagia ________________________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.
Duduk sekawan gadis jelita,
Ucapan

Buat santapan untuk pahlawan;


Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Sidang Hadirin,
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh

Yang

Dihormati

________________________________________,

Presiden Rangkaian Ahli Akademik dan Profesional Terengganu


(RAPAT).
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
************************************
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Yang Dihormati _____________________________________
atas ucapan alu-aluan itu tadi.
************************************

Perasmi

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
Yang Berbahagia ____________________________________________
Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI untuk menyampaikan ucapan
beliau sekaligus merasmikan majlis penutupan Dialog Strategik
Pembangunan Negeri Terengganu (DiasPet-1).
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********************************

****************************************
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada
Yang Berbahagia___________________________________________
atas ucapan itu tadi sekaligus merasmikan majlis penutupan Dialog
Strategik Pembangunan Negeri Terengganu (DiasPet-1).

Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu


cenderahati

jemputan.
Untuk itu, majlis menjemput
Yang Dihormati ________________________________________ diiringi
Yang Berbahagia ________________________________________
untuk menyampaikan cenderahati kepada panel jemputan pada kali ini.
**********************************************

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan panel jemputan untuk


menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.
Dijemput ______________________________________________
Ketua Sektor (Pengurusan & Pembangunan Kemanusiaan Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu),
__________________________________________________
Ketua Penolong Pengarah Tajaan Pendidikan Yayasan Negeri

10

Terengganu,
Dan
_____________________________________________________
Ahli Professional dalam bidang petroleum.
****************************************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia __________________________________________
kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada panel jemputan kita pada
Penutup

hari ini.
Sebelum menoktahkan bicara, majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia ___________________________________________
dan dif-dif kehormat atas kesudian hadir menyerikan majlis.
Tika kata harus dinoktahkan, tika bicara harus dihentikan, tiada apa harus
dirungkai hanya kemaafan melunaskan kekhilafan.

11

Bagi pihak majlis, kami memohon jutaan ampun dan maaf seandai
sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap
bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt
dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada diri kami sendiri.
Perarakan

Sekian terima kasih.

keluar VIP

Mengumumkan perarakan keluar dif-dif kehormat meninggalkan majlis.


*****************************************

Anda mungkin juga menyukai